Tuesday, September 25, 2012

Konsep 5P - Penggayaan


  • Pengayaan merupakan strategi untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman, di samping mengukuhkan kemahiran yang dipelajari. 
  • Menurut Marzukhi Nyak Abdullah (1994), proses ini memberi peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya kreativiti, dan semangat kepimpinan. 
  • Namun, penekanan yang diberikan berbeza-beza mengikut tahap kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat pelajar.
Contoh Aktiviti
  • Contoh bagi aktiviti pengayaan adalah seperti bacaan tambahan, kerja-kerja projek, serta permainan dan rekreasi. 
  • Aktiviti bacaan tambahan yang boleh dijalankan seperti membaca buku cerita, majalah, risalah, atau kad bacaan yang mengandungi tema yang sesuai. 
  • Kerja-kerja projek pula seperti mengadakan lawatan, perlaksanaan minggu bahasa, membuat laporan, menulis cerita, dan sebagainya. 
  • Guru juga boleh melakukan aktiviti permainan dan rekreasi seperti mencari benda tersembunyi, teka silang kata, meneka bunyi, permainan sahiba, dan lain-lain. 
  • Guru hendaklah mencipta aktiviti yang boleh melahirkan pemikiran kreatif dan kritis pelajar. 
  • Peluang sama rata kepada pelajar juga perlu diberikan, bagi mengembangkan sifat kepimpinan sosial yang sedia ada. 
  • Hal ini seterusnya, akan meningkatkan keyakinan dan jati diri dalam diri pelajar.

Monday, September 24, 2012

Konsep 5P - Pemulihan


  • Pemulihan ialah strategi untuk membantu murid yang bermasalah dalam penguasaan sesuatu kemahiran atau aktiviti pelajaran. 
  • Guru hendaklah menyedari perbezaan kebolehan murid yang cepat, sederhana atau lambat menguasai sesuatu kemahiran atau menerima sesuatu isi kandungan pelajaran yang diajar (Marzukhi Nyak Abdullah, 1994).
  • Proses ini untuk membantu murid yang bermasalah pembelajaran atau bermasalah dalam penguasaan kemahiran asas 3M (Ab. Rahman Ab. Rash, Yap Kim Fatt, dan Ad. Rahim Selamat, 1997). 
  • Sekiranya murid itu mempunyai masalah berat dalam penguasaan kemahiran tersebut, dia perlu dimasukkan ke kelas khas yang diajar oleh guru khas pemulihan.
  • Selain itu, murid-murid perlu didedahkan dengan bahan-bahan, kaedah dan gerak kerja yang bersesuaian berdasarkan masalah dihadapi. Contohnya, guru memberikan latihan pengukuhan untuk dijadikan kerja rumah. 
  • Guru juga boleh menggunakan tenaga murid pintar untuk mengendalikan gerak kerja pengukuhan melalui pembelajaran rakan sebaya. 

Sunday, September 23, 2012

Konsep 5P - Penilaian


Konsep Penilaian
  • Penilaian bertujuan mendapat maklumat tentang kesan dan pencapaian objektif pengajaran atau pembelajaran, berdasarkan perlaksanaan pengajaran. Dalam sistem penilaian KBSR, tahap satu mementingkan penilaian kemahiran asas 3M, sementara tahap dua pula mengutamakan penilaian mengenai perkembangan murid secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani, selaras dengan FPK (Ab. Rahman Ab. Rash, Yap Kim Fatt, dan Ad. Rahim Selamat, 1997).
Jenis Proses Penilaian
  • Strategi penilaian terbahagi kepada dua jenis. Pertama, penilaian formatif iaitu penilaian serta-merta untuk mengesan penguasaan kemahiran yang baru disampaikan. Ujian digunakan untuk mengetahui tentang seseorang (Tuckman, 1975). Contoh ujian yang boleh dibuat, seperti dalam bentuk lisan (termasuk bacaan atau kuiz), pemerhatian, amali atau menjawab soalan bertulis. Menurut Marzukhi Nyak Abdullah (1994), guru hendaklah mengesan kemajuan murid dalam unit pembelajaran yang diajar, di samping dapat mengesan perkembangan pembelajaran murid-murid. Oleh itu, guru mengetahui penguasaan murid dalam kemahiran yang diajar dan juga nilai yang ditanamkan dalam pengajaran. Murid juga mengetahui kelemahan mereka dan berusaha untuk segera mengatasinya.
  • Kedua iaitu penilaian sumatif yang bertujuan untuk mengetahui keseluruhan tahap pencapaian murid di akhir pembelajaran. Matlamat utamanya untuk memberi markah atau gred kepada seseorang murid dan biasanya dijalankan di akhir penggal. Markah akan diserahkan kepada penjaga. Daripada maklumat pencapaian, guru dapat mengenal pasti dan menilai keberkesanan bahan, teknik dan kaedah pengajaran. Penilaian ini juga digunakan oleh guru untuk menentukan siapa yang memerlukan aktiviti pemulihan atau penggayaan (Ab. Rahman Ab. Rash, Yap Kim Fatt, dan Ad. Rahim Selamat, 1997).

