Friday, November 30, 2012

FULL ASSIGNMENT STAIL LATIHAN


1.0  Pengenalan
Pendidikan adalah bertujuan untuk memperoleh pengetahuan dan membina pengalaman bagi menyediakan seseorang individu untuk menghadapi masa akan datang. Di samping itu, melalui pendidikan juga, seseorang individu akan dapat memperkembangkan lagi potensinya secara menyeluruh dan bersepadu untuk memajukan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial.
Stail pengajaran merupakan satu kaedah pengajaran yang  dijalankan oleh seseorang guru dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh dilaksanakan dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran guru dengan menggunakan kaedah yang betul dan sesuai akan memastikan objektif sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan tercapai seperti yang dirancangkan
Bagi mencapai matlamat dan objektif  dalam pengajaran dan pembelajaran terdapat pelbagai teori, kaedah, strategi dan stail pembelajaran direkacipta untuk diamalkan oleh guru. Seseorang guru dikatakan berkesan dalam sesuatu pengajaran itu apabila pelajar dapat mengikuti, memahami, menghayati dan mengalami apa yang ingin diajarkan kepada mereka. Hasil dari pengajaran yang berlaku akan menyebabkan perubahan tingkahlaku, pemikiran dan perasaan pelajar. .Perubahan tingkah laku ini boleh terjadi semasa dan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Segala perubahan yang berlaku boleh dinilai berdasarkan kepada tiga domain iaitu domain psikomotor , kognitif dan efektif.
          Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, konsep pendekatan, kaedah, teknik dan strategi sering digunakan. Ciri-ciri yang terdapat diantara keempat-empat konsep ini saling berkait di antara satu sama lain.
    Merujuk kepada stail atau teknik pengajaran seseorang pendidik. Stail-stail ini melibatkan 11 cara iaitu stail perintah, latihan, semak bergandingan, semak kendiri, peningkatan, penemuan berbimbing, penemuan berpusat, hasilan tercapah, program individu, pembelajaran terdorong dan pengajaran kendiri (Mok Soon Sang, 2002).
          Contohnya Stail latihan ialah satu kaedah pengajaran di mana guru memberikan tugasan kepada pelajar, pelajar melakukan tugasan tersebut untuk satu tempoh masa tertentu. Guru akan memerhati prestasi murid dan memberikan maklum balas kepada pelajar.

2.0  Objektif
1.              Mewujudkan hubungan baru antara guru dengan pelajar, pelajar dengan tugasan dan diantara pelajar sendiri.
2.               Mempraktikkan tugasan seperti yang didemostrasikan atau yang telah diterangkan.
3.               Menyedari melalui pengalaman bahawa prestasi  adalah berkaitan dengan masa.
4.               Menyedari melalui pengalaman bahawa prestasi yang baik adalah berkaitan dengan pengulangan tugasan.
5.               Menyedari melalui pengalaman bahawa prestasi yang cekap adalah berkaitan dengan pengetahuan keputusan.
6.               Menyedari melalui pengalaman bahawa pengetahuan keputusan diperolehi melalui berbagai bentuk maklumbalas yang diberikan oleh guru.

3.0 Struktur Stail Latihan
         
          Untuk membolehkan kita mengenal stail latihan ini, perubahan mesti berlaku iaitu dengan memindahkan kuasa membuat keputusan daripada guru kepada pelajar. Perubahan ini berlaku di dalam sembilan kategori berikut dalam satu set impak :
1.       Kedudukan
2.       Tempat
3.       Turutan/susunan tugasan
4.       Kadar kemajuan
5.       Masa permulaan setiap tugasan
6.       Masa tamat setiap tugasan
7.       Masa rehat
8.       Penonjolan
9.       Mengajukan soalan untuk penjelasan.

Keputusan-keputusan dalam set pra impak dan post impak kekal seperti guru-guru membuat keputusan.Dalam set impak , guru memberi peluang kepada pelajar membuat keputusan dalam kesemua sembilan kategori.Peranan pelajar dalam stail ini ialah melaksanakan tugasan yang diberi oleh guru dan membuat kesemua sembilan keputusan dalam set impak.Pemindahan kuasa membuat keputusan ini adalah permulaan proses keindividuan, menimbulkan perlakuan yang berbeza daripada guru dan pelajar.
Guru tidak seharusnya memberi komen kepada setiap pergerakan, tugasan atau aktiviti, pelajar pula mempunyai peluang untuk belajar bagaimana membuat sembilan keputusan dalam parameter yang telah ditetapkan oleh guru.
Dalam keputusan set post impak , guru memerhati persembahan dan memberi maklumbalas secara individu kepada setiap pelajar.

