Thursday, October 25, 2012

PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN MASTERI (Mastery Learning)


  • Maklumbalas pembelajaran, pengubahsuaian, meningkat keberkesanan
  • Faktor pencapaian murid:
    • Kebolehan asas
    • Kuantiti & kualiti pengajaran/pembelajaran
    • Kebolehan memahami pengajaran
    • Daya usaha pembelajaran berterusan
    • Masa pembelajaran
  • Strategi pengajaran – adakan objektif yang jelas dan boleh diukur.
  • Pilih kaedah & teknik yng berkesan
  • Nilai hasil pembelajaran dengan ujian formatif (diagnostic) dan ujian sumatif berdasarkan objektif pelajaran bagi melihat tahap penguasaan pelajaran.
  • Aktiviti pemulihan kepada yang belum menguasai sesuatu pelajaran
  • Yang lemah diberi pemulihan dan yang mencapaia objektif diberi aktiviti pengayaan.

Wednesday, October 24, 2012

PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN TEMATIK


  • Pokok perbicaraan/topic utama contoh tema alam semula jadi, tema perpaduan kaum
  • Tema dipecahkan kepada sub-topik untuk perbincangan
    • kumpulan pelbagai kebolehan
    • sama kebolehan
  • Tema yang sama dibincangkan oleh
    • kumpulan pelbagai kebolehan
    • sama kebolehan
  • Tema yang berbeza tetapi saling melengkapi
    • kumpulan pelbagai kebolehan
    • sama kebolehan
  • Selepas perbincangan, dapatan-dapatan dibentangkan oleh wakil kumpulan
  • Membuat rumusan

PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN ELEKTIF/EKLEKTIK


o   Elektif bererti pemilihan, eklektik bermakna bercampur
o   Gabungan pendekatan digunakan
o   Menggabungkan pendekatan indukti dan deduktif
o   Banyak digunakan dalam pengajaran sains dan matematik
o   Boleh gunakan strategi Pusatan guru, Pusatan murid, Pusatan bahan
o   Digunakan dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan

Tuesday, October 23, 2012

PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN DEDUKTIF


  • Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus.
  • Bermula daripada berberapa rumus, prinsip, hukum, teorem/peraturan
  • Digunakan kesimpulan baru, generalisasi baru daripda rumus, hukum, peraturan
  • Proses pengajaran:
    • Prinsip/rumus
    • Kaedah deduktif
    • Aplikasi rumus/prinsip
    • Mendapat rumus baru, prinsip baru dsb.
    • Guru memberi tahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal,
    • Murid dibimbing mengingat kembali hukum, prinsip, teori, peraturan bagi mendapat kesimpulan yang baru/ menyelesaikan masalah.

PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF


  • Mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat kemudian membuat generalisasi/kesimpulan
  • Bermula dengan memberi beberapa contoh yang khusus
  • Contoh-contoh mempunyai prinsip yang sama
  • Murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenalpasti & mentafsir maklumat untuk membuat generalisasi/kesimpulan
  • Matematik, bahasa dan sains banyak menggunakan pengajaran induktif
  • Kaedah inkuiri-penemuan diamalkan apabila mengajar sains
    • Contoh kusus ikan emas, udang, sotong, berudu
    • Memerhati & mengkaji – bernafas melalui insang
    • Mentafsir dan membuat generalisasi – Haiwan hidup dalam air mempunyai insang untuk bernafas.
  • Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Induktif
    • Sediakan contoh-contoh yang sesuai
    • Soalan-soalan disediakan untuk membimbing membuat kesimpulan
    • Guru tidak menghuraikan isi pelajaran, murid dibimbing untuk mencari kesimpulan
    • Jenis contoh khusus dipelbagaikan tetapi mengandungi ciri yang sama
    • Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai & mencukupi.
    • Murid-murid digalakkan memberi contoh yang sama
    • Guru tidak harus memberi contoh sekaligus
    • Sediakan alat bantu mangajar
    • Penggunaan deria-deria murid dalam aktiviti – lihat, dengar, hidu & sentuh.
    • Pengajaran mengikut urutan yang tepat – contoh-contoh spesifik membawa kepada kesimpulan umum.

Monday, October 22, 2012

CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN


APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN?
·       Bahan pelajaran memainkan peranan penting.Pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran.
·       Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau murid/bahan pembelajaran
·       Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan
·       Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari.
·       Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan.
·       Peluang interaksi antara muid banyak. Sifat social yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil – ujikaji, projek, perbincangan dsb.
·       Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pelajaran
·       Kaedah & Teknik – komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus, perakam pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor,  dsb.

Sunday, October 21, 2012

Ciri-ciri Strategi Pemusatan Murid


APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN MURID?
·   Murid memainkan peranan penting
·   Komunikasi dua hala. Guru menyoal/membimbing.
·   Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan/galakan murid memberi pendapat,
·   objektif pencapaian murid diutamakan
·   perkembangan murid secara menyeluruh/seimbang ( j.e.r.i.)
·   Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid.
·   Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami & membuat kesimpulan,
·   Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong)
·  Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk,
·  Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif.
·  Kaedah & Teknik – projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan kecil dsb.

Saturday, October 20, 2012

Ciri-ciri Strategi Pemusatan Guru


APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU?
· Guru memainkan peranan penting
· Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap.
· Kepimpinan guru secara autokratik
· Pencapaian objektif guru diutamakan
· Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada  penyuburan nilai murni/perkembangan emosi.
·Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk mengingat/menghafal.
·Interaksi di antara murid adalah pasif.
·Kaedah keseluruhan kelas.
·Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif.
·Kaedah & Teknik – penerangan, demonstrasi, syarahan, kumpulan/pasukan, bercerita, keseluruhan kelas.

Thursday, October 18, 2012

Kepentingan Kritikan Feminisme Dalam Kajian Sastera


  • Antara kepentingan kritikan feminisme dalam kajian sastera ialah kritikan ini menyedarkan kita tentang perkaitan antara aspek seksual dengan karya yang telah dianalisis.
  • Selain itu, kritikan ini juga mendedahkan mekanisme bela diri yang digunakan oleh kaum lelaki dengan menggambarkan watak wanita yang stereotaip dan seolah-olah tiada kompleksiti jiwa. 
  • Wanita yang dianggap lemah oleh penulis karya akan dibela menggunakan kritikan-kritikan Showalter atau Cheri Register.
  • Di samping itu, kritikan ini juga mengkaji semula dan menyorot usaha pengritik sastera dalam mengemukakan ciri-ciri salah anggap kritikan tentang wanita dan mengesan pengarang wanita yang tidak dimasukkan dalam sejarah. 
  • Kebiasaannya dalam karya, penulis akan tersalah anggap mengenai diri kaum wanita. 
  • Oleh yang demikian, menerusi kritikan feminisme inilah kita boleh menyedarkan pengarang bahawa wanita tidak seperti apa yang mereka sangka. 
  • Kritikan sastera turut menganalisis wanita yang dieksploitasi dan dimanipulasi, dianggap lemah dan penuh daya berahi. 
  • Seterusnya, kritkkan feminisme akan mendorong penulis wanita menghasilkan karya-karya baharu, yakin diri, dan membawa semangat baharu dalam karya.
  • Oleh yang demikian, adalah berkesan sesuatu kritikan itu menggunakan kritikan feminisme jikalau ingin memartabatkan atau membela nasib kaum wanita.
  • Hal ini kerana, setiap orang mempunyai pelbagai hak masing-masing dan wanita juga mempunyai hak untuk dibela apabila terancam menerusi teks-teks karya yang dihasilkan pengarang.