Konsep 5P - Penyerapan


Konsep
  • Penyerapan merupakan proses menyerapkan dan menyatukan ilmu pengetahuan daripada beberapa mata pelajaran ke dalam satu mata pelajaran bahasa.
Jenis penyerapan
  • Proses ini merangkumi beberapa jenis penyerapan. Pertama iaitu penyerapan pengetahuan atau isi pelajaran. Dalam tahap satu, penyerapan mata pelajaran Alam dan Manusia seperti isi pengetahuan yang berkaitan alam sekitar, tumbuhan, haiwan, kemanusiaan, kemasyarakatan, dan kesihatan, diserapkan dalam pelajaran bahasa. Murid akan memperoleh pengetahuan dalam isi kandungan mata pelajaran Alam dan Manusia, di samping dapat menguasai kemahiran bahasa. Beberapa mata pelajaran lain seperti Agama, Moral, Muzik, Seni, Pendidikan Jasmani, juga boleh diserapkan ke dalam mata pelajaran bahasa (Marzukhi Nyak Abdullah, 1994). Pengajaran akan lebih kukuh sekiranya penyerapan pengetahuan diserapkan.
  • Jenis penyerapan yang kedua iaitu penyerapan nilai murni dan kewarganegaraan. Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat yang berlandaskan kepada Rukun Negara, hendaklah diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Hal ini selaras dengan objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Penyerapan nilai tersebut boleh diserapkan pada bila-bila masa ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.
  • Ketiga iaitu penyerapan kemahiran berfikir dan kemahiran nilai tambah. Kemahiran berfikir perlu diserapkan dalam aktiviti pengajaran. Contoh-contoh kemahiran berfikir yang boleh diserapkan dengan pelajaran bahasa ialah menentukan urutan, meramalkan, menyelesaikan masalah dan lain-lain. Namun demikian, kemahiran nilai tambah seperti kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran kontruktivisme, dan pembelajaran konteksual juga perlu diserapkan dengan mengambil kira kesesuaiannya dengan hasil pembelajaran, kebolehan murid serta sumber yang ada. Pemilihan bahan perlulah sesuai dan hal ini dapat mengelakkan kebosanan di kalangan murid (Marzukhi Nyak Abdullah, 1994). Murid memperolehi pengetahuan dan pengalaman secara tidak lansung, di samping mempelajari kemahiran bahasa.
Rasional proses penyerapan
  • Menurut Ab. Rahman Ab. Rash dan rakan-rakannya (1997), rasional penyerapan dilihat menerusi dua aspek pendidikan iaitu aspek pembelajaran dan aspek komunikasi.
  • Melalui aspek pembelajaran, proses ini membantu murid menambahkan kefahaman dan kemahiran, dengan mematuhi arahan dan peraturan. Guru juga dapat membentuk sikap ingin menambah ilmu pengetahuan serta meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang diminati. Corak pemikiran yang terbuka dan rasa ingin tahu juga dapat dipupuk dalam diri pelajar. Seterusnya, guru dapat membentuk pemikiran yang rasional, logik, objektif dan positif kepada murid.
  • Menerusi aspek komunikasi, guru dapat membantu murid dalam menguasai pengetahuan mengenai penggunaan perbendaharaan kata, pemilihan laras bahasa, tatabahasa, penggunaan intonasi yang sesuai dan perlakuan bukan bahasa yang lain mengikut konteks. Hal ini selaras dengan objektif dan matlamat sukatan pelajaran yang digubalkan. Murid akan memahami serta mengamalkan aspek nilai dan tingkah laku yang sesuai demi memperkembangkan diri serta memastikan mereka diterima rakan sebaya dan masyarakat. 

