Wednesday, October 29, 2014

Teknik-teknik kaunseling



Berdasarkan teori dan pendekatan masing-masing, ahli-ahli dalam bidang bimbingan dan kaunseling telah menggunakan berbagai teknik bagi membantu para klien yang datang mendapatkan perkhidmatan mereka.

Antara contoh teknik-teknik yang digunakan adalah

Perkaitan bebas

Teknik ini selalu digunakan dalam pendekatan psikoanalisis. Teknik perkaitan bebas memerlukan klien meluahkan apa sahaja yang terlintas dalam pemikirannya tanpa menapis susunan logik perbualannya dengan kaunselor. Teknik ini digunakan bagi tujuan mengingat semula pengalaman serta emosi lampau yang pernah dialami oleh klien. Kaunselor biasanya memberi satu sikap interaksi yang menggalakkan supaya klien boleh bertindak secara bebas tentang perkara yang hendak diluahkan. Asas kepada teknik ini adalah kefahaman bahawa dalam diri individu memang tersemat pendaman sebagai satu faktor mekanisma bela diri. Tujuan perkaitan bebas adalah bagi melepaskan ke tahap sedar pendaman yang lama sehingga dapat diluahkan. Pendaman yang banyak tersimpan menjadi tekanan desakan diri. Sehingga pendaman tersebut dikeluarkan ke tahap sedar, ia tidak boleh disesuaikan dengan alam nyata.

Tranferens

Teknik ini juga selalu digunakan dalam pendekatan psikoanalisis. Trenferens digunakan oleh kaunselor bagi memberi galakan kepada klien bahawa kaunselor sememangnya bersedia untuk memberikan bantuan. Konsep tranferens meletakkan klien dalam satu keadaan minda bahawa kaunselor sebenarnya adalah ibubapa atau orang yang penting dalam kehidupan masa lampau mereka. Dalam proses tranferens seseorang klien itu akan menghidupkan semula tanpa disedari segala tingkahlaku lampaunya kepada kaunselor. Keadaan ini sangat perlu difahami oleh kaunselor bagi menangani proses analisis dan pentafsiran mekanisma bela diri klien.


2.3.3  Pentafsiran

Dalam proses kaunseling psikoanalisis, pentafsiran penting bagi menimbulkan wawasan psikologikal kepada diri klien. Trenferens sahaja tidak mencukupi bagi menggerakkan klien kearah kelegaan dan tingkahlaku yang baru. Analisis dan pentafsiran tentang mekanisma bela diri klien akan memudahkan klien memahami kerumitan yang sedang dialaminya. Tugas kaunselor adalah untuk menjelmakan satu katarsis atau kelegaan dalaman yang boleh dinikmati klien. Pentafsiran dapat menggerakkan segala kefahaman superego yang lama kepada satu tahap kesedaran baru. Pengalaman dan kefahaman baru ini selanjutnya akan diganti dengan kesedaran ego baru dan bergerak ke arah penerimaan superego yang lebih sesuai dengan keadaan semasa sealiran dengan klien.

Dalam proses kaunseling secara psikoanalisis ini berbagai rintangan mungkin akan timbul di antara interaksi kaunselor dengan klien. Pentafsiran yang dikemukakan oleh kaunselor tidak semestinya diterima oleh klien. Hasil pentafsiran mungkin menimbulkan satu reaksi kepincangan dan kaunselor wajar bersedia menerima hakikat bahawa  tidak semua analisisnya mudah diperlakukan oleh klien. Apabila keadaan ini berlaku maka kaunselor wajar sedar bahawa klien mungkin berada dalam keadaan transferens dan menganggapnya sebagai orang yang signifikan yang pernah dialami dalam hidupnya yang lampau. Ada kalanya juga rintangan tidak semestinya berlaku hasil daripada proses transferens. Ada kemungkinan juga rintangan berlaku hasil daripada satu penolakan sebenar pentafsiran yang diberi oleh kaunselor. Tanda seperti ini memberi isyarat bahawa klien belum bersedia untuk menyesuaikan dirinya dengan keadaan yang sebenar.

Penilaian

Teknik ini selalu digunakan dalam pendekatan kaunseling tingkah laku. Proses penilaian memerlukan kaunselor mendapatkan segala maklumat tentang masalah yang dialami klien. Kaunselor perlu mengumpul maklumat mengenai masa, cara masalah berlaku, cara yang diusahakan oleh klien bagi mengatasi masalah, tempat, keadaan trauma yang pernah dialami, pengalaman klien dan berbagai lagi ciri maklumat tentang masalah yang dihadapi oleh klien.