Wednesday, October 17, 2012

Prinsip Kritikan Feminisme


  • Teori kritikan feminisme menggunakan istilah koda. 
  • Koda adalah beberapa konsep tentang sesuatu yang telah dipersetuju akan keciriannya. 
  • Terdapat empat kod-kod yang diterima sebagai prinsip kritikan teori feminisme.
  • Antara kod yang yang diterima sebagai prinsip kritikan teori feminisme yang pertama adalah biologi. 
  • Menerusi pandangan Elaine Showalter, pengkritik-pengkritik feminis mestilah memikirkan perbezaan biologi dan hubungannya dengan penulisan tentang watak wanita. 
  • Hal ini bermaksud, apabila membincangkan mengenai biologi, jangan hanya tertumpu kepada tubuh wanita semata-mata tetapi haruslah berfikir lebih jauh daripada itu. 
  • Sebagai contoh, kita boleh memikirkan mengenai fungsi biologi wanita itu sendiri serta tugas mereka sebagai ibu, isteri, kakak, nenek dan sebagainya.
  • Pengkritik feminis yang menulis dalam perspektif biologi menekankan pentingnya tubuh badan mereka sebagai sumber inspirasi dalam tulisan mereka.
  • Koda atau aspek yang kedua iaitu aspek pengalaman. 
  • Aspek ini mempunyai perkaitan dengan aspek biologi. 
  • Ini bermaksud perkembangan tubuh badan wanita yang merupakan satu pengalaman sejak mereka dilahirkan sehingga mereka sudah tua.
  • Misalnya, pengalaman melahirkan anak.
  • Pengalaman yang dialami oleh kaum wanita amat jauh bezanya dengan kaum lelaki. 
  • Kaum perempuan pula, sejak kecil telah diasuh untuk menjelmakan sifat keperempuanan mereka. sebagai contoh, menolong ibu membuat kerja-kerja rumah.
  • Bagi golongan feminis radikal, aspek pengalaman ini perlulah dihuraikan dengan sejelas-jelasnya. 
  • Oleh yang demikian, penjelasan ini diperlukan untuk membetulkan fakta sebenar yang digambarkan oleh penulis lelaki. 
  • Sejak dari kecil lagi, setiap individu telah dibahagikan kerja mengikut jantina dan membesar dengan pengalaman yang berlainan. 
  • Selain itu, lelaki pula membantu ayahnya membasuh kereta atau sebagainya.
  • Koda atau aspek yang ketiga iaitu aspek psikologi. 
  • Pengetahuan mengenai ilmu psikologi amat penting kerana pengetahuan ini menjadi alat dasar kajian untuk menghayati watak-watak dalam genre sastera. 
  • Wilbur Scott (1962) berpadangan bahawa disiplin psikologi dapat diaplikasikan dalam karya sastera untuk menerangkan aksi atau reaksi seseorang watak yang sukar diramal.
  • Terdapat dua cabang psikologi dalam bidang kesusasteraan iaitu psikologi pengarang dan psikologi watak-watak. 
  • Golongan feminis amat menitikberatkan psikologi dalam karya melalui psikologi watak-watak dalam sesebuah karya penulisan. 
  • Antaranya adalah pemikiran watak, imaginasi, keinginan watak, cita rasa, tekanan perasannya, jiwa dan segala sesuatu yang lahir daripada hati dan kata-kata watak.
  • Seterusnya, koda atau aspek yang ketiga adalah aspek sosial. 
  • Terdapat perbezaan antara sosial kaum lelaki dengan sosial kaum wanita apabila diceritakan dalam karya penulisan. 
  • Antara aspek sosial wanita yang dikenal pasti boleh dimasukkan ke dalam karya ialah proses sosialisasi (soal didikan, pendidikan, pekerjaan dan pergaulan), tugas sosial (anak gadis, dara, ibu, isteri, nenek) serta kelas sosial wanita (kelas bawahan, menengah dan atasan). 
  • Ruth Robbins (1995) telah memberikan tiga pandangan iaitu kajian harus membayangkan realiti wanita yang sebenarnya kemudian dinilai dengan ukuran pandangan feminis.
  • Selain itu, kajian haruslah menghubungkan hubungan teks dengan masyarakat. (sistem masyarakat, politik, kekuasaan). 
  • Di samping itu, kajiah perlulah memfokuskan kepada peranan untuk memberontak terhadap segala kezaliman dan usaha kemerdekaan serta kebebasan.

Tuesday, October 16, 2012

Kritikan Feminis Cheri Register


  • Cheri Register (1975) juga seperti Showalter yang mengkaji penulis wanita dan imej wanita dalam teks penulisan. 
  • Beliau membahagikan kritikannya kepada tiga bahagian iaitu kajian terhadap imej wanita dalam karya sastera, terutamanya yang dihasilkan oleh pengarang lelaki, kajian terhadap pengarang wanita dan kritikan preskriptif yang mungkin dikembangkan menjadi satu set ‘peraturan’ menilai karya dari aspek feminis.
  • Menurut Mana Sikana (2008) pula kaedah kritikan preskriptif menilai karya dan aspek peranan karya tersebut dalam memenuhi beberapa fungsi karya sebagai satu forum serta membantu dalam membentuk suatu kebudayaan yang bersifat ‘biseksual’ (andraganeous) dan tidak hanya didominasikan oleh maskuliniti (patriaki). 
  • Sehubungan dengan itu, sesebuah karya penulisan menampilkan watak-watak wanita dan menerusi watak-watak tersebut, pembaca (khasnya wanita) akan dapat melihat diri mereka dalam novel. 
  • Aspek-aspek psikologi juga harus diberi perhatian, terutama dari hal perkembangan personaliti wanita, interaksi sosial, cara wanita mempersepsikan diri dan sebagainya.
  • Oleh yang demikian, menerusi kritikan sastera Cheri Register, para pembaca terutamanya wanita, akan dapat menghayati kisah cerita yang cuba disampaikan oleh pengarang. 
  • Pembaca akan meletakkan diri mereka seperti mana dalam cerita dan cerita tersebut akan dapat dijadikan pengajaran oleh pembaca. 
  • Selain itu, watak-watak yang mempunyai perwatakan yang positif juga akan dijadikan contoh kepada para pembaca, terutamanya kaum wanita.