Saturday, September 22, 2012

Konsep 5P - Penggabungjalinan


Konsep
  • Penggabungjalinan bermaksud pengintegrasian pelbagai kemahiran untuk menghasilkan pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh. 
  • Strategi  ini bertujuan mengukukuhkan kemahiran antara satu sama lain dan menjadikan aspek pembelajaran saling melengkapi dalam sesuatu pelajaran, agar pembelajaran tersebut lebih menarik dan bermakna (Kamarudin Haji Husin, 1990). 
  • Penggabungjalinan berlaku antara kemahiran berbahasa daripada bidang berlainan (inter bidang) atau bidang yang sama (intra bidang).
Aspek yang digabungjalinkan
  • Pertama, aspek kemahiran bahasa seperti kemahiran lisan, membaca, dan menulis. Guru tidak menggabungjalinkan semua kemahiran dan isi pelajaran dalam satu pengajaran, Raminah Sarban dan Rahim Syam (1987:67). Kemahiran-kemahiran akan digabungkan sekurang-kurangnya dua atau lebih dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Kedua iaitu aspek tatabahasa. Aspek ini digabungkan secara teratur dan tersusun semasa guru menekankan kemahiran bahasa. Aspek ini akan melahirkan murid yang berdisiplin, kerana mereka akan mengikut peraturan tatabahasa.
  • Ketiga iaitu aspek kosa kata dan peribahasa juga perlu digabungkan dengan aktiviti kemahiran bahasa. Contohnya, melalui aktiviti lakonan atau perbahasan, membaca teks yang mengandungi peribahasa dan kosa kata (sama ada umum atau istilah), atau melalui latihan penggunaan kosa kata dan peribahasa yang betul dalam pelbagai genre penulisan.
Prinsip penggabungjalinan
  • Terdapat prinsip-prinsip dalam strategi penggabungjalinan. Antaranya ialah guru harus menentukan terlebih dahulu kemahiran utama yang mahu ditekankan dalam sesuatu pengajaran. 
  • Guru hendaklah memikirkan kemahiran sampingan yang bersesuaian untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang menarik. 
  • Kemahiran utama akan menjadi fokus utama pembelajaran, manakala kemahiran sampingan akan menjadi fokus sampingan pembelajaran.
  • Aras pengajaran dan aktiviti pelajaran berdasarkan kebolehan dan pencapaian murid. 
  • Guru boleh menggabungjalinkan apa jua sekalipun yang bersesuaian, berdasarkan sukatan pelajaran, asalkan mencapai objektif.
Bentuk Penggabungjalinan
  • Strategi penggabungjalinan dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu penggabungjalinan kemahiran, bahan dan aktiviti (Kamarudin Haji Husin, 1990).
  • Di dalam bentuk penggabungjalinan kemahiran, terdapat dua jenis gabungjalin, iaitu penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran ke dalam satu pelajaran dan penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata  pelajaran ke dalam satu pelajaran.
  • Bagi penggabungjalinan kemahiran dalam satu mata pelajaran, guru boleh menggabungkan semua atau beberapa kemahiran bahasa ke dalam satu pengajaran. Guru harus memastikan aktiviti pengajaran saling berkait rapat dan berjalan dengan lancar (Suradi Salim, 1980).
  • Bagi penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran ke dalam satu pelajaran pula, contohnya seperti dalam satu pelajaran bahasa, kemahiran bahasa digabungjalinkan dengan kemahiran pendidikan seni dan muzik. Kemahiran bahasa menjadi kemahiran fokus, manakala kemahiran pendidikan seni dan muzik, menjadi kemahiran sampingan.
  • Penggabungjalinan bahan pula melibatkan jenis bahan atau tema yang digunakan, Kamarudin Hj Husin (1990). Bahan-bahan itu terdiri daripada bahan utama (petikan), bahan ransangan (bahan sokongan) dan bahan lisan (aksi rakaman). Contoh bahan utama adalah seperti rencana, ucapan, laporan, dan sebagainya. Contoh bagi bahan ransangan pula ialah gambar, carta, graf, rajah, dan data. Manakala, bahan lisan pula terdiri daripada rakaman ucapan, wawancara, lakonan, ceramah, dan lain-lain. Berdasarkan contoh, guru boleh menggabungkan sekurang-kurangnya dua jenis bahan atau ketiga-tiga jenis bahan dalam satu pengajaran. Namun begitu, guru mestilah memastikan bahan mempunyai pertalian dan urutan yang baik serta boleh digabungjalinkan dengan berkesan. Contoh aktiviti ialah guru memberikan teks berita kepada murid, kemudian murid membuat ulasan mengenai berita tersebut.  
  • Seterusnya ialah penggabungjalinan aktiviti. Menurut Kamarudin Hj Husin (1990), dalam perlaksanaan penggabungjalinan aktiviti, guru mestilah meneliti jenis aktiviti yang saling berkait dan boleh digabungjalinkan. Terdapat tiga jenis aktiviti yang boleh dilakukan. Pertama, aktiviti lisan seperti perbualan, temuramah, bercerita, lakonan, dan sebagainya. Contoh aktiviti kedua pula iaitu aktiviti bacaan dan kefahaman. Misalnya, mengesan isi penting, memberi makna perkataan atau rangkai kata, membina ayat, dan lain-lain. Ketiga, aktiviti tulisan seperti mencatat isi, membuat karangan, laporan, atau berita. Guru boleh menggabungjalinkan sekurang-kurangnya dua atau ketiga-tiga jenis aktiviti. Semasa melaksanakannya, guru mesti memastikan aktiviti-aktiviti itu saling berkait.
  • Jadi, menerusi strategi penggabungjalinan ke dalam satu mata pelajaran bahasa, pelbagai kemahiran dapat disampaikan secara harmoni dan bersepadu. Strategi ini dapat mengelakkan kebosanan pelajar terhadap pelajaran, jika hanya satu kemahiran sahaja diajarkan. Interaksi antara guru dan murid juga akan lebih mesra (Ee Ah Meng,1990).

