Friday, September 30, 2016

TERTIB MENAIK TERTIB MENURUN

Maksud tertib menaik :
Menyusun nombor-nombor daripada nombor terkecil hingga ke nombor terbesar nilainya.
Contoh ; 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9,10

Maksud tertib menurun :
Menyusun nombor-nombor daripada nombor terbesar hingga ke nombor terkecil nilainya.
Contoh : 10,9,8,7,6,5,4,3,2,1

Thursday, September 29, 2016

MASA DAN WAKTU (WAKTU, BULAN, HARI)

WAKTU DALAM SEHARI
Pagi
Tengah hari
Petang
Malam
Tengah malam

HARI DALAM SEMINGGU
Ahad
Isnin
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat
Sabtu

BULAN DALAM SETAHUN
Januari
Februari
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
September
Oktober
November
Disember

Wednesday, September 28, 2016

OPERASI TAMBAH DAN TOLAK

Kata kunci utk operasi tambah (+) :

Cari jumlah
Tambahkan
Cari hasil tambah

Kata kunci utk operasi tolak (-) :

Cari beza
..yang tinggal..
Cari baki


Tuesday, September 27, 2016

KEMAHIRAN BERGAYUT

Kemahiran bergayut ialah bergantung pada palang dgn menggenggam palang secara genggaman atas, genggaman bawah dan genggaman campur sambil mengayunkan badan.

Jenis genggaman perlu sesuai dgn arah ayunan yg dilakukan.

Aspek Keselamatan :
Fleksi lutut ketika mendarat utk mengelakkan kecederaan.

Sumber : BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 4

Monday, September 26, 2016

AYAT PERINTAH

Maksud ayat perintah :

Ayat yg digunakan utk menyuruh seseorang melakukan sesuatu.

Jenis ayat perintah :

1. Ayat perintah jenis ayat suruhan

Contoh : Makan ubat ini sekarang.

2. Ayat perintah jenis ayat permintaan

Contoh : Tolong susun kerusi ini.

3. Ayat perintah jenis ayat silaan

Contoh : Sila beratur di luar kelas.

4. Ayat perintah jenis ayat larangan

Contoh : Jangan bising.

Sunday, September 25, 2016

KEMAHIRAN HAMBUR TANGAN

Maksud kemahiran hambur tangan :
Ialah lakuan serta-merta yg bermula dengan dirian tangan, diikuti hambur dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki.

Maksud otot teras :
Otot yg terdapat pada bahagian tengah badan.

Sumber : Buku teks Pendidikan Jasmani Tahun 4

Saturday, September 24, 2016

MAKSUD DIRIAN TANGAN

Dirian tangan ialah lakuan mengimbang dengan tangan sebagai tapak sokongan sambil kaki ditegakkan ke atas.

Jarak di antara tapak tangan mestilah seluas bahu utk mendapatkan kestabilan.

Aspek keselamatan : 
Elakkan bergurau semasa melakukan aktiviti dirian tangan.

Sumber : Buku teks Pendidikan Jasmani tahun 4

Friday, September 23, 2016

AYAT SERUAN

Maksud ayat seruan :
Ayat yg digunakan utk melahirkan pelbagai ragam perasaan seperti marah, gembira, sakit, hairan, kecewa, kesal, sedih, mengejek, dsb.

Ciri ayat seruan :
Diakhiri tanda seru (!)

Contoh kata seru yg sering digunakan :
Amboi, aduh, wah, aduhai, nah, cis, eh, syabas

Contoh ayat seru :
Amboi, cantiknya baju kamu!
Wah, gembiranya Siti pada hari ini!
Aduh, sakitnya perutku!

Thursday, September 22, 2016

AYAT TANYA

Maksud ayat tanya :
Ayat yg digunakan utk menanyakan sesuatu hal.

Ciri ayat tanya :
Diucapkan dgn nada tinggi dan pada akhir ayat diletakkan tanda soal (?).

Jenis ayat tanya :

1. Ayat tanya tanpa kata tanya

Maksud ayat tanya tanpa kata tanya :
Ayat yg tidak menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, mengapa, bila, bagaimana, di mana, siapakah, apakah, adakah

Contoh ayat tanya tanpa kata tanya :
Kamu sudah makan?
Ibu kamu seorang guru?

2. Ayat tanya dengan kata tanya

Maksud ayat tanya dengan kata tanya :
Ayat yg menggunakan kata tanya seperti apakah, siapakah, mengapakah, bagaimanakah, di manakah

Contoh ayat tanya dengan kata tanya :
Berapakah harga buku ini?
Apakah yang ada di dalam bekas itu?

Wednesday, September 21, 2016

AYA PENYATA

Maksud ayat penyata :
Ayat yg diucapkan dgn tujuan utk memberi keterangan tentang sesuatu hal.

Ciri ayat penyata :
Satu subjek satu predikat.

Contoh ayat penyata :
Dia murid tahun dua.
Siti lahir di Johor.
Ani membeli pemadam di kedai buku.