Monday, October 15, 2012

Sejarah Perkembangan Teori Feminisme


  • Sejak abad ke-16 lagi, pergerakan pembebasan wanita telah bermula di Eropah. Pada abad ke-20 pula, pergerakan ini dimantapkan lagi dengan kemunculan beberapa orang pemimpin wanita yang berwibawa dan amat berpengaruh. Menurut Lauret dan Maria (1994 : 45-48) pada tahap awalnya, pertubuhan-pertubuhan ini menumpukan perhatian kepada isu-isu politik sahaja. Namun, lama-kelamaan pergerakan ini bercabang ke aspek lain dan dari situ, lahirnya pendekatan sastera feminis.
  • Di Amerika, sewaktu pengisytiharkan deklarasi kemerdekaan 1776 menyebut ‘all men are created equal’ telah menimbulkan kemarahan kaum perempuan. Terdapat perjuangan gerakan wanita telah masuk ke dalam dunia sastera dan perjuangan tersebut mengalami tiga gelombang. Pertama, gelombang penyedaran kepada kaum wanita mengenai penindasan zaman berzaman di dalam sastera. Kedua, gelombang kemasukan dunia patriakal, iaitu cuba menguasai daerah yang selama ini dikuasai lelaki. Gelombang ini dikatakan telah mencipta satu bentuk indentiti wanita di mana mereka telah mendapat hak yang sah di samping menikmati kebebasan yang diingini (Siti Hajar Che Man, 2000:4). Menerusi gelombang kedua ini, feminis dapat memperkuat kedudukan dan kehadiran mereka diiktiraf. Oleh yang demikian, lahirlah ramai penulis feminis yang baru dengan teks yang lebih kuat dan ramai pula peneliti serta pengkritik feminisme. Ketiga, gelombang feminisme psikoanalisis yang diterajui oleh Kristeva dan Irigaray, yang menandakan kemasukannya ke dunia pascamoden (Wolfrey dan Julian, 1999 : 57-59).
  • Sepanjang sejarah kritikan feminisme, banyak pendekatan yang dilakukan, antaranya ginokritik, ideologikal, sosialis, psikoanalitik, lesbianis dan feminisme ras atau etnik. Namun demikian, kritikan ginokritik yang paling berkuasa dan banyak mengesankan kebangkitan feminisme. Ginokritik meneliti sifat-sifat pembeza dengan penulis lelaki dan tumpuan kritikan kepada aspek biologikal, budaya, pengalaman dan sebagainya. Kritikan ideologikal pula berteras kepada pemikiran bahawa sikap pembaca harus diubah daripada memahami wanita yang selama ini ditindas kepada wanita feminisme. 
  • Seterusnya, kritikan feminis sosialis pula adalah pengaruhan teori-teori sastera Marxist, yang melihat selama ini kelas wanita telah tertindas zaman berzaman. Kritikan aliran ini sengaja menunjuk-nunjukkan penindasan itu supaya mendapat kesan kezaliman lelaki dan memancing simpati serta empati masyarakat (Eagleton dan Terry, 1998). Berdasarkan pandangan Mana Sikana (2008), kritikan feminis psikoanalitik adalah hasil penentangan terhadap teori Freuddan Lacan, yang menganggap wanita tiada memiliki kekuasaan. Kritikan feminis-psikoanalitik memfokuskan watak wanita bagi membentuk rasa kejiwaan bersama di kalangan wanita untuk merasa, juga simpati dan empati akan kedudukannya sebagai wanita dan kemudiannya menyedarkan mereka untuk merebut kekuasaan yang telah hilang itu.
  • Oleh yang demikian, menerusi pendekatan-pendekatan yang digunakan dalam kritikan feminisme ini menunjukkan sejarah bermulanya sesuatu gerakan untuk membina dan menjulang kaum wanita.

Sunday, October 14, 2012

Kritikan Sastera Showalter

  • Elaine Showalter ialah pengkritik feminis yang berwibawa dan disegani. Pandangan-pandangannya banyak diterima, teorinya banyak digunakan dan tulisan-tulisannya sering dirujuk. 
  • Menerusi kajiannya, Elaine Showalter (1986) membahagikan sejarah perkembangan penulisan dan kritikan yang dihasilkan oleh wanita kepada tiga tahap dan dikaitkan dengan istilah-istilah feminine, feminist dan female. 
  • Showalter mengatakan pada tahap feminine, pengarang wanita masih dipengaruhi oleh andaian kaum lelaki tentang wanita, dengan matlamat untuk setanding dengan pencapaian intelektual kaum lelaki.
  • Ramai pengarang wanita pada tahap ini juga selalu menyembunyikan identiti mereka dengan menggunakan nama pena yang terdiri daripada nama lelaki. 
  • Selain itu, pengarang wanita juga menggunakan kesusasteraan sebagai media untuk menunjukkan ketidakadilan yang mereka hadapi. 
  • Seterusnya, tahap ketiga dalam sejarah perkembangan pergerakan feminis iaitu female, ditegaskan oleh Showalter bukan sahaja digunakan untuk merujuk kepada makna biologi sahaja.
  • Showalter juga membahagikan kritikan kepada wacana dan perspektif feminisme kepada dua bahagian iaitu kritikan feminis dan ginokritikan. 
  • Kritikan feminis menumpukan perhatian kepada wanita sebagai pembaca atau pengguna. 
  • Menurut Mana Sikana (2008), kritikan feminis juga mengkaji bagaimana citra wanita dalam kesusasteraan kerap kali menonjolkan yang stereotaip tentang wanita dan sedikit pun tidak mencerminkan kerumitan dan kompleksiti jiwa wanita tetapi lebih mendedahkan projeksi atau mekanisme bela diri kaum lelaki. 
  • Hal ini menunjukkan, karya yang ditulis oleh seseorang pengarang itu hanyalah menunjukkan kelebihan kaum lelaki di samping menjatuh-jatuhkan kaum wanita.
  • Kritikan feminis juga mengkaji semula usaha pengkritik sastera dalam mengemukakan ciri-ciri salah anggap kritikan sastera tentang watak wanita. 
  • Tambahan lagi, kritikan sastera juga menganalisis wanita yang dieksploit dan dimanipulasi, terutama dalam media popular seperti filem-filem dan televisyen menggunakan unsur-unsur kejantinaan wanita untuk diperalatkan bagi tujuan komersial dan untuk meraih keuntungan besar. 
  • Kritikan feminis juga mendorong kaum wanita supaya membaca teks-teks yang ditulis oleh pengarang lelaki dan melihat bagaimana selama ini wanita itu dianggap lemah, penuh daya berahi dan hanya digunakan untuk bahan tarikan lelaki. Menurut Elaine Showalter (1979), imej-imej wanita yang selalunya setara, klise serta stereotaip mengakibatkan kaum wanita sering disalahtanggap dan u definisi wanita hanyalah keghairahan. 
  • Bahagian kedua iaitu ginokritikan yang merupakan satu istilah yang dipinjam daripada pengkritik Perancis, lagynocritique
  • Bahagian ini memberi perhatian kepada wanita sebagai penulis, iaitu ‘wanita sebagai penghasil maksud tekstual’. 
  • Perhatian diberi kepada sejarah, tema, genre, struktur dan karya yang dihasilkan oleh kaum wanita. 
  • Pandangan ginokritikan ialah sikap wanita sebagai penulis dan pemberi nilai terhadap teks-teks yang dihasilkan. 
  • Penulis wanita haruslah memiliki suatu rangka kerja yang bersistematis untuk mengemukakan imej-imej, perwatakan dan perjuangan yang boleh mencabar serta menentang dan merobohkan apa yang dikonsepsikan oleh kaum lelaki selama ini. 
  • Sehubungan dengan itu, penulis wanita juga mestilah menghasilkan teks-teks yang sama hebat dengan kaum lelaki menerusi strategi tekstualnya sendiri, rangka naratifnya sendiri dan ideologi kekuasaannya sendiri.
  • Oleh yang demikian, keduap-dua bahagian menerusi pendekatan kritikan Showalter iaitu kritikan feminis dan ginokritikan ini merupakan usaha-usaha memartabatkan penulis wanita dan melahirkan teks-teks yang feminis dan pengkritik yang bersifat feministik. Showalter ingin membebaskan kaum wanita daripada segala jaringan perhambaan dan mengeluarkannya daripada terbenam menjadi hamba.