Friday, September 21, 2012

Cerita Kanak-kanak - 3 Sahabat Karib


Tajuk : Tiga Sahabat Karib

Di pinggir sebuah hutan itu, tinggal tiga sahabat baik iaitu rusa, kura-kura dan burung kenari.
Ketiga-tiga sahabat itu sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain. Pada suatu hari, rusa terkena perangkap dan hendak keluar dari dalam perangkap itu, tetapi tidak berjaya.“Tolong, tolong aku!” jerit rusa.
Jeritan rusa itu didengar oleh kura-kura dan kenari. Mereka datang menolong rusa.“Tunggu dulu, biar aku gigit jaring ini.” kata kura-kura. Sementara itu, kenari terbang ke sana ke mari untuk mengawal kawasan itu.
Kenari takut kalau-kalau pemburu itu datang. Tiba-tiba kenari ternampak pemburu itu sedang menuju ke tempat mereka. Kenari segera mencari akal supaya pemburu itu tidak datang ke arah perangkap. Kenari terbang rendah di hadapan pemburu itu untuk menarik perhatiannya. Pemburu itu hendak menangkap kenari pula.
Kura-kura berjaya mengoyakkan jaring dan perangkap terbuka. Akhirnya, rusa berjaya keluar dari dalam perangkap itu. Pemburu itu gagal menangkap kenari lalu dia berjalan menuju ke perangkap. Dia terperanjat melihat jaring yang koyak itu. “Siapa pula yang mengoyakkan jaring ini!” kata pemburu kemarahan.
Pada ketika itu, pemburu ternampak kenari yang sedang bertenggek di atas dahan pokok itu. Dia mengangkat senapang lalu mahu menembak kenari. Seketika itu, kura-kura ternampak pemburu yang hendak menembak kenari. Kura-kura pun menggigit kaki pemburu itu sekuat hati. Pemburu menjerit kesakitan. Kenari terdengar jeritan pemburu itu lalu terbang pergi dari situ.
Pemburu mendapati kura-kura itulah yang menggigit kakinya. Dia sungguh marah kepada kura-kura, lalu menangkap dan memasukkan kura-kura itu ke dalam beg. Kemudian, pemburu berasa terlalu letih lalu menyandar pada pangkal pokok dan tertidur.
Apabila pemburu sedang tidur, rusa berjalan menghampirinya dan mengambil beg yang tergantung itu menggunakan tanduknya. Kemudian, kenari membuka beg itu dengan paruhnya untuk membebaskan kura-kura. Akhirnya, mereka bertiga terselamat daripada pemburu itu.

Nilai moral : Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain.

Thursday, September 13, 2012

Perbandingan bidang linguistik


Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif


Ujian Formatif
   Perbezaan
Ujian Sumatif
1.     Maklum balas kepada pelajar dan  guru: kemajuan dan kelemahan.

Fungsi
1. Pensijilan atau 
    penggredan


     2.  Sepanjang pengajaran

Masa
2. Pada akhir
    unit/kursus


     3.  Kognitif, psikomotor dan afektif

Penekanan

3.Kognitif

   
     4.  Terhad kepada tugasan

Sifat

4. Beraneka jenis

     5.  Berubah-ubah

Kesukaran

5. Senang – sukar

     6.  Dibentuk khas

Alat
6. Peperiksaan akhir            
    tahun


    7. Rujukan kriteria

Jenis ujian

7.Rujukan norma

JENIS-JENIS UJIAN - Objektif dan subjektif


Jenis-jenis Ujian

Berikut ialah   beberapa jenis ujian iaitu ujian objektif dan ujian subjektif.

