Friday, June 27, 2014

LEMBARAN PENGAYAAN (TOPI KELEDAR IDAMANKU)

LEMBARAN PENGAYAAN (TOPI KELEDAR IDAMANKU)

Arahan :

Lukiskan gambar satu topi keledar mengikut kreativiti kamu. Jadikan gambar di bawah sebagai panduan. Selepas siap lukis, warnakan. Topi keledar yang menarik, akan diberi 2 token individu.

Thursday, June 26, 2014

Cara-cara membuat sinopsis berdasarkan teks berita

Cara-cara membuat sinopsis berdasarkan teks berita :

1.   Membaca teks berita terdahulu.
2.   Mencatat isi berita.
3.   Menulis ringkasan isi berita.
4.   Gunakan ayat yang padat, efektif, dan menarik.

5.   Sinopsis berita tidak boleh menyimpang dari jalan cerita dan isi dari berita.

Wednesday, June 25, 2014

Permainan Kod Huruf

a
1
b
2
c
3
d
4
e
5
f
6
g
7
h
8
i
9
j
10
k
11
l
12
m 13
n 14
o
15
 p
16
 q 17
 r
18
 s
19
 t
20
u
21
v
22
w
23
x
24
y
25
z
26

Tuesday, June 24, 2014

Contoh teks Bicara Berirama (Tajuk Bicara Berirama : Piramid Aktiviti Kesihatan)

Tajuk Bicara Berirama : Piramid Aktiviti Kesihatan

Semua kumpulan : Kawan-kawan, lihat piramid kesihatan. Banyak aktiviti
yang  patut kita lakukan.


Kumpulan 1 : Apakah aktiviti yang patut kita lakukan?

Kumpulan 2 : kita patut melakukan gerak kerja di rumah sebanyak mungkin.
Kumpulan 3 : Apakah contoh-contoh kerja di rumah yang boleh kita lakukan?
Kumpulan 4 : Kita boleh potong rumput, naik turun tangga, menanam bunga,     
  membersihkan tandas dan banyak lagi.

Kumpulan 1 : Mengapa kita kena buat gerak kerja di rumah?

Kumpulan 2 : Kita kena buat gerak kerja di  rumah, supaya diri kita segar.    
  Rumah juga bersih. Pasti kita akan selamat.

Kumpulan 3 : Selamat daripada apa ya?

Kumpulan 4 : Contohnya, selamat daripada nyamuk aedes. Kalau pastikan                                     rumah bersih, tiada takungan air, nyamuk aedes tak akan membiak.

Semua kumpulan : Ooo.. Macam itu cara untuk sihat..

Kumpulan 1 : Apakah cara lain yang boleh membuatkan badan kita sihat?
Kumpulan 2 : Kita boleh melakukan sukan rekreasi.
Kumpulan 3 : Apakah contoh sukan rekreasi?
Kumpulan 4 : Sukan rekreasi adalah seperti berbasikal, bermain badminton,                                     bermain kasut roda, dan banyak lagi. Kamu semua pernah buat?

Semua kumpulan : Kami pernah buat.
Kumpulan 1 : Bagus. Lakukan tiga hingga lima kali seminggu. Pasti badan kita akan                         sihat.



Kumpulan 2 : Kami memasuki kelab taekwando. Pasti kami kuat.
Kumpulan 3 : Kami selalu berjogging. Pusing sekitar taman.
Kumpulan 4 : Bagus kamu lakukan aktiviti-aktiviti tersebut. Lakukan dua hingga                               tiga kali seminggu. Aktiviti-aktiviti seperti taekwando dan berjogging,                         dapat menguatkan otot badan kita.


Kumpulan 1 : Kami gemar main permainan PS2.
Kumpulan 2 : Tidak elok aktiviti tidak aktif seperti itu. Kamu semua kena kurangkan.
Kumpulan 3 : Bagaimana pula dengan hobi menonton televisyen sepanjang hari                           cuti?
Kumpulan 4 : Sama juga. Aktiviti tersebut merupakan aktiviti tidak aktif. Kita kena                           kurangkan.
Kumpulan 1 : Mengapa kita perlu kurangkan aktiviti-aktiviti tidak aktif?
Semua kumpulan : Aktiviti-aktiviti tidak aktif akan menambah berat badan. Badan                                  kita pasti akan bertambah gemuk dek kerana lemak tak dapat                                 disingkirkan. Mari patuhi piramid aktiviti kesihatan. Terima kasih.








Monday, June 23, 2014

Panduan Keselamatan untuk Murid

Panduan Keselamatan untuk Murid


Panduan keselamatan ini disediakan untuk rujukan murid. Kita hendaklah memastikan tempat tinggal kita selamat. Perbuatan jenayah boleh berlaku di kawasan tempat tinggal kita. Jika kita ternampak sebarang kejadian jenayah, beritahu kepada ibu bapa kita. Ibu bapa kita boleh melaporkannya kepada polis. Hubungi nombor 999 untuk panggilan kecemasan. Kita dilarang menyalahgunakan nombor ini. Kita hendaklah sentiasa bekerjasama dengan pihak polis untuk mencegah jenayah.

Sunday, June 22, 2014

AKTIVITI MEMBINA CERITA MENGGUNAKAN PERKATAAN DALAM TEKS

Arahan :
1. Pilih sekurang-kurangnya tiga perkataan berimbuhan yang terdapat di dalam teks ‘Pemanas Air’.
2. Kemudian, bina satu cerita menggunakan ketiga-tiga perkataan berimbuhan tersebut.
3. Bina sekurang-kurangnya tiga ayat dalam satu cerita.

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Saturday, June 21, 2014

PERMAINAN MAKA BERKATALAH SIMON.

PERMAINAN MAKA BERKATALAH SIMON.

(Bina ayat menggunakan perkataan yang disebut oleh Simon, secara lisan)

Simon kata, ‘saya’.
Simon kata ‘beta’.
Simon kata ‘patik’
Simon kata, ‘kami’.
Simon kata, ‘kita’.

Simon kata ‘hamba’.

Friday, June 20, 2014

CONTOH DIALOG DI TELEFON

DIALOG DI TELEFON

Kayal                         : Helo, Vaishmita, kamu apa khabar?
Vaishmita     : Saya sihat. Kayal, apakah rancangan kamu pada cuti sekolah nanti?
Kayal             : Saya dan ibu hendak berkebun menanam bunga. Kami hendak menanam bunga ros.
Vaishmita     : Wah, bagus! Berkebun satu cara menjaga kesihatan diri kita. Kayal, kamu ada berita tentang Kem Kecergasan Diri yang diadakan di Alor Gajah?

Kayal             : Bariah ada menghubungi saya semalam. Kata bariah, kita perlu berkumpul di kantin sekolah pada pukul 2 petang, pada hari jumaat ini. Kita akan bertolak ke sana pada pukul 3 petang. 

Thursday, June 19, 2014

Lembaran Pemulihan : Pilih penggunaan kata tanya yang betul.

Plih penggunaan kata tanya yang betul dalam ayat tanya di bawah. Tulis semula.

  1. Harga tiket ini bila / berapa / bagaimana?
___________________________________________________
  1. Awak datang lambat bagaimana / mengapa / apa?
___________________________________________________
  1. Bilakah/apakah/ siapakah kejadian itu?
_________________________________________________
  1. Bagaimankah/di mana/berapa tuan tinggal?
___________________________________________________
  1. Mengapakah/di manakah/siapakah benda itu?
_________________________________________________


Wednesday, June 18, 2014

Contoh lembaran pemulihan

Lembaran pemulihan
Jawab soalan di bawah :

1.  Bagaimanakah air masak disimpan?

·       ________________________________________________

·       ________________________________________________

·       ________________________________________________

2.  Apakah akibat jika minum air yang tidak dimasak?

·       ______________________________________________
·       ______________________________________________
·       ______________________________________________
·       ______________________________________________
·       ______________________________________________

3.  Bagaimanakah cara untuk mengamalkan amalan minum air masak dalam kehidupan seharian?

·       __________________________________________________________________________________________________

·       __________________________________________________________________________________________________

Tuesday, June 17, 2014

TAJUK LAGU: AMALKAN MINUM AIR MASAK (RENTAK LAGU GAJAH MENARI)

TAJUK LAGU: AMALKAN MINUM AIR MASAK
(RENTAK LAGU GAJAH MENARI)

*Mari minum air masak..
Menjimatkan duit..
Badan kita akan sihat..
dan selamat..

**Bom..bom..bom..bom..bom..
Bom..bom..bom..bom..bom..
Bom..bom..bom..bom..bom..
Bom..bom..bom..bom..bom..

(ulang *)
Cit..cit..cit..cit..cit..
Cit..cit..cit..cit..cit..
Cit..cit..cit..cit..cit..

Cit..cit..cit..cit..cit..

Monday, June 16, 2014

Contoh teks cerita Tahun 3 KSSR (Tangga Bergerak)

Pada hari Ahad yang lalu, ibu membawa Kamal ke pusat beli-belah untuk membeli pakaian baharu. Kamal berselisih dengan Ming Lee. Ming Lee berjalan bersama-sama bapanya.
            “Wah, kamu juga ada di sini Ming Lee!” tegur Kamal.
            “Ya, Kamal. Saya hendak membeli kasut sukan. Saya minta diri dahulu, Kamal,” kata Ming Lee.
            “Baiklah, Ming Lee. Jumpa lagi,” kata Kamal.
Semasa Kamal dan ibunya hendak menaiki tangga bergerak, seorang pengawal keselamatan berkata kepada ibu Kamal.
“Puan, pegang tangan anak puan apabila menaiki tangga bergerak ini.” Ibu tersenyum sambil berkata, “ Baiklah, ___________.”
“Encik, bagaimanakah cara yang selamat menaiki tangga bergerak ini?” tanya Kamal.
“Begini, adik. ________ hendaklah berdiri di tengah tangga. Jangan bergurau atau bermain-main semasa menaiki tangga bergerak. Kamu hendaklah melangkah sebaik-baik sampai di penghujung tangga.”

“Oh, begitu! Terima kasih, encik,” kata Kamal.

Sunday, June 15, 2014

Contoh Teks Berita (Kanak-kanak Maut Melintas Jalan)

SEGAMBUT, 5 Ogos – “Kalaulah dia tidak bersendirian”. Itulah kata-kata sesalan Chee Beng, ayah kepada Chee Ming, kanak-kanak yang terbunuh ketika cuba melintas jalan raya yang sibuk di Jalan Utara.
           Chee Ming, murid Tahun Satu dari Sekolah Kebangsaan Berseri telah dilanggar oleh sebuah kereta di hadapan kawasan rumahnya di Jalan Utara. Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi, ketika mangsa berjalan kaki ke sekolah di seberang jalan.
Dilaporkan bahawa, pelanggaran itu berlaku apabila Chee Ming berada di tengah jalan, ketika melintas jalan raya satu lorong. Mangsa yang dilaporkan mati di tempat kejadian, mengalami kecederaan parah di kepala, leher dan pinggang.
Mayat Chee Ming akan dibakar di pekan Hall Crematorium di Jalan Puncak, Segambut hari ini. Mengikut laporan, pemandu kereta yang terlibat telah direman untuk disoal siasat oleh pihak berkuasa. 

Saturday, June 14, 2014

BUKU KECIL (pengayaan) TAJUK : KEBERSIHAN MAKANAN

BUKU KECIL (pengayaan)
TAJUK :KEBERSIHAN MAKANAN

Arahan : Jawab soalan dalam peta I-Think.


Mengapa kita perlu memastikan makanan bersih?


Contoh-contoh penyakit bawaan air dan makanan :



Bagaimana makanan boleh tercemar?






Ciri-ciri pengendalian makanan yang baik :








Asas-asas kebersihan makanan :


Friday, June 13, 2014

Panduan lihat makna dalam kamus

Kuing

Kuini

Kuinin

sj = sejenis
yg = yang
spt = seperti
utk = untuk


bata = batu ~  =
batu bata


burung = burung ~ tempua = burung tempua

Thursday, June 12, 2014

Cadangan Langkah Memartabatkan Bahasa Melayu

Status atau kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pembentukan tamadun bangsa kini makin tercabar di negara kita kerana sikap sesetengah pihak yang memandang remeh terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sekali gus meminggirkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam konteks negara bangsa. Kedudukan bahasa kini mula mengalami perubahan yang ketara apabila bahasa Inggeris mula digunakan dalam kehidupan seharian. Pelbagai usaha telah, sedang, dan akan dijalankan bagi mempertahankan dan memantapkan kedudukan penggunaan bahasa Melayu agar tidak lenyap di telan zaman.
     Antara cadangan yang boleh diambil dan dilakukan oleh semua pihak adalah seperti mempertahankan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk semua mata pelajaran di sekolah rendah, menengah, dan menolak sebarang tuntutan untuk kembali kepada dasar PPSMI. Mengambil tindakan segera untuk menjadikan pembelajaran bahasa Melayu pada peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah sebagai pengalaman yang menarik, berkesan dan memikat dengan menggunakan pelbagai bahan kreatif dan inovatif. Selain itu pihak yang terlibat boleh menyediakan latihan dalam perkhidmatan kepada semua guru untuk membolehkan mereka mencapai tahap penguasaan bahasa Melayu yang tinggi. Sistem pendidikan kebangsaan juga boleh menyusun strategi bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan rakyat di Malaysia.
     Peribahasa ada mengatakan bahawa ‘tak kenal maka tak cinta’. Peribahasa ini jelas menunjukkan bahawa perlunya proses mengenali sebelum mencintai sesuatu. Begitu juga dengan bahasa kita. Apabila mengenali bahasa kebangsaan kita, kita akan sentiasa dapat menyemai sikap cintakan negara walau ke mana pun kita pergi. Sebagai contoh, jika kita berpeluang untuk ke negara luar, kita seharusnya memperkenalkan bahasa Melayu dan berbangga apabila bertutur dalam bahasa ini. Jika sudah terbiasa, maka semakin tinggilah penghargaan kita terhadap bahasa kebangsaan ini.
     Selain itu, Malaysia juga sedang berusaha untuk merealisasikan Wawasan 2020. Dalam menjayakan wawasan ini, kita seharusnya mempunyai identiti sendiri yang mampu menaikkan nama negara di mata dunia. Rakyat Malaysia yang memasuki pertandingan atau perlawanan sukan hingga ke peringkat antarabangsa seharusnya mempromosikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kita.
     Langkah seterusnya ialah dengan melaksanakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah secara berperingkat-peringkat. Dalam mengejar era globalisasi ini, elemen yang membantu kepada agenda pembinaan negara bangsa ialah sistem pendidikan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Dalam usaha memperkasakan bahasa kebangsaan, peranan guru amatlah mustahak kerana melalui pendidikan murid-murid perlu disedarkan mengenai kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi di Malaysia. Selain itu, tanggungjawab pemimpin institusi pendidikan, pensyarah dan guru adalah untuk menyemai semangat cintakan bahasa kepada generasi muda Malaysia supaya mereka fasih berbahasa Melayu, menghormati dan berbangga dengan bahasa Melayu yang menjadi cerminan sebagai identiti rakyat Malaysia.
     Antara lain, penghayatan, pemahaman dan kepekaan dalam bahasa Melayu harus diperjuangkan sebagai bahasa kebangsaan yang moden dan bahasa ilmu dalam usaha pembinaan negara bangsa menjadi arus yang selaras dengan arus globalisasi itu sendiri. Kerjasama seluruh lapisan masyarakat amat diperlukan bagi menjaya dan mewujudkan negara bangsa yang unggul ini. Bagi mencapai tahap ketinggian, keindahan bahasa sebagai lambang estetika dalam berbahasa memerlukan pengorbanan dan pengabdian terhadap seni bahasa itu atau perasaan cinta terhadap seni bahasa tersebut. Seiring dengan wawasan ini, kita harus bersedia untuk menguasai bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain.
     Kesimpulannya, jelas sudah kita lihat betapa pentingnya peranan bahasa dalam membina tradisi keilmuan. Oleh itu, bahasa Melayu harus diperjuangkan dan diletakkan sebagai bahasa saintifik serta diguna pakai dalam sistem pendidikan, pentadbiran malahan dalam semua agenda negara. Kita juga harus ingat bahawa bahasa Melayu ini bukan sahaja berperanan sebagai bahasa saintifik malah sebagai satu wahana buat masyarakat Malaysia bagi menyatupadukan pelbagai kaum dalam usaha mencapai perpaduan nasional seperti yang diharapkan dahulu. Oleh yang demikian, kita sebagai penutur asli bahasa ini seharusny berusaha untuk mengekalkan bahasa ibunda kita supaya tidak lapuk dek zaman dan terus menjadi bahasa yang dihormati oleh orang lain.


Wednesday, June 11, 2014

Di manakah Kedudukan Bahasa Melayu?

Bahasa Melayu secara jelasnya merupakan bahasa ilmu dan bahasa pengucapan intelektual akan terhakis sehingga tidak mustahil bahasa Melayu hanya dikenali sebagai bahasa komunikasi sehari-hari. Situasi itu berlaku kerana kurangnya pengertian terhadap peranan bahasa melayu dalam pembentukan konsep kebangsaan dan kenegaraan walaupun bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi sudah pun dinobatkan dalam ‘Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.’
     Seperti yang sedia kita maklum, bahasa Melayu menjadi lambang yang singnifikan bagi kewujudan entiti politik, jati diri dan perpaduan negara. Oleh itu, kita sewajarnya akur dan bangga kerana dengan adanya kekuatan bahasa Melayu maka terbentuklah kesatuan sikap, pemikiran, sistem nilai pandangan dalam kalangan rakyat Malaysia. Justeru, kita warga negara Malaysia seharusnya berbangga kerana memiliki bahasa sendiri, iaitu bahasa Melayu yang mampu mendukung budaya bangsa, berkembang seiring dengan perkembangan ilmu pengetahuan.
     Bahasa Melayu adalah lambang bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pemersatuan negara Malaysia. Hasrat ini jelas terungkap di dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui perkara ini, Bahasa Melayu telah dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini penting kerana setiap negara mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya negara Jerman dengan bahasa Jermannya, bahasa Jepun dengan bahasa Jepunnya dan negara-negara yang lain. Oleh itu jelaslah, bahasa Melayu berperanan sebagai lambang negara Malaysia di persada dunia. Jelas sekali bahawa peranan bahasa Melayu dalam mencorakkan jati diri warga Malaysia begitu besar cabarannya. Justeru, aspirasi dan misi nasional dalam membentuk negara bangsa Malaysia yakni menyatupadukan warganya tidak menampilkan semangat waja untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang sepatutnya menjadi kebangaan negara kita.
     Pada zaman milennium ini, bahasa Melayu seolah-olah hilang jati dirinya. Jati diri bahasa ini hilang dibawa pergi oleh sikap penuturnya sendiri. Sebagai contoh, pendidikan di sekolah begitu menitik beratkan bahasa dagang iaitu bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Guru-guru cemerlang di sekolah-sekolah yang hebat acap kali menggunakan bahasa asing sebagai wadah komunikasi antara mereka. Lihatlah, jika penuturnya sendiri melupakan bahasa lambang perpaduan ini, maka dapatlah kita lihat di mana kedudukan bahasa Melayu di mata dan hati mereka. Silibus di sekolah juga banyak menggunakan bahasa Inggeris sehinggakan anak-anak di bandar mudah menguasai bahasa itu berbanding bahasa ibunda mereka sendiri. Jika ditelusuri peristiwa yang lalu, kita dapat lihat begitu mudahnya program PPSMI dijalankan. Pelaksanaan program ini sedikit sebanyak telah menjejaskan kedudukan bahasa Melayu sekaligus mengangkat martabat bahasa asing di tempat kita. Bagaimana ini boleh berlaku? Jawapannya mudah sekali, kerana kurangnya rasa cinta dan bangga dengan bahasa utama, bahasa ibunda kita. Pelaksanaan PPSMI ini telah menjangkiti anak muda dari sekolah menengah lanjut ke insititusi pengajian tinggi. Apabila dari awal bahasa Inggeris diterapkan dalam diri mereka, maka timbullah komunikasi dalam bahasa asing itu. Mereka lebih gemar bertutur dalam bahasa asing berbanding dengan bangganya untuk bertutur dalam bahasa asli. Jika perkara ini tidak diubah, maka orang luar akan beranggapan bahawa kita lebih selesa untuk bertutur dalam bahasa asing.
     Selain daripada sudut pendidikan, kita juga boleh lihat bagaimana kedudukan bahasa Melayu dalam bidang ekonomi. Institusi perbankan, insurans, kilang dan golongan elit dalam bidang ini juga rata-ratanya menggunakan bahasa asing sebagai bahasa utama. Jika disoal mengapa bahasa itu yang diagungkan, maka keluarlah jawapan ‘mahu memudahkan urusan dengan negara luar.’ Jika dilihat, apabila menjalankan sebarang urusan dengan pihak luar, ini merupakan cabang yang terbaik untuk meluaskan pengaruh bahasa Melayu, namun sayangnya, kita lebih mengagungkan bahasa asing itu sendiri. Gabenor bank negara sendiri dengan bangganya bertutur fasih dalam bahasa asing ketika menjalankan sebarang urusan berkaitan ekonomi. Urusan yang dijalankan berasaskan ekonomi sering kali mengangkat bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Ada juga terjadi apabila syarat utama untuk memohon kerja dalam bidang ini memerlukan subjek cemerlang bahasa Inggeris manakala bahasa ibunda kita dibiarkan sepi tanpa pengiktirafan.
     Seterusnya mari kita lihat kepada sektor kerajaan serta wahana politik dalam menentukan kualiti penggunaan bahasa Melayu. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berperanan sebagai wahana politik dalam menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsanya. Bahasa yang dapat membina Negara bangsanya seharusnya dapat melahirkan pengguna bahasa yang berkualitu, berkuasa dan berketerampilan. Oleh itu, lebih banyak penutur yang berkuasa dalam penggunaan bahasa Melayu perlu dipupuk. Mereka ialah yang terdiri daripada ahli politik, ahli korporat, golongan professional, mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pelajar sekolah, dan ahli masyarakat. Kehadiran kumpulan-kumpulan ini dapat mengembangkan bahasa itu dengan lebih terancang. Golongan yang berpengaruh juga perlu memainkan peranan mereka untuk memartabatkan bahasa Melayu itu sendiri. Namun sebaliknya, berbeza yang berlaku dalam realiti kehidupan. Perkataan ‘hormat’ seakan-akan sudah hilang daripada korpus bahasa Melayu apabila Perdana Menteri kita telah menggunakan slogan ‘Respek Wanita’ sempena sambutan Hari Wanita tahun 2013. Ke mana perginya perkataan hormat itu? Oleh itu, jelas dapat dilihat di sini bahawa jika orang di atas begitu mengagungkan bahasa asing, bagaimana mungkin orang di bawah akan menjadi pengikut yang setia untuk bahasa Melayu itu sendiri.
     Antara isu lain yang dapat kita lihat ialah mengenai kepentingan institusi Dewan Bahasa dan Pustaka. Insititusi ini seolah-olah tidak diberi kuasa sepenuhnya untuk melaksanakan tugas yang berkaitan dengan bahasa kerana ianya selalu bercanggah dengan apa yang telah kerajaan lakukan. Contohnya penggunaan perkataan respek yang diubah daripada perkataan hormat itu, kecapaian objektifnya tidak dirujuk cara penggunaannya atau bersesuaian dengan bahasa yang digunakan. Apabila kisah ini berlaku, DBP seolah-olah hilang autoriti sebagai pusat rujukan bahasa Melayu. Seperti yang kita sedia maklum, DBP berperanan menjadi pusat bahasa kepada orang ramai, tetapi penggunaanya begitu terhad dan tidak mendapat sambutan yang begitu baik sekali menyebabkan pengawalan dan penggunaan bahasa Melayu dengan betul dilihat sedikit terumbang-ambing.  

     Secara konklusinya, mewujudkan satu bangsa yang bersatu padu daripada pelbagai keturunan, agama, kebudayaan dan wilayah dengan satu bahasa kebangsaan amatlah diperlukan. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah satu pilihan bijak dan mampu menjadi wadah perpaduan. Oleh itu jelaslah bahawa bahasa kebangsaan ini merupakan bahasa satu unsur utama dalam pembinaan negara bangsa Malaysia.

Tuesday, June 10, 2014

TEKS BICARA BERIRAMA TENTANG ‘NILAI MURNI CERITA AMALAN MUAFAKAT’

TEKS BICARA BERIRAMA TENTANG
 ‘NILAI MURNI CERITA AMALAN MUAFAKAT’

Kumpulan 1 : Kawan-kawan, pernah dengar cerita semut yang                    bergaduh hendak membina sarang yang besar?
Semua kumpulan : Pernah.. Banyak nilai dan pengajaran yang kita boleh ambil daripada cerita itu.
Kumpulan 2 : Kita hendaklah mengamalkan nilai _____________________.
Kumpulan 3 : Jangan jadi seperti ‘Anai-anai 2’ yang inginkan rumah besar sahaja, tanpa memikirkan kepentingan haiwan lain.
Kumpulan 4 : Kita juga mestilah mengamalkan nilai ______________.
Kumpulan 1 : Betul.. Contohnya, ‘Anai-anai 1’ yang meredakan pertengkaran dengan meminta semut merah memberikan sedikit kawasan sarangnya kepada semut hitam.
Kumpulan 2 : Hal ini dapat memastikan semua haiwan memiliki sarang yang sama besar.
Kumpulan 3 : Kita juga perlulah mengamalkan nilai saling ___________________.
Kumpulan 4 : Betul.. contohnya seperti semut hitam dan semut                      merah yang saling membantu membina sarang yang kukuh.
Kumpulan 1 : Kita juga mestilah mengamalkan sikap____________________  seperti semut yang berusaha bersungguh-sungguh membina sarang yang kukuh.

Kumpulan 2 : Kita juga hendaklah mempunyai nilai______________________________ supaya kita dapat hidup bersama orang lain di suatu tempat, dengan                  aman dan hormoni.