Saturday, October 13, 2012

Definisi Teori Feminisme


  • Teori feminisme merupakan salah satu perjuangan wanita untuk mendapat tempat yang setaraf dengan kaum lelaki yang didasarkan kepada pengalaman wanita. 
  • Hal ini kerana, wanita menganggap selama ini mereka telah ditindas, dianiaya dan terpinggir oleh kekuasaan patriakal (Humm, Maggie, 1989 : 112-113).
  • Teori ini juga cuba membantah, membongkar dan menentang segala kezaliman patriaki dengan memperjuangkan hak, kedudukan serta martabat dengan memperkasakan ideologi kuasa feminis untuk sebuah dunia yang sejahtera, bahagia dan bermaruah. 
  • Menurut Weedon dan Chris (1987), sistem penguasaan golongan lelaki yang sering disebut the domination of men and the subordination of women mesti dirobohkan dan segala gerakan kesusasteraan serta kritikan sastera harus berusaha melupuskan sistem tersebut.
  •  Hal ini untuk memastikan golongan wanita tidak mudah-mudah dikuasai oleh golongan lelaki.
  • Wanita melihat bahawa perbezaan biologi memberi peluang kepada lelaki untuk menguasai atau memerintah wanita. 
  • Oleh itu, lelaki adalah musuh. Soenarjati Djajanegara (2000) menyatakan bahawa kebanyakan feminis seolah-olah hanya memahami bahawa perkataan ‘wanita’ itu sendiri sebagai manusia yang sentiasa ditindas atau dianiaya oleh sistem kuasa lelaki.
  • Terdapat dua tujuan utama pergerakan feminis. 
  • Pertama, pergerakan ini mahu mengubah persepsi kendiri wanita. 
  • Walau apa sahaja keadaan persekitaran individu wanita, mereka bebas untuk berkembang dan mencapai kewujudan kendiri.  
  • Kedua, pergerakan ini mahu mengubah syarat institusi dan masyarakat yang membawa kepada persamaan antara jantina. 
  • Pergerakan ini bertindak semata-mata untuk memastikan kaum wanita mendapat kesempurnaan hidup dan persamaan taraf dengan kaum lelaki.


Friday, October 12, 2012

Pendidikan Imbuhan


  • Istilah imbuhan sering dikelirukan dengan istilah linguistik yang membawa erti imbuhan awalan, akhiran dan sisipan. 
  • Kata dasar bagi perkataan ‘imbuhan’ ialah ‘imbuh’ yang membawa erti ‘tambahan pada barang ditimbang, tambahan supaya sama berat dan mengimbuh bermaksud ’menokok dan menambah’ (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). 
  • Berdasarkan definisi tersebut, jelas menunjukkan bahawa perkataan ‘imbuhan’ sesuai digunakan untuk memberi gambaran terhadap konsep pendidikan imbuhan dengan tepat. 
  • Hal ini kerana, perkataan ‘imbuhan’ itu memberi maksud menambah berat dan tindakan supaya sama berat. 
  • Tindakan supaya sama berat itu bermaksud taraf pendidikan golongan bawahan, golongan sederhana dan golongan atasan mestilah sama berat atau sama taraf antara satu sama lain.
  • Pendidikan imbuhan pada amnya bolehlah dianggap sebagai satu usaha atau tindakan yang diambil untuk menggantikan sesuatu kekurangan yang dihadapi oleh golongan bawahan. 
  • Hal ini merupakan langkah-langkah yang rapi dan teliti yang diprogramkan untuk mencegah berlakunya sebarang kelemahan dalam kalangan murid golongan bawahan. 
  • Pencegahan seperti ini dilakukan pada peringkat awal pembelajaran. 
  • Biasanya pendidikan imbuhan melibatkan kanak-kanak yang kurang bernasib baik yang sekiranya dibiarkan akan menyebabkan berlakunya keciciran. 
  • Guru hendaklah mempunyai hubungan yang baik dengan agensi-agensi dan badan-badan lain yang boleh membantu meningkatkan prestasi murid. 
  • Dalam membentuk strategi pendidikan imbuhan, satu program menyeluruh yang melibatkan ibu bapa dan komuniti hendaklah dititikberatkan. 
  • Program ini juga harus meliputi program untuk menjaga kesihatan yang sempurna, makanan dan pemakanan. 
  • Konsep pendidikan ‘imbuhan’ sering disamakan dengan pemulihan. Sebenarnya konsep kedua-dua istilah ini mempunyai perbezaan tertentu. 
  • Perkataan ‘imbuhan’ adalah lebih luas maksudnya daripada perkataan ‘pemulihan’ yang hanya merupakan sebahagian daripadanya. 
  • Pendidikan pemulihan jika diteliti lebih mendalam lagi sifatnya lebih terbatas dan lebih khusus kerana pendidikan pemulihan bertujuan untuk membaiki kelemahan pembelajaran, sedangkan pendidikan imbuhan melebihi tindakan pemulihan dan meliputi juga tindakan mencegah kelemahan supaya tidak berterusan.
  • Oleh itu, masalah pembelajaran yang berpunca daripada faktor sosioekonomi dan sosiobudaya tidak akan berlaku dengan adanya program pendidikan imbuhan.