Ujian Objektif
Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau yang paling baik.  Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz. 
Item Respons Bebas
i. Jenis soalan:
          contoh:        
a)       Apakah lawan bagi perkataan rajin? ( malas)
b)       Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak memakai   
            kasut)

ii. Item Melengkapkan Penyataan
          contoh:
a)              Kita mesti _______bermain sekarang kerana hujan sudah turun.
b)       Saya terpaksa ________ adik saya kerana emak saya bekerja.

Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)

Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat.  Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan.  Item-item itu ialah format salah-betul, padanan, dan aneka pilihan.

Item Salah - Betul
          Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan  iaitu item yang mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S).  Ada ketika  guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.

Item Padanan
                    Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan objek/ perkara yang berkaitan.  Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/ perkara di sebelah kanan.

Kata Bilangan
Contoh
1.  Kata Adjektif Sifatan
A.  Gadis cantik itu anak Pak Zaini.
2. Kata Adjektif    
    Pancaindera
B.  Budak baik selalu dipuji.
3.  Kata Adjektif Bentuk
C.  Jalan bengkok ke kampung itu telah ditutup.
4. Kata Adjektif Perasaan
D.  Dia amat rindu akan emaknya.

Item Aneka Pilihan
Item aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap kerana diberikan tindak balas terbatas.  Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang berikut.
  a.     Item aneka pilihan berbentuk soalan
             b.    Jenis jawapan terbaik
            c.     Analogi

Item Jenis Cantuman      
Teknik Kloz
                    Teknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah .  Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutnya boleh diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu.  Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan.  Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks.

Soalan Subjektif

Soalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut:-
Ü Item Jenis Struktur
Ü Item Jenis Esei      
Ü Pembinaan Ujian

Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian

Antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalam pembinaan sesuatu instrumen penilaian dan pengujian ialah:

i.        Penilaian dan Pengujian Mestilah Bersifat “Kesahan”  (validity)
a.       Kesahan Isi
b.       Kesahan Ramalan
c.       Kesahan Serentak
d.       Kesahan Gagasan

ii.       Kebolehpercayaan Ujian
Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatan dan ketekalan skor bagi  menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang diuji. 

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)


Definisi / Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU)

·       Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran.
·       Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.
·       Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.
·       Bentuk ujian  sama ada  berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain.
·       Bilangan item  yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.
·       Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%.

Kepentingan JSU

·       Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.
·       Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
·       Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
·       Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.
·       Memberikan panduan untuk membentuk format ujian.

Bil

Bentuk Soalan

Objektif


Kemahiran

Aras Kognitif

            Bidang/Topik/Topik Kecil

Jam


1

2

3

4

5

6

Jumlah

Item
1.1
Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

5







4

·        Asal usul BM, BM sebelum dan selepas merdeka


2

2






1.2
Linguistik BM
15






12

·        Pengenalan linguistik









      Definisi, Sejarah, Linguistik Diskriptif



1

5

4

1

1


1.3
Fonologi
20






16

·        Definisi, alat artikulasi, cara penghasilan



3

2

1

1



·        Fonem segmental


2
2
1
1
1


·        Fonem suprasegmental



1
1




Jumlah
40






32
                                               
Jadual 1: Contoh JSU

·       Contoh di atas boleh disesuaikan dengan keperluan dan spesifikasi di sekolah.

Langkah-langkah Membina JSU

Langkah 1: Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
Langkah II: Tentukan soalan yang akan dibina itu 
a.       soalan objektif  (30 soalan)
b.       1 markah bagi 1 item
c.       jumlah soalan bagi setiap topik dikira:
          =    Jumlah masa    X  Jumlah soalan
          Jumlah Masa keseluruhan

Langkah III: Tentukan model aras kesukaran item

Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom
Tiga domain: kognitif, afektif, dan psikomotor
Domain Kognitif
6.             Penilaian                                               Sukar

5.             Sintesis

 4.      Analisis

 3.      Penggunaan

 2.      Kefahaman

 1.      Pengetahuan                                        Mudah


Langkah IV: Apakah jenis ujian yang akan diuji?

·                 Ujian objektif
·                 Ujian struktur
·                 Ujian esei, dan lain-lain.

Langkah V:
·                 Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei dll)
·                 Penentuan aras kesukaran soalan  (soalan mudah – soalan sukar)
·                 Pemarkahan

Langkah VI
·                 Nyatakan mata pelajaran
·                 Nyatakan tingkatan
·                 Susunan nombor soalan mengikut tajuk