Cara kaunselor menyoal semasa sesi kaunseling bagi mendapatkan maklumat adalah penting. Soalan yang bermula dengan perkataan “mengapa’ wajar dielakkan manakala soalan yang bermula dengan perkataan ‘bagaimana’, ‘apakah’, ‘bilakah’ dan ‘dimana’ wajar digalakkan. Walaupun kaunselor akan mendapat maklumat dari soalan yang dikemukakan tetapi kaunselor tidak semestinya menerima sepenuhnya jawapan yang diberi oleh klian. Cara klien menjawab juga penting diberikan perhatian. Kaunselor hendaklah sentiasa peka pada gerak geri dan cara klien menjawab bagi mengesan ciri-ciri tidak konsisten, cuba mengelak sesuatu atau membuat sesuatu yang terpesong dari yang benar.

Satu cara lain bagi mendapatkan penilaian dari klien adalah dengan menggunakan laporan kendiri yang dibuat oleh klien. Laporan ini adalah baik bagi pengumpulan maklumat tentang khayalan klien, pemikirannya dan juga perasaan mereka.

Main Peranan

Satu teknik yang juga digunakan dalam pendekatan kaunseling tingkah laku. Cara ini sesuai dalam menangani masalah interaksi. Biasanya kaunselor bersetuju untuk mengambil atau memainkan peranan orang yang klien menghadapi masalah untuk berinteraksi. Dengan cara ini kaunselor dapat mengenalpasti masalah induk yang klien hadapi dalam interaksinya dengan orang tersebut. Selanjutnya kaunselor akan mampu untuk cuba mengubah tingkah laku celaru yang dialami oleh klien dengan menggunakan teknik sampingan seperti latihan asertif dan sebagainya.

Dalam pendekatan REBT, klien akan melakunkan semula tingkah laku kebimbangan, kemarahan dan kemurungan yang dialaminya. Kaunselor akan menerangkan bagaimana ianya terjadi. Kemudian peranan tadi akan ditukar di mana kaunselor pula akan memainkan peranan klien tadi sehinggalah klien boleh menerangkan semula bagaimana pemikiran salah itu boleh berlaku.

Gambaran Imej

Teknik gambaran imej boleh memberi ingatan yang lebih jelas kepada klien tentang pengalaman yang dilalui sama ada yang lampau, sekarang atau yang akan datang. Cara ini dapat menyenangkan klien secara menggunakan simbol dalam imejnya tentang perkara yang menjadi kerumitannya. Disamping itu kaunselor juga akan dapat persepsi serta penilaian yang lebih jelas tentang masalah klien setelah klien menghuraikan pengalaman yang telah dialaminya dalam gambaran imej secara lisan.

Desensitisasi Bersistem

Teknik ini menerapkan penggunaan gambaran imej dengan latihan relaksasi bagi menghasilkan suasana selesa yang boleh diterima klien. Desensitisasi bersistem biasanya digunakan sebagai satu teknik bagi menghindar keadaan keresahan, kegelisahan atau kebimbangan yang dialami klien. Proses permulaannya adalah dengan mengasingkan terlebih dahulu situasi yang menjadi pemangkin keresahan, kegelisahan atau kebimbangan yang sedang dialami klien. Keadaan ini diukur dalam satu bentuk kontinum antara situasi yang kurang meresahkan hingga satu penghujung yang sangat mengancam ketenteraman klien.

Latihan relaksasi secara beransur-ansur biasanya diterap sebagai elemen penghindar yang bertentangan dengan perasaan dan pemikiran keresahan atau kegelisahan. Kaunselor akan mengasuh klien membayangkan atau menggambarkan dalam bentuk satu hiraki imej yang bermula dengan acara yang kurang meresahkan dan beransur-ansur bergerak ke arah hiraki yang lebih tinggi dengan keadaan yang paling mengancam klien. Proses relaksasi disematkan ke dalam imej klien semasa klien mengambarkan imej-imej yang dirasakan kurang selesa sehingga imej tersebut bertukar menjadi selesa pada pandangan dan pemikiran klien. Proses ini diulang dan kaunselor akan hanya memimpin klien bergerak ke tahap hiraki yang lebih tinggi apabila klien sudah mampu menangani keadaan keresahan yang baru dilalui dalam latihannya.

Menghilangkan Rasa Malu

Teknik ini digunakan dalam pendekatan REBT. Teknik ini memerlukan klien untuk keluar ke khalayak ramai dan dengan berhati-hati melakukan sesuatu tingkah laku yang dianggap ‘bodoh’ dan ‘memalukan’. Pada masa yang sama juga klien akan digalakkan untuk merasai secara kognitif dan emotif hanya terhadap perkara-perkara yang boleh dimaafkan dan bukannya ‘malu’ apabila tingkah laku tersebut tidak diterima oleh orang lain.

Imageri Rasional-Emotif

Teknik ini memerlukan klien membuat imaginasi terhadap satu perkara yang amat buruk yang boleh berlaku ke atas dirinya seperti membayangkan perasaan kemurungan, negeri, ketakutan dan kemarahan. Kemudian klien akan berusaha untuk merasai kekecewaan, kesedihan dan kehampaan secara yang lebih tepat.

Membina Kenyataan Bersungguh

Dalam teknik ini klien ditunjukkan bagaimana untuk membina kenyataan diri yang realistik dan rasional. Klien juga diajar bagaimana untuk menanamkannya dalam fikiran dan jiwa sehingga mereka yakin dan percaya dengan bersungguh-sungguh.

Dialog-Diri Bertenaga

Dalam teknik ini klien akan merakamkan kepercayaan tidak rasional ke dalam pita dan berhujah mengenainya dengan kuat dalam pita tersebut. Kemudian klien akan mendengar semula pita rakaman tadi dan beri orang lain mendengar sama. Seterusnyanya klien akan menyemak sama ada ianya cukup kuat dan bertenaga.

Pengajaran Langsung        

Kaunselor berusaha untuk menerangkan kepada klien yang kebimbangannya adalah tidak rasional dan tidak logik.

Latihan Aversi

Dalam teknik ini klien akan mengaitkan sesuatu yang pahit atau tidak selesa dengan tinngkah laku yang hendak disingkirkan. Contohnya seorang klien yang gemok yang suka makan gula-gula, aiskrim, coklat dan sebagainya pada sepanjang masa. Klien in diletakkan dalam keadaan bertenang. Kemudian apabila dia mletakkan gula-gula ke dalam mulut, dia diminta membayangkan gula-gula itu sebagai ulat dan menyebabkan dia muntah. Bayangan ini diulang setiap kali apabila dia hendak memakan gula-gula. Kemudian dia diminta memberi pujian kepada dirinya sendiri ketika dia tidak makan gula-gula.

SUMBER-NOTA UPM

Tuesday, October 28, 2014

CONTOH RPH KITAR SEMULA


Tarikh                                     :  13 Mac 2013
Masa                                       :  9.50 – 10.50 pagi
Tahun                                     :  5 Cekal
Bilangan murid                    :  30
Mata pelajaran                       : Bahasa Melayu
Tema                                     :  Alam Sekitar
Tajuk                                     :  Kitar Semula Amalan Mulia
Pengetahuan sedia ada        :  Murid pernah mengitar semula bahan buangan.

Hasil pembelajaran               : Fokus Utama
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca

Aras 3 (i) Membaca ayat dalam teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.


Fokus Sampingan
1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai

Aras 2 (i) Bertukar-tukar pandangan berdasarkan sesuatu isi.

Objektif                                  : Pada akhir pelajaran ini, murid dapat
1.    Membaca teks dialog dengan sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.
2.    Berbual-bual atau bercerita tentang bahan video yang berkaitan.

Kemahiran bahasa               : Kemahiran membaca, kemahiran mendengar dan bertutur


Sistem bahasa                       : i. Sebutan dan intonasi – Intonasi ayat bahasa Melayu
  ii. Tatabahasa – Kata Arah


Ilmu                                         : Sains, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan
  Kewarganegaraan.

Nilai                                        : Kasih sayang , prihatin, bekerjasama


Kemahiran Bernilai Tambah           : i. Kemahiran berfikir
-          Menjana idea
-          Mengenal pasti
                                                ii. Kecerdasan Pelbagai
-          Verbal-Linguistik
-          Interpersonal

Bahan Bantu Mengajar                    : Teks petikan, Slaid powerpoint, LCD, komputer riba,
  pembesar suara, video klip, gambar.
 
                                                          





Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Set Induksi
9.50 - 9.55 pagi

(5 Minit)

i. Bahan video
‘Animasi kitar semula’

ii. Apakah yang dapat kamu lihat sebentar tadi?
Video tentang kitar semula bahan buangan.

iii. Pernahkah kamu mengitar semula bahan buangan?
Ya/Tidak.

iv. Tajuk Pelajaran :  ‘Kitar Semula Amalan Mulia’

i. Murid mendengar bahan video yang ditayangkan dihadapan kelas.

ii. Murid bersoal jawab bersama guru mengenai bahan video tersebut.

iii. Murid mendengar penerangan guru berkaitan bahan video dan tajuk pelajaran.
i. KB
- Menjana idea

ii. KP
-  Verbal-Linguistik

iii. BBM
- Bahan video ‘Animasi Kitar Semula’
- Komputer riba
- Pembesar suara
- LCD

Langkah 1
9.55 - 10.05 pagi

(10 minit)
i. Petikan teks dialog ‘Kitar Semula’

ii. Bacaan secara :
- Mentalis (senyap)
- Mendengar bacaan guru.
i.Murid mendengar penerangan guru mengenai aktiviti membaca teks ‘Kitar Semula’ dengan sebutan dan intonasi yang betul.

ii. Murid membaca teks ‘Kitar Semula’ secara senyap (mentalis).

iii. Murid mendengar bacaan teks guru di hadapan kelas.

i.KB
-Menjana idea

ii. KP
- Verbal-Linguistik

iii.BBM
- Petikan teks
‘Kitar Semula’  
-Slaid powerpoint

Langkah 2
10.05 - 10.20 pagi

(15 minit)










i. Petikan teks dialog
- ‘Kitar Semula’

ii. Bacaan berdasarkan watak dalam :
- kumpulan

i. Murid mendengar penerangan guru mengenai aktiviti membaca teks ‘Kitar Semula’  dengan sebutan dan intonasi yang betul.

ii. Beberapa murid dalam satu kumpulan dipilih secara rawak untuk membaca teks dialog.

iii. Murid diberi teguran jika terdapat kesalahan semasa  membaca teks dialog ‘Kitar Semula’.

iv. Aktiviti diteruskan dengan bacaan oleh murid dari kumpulan yang lain

i.KB
-Menjana idea

ii.KP
- Verbal-Linguistik
iii. BBM
- Petikan teks
‘Kitar Semula’ - Slaid powerpoint


Langkah 3
10.20 - 10.35 pagi

(15 minit)


i. Sesi berbual/ bercerita berdasarkan paparan:
- Video klip
- Gambar

a) Apakah isu yang diutarakan dalam video sebentar tadi?
Isu kitar semula.

b) Apakah yang dimaksudkan dengan kitar semula?
Proses mengumpulkan dan memproses semula barang-barang terpakai dan terbuang untuk dijadikan bahan baharu yang berguna.

c) Berikan contoh bahan-bahan yang boleh dikitar semula.
Kaca, plastik, kertas, tin aluminium, botol.

d) Klasifikasikan bahan-bahan kitar semula dalam tong kitar semula (perang, biru, jingga)

Perang = Kaca
Biru      = Kertas
Jingga  = Tin aluminium
                dan plastik

i.Murid mendengar penerangan guru mengenai sesi berbual/bercerita berdasarkan video klip.

ii.Murid melihat tayangan video dan gambar yang dipaparkan dihadapan kelas.

iii. Murid dipilih secara rawak untuk berbual/bercerita berdasarkan soalan yang dikemukakan oleh guru.



i.KB
-Menjana idea
-Mengenal pasti

ii.KP
- Verbal-Linguistik

iii. BBM
-  Video klip
- Gambar
- Slaid powerpoint
- Komputer riba
- LCD
- Pembesar suara


Langkah 4
10.35 - 10.45 pagi

(10 minit)


i. Tatabahasa : Kata arah

Kata arah adalah kata untuk menunjukkan arah dalam sesuatu ayat.
Contoh kata arah adalah seperti :
A)   dalam
B)   bawah
C)   atas
D)   sisi
E)   tengah
F)    belakang
G)   pinggir
H)   utara

ii. Bina ayat tunggal dengan menggunakan kata arah secara lisan.
i. Murid mendengar penerangan guru berkaitan tatabahasa (Kata arah)

ii. Murid mendengar penerangan guru mengenai aktiviti membina ayat dengan menggunakan kata arah.

iii. Murid dipilih secara rawak untuk membina ayat tunggal dengan menggunakan kata arah berdasarkan gambar secara lisan.

iv. Guru membetulkan kesilapan murid jika terdapat kesalahan ketika menjawab.

v. Murid dan guru bersama-sama berbincang mengenai jawapan yang betul.

i.KB
-Menjana idea
-Mengenal pasti

ii.KP
- Interpersonal

iii.BBM
- Slaid powerpoint
- LCD
- Komputer riba
- Gambar


Penutup
10.45 – 10.50 pagi

(5 minit)

i.Rumusan isi pelajaran

ii. Soal jawab :
Apakah yang telah kita pelajari hari ini?

ii.Nilai murni :
- Kasih sayang
-Prihatin
-Bekerjasama
i.Guru merumus isi pelajaran kepada murid-murid.

ii. Murid bersoal jawab bersama guru tentang apa yang telah dipelajari pada hari ini.

iii. Murid mendengar penerangan guru secara sumbang saran berkaitan nilai murni.


i.KB
-Membuat kesimpulan

ii.KP
- Verbal-linguistik

iii.BBM
- Komputer riba
- LCD
- Slaid powerpoint

-          Sla