Thursday, October 11, 2012

Pemulihan Biasa


  • Bagi pemulihan biasa, guru akan membantu murid-murid yang mempunyai masalah-masalah ringan sahaja di dalam kelas. 
  • Mereka akan dikendalikan oleh guru mata pelajaran masing-masing. 
  • Murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dikenal pasti semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Aktiviti pemulihan dijalankan secara semerta.
  • Guru mata pelajaran akan membahagikan pecahan kumpulan cerdas, sederhana dan lemah di dalam kelas. 
  • Mereka yang menjalani pemulihan kelas biasa ini tergolong dalam kumpulan yang lemah dalam penguasaan sesuatu kemahiran. 
  • Jadi, mereka akan diberi fokus dan perhatian yang lebih oleh guru mata pelajaran tersebut semasa aktiviti pemulihan. 
  • Semasa mereka menjalani aktviti pemulihan, murid-murid di dalam kumpulan sederhana dan cerdas akan menjalani aktiviti pengayaan.
  • Namun begitu, sekiranya murid masih gagal menguasai kemahiran yang dijalankan semasa aktiviti pemulihan kelas biasa, mereka digelar murid-murid yang mengalami masalah-masalah pembelajaran yang kritikal dan seterusnya akan dihantar di kelas pemulihan khas.

Wednesday, October 10, 2012

Pemulihan Khas


  • Kurikulum pemulihan bagi kelas khas untuk murid lambat tidak harus berbeza secara radikal dengan kelas biasa. 
  • Program pemulihan khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) semenjak tahun 1960-an lagi. 
  • Program ini bertujuan untuk membantu murid-murid sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran iaitu masalah menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Mereka dikenal pasti melalui ujian saringan.
  • Pada tahun 1983 pula Sistem Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). 
  • Hal ini merupakan usaha untuk membantu murid yang mengalami masalah penguasaan kemahiran asas 3M menerusi Program Pemulihan Khas. 
  • Pemulihan jenis ini dijalankan di bilik darjah khas oleh guru khas yang terlatih dalam bidang ini
  • Masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks ini mestilah disebabkan oleh faktor-faktor persekitaran dan bukan kognitif.
  • Jika faktor masalah itu disebabkan faktor kognitif iaitu lembam, mereka akan dihantar ke kelas pendidikan khas. 
  • Bagi murid-murid yang sudah menguasai kemahiran asas 3M di kelas pemulihan khas, mereka akan dihantar semula ke kelas biasa untuk menjalani aktiviti pembelajaran seperti murid-murid lain.

Tuesday, October 9, 2012

Definisi Pendidikan Pemulihan


  • Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), “pulih” bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). 
  • “Pemulihan” bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. 
  • Dalam konteks ini konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. 
  • Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu.
  • Menurut Syarifah Alawiah Alsagoff (1983) pula, pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa. 
  • Berdasarkan pandangan Ishak Harun dan Koh Boh Boon (1983) pula, pemulihan merupakan perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi pembelajaran di sekolah biasa.
  • O. C. Simpson (1975) pula berpendapat, aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.
  •  Aktiviti pemulihan tertumpu kepada penguasaan kemahiran. Jadi, menerusi aktiviti pemulihan, guru akan dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid.
  • Kesemua pendapat-pendapat tokoh mengenai konsep pemulihan ini selaras dengan kajian Brennan (1974) yang menyatakan bahawa berasaskan dapatan-dapatan kajian di United Kingdom, secara purata lebih kurang 13 peratus daripada murid-murid sekolah menghadapi masalah pembelajaran dan memerlukan pengajaran pemulihan. 
  • Mereka harus diberikan bantuan khas untuk menolong mereka mengatasi masalah pembelajaran masing-masing dan mengembangkan potensi mereka supaya menjadi warganegara yang berguna pada masa akan datang.
  • Pendidikan pemulihan merupakan suatu pendidikan untuk mencapai objektif pembelajaran kepada murid yang menghadapi masalah pelajaran di dalam bilik darjah iaitu yang belum berjaya menguasai kemahiran selepas proses pengajaran guru dalam kelas. 
  • Dalam pendidikan pemulihan, terdapat dua jenis pemulihan iaitu pemulihan kelas biasa dan pemulihan kelas khas.

Monday, October 8, 2012

Kelebihan Teknik Bercerita


  • Pertama, melalui penyampaian cerita, guru dapat membina satu suasana yang menyenangkan dan mengasyikkan. Hal ini demikian kerana cerita merupakan bentuk seni sastera yang memiliki keindahan dan kenikmatan, lebih-lebih lagi jika jalan cerita yang disampaikan mempunyai hubungkait dengan lingkungan kehidupan murid-murid. Jika guru berjaya membina suasana penceritaan yang menyenangkan dan mengasyikkan, mereka juga akan lebih menumpukan perhatian sepenuhnya dan akan memudahkan mereka memahami cerita yang disampaikan. Pemahaman murid terhadap cerita boleh diuji menerusi soal jawab antara guru dan murid mengenai pengajaran dan nilai murni daripada cerita yang disampaikan serta murid mampu untuk merumuskan isi-isi penting dalam cerita. Hal ini seterusnya dapat mencerna minda dan daya imiginasi serta menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
  • Kedua, cerita yang penuh dengan nilai-nilai murni mampu menanamkan sikap jujur, berani, setia, ramah dan sikap positif lain yang berguna dalam pembentukan budi pekerti atau keperibadian murid-murid. Mereka akan menjadikan nilai dan tauladan yang diperoleh menerusi sesebuah cerita sebagai panduan untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik. Sebagai contoh, guru meminta murid melakonkan watak dalam cerita. Hal ini bukan sahaja dapat disematkan dalam fikiran dan jiwa murid, malah dapat memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri serta sikap positif dalam pembelajaran. Hal ini selaras dengan objektif utama program pemulihan dalam KBSR.
  • Ketiga, melalui teknik bercerita, murid-murid dapat mengenali fakta-fakta alam sekitar mahupun pengetahuan sosial yang berguna bagi perkembangan kognitif mereka. Kebiasaannya, cerita-cerita yang dipilih dan diceritakan oleh guru, mempunyai perkaitan dengan persekitaran murid. Selain itu, murid juga dapat dipupuk dengan rasa peka serta prihatin terhadap masyarakat sekeliling. Jadi, sedikit sebanyak guru dapat membantu dalam meluaskan ilmu pengetahuan murid dan kesedaran diri serta tanggungjawab mereka dalam masyarakat. Perkembangan kognitif mereka juga akan bertambah berikutan pengalaman dan pengetahuan yang baru diperoleh.
  • Keempat, terdapat banyak aspek yang boleh dipelajari oleh murid-murid dalam satu-satu masa. Penggabungjalinan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, menulis dan membaca yang berlaku ketika murid-murid mendengar atau membaca cerita dapat membantu mereka menajamkan lagi kemahiran-kemahiran yang terlibat. Jika dikaitkan dengan pendidikan pemulihan sama ada pemulihan khas atau biasa, guru boleh menggunakan teknik ini dalam usaha membantu penguasaan kemahiran membaca dan menulis. Guru harus memastikan aktiviti pengajaran saling berkait rapat dan berjalan dengan lancar (Suradi Salim, 1980).


Konsep Teknologi Pendidikan dan Teknologi Pengajaran


  • Perkataan teknologi berasal daripada bahasa Yunani, “techne” yang bermakna kemahiran menggunakan pengetahuan secara sistematik sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas. 
  • Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Evans dan Nation (2000) turut menolak pemahaman masyarakat terhadap teknologi adalah alat.
  • Secara kebiasaannya, istilah teknologi dikaitkan dengan alat-alat teknologi moden terutama alat-alat elektronik seperti televisyen, perakam pita video, permainan cakera laser, permainan cakera padat, perakam pita kaset, projektor LCD dan projektor lut sinar. 
  • Kadangkala, teknologi bermakna pembangunan serta permodenan dan biasanya sesuatu organisasi itu maju dan berkembang adalah kerana kesan penggunaan alat-alat teknologi itu sendiri.
  • Menurut Galbraith (1967) yang dipetik dari Noriati A. Rashid, et.al. (2009), teknologi adalah keupayaan dalam menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun yang digunakan secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan yang praktikal dalam melaksanakan sesuatu tugas sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan. 
  • Pengenalan saintifik yang dimaksudkan adalah himpunan ilmu dan pengetahuan yang telah diuji serta dinyatakan dalam bentuk satu prinsip. 
  • Manakala, pengetahuan lain yang tersusun pula adalah pengetahuan yang belum diuji dan dibuktikan secara saintifik tetapi diterima amalannya sebagai suatu pengetahuan yang benar berdasarkan pengalaman dan pengamatan manusia terhadap sesuatu tindakan.
  • Kekuatan teknologi terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. 
  • Hal ini selaras dengan pendapat Heinich, Molenda dan Rusell (1999) yang menyatakan bahawa “Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. 
  • Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat”. 
  • Hal ini bermakna, dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea sama ada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting.
  • Teknologi Pendidikan adalah kombinasi proses dan alat yang terlibat untuk menangani keperluan dan masalah pendidikan dengan memberi penekanan kepada aplikasi alat yang terkini : komputer dan teknologi yang berkaitan (Roblyer, 2003). 
  • Yusuf Hashim (1997) pula mendefinisikan teknologi pendidikan ialah satu proses merancang, membina, merekabentuk, melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti pembelajaran secara sistematik dengan tujuan meningkatkan serta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. 
  • Keadaan pelajar juga ditekankan sebagai sebahagian daripada teknologi pendidikan kerana hal ini boleh mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Teknologi pengajaran pula merupakan cabang daripada teknologi pendidikan. Heinich (1982) menjelaskan bahawa teknologi pengajaran adalah teknologi yang bertanggungjawab menggabungkan kesemua yang diketahui oleh guru ke dalam satu sistem pengajaran.
  • Teknologi pengajaran juga adalah satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta mereka bentuk, menilai dan menguruskan penyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan di mana proses pembelajaran itu adalah bermatlamat dan terkawal (Yusuf Hashim, 1998).
  • Berdasarkan pandangan tokoh-tokoh mengenai definisi teknologi pendidikan dan teknologi pengajaran, boleh disimpulkan bahawa teknologi pendidikan dan pengajaran adalah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.

Sunday, October 7, 2012

Konsep Teknik Bercerita


  • Teknik ialah cara yang lebih khusus yang dicipta untuk mencapai sesuatu objektif pengajaran. 
  • Teknik boleh dilihat sebagai satu cara khusus untuk membantu dan menjayakan sesuatu kaedah pengajaran. 
  • Pelbagai jenis teknik telah dicipta untuk tujuan pengajaran bahasa seperti teknik bercerita. 
  • Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. 
  • Menurut Edward M. Anthony (1963) pula, teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
  • Mengikut pandangan Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1997), teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. 
  • Mok Soon Sang (2002) pula berpendapat, teknik ialah kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah pengajaran dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 
  • Jadi, teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. 
  • Teknik yang dipilih pula haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan selaras dengan pendekatan yang digunakan.
  • Bercerita pula merupakan suatu seni yang menggunakan bahasa, pergerakan dan mimik muka untuk melontarkan idea dan merangsang daya imaginasi penonton. 
  • Bercerita juga boleh dianggap sebagai seni sastera dan seni teater yang dapat memberikan nyawa kepada perkataan bertulis dalam sesebuah buku (E.Greene, 1976). 
  • Anne Pellowski (1990) pula menjelaskan bahawa bercerita ialah keseluruhan pengalaman sejenak daripada penceritaan lisan dalam bentuk berirama atau prosa yang dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang di hadapan khalayak. 
  • Penceritaan boleh disampaikan secara lisan atau dilagukan dengan iringan muzik, menggunakan gambar, sumber-sumber bercetak atau direkodkan secara mekanikal. 
  • Bercerita menjadi satu cara yang berkesan untuk berkomunikasi sambil berhibur. 
  • Selain itu, bercerita juga menjadi alat untuk memberikan pengajaran, pengetahuan serta perkongsian pengalaman. 
  • Kaedah bercerita ini sesuai digunakan oleh guru pemulihan untuk dijadikan alat bantu mengajar semasa sesi pemulihan.
  • Hal ini kerana, sedikit sebanyak guru pemulihan akan dapat membantu murid menguasai kemahiran bahasa di samping membantu mereka dalam penguasaan 3M.
  • Teknik bercerita merupakan satu teknik untuk menyalurkan sesuatu maklumat melalui perkataan, gambar dan bunyi yang sering kali dilakukan melalui teknik improvisasi. 
  • Cerita atau naratif telah lama dikongsi dalam setiap budaya sebagai hiburan, pelajaran, penyampaian budaya dan menyampaikan nilai-nilai kepada masyarakat. 
  • Hal ini akan menjadikan sesuatu cerita itu berguna kepada murid serta masyarakat dan seterusnya bidang pendidikan dapat melahirkan murid-murid yang mampu membantu dalam pembangunan negara kelak. 

Saturday, October 6, 2012

KELEMAHAN PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER


  • Di samping banyak kelebihan yang diperoleh menerusi pengajaran berasaskan komputer, terdapat juga kelemahan atau kekangan yang dihadapi oleh guru dan murid sebelum atau semasa menjalankan pengajaran.
  • Pengajaran berasaskan komputer memerlukan kemahiran guru dalam mereka bahan atau perisian. 
  • Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P&P memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. 
  • Walaupun guru telah mempelajari bagaimana cara menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam P&P. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi. 
  • Masih terdapat guru yang tidak mahir dalam mengendalikan pembelajaran berbantukan komputer disebabkan kurang latihan. 
  • Oleh yang demikian, dalam pembinaan dan pelaksanaan pengajaran berasaskan komputer, guru mestilah menguasai cara mengintegerasikan pengajaran yang dirancang dengan teknologi yang serba canggih pada masa.
  • Selain itu, guru juga akan menghadapi masalah dalam pengajaran berbantukan komputer kerana banyak masa perlu diberikan dalam menyediakan bahan. 
  • Hal ini kerana, bahan yang disediakan mestilah selaras dengan objektif pengajaran dan sesuai dengan murid-murid. 
  • Dalam pembinaan bahan pengajaran juga guru perlulah mengambil kira aspek-aspek penting seperti penggunaan teks, grafik, visual, animasi dan sebagainya. 
  • Aspek-aspek tersebut mestilah diberi perhaitan misalnya penggunaan teks dalam powerpoint mestilah mengikuti prinsip CASPER. 
  • Sekiranya guru mengambil mudah terhadap pembinaan bahan, hal ini akan menyukarkan pelaksanaan pengajaran. 
  • Sehubungan dengan itu, jelas menunjukkan bahawa pengajaran berbantukan komputer mengambil masa yang lama dalam peringkat pembinaannya.
  • Di samping itu, kemudahan teknologi maklumat juga tidak mencukupi dalam kebanyakan sekolah. 
  • Pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat, serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer yang mencukupi dan lancar. 
  • Sistem penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di sekolah yang tidak cekap menjadi salah satu punca permasalahan pengintegrasiaan ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik. 
  • Sehubungan itu juga, peruntukan kewangan yang lambat serta tidak mencukupi untuk proses penyediaan kemudahan teknologi maklumat di sekolah-sekolah tertentu menjadi salah satu punca timbulnya permasalahan dalam proses pengintegrasian pelajaran dengan teknologi. 
  • Oleh itu, hal ini jelas menunjukkan bahawa, dalam memastikan kelancaran pengajaran berasaskan komputer, guru mestilah memastikan terlebih dahulu sama ada kemudahan sesebuah sekolah itu mencukupi atau tidak.
  • Konklusinya, dalam pembinaan dan pelaksanaan pengajaran berasaskan komputer, terdapat banyak kelemahan yang bakal ditempuhi oleh guru dalam memastikan kelancaran pengajaran. 
  • Namun begitu, guru mestilah memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik dalam memastikan pengajaran selaras dengan kecanggihan dunia serba moden masa kini.

Friday, October 5, 2012

KELEBIHAN PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER


  • Terdapat banyak kelebihan menerusi pengajaran berasaskan komputer. Antaranya adalah dapat meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran. 
  • Mengikut penyelidikan yang telah dlakukan oleh pakar-pakar alat pandang dengar, konsep kefahaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh manusia adalah 75% melalui deria pandang, 13% daripada deria dengar, 6% daripada deria sentuh, 3% daripada deria rasa dan 3% daripada deria bau. (Mok Soon Sang, Lee Shok Mee,1986). 
  • Berdasarkan kajian ini, jelas menunjukkan bahawa pancaindera pandang dan dengar penting dalam proses pembelajaran. Bahan bantu mengajar berasakan komputer semestinya banyak memerlukan pancaindera pandang dan dengar. 
  • Hal ini sangat relevan dalam meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.
  • Kelebihan yang seterusnya adalah guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa, menyeronokkan dan mencabar. 
  • Hal ini selaras dengan teknologi yang pendidikan bertujuan untuk mewujudkan suatu suasana yang kondusif bagi pengajaran dan pembelajaran. 
  • Wayne F. Virag (1976) berpendapat “seseorang individu dalam suasana pembelajaran adalah tertakluk kepada pelbagai bahan pengajaran, teknik-teknik dan peringkat-peringkat penyampaian pengajaran…suasana pembelajaran ini pula dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kaedah penyampaian dan bahan pengajaran yang digunakan dalam suasana fizikal yang direka untuk pembelajaran.” 
  • Penggunaan teknologi juga boleh memberi pengalaman sebenar yang dapat merangsang aktiviti sendiri dalam kalangan pelajar dan membina pemikiran yang berterusan. 
  • Hal ini dapat dilahirkan menerusi aktiviti yang mencabar dalam pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. 
  • Oleh yang demikian, jelas menunjukkan bahawa suasana pembelajaran yang selesa, menyeronokkan dan mencabar dapat diwujudkan menerusi pengajaran yang menggunakan komputer serta perisiannya sebagai alat pengajaran.
  • Seterusnya pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dapat meningkatkan motivasi dan minat murid dalam pembelajaran. 
  • Hal ini selaras dengan pendapat Jonassen (1996) yang menyatakan, para pelajar yang mendapat bahan pengajaran melalui komputer mempunyai motivasi yang tinggi untuk  belajar. 
  • Apatah lagi jika pendekatan yang digunakan berbentuk permainan pendidikan. 
  • Hal ini menunjukkan menerusi pendekatan permainan pendidikan, murid akan lebih tertarik dan semakin bersemangat untuk mengikuti sesebuah pembelajaran.
  • Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer juga bertujuan untuk memudahkan kerja seseorang guru dalam penyampaian maklumat pelajaran. 
  • Penggunaan bahan teknologi pendidikan yang boleh dilihat dan menghasilkan bunyi dan suara telah didapati memberikan banyak faedah seperti melicinkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran, menjimatkan masa dan tenaga, mengelakkan kebosanan pelajar dan mengelakkan berlakunya salah tafsir atau tidak faham. 
  • Penggunaannya juga akan memberikan kelainan (variasi) kepada kaedah mengajar, misalnya dengan menggabungkan kaedah dan alat (penggunaan perisian pembelajaran), membolehkan pelajar mengulangi pelajaran secara sendirian dan juga membantu pelajar-pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum.
  • Tuntasnya, pengajaran berasaskan komputer mempunyai kekuatan dalam aspek-aspek yang tertentu. Tambahan lagi, adalah sangat wajar guru mengintegrasikan pelajaran menerusi teknologi maklumat.