4.0  PELAKSANAAN STAIL LATIHAN
Bagi melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran Stail latihan ia boleh dibahagikan kepada tiga fasa iaitu :
i.                 Pra impak
ii.                Impak
iii.              Pasca impak
Ketiga-tiga fasa ini menjelaskan bagaimana peranan yang dimainkan oleh guru dan pelajar dalam ketiga-tiga fasa ini.


4.1 Fasa Pra Impak

Dalam fasa ini guru hendaklah menyediakan satu ringkasan mengajar sebagai panduan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu merancang dan memikirkan apakah gaya yang akan digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi menyampaikan sesuatu pelajaran. Guru berperanan mengenalpasti dan membentuk sesuatu permasalahan dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Permasalahan yang diberikan hendaklah berkaitan dengan objektif pembelajaran yang akan diberikan kepada pelajar untuk diselesaikan. Arahan yang diberikan ini boleh diberikan dalam bentuk lisan sahaja ataupun boleh juga diberikan dalam bentuk tulisan.
Stail ini melibatkan pelajar dalam membuat keputusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Dalam stail latihan, pelajar bukan sahaja dilatih menyelesaikan tugasan, tetapi proses pertimbangan dalam membuat keputusan.
Guru belajar untuk percaya kepada pelajar dalam membuat keputusan yang sesuai semasa menyelesaikan tugasan.Langkah-langkah berikut menerangkan penggunaan rangka stail latihan sebagai garis panduan perlaksanaan. Proses ini melibatkan membuat keputusan di dalam set pra impak, impak dan post impak.

4.2 Set Impak
Dalam set  ini terdapat beberapa urutan dalam menerangkan episod tersebut :
1.       Guru menetapkan satu-satu keadaan dengan memanggil pelajar mendampingi guru.
2.       Guru menentukan objektif stail ini.
3.       Menyediakan masa untuk pelajar melakukan aktiviti dengan sendiri.
4.       Menyediakan masa kepada guru untuk menyediakan maklumbalas individu kepada setiap orang.
5.       Guru menerangkan peranan pelajar dan giliran dalam membuat keputusan.
6.       Guru menerangkan peranan guru.
          a.       memerhati prestasi dan maklumbalas individu.
          b.       bersedia menjawab soalan pelajar.
7.       Guru menyediakan tugasan-tugasan yang mengandungi komponen-komponen komunikasi.
          a.       Kandungan .
Setiap tugasan mesti mengandungi kandungan khusus apa yang hendak dilakukan.
b.       Modul.
          Guru mengealpasti modul yang sesuai dalam persembahkan tugasan tersebut. ( audio, visual, audiovisual, dan sebagainya)
c.       Perlakuan.
          Setiap modul yang dikenalpasti perlu mempunyai perlakuan yang sesuai ( demonstrasi, menerangkan dan sebagainya)
d.       Media.
          Tugasan boleh dipersembahkan melalui berbagai media ( guru, filem, video atau kertas tugasan )
8.       Pelajar mengetahui dapatan daripada peranan dan tugasan.
9.       Apabila satu keadaan situasi telah ditetapkan guru perlu bertanya kepada pelajar sekiranya mereka sudah faham atau tidak.
10.     Pelajar mula melakukan tugasan dan membuat keputusan yang telah dipindahkan pada mereka dalam set impak.
11.     Guru memerhati keadaan semasa dan berhubung secara individu dengan pelajar.

4.3 Set Pasca Impak
Dalam set post impak ini keperluannya adalah dalam menyediakan maklumbalas-maklumbalas individu kepada semua pelajar. Semasa dalam proses ini guru perlu mengikuti aspek-aspek berikut ;

1.       Kenalpasti dengan segera kesilapan pelajar dalam prestasi tugasan dan dalam membuat keputusan.
2.       menyediakan maklumbalas individu yang betul kepada pelajar.
3.       Berada di sebelah pelajar sehingga melakukan perlakuan yang betul.
4.       Beredar kepada pelajar lain.
5.       Melawat , menyelia, memerhati dan menyediakan maklumbalas kepada pelajar yang melakkan tugasan yang betul. Mereka juga perlukan masa daripada guru.
6.       Untuk sesetengah tugasan memerlukan lebih daripada satu pemerhatian.
7.       Peka dalam pemilihan maklumbalas.

Pada akhir pelajaran guru memanggil semua murid untuk berkumpul dalam beberapa minit , ini boleh dilakukan dengan cara mengulangkaji secara ringkas kandungan pelajaran pada hari itu, maklumbalas secara umum kepada kelas dan sebagainya.

5.0 IMPLIKASI STAIL LATIHAN

Realiti episod-episod dalam stail latihan ini menghasilkan satu set implikasi yang baru :-

1.       Guru menilai perkembangan dalam membuat keputusan yang meluas.
2.       Guru mempercayai pelajar dalam membuat sembilan keputusan tersebut
3.       Guru menerima idea di mana kedua-dua guru dan pelajar boleh memperkembangkan nilai-nilai dalam sesuatu stail.
4.       Pelajar boleh membuat kesemua sembilan keputusan semasa sedang melatih  dan melakukan tugasan.
5.       Pelajar boleh bertanggungjawab uantuk  hasilan daripada keputusan mereka apabila mereka melibatkan dalam proses individu.
6.       Pelajar boleh mengalami permulaan dalam berdikari.

6.0  CONTOH AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 

Tingkatan      : 5   Topik     :Gimnastik artistik
Masa            : 40 minit  Fokus      :Pola 6 (Hayunan)
Langkah       : 1 -Penerangan aktiviti dalam kumpulan kecil disertai   
                     Dengan instuktur.                .
                    2 – Regangan spesifik
                   3 – Guru akan memberikan penerangan mengenai teknik     
                    kisaran dengan sebelah kaki dgn sokongan tangan atas
                    lantai.
                 4 – Ansur Maju dengan kaedah stesen ( Kad tugasan)
                5 – Permainan Kecil
               6-   Sesi Warm Down dan soal jawab

Persediaan mengajar merupakan satu dokumen yang digunakan oleh guru sebagai panduan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Melalui penyediaan rancangan mengajar yang bersistematik, proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lebih berkesan dan tersusun.
Semasa menyediakan rancangan mengajar terdapat beberapa aspek yang perlu difikirkan . Di antaranya ialah ;
a.       Tajuk dan kemahiran yang hendak diajar.
b.       Objektif pengajaran dan pembelajaran
c.       Kaedah dan pengubahsuaian.
d.       Penilaian.

          Persediaan mengajar juga bertujuan untuk menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang rasional. Ia berdasarkan turutan dan pilihan guru terhadap tajuk dan kemahiran di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya guru harus tahu memilih kaedah atau model pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Ia sering dikaitkan dengan pencapain objektif  pada akhir sesi pengajaran dan  pembelajaran.
          Seterusnya guru juga harus memikirkan bagaimana pemindahan pembelajaran boleh berlaku. Ia meliputi aspek pengurusan alatan, kertas kerja dan sebagainya. Bagi permulaan pengajaran dan pembelajaran , proses pemindahan kemahiran harus bersesuaian dengan objektif . ia mesti berturutan, masa yang sesuai dan bersedia untuk disempurnakan.
          Pada akhir pengajaran , guru mendapat sama ada kaedah yang diambil bersesuaian atau tidak. Pengukuran dan penilaian di buat dan masa akan diatasi.

7.0 Kekuatan Stail Latihan

1.               Isi pelajaran yang diajar adalah tetap dan tidak berubah
2.               Isi pelajaran mudah untuk dipelajari oleh murid
3.               Masa dan peluang pelajar melakukan sendiri aktiviti dengan tetap dan mengikut panduan.
4.               Guru dapat menegur dan menunjuk cara jika ada kesilapan dan secara langsung dapat mendampingi pelajar di dalam kelas.
5.               Komunikasi secara dua hala iaitu antara guru dengan murid, murid dangan murid.
6.               Guru memberi peluang pelajar membuat keputusan sendiri
7.               Dapat memperkembangkan daya kreativiti pelajar  secara maksimum
8.               Guru hanya bertindak sebagai fasilitator.


8.0 Kelemahan Stail Latihan

1.               Pelajar cepat menyelesaikan masalah sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran sebenar tamat.
2.               Perkembangan minda atau kognitif pelajar kurang digunakan.
3.               Pelajar akan merasa terkongkong kerana terikat dengan aktiviti yang dijalankan
4.               Aktiviti yang dijalankan tertumpu kepada maklumbalas guru.
5.               Murid tidak dapat motivasi dari guru akibat menjalankan aktiviti sendiri.

  9.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

1.       Terdapat sembilan struktur kaedah latihan yang perlu diikuti.
2.       Jika beberapa orang pelajar melakukan kesilapan guru hendaklah memberhentikan aktiviti kumpulan mereka. Ini akan membantu guru dalam :-
          a.       Kecekapan mengurus masa.
b.       Kedudukan guru yang hampir dengan murid di dalam kelas mewujudkan satu suasana yang selesa
c.       Jika pelajar bertanyakan soalan, guru membantu mereka.
d.       Guru akan memerhatikan mereka untuk melakukan kemahiran dengan betul.

3.       Oleh kerana stail latihan ini direka untuk individu sahaja, komunikasi di antara murid-murid harus diminimumkan.
4.       Dua keadaan akan berlaku di mana pelajar individu akan mengikut arahan guru mereka atau menuggu tindakbalas dari guru selepas sesuatu persembahan.
5.       Guru akan memberi tugasan mengikut tahap kedudukan pelajar. Di dalam stail latihan ini, guru berbuat demikian untuk mencapai kelainan dalam persembahan.
6.       Kadang-kadang pelajar menyelesaikan masalah sebelum masa yang yang diperuntukkan itu tamat. Ini berlaku di dalam semua stail kecuali stail ‘A’ ( arahan ). Dalam masa rehat guru harus merancang aktiviti dan pembelajaran yang sesuai  supaya pelajar tidak terikat dengan aktiviti yang tidak berkaitan.
7.       Salah satu alat bantu mengajar yang sesuai dalam stail latihan ialah carta dinding. Ia mengingatkan tentang tugasan yang perlu dilakukan di setiap stesen. Ini menyenangkan guru.
8.       Di dalam stail latihan ini , pelajar lebih berdikari di dalam membuat keputusan tentang persembahan masing-masing jika dibandingkan dengan stail perintah.
9.       Dari segi kognitif terdapat sedikit perubahan terhadap pelajar kerana ia harus menggabungjalinkan dengan ingatan serta persembahan yang dipersembahkan oleh guru.
10.     Stail  Latihan  bermula dari proses “weaning” iaitu satu proses di mana guru dan murid akan mengikut laluan masing-masing. Guru akan menerangkan 9 keputusan tadi terhadap pelajar dan berharap mereka akan melakukannya dengan baik.

Berdasarkan penerangan yang telah diberikan terhadap penggunaan kaedah pengajaran Stail latihan, dapat dinyatakan dan dibuat kesimpulan bahawa kaedah pengajaran jenis ini amat berupaya membentuk dan mencapai objektif setiap domain dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mantap dan kukuh dalam diri pelajar. Melalui kaedah latihan yang yang dilakukan oleh pelajar akan membentuk keupayaan domain kognitif, psikomotor  dan afektif yang tersendiri mengikut keupayaan pelajar bekenaan.
Peranan guru yang bertindak sebagai pemudah cara atau fasilitator akan memberikan ruang yang bebas dan selesa kepada pelajar dalam menghasilkan keputusan yang terbaik bagi diri mereka. Di dalam stail latihan ini , pelajar lebih berdikari di dalam membuat keputusan tentang persembahan masing-masing jika dibandingkan dengan stail perintah. Dari segi kognitif terdapat sedikit perubahan terhadap pelajar kerana ia harus menggabungjalinkan dengan ingatan serta persembahan yang dipersembahkan oleh guru.

Rujukan.

Kementerian Pendidikan Malaysia . (1998 ). Sukatan Pelajaran Sekolah           Menengah : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Kuala Lumpur :           Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mosston, M, & Ashworth, S. (1994). Teaching Physical Education ( 4th ed.) New           york : Macmillan Colledge Publishing Compony.

Mok Soon Sang  ( 1991 ). Siri Pendidikan Guru : Pedagogi 2 Strategi Pengajaran
           -Pembelajaran Mikro  :  Kuala Lumpur :  Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.











Thursday, November 29, 2012

Simbol fonetik dalam bahasa melayu



Simbol Vokal Bahasa Melayu

Sistem ejaan bertujuan untuk mewakili bunyi yang digunakan oleh penutur sesuatu bahasa. Untuk mencapai tujuan tersebut, berikut disenaraikan bunyi dalam bahasa bahasa Melayu untuk dipadankan dengan simbol ejaan (huruf). Dalam hal ini tumpukan hanya kepada ejaan Rumi sahaja.