Tuesday, September 20, 2016

KATA GANDA PENUH

Maksud kata ganda :
Proses menggandakan kata dasar utk membentuk suatu perkataan baharu yg mewakili maksud tertentu.

Maksud kata ganda penuh :
Proses penggandaan keseluruhan kata dasar sama ada mengandungi imbuhan atau tidak.

Contoh :

KATA GANDA PENUH SEBAGAI PENANDA NAMA HAIWAN
kura-kura, labah-labah, biri-biri

KATA GANDA PENUH SEBAGAI PENANDA MAKNA KESAMAAN ATAU KESERUPAAN
rumah-rumah, guli-guli, kucing-kucing

Monday, September 19, 2016

AYAT MAJMUK

Maksud ayat majmuk :

Ayat yg mengandungi dua ayat tunggal atau lebih.

Ciri ayat majmuk :

Digabungkan dgn menggunakan kata hubung seperti dan atau, serta, lalu, dll.

Contoh ayat majmuk :

Ahmad dan Siti (dua subjek) bermain catur (satu predikat).
Rama (satu subjek) menyanyi sambil menyiram pokok bunga (dua predikat).
Pekerja-pekerja syarikat itu (satu subjek) rajin dan amanah (dua predikat).

Sunday, September 18, 2016

AYAT TUNGGAL

Maksud :

Ayat yg mengandungi satu subjek dan satu predikat.
Ayat ini boleh dibina dalam pelbagai jenis ayat sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat seru dan ayat perintah.
Subjek dan predikat dalam ayat tunggal terdiri drpd frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.

Contoh :

Suhana (subjek) sedang menonton televisyen (predikat).
Kakak (subjek) membawa bakul ke pasar (predikat).
Kucing itu (subjek) tidur di bawah kerusi (predikat).

Saturday, September 17, 2016

KATA MAJMUK RANGKAI KATA BEBAS

Maksud kata majmuk :
Bentuk kata yg merangkaikan dua kata dasar atau lebih utk membentuk makna yg tertentu.

Ciri kata majmuk :
Dieja terpisah dan dikira sebagai satu perkataan.

Maksud kata majmuk rangkai kata bebas :
Rangkai kata bebas sama ada dalam golongan kata nama atau kata adjektif.

Contoh kata majmuk rangkai kata bebas :
Kapal terbang, tengah hari, rumah pangsa, jam tangan, jalan raya, kipas angin, kapal terbang

Friday, September 16, 2016

KATA TERBITAN AWALAN TER- DAN DI-

Maksud imbuhan :
Proses penambahan dalam pembentukan kata.

Ciri kata terbitan :
Perkataan yg ditambah imbuhan.

Maksud imbuhan awalan :
Imbuhan yg ditambah di hadapan kata dasar.

Jenis awalan teR- :

1. AWALAN TER-

Bercantum dengan kata dasar utk membentuk kata kerja dan kata adjektif. Imbuhan ini mempunyai beberapa maksud iaitu tidak sengaja, sudah atau sedia, paling dan berulang-ulang.

Contoh : terjatuh, terpijak, tertidur, terbaik, tercantik

2. AWALAN DI-

Bercantum dengan kata dasar utk membentuk kata kerja pasif. Awalan ini mempunyai beberapa maksud seperti memberatkan perbuatan, menyatakan makna perbuatan dan penanda kata kerja.

Contoh : disepak, disiram, disapu, dipeluk, dirawat, dipakai

Thursday, September 15, 2016

KATA TERBITAN AWALAN BER-, MEN-, DAN PEN-

Maksud imbuhan :
Proses penambahan dalam pembentukan kata.

Ciri kata terbitan :
Perkataan yang ditambah dengan imbuhan.

Maksud imbuhan awalan :
Imbuhan yg ditambah di hadapan kata dasar.

Jenis imbuhan awalan :

1. AWALAN BER-
Bercantum dengan kata dasar dan terdiri daripada tiga bentuk iaitu be-, bel-, dan ber-.
Contoh : berenang, belajar , bersenam

2. AWALAN MEN-
Bercantum dengan kata dasar dan terdiri daripada lima bentuk iaitu me-, mem-, men-, meng-, dan menge-.
Contoh : membasuh, mencuci, menggubah, mengelap, memanggang

3. AWALAN PEN-
Bercantum dengan kata dasar dan terdiri daripada lima bentuk iaitu pe-, pem-, pen-, peng-, dan penge-.
Contoh : pelukis, pemburu, pensyarah, penggubah, penyelam



Wednesday, September 14, 2016

KATA SERU

Maksud :
Kata yg digunakan utk menyatakan perasaan seperti sedih, hairan, marah, kasihan, benci, kagum, sakit, kecewa, dll.

Contoh :
Aduh, aduhai, ah, amboi, hai, oh, wah, cis, nah, dll.

Tuesday, September 13, 2016

KATA HUBUNG GