Wednesday, December 31, 2014

4 ciri utama penampilan guru menurut Howard (2007)

i. Penampilan utk perbezaan
-          -berkebolehan mengenal pasti & iktiraf pelbagai realiti kepelbagaian budaya.
-          -lelaki/perempuan, kulit hitam/putih, beragama / tidak, guru perlu tampil diri dgn betul utk tangani perbezaan.
-          -Pljr terlibat scr efektif

ii. Penampilan utk berdialog
-          -minat & ingin tahu thdp org lain, teroka persamaan & perbezaan individu.
-          -dialog antara rkn sjwt,dialog dgn pljr

iii. Disilusi
-          -tampil hadapi kekecewaan
-          -guru yg teroka & ketepikan khayalan, lebih responsif dlm persekitaran pelbagai.

iv. Demokrasi

-          Semua pljr mempunyai peluang utk libatkn diri dlm apa jua aktiviti.

Tuesday, December 30, 2014

Maksud dan contoh-contoh akauntabiliti guru

Akauntabiliti-tanggungjwb kpd seseorang/sesuatu

Akauntabiliti guru-tanggungjwb guru thdp profesion keguruan. Berkait rpt dgn akauntabliti kerja dalam melaksanakan aktiviti2 kurikulum dan kokurikulum, patuhi prosedur kerja,hayati etika kerja, melaksanakan tugas dgn penuh tanggungjwb & dedikasi.

Contoh :

1. Akauntabiliti terhadap pljr

-          didik pljr ke thp cmrlg dlm akademik di samping membentuk potensi mereka secara menyeluruh supaya lahirkan pljr seimbang JERIS.
-          Bentuk sahsiah pljr & pgjrn beri kepentingn dlm pembentukan sahsiah pljr
-          Menjadi tanggungjwb guru utk mendidik pljr ke thp moral yg tinggi supaya jd warganegara berguna.
-          Pilih bahan utk semua pljr dr pelbagai bangsa, jantina, etnik, agama, kebolehan, tingkah laku,kprcayaan
-          Wujudkn bilik drjh kondusif, selamat

2. Akauntabiliti terhadap diri / perlakuan

-          Berpengetahuan luas dlm budang mt pljrn yg diajar
-          Terus meneroka & cari ilmu baharu serta pengetahuan kandungan pedagogi dlm bidangnya.
-          Pengetahuan tntg psikologi knk2, perbezaan individu & pedagogi am perlu dikuasai utk hadapi pljr yg pelbagai thp kebolehan & kecenderungan.
-          Kemahiran yg perlu ada : cara penyampaian maklmt dgn berkesan,interpersonal, cara motiavasi pljr,pengurusan disiplin, dll.
-          Sebagai model, sentiasa kekalkan tingkh laku yg baik, sbr, ikhlas, & jujur melaksanan tugas.
-          Sebagai guru professional, perlu sentiasa tampilkn diri sebagai rol model yg berpewatakan mulia, warganegara yg patriotik & mempunyai daya thn yg tinggi.

3. Akauntabiliti terhadap ibu bapa

-          Memastikn ank mereka jadi insane berguna.
-          Wujudkn hbgn erat dgn ibu bapa supaya dpt sokongan ibu bapa dlm apa2 mslh berkaitan sahsiah & pencapaian akademik.
-          Memainkan peranan bombing pljr & prwtkn guru diteladani pljr. Amanat ini meraih kepercayaan ibu bapa. Kepercayaan ini menggalakkan ibu bapa bincang mslh disiplin & akademik anak2.
-          Hbgn baik pljr, guru, ibu bapa mmbntu dlm perkembngn & kemajuan pljr.

4. Akauntabiliti terhadap msyrkt dan negara

-          Guru tanggungjwb penuhi hsrt negara berlandas prinsip rukun negara.
-          Laksana tugas sebaik mungkin utk capai aspirasi FPK
-          Hindarkn diri dipengaruhi unsur –ve yg mencemarkn nama baik sek,msyrkt & negara.
-          Bersifat +ve supaya x menjatuhkn maruah & mrtbt kaum guru.
-          Bimbing & bentuk murid jd warganegara setia,hormat org yg berkepelbagaian budaya, keturunan, agama.
-          Guru hormati msyrkt tmpt berkhidmat, jalinkn hbgn erat dgn msyrkt.
-          Sopan dlm aktiviti2 sosial utk wujudkn suasana harmoni .

5. Akauntabiliti terhadap rkn sjwt & profesion keguruan

-          Bekerjasama dgn rkn sjwt utk jaga imej profesion.
-          Bantu rakan sejawat yg baharu.
-          Utk martabat profesion keguruan, guru perlu kuasai ilmu dan kemahiran pedagogi.
-          Tingkatkn professional diri melalui kursus, baca di internet.
-          Tepat masa masuk kelas, memudahkan pgjrn, guna komputer dlm PdP utk lebih berkesan.
-          Kualiti pgjrn yg meningktkn mmbw impak thdp profesion. Komuniti akan hormati kewibawaan guru.


Monday, December 29, 2014

ADAPTASI PELBAGAI PERKEMBANGAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN

1. Latihan Guru

Dalam membawa perubahan negara melalui pembentukan modal insan, amat bergantung kuat kepada sistem latihan perguruan kepada guru-guru.

Perubahan dalam lathan perguruan:

i. Naik taraf maktab perguruan ke Institut 

ii. Kurikulum Latihan Perguruan

(Pendidikan awal kanak-kanak, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, literasi dan numerasI, kemahiran insaniah, kompetensi bahasa inggeris, pendekatan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran)

2. Program Pensiswazahan Guru

Untuk guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah.

Program pensiswazahan guru yang dikendalikan oleh KPM seperti :

i. Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) – guru sekolah menengah diberi peluang melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah.

ii. Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) - guru sekolah rendah diberi peluang melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah.

iii. Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) - guru besar di sekolah rendah diberi peluang melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah.

3. Kurikulum Transformasi

Dimulakan dengan melaksanakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSKP) pada tahun 2010 dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2011. Kedua-dua konsep di atas selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Transformasi mencakupi elemen-elemen seperti struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah penaksiran, bahan kurikulum dan pengurusan sekolah.

6 tunjang dalam KSKP & KSSR:
Komunikasi
 Kerohanian, sikap dan nilai
 Kemanusiaan
Keterampilan diri
Fizikal dan estetika
Literasi sains dan teknologi

4. Sekolah Berprestasi Tinggi

Ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan.

Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang cemerlang yang mampu melahirkan modal insan cemerlang berpersonaliti unggul.

Elemen yang melonjakkan kecemerlangan sekolah:

1.       Suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
2.       Menjadi suri teladan sekolah-sekolah lain dgn membimbing melalui ‘mentoring’ & ‘coaching’.
3.       Memperoleh autonomi & akauntabiliti dalam pengurusan serta pencapaian murid.
4.       Menempatkan murid-murid cemerlang yang mampu bersaing pada peringkat antarabangsa.