Huruf
Simbol bunyi
a
[a]
e (pepet)
[e]
e taling
[ə]
i
[i]
o
[i]
u
[u]

Jadual 5.1: Simbol Vokal Bahasa Melayu


 Simbol Konsonan


Huruf
Simbol bunyi
b
[b]
c
[č]
d
[d]
g
[g]
h
[h]
j
[j]
k
[k], [/], [Q]
l
[l]
m
[m]
n
[n]
p
[P]
q
[q]
r
[r]
s
[s] [š]
t
[t]
v
[v]
w
[w]
x
[z]
y
[Y]
z
[z]

Jadual 5.2: Simbol Konsonan


Simbol diftong

Huruf Gabungan Vokal

Simbol bunyi

ai

[ai]

au

[au]

oi

[oi]

Jadual 5.3: Simbol Diftong

Berdasarkan senarai dalam jadual 1, 2, dan 3, kita dapati ada simbol-simbol bunyi yang diwakili oleh satu huruf dan ada juga yang mewakili dua huruf dalam bahasa Melayu.


Simbol Konsonan Gandingan dan Rangkap


Konsonan Rangkap

Simbol bunyi

gh
[ 7 ]
ny
[ ɲ ]
ng
[ ŋ ]
sy
[ ∫ ]
th
[ q ]
dz
[ ð ]
akh
[ x ]

Rajah 5. 4: Konsonan Gandingan dan Rangkap

Wednesday, November 28, 2012

Konsonan Asal, Pinjaman, Gandingan dan Rangkap Bahasa Melayu



Tahukah anda bahawa terdapat tiga jenis konsonan yang berbeza dalam Bahasa Melayu? Konsonan tersebut ialah konsonan asal, pinjaman, gandingan dan rangkap. Konsonan gandingan dan rangkap turut dikenali sebagai huruf gabung dan konsonan gabungan (Nik Safiah Karim et.al. 2006). Bacalah modul ini seterusnya untuk memahami ketiga-tiga jenis konsonan tersebut.

          Terdapat 18 fonem konsonan asal Bahasa Melayu. Sebenarnya terdapat 19 bunyi  (fon) tetapi bunyi [?] dianggap variasi kepada bunyi [k] di akhir suku kata. Daripada segi cara sebutan, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.5 di bawah, konsonan asal Bahasa Melayu terbahagi kepada tujuh, iaitu letupan, letusan, geseran, getaran, sisian, sengauan dan separuh vokal.

Cara Sebutan

Daerah Sebutan
Bibir
Gusi
Gusi-L Keras
Lelangit  Keras
Lelangit Lembut
Pita Suara


1
2
3
4
5
6
Letupan
tb
p
t


k
?
b
b
d


g
Letusan
tb


č



b


j



Sengauan
b
m
n
J

N

Geseran
tb
f

s
Š
x
h
b
v

z


Getaran
b

r




Sisian
b

l




Separuh Vokal
b
w

y




Rajah 4.5: Konsonan Asal Bahasa Melayu Berdasarkan Sebutan

          Terdapat sepuluh konsonan pinjaman dalam Bahasa Melayu yang berasal daripada Bahasa Arab melainkan konsonan v. Konsonan v dipinjam daripada Bahasa Inggeris. Konsonan sy pula yang dipinjam lebih awal daripada Bahasa Arab, digunakan untuk mengeja perkataan pinjaman daripada Bahasa Inggeris contohnya, skuasy. Huruf ain seperti dalam perkataan ma’na, digantikan dengan huruf k menjadi makna. Pada tempat lain, huruf ‘i (‘ilmu), ‘a (‘alam), ‘u (‘umur) digugurkan. Ejaan nama seperti ‘Abdullah, Sa’odah, Nor ‘Aini sudah ditiadakan. Selain itu, huruf hamzah digugurkan tetapi masih terdapat dalam perkataan seperti Dato’, sebagai darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Sultan atau Yang Dipertuan Negeri.

          Seterusnya, dalam sistem ejaan lama Bahasa Melayu, terdapat sembilan konsonan gandingan dan rangkap yang digunakan, iaitu kh, gh, ny, ng, sh, ch, dz, dh dan th. Empat daripadanya dikekalkan penggunaannya hingga kini, iaitu kh, gh, ny dan ng. Akan tetapi, konsonan gandingan dan rangkap sh diubah suai menjadi sy. Selain itu, empat konsonan gandingan dan rangkap ditukar menjadi konsonan tunggal, iaitu ch menjadi c, dz menjadi z, dh menjadi d dan th menjadi s. (Abdullah Hassan, 2006:95-96).

          Sebenarnya jika anda peka, tidak banyak huruf dipinda dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu. Hanya konsonan gandingan dan rangkap dikurangkan daripada sembilan kepada lima, iaitu empat kekal, manakala satu berubah satu huruf. Empat lagi konsonan gandingan dan rangkap dijadikan konsonan tunggal untuk memudahkan ejaan. Namun, walaupun huruf berubah, bunyi sebutannya tetap sama.