Thursday, October 4, 2012

CONTOH-CONTOH PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN


Tutorial
  • Pada asasnya, komputer akan mengajar pengguna sesuatu konsep atau teori yang baru. 
  • Pengguna kemudian akan berinteraksi dengan komputer mengikut kadar kendiri pengguna. 
  • Setelah konsep-konsep tertentu dipersembahkan kepada pengguna dan kefahaman pengguna diukur, komputer kemudian akan mengeluarkan arahan-arahan sama ada berbentuk pengulangan atau pengukuhan berdasarkan maklum balas pengguna.
  • Selain itu, jika dikaitkan dengan P&P Bahasa Melayu juga, sesi tutorial ini boleh dijalankan untuk menunjukkan cara menekan butang yang tertentu sama ada untuk menjawab soalan kefahaman, soalan tatabahasa atau sebagainya. 
  • Murid-murid akan lebih memahami cara yang perlu dilakukan untuk meneruskan perjalanan sesebuah perisian itu di samping memudahkan mereka untuk menggunakan perisian itu secara bersendirian pada bila-bila masa. 
  • Oleh yang demikian, menerusi tutorial yang dipaparkan, pengguna akan memahami apa yang perlu dilakukan semasa menggunakan sesuatu program
  • Di samping itu, menerusi pendekatan tutorial dalam pengajaran berasaskan komputer, komputer akan terlebih dahulu diberikan satu bank maklumat tentang sesuatu subjek dan akan menyampaikan bahan pembelajaran secara urutan dan memberi soalan struktur.
  • Setiap jawapan murid kemudiannya disemak dan maklum balas yang sesuai diberikan. 
  • Dalam tutorial yang baik, komputer akan menganalisis tahap pencapaian murid.
  • Jika mencapai tahap yang dikehendaki, pelajar boleh meneruskan ke tahap yang lebih sukar, jika sebaliknya murid akan disarankan supaya mengulang semula atau pergi ke bingkai bantuan.
  • Oleh yang demikian, guru akan menggunakan pembelajaran tutorial untuk menyampaikan kandungan pembelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. 
  • Pembelajaran tutorial ini merangkumi pembelajaran ekspositori (menyampaikan maklumat kepada murid, demonstrasi sesuatu fenomena, latihan atau latih tubi yang dikawal oleh sistem komputer. 
  • Secara keseluruhannya, perisian berasaskan pembelajaran tutorial ini mengandungi persembahan maklumat, membimbing, memberi latihan serta menilai pencapaian.

Latih tubi
  • Penggunaan pengajaran berasaskan latih tubi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pengguna. 
  • Motivasi pengguna untuk menguasai sesuatu konsep juga dapat ditingkatkan melalui maklum balas yang diberi oleh komputer. 
  • Contoh pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan latih tubi ini ialah menyuruh pengguna berlatih menaip sehingga mahir setelah ia mempelajari tentang papan kekunci.
  • Jika dikaitkan dengan P&P Bahasa Melayu, sesi latih tubi dijalankan selepas guru telah memaparkan isi pembelajaran. 
  • Latih tubi akan dijalankan untuk menguji sejauh mana kefahaman murid mengenai isi pembelajaran yang disampaikan. 
  • Di samping itu, pendekatan latih tubi ini juga merupakan jenis pendekatan yang paling popular untuk tujuan ulangkaji atau bagi pelajar yang lemah di dalam sesuatu konsep.
  • Pelajar diberikan satu demi satu soalan, di mana komputer akan memberikan maklum balas terhadap setiap jawapan yang diberikan. 
  • Dengan ini pelajar akan dapat mengetahui sama ada jawapan yang diberikannya betul atau salah.
  •  Latih tubi membantu pelajar mengingati fakta-fakta yang mudah dan biasanya ia tidak digunakan untuk menyampaikan bahan pembelajaran yang baru.

Permainan Pendidikan
  • Permainan pendidikan ini adalah berorientasikan pembelajaran. 
  • Pelajar akan cuba untuk menyelesaikan masalah dengan menjawab berdasarkan syarat, logik dan hukum tertentu. 
  • Membantu pelajar melatih kemahiran mereka untuk menyelesaikan masalah.
  • Menurut MacFarlane & Sparrowhawk (2002), dalam melaksanakan permainan dalam pengajaran, guru perlu berhati-hati agar objektif permainan adalah sesuai dengan objektif pengajaran. 
  • Pendekatan menerusi perisian permainan yang dijalankan mestilah bermatlamatkan untuk memperoleh objektif pengajaran yang telah dirancang dan bukan hanya untuk hiburan semata-mata. 
  • Oleh yang demikian, murid tidak akan rasa tertekan kerana aktiviti pengajaran telah dimuatkan dengan permainan yang menyeronokkan di samping menguji kefahaman mengenai sesuatu pembelajaran.
  • Selain itu, sesuatu konsep Sains dan Matematik juga dapat dibangunkan menerusi permainan, di mana isi kandungan pelajaran dapat disusun secara bersepadu dengan format permainan yang mengandungi sesuatu set peraturan. 
  • Permainan komputer berupaya menyediakan suatu situasi pembelajaran yang dapat meningkatkan motivasi pelajar. 
  • Ini kerana perisian permainan biasanya mempunyai kombinasi cabaran, menyingkap sikap ingin tahu dan pemikiran kreatif serta menjana pelajar membuat jangkaan dan hipotesis.

Simulasi (simulation)
  • Thomas & Milligan (2004) mendefinisikan simulasi sebagai keadaan atau sistem yang dimodelkan melalui komputer yang mengandungi maklumat tentang bagaimana keadaan atau sistem itu berfungsi. 
  • Kaedah ini digunakan apabila situasi sebenar tidak dapat dijalankan.
  • Contohnya dalam pembelajaran Sains tentang tajuk meosis, adalah lebih berkesan dan menarik jika menggunakan simulasi komputer daripada menggunakan gambar rajah statik untuk menerangkan proses meosis. 
  • Contoh yang diberikan ini juga selaras dengan pendapat Fred & Henry (1994) yang menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sains yang dijalankan dengan menggunakan komputer, bukan sahaja untuk tujuan pengajaran asas tetapi juga untuk tujuan mengira dan membuat simulasi tentang situasi makmal.
  • Oleh yang demikian, simulasi adalah model yang boleh memberikan gambaran sebenar atau separa sebenar terhadap sesuatu objek, proses atau peristiwa. 
  • Pelajar akan mengambil bahagian secara aktif dalam menentukan apa yang akan berlaku melalui keputusan yang dibuat. 
  • Menerusi kaedah simulasi berbantukan komputer ini, guru juga akan dapat menjimatkan tenaga dan masa dengan hanya menunjukkan simulasi mengenai sesuatu topik pembelajaran kerana murid boleh melakukannya secara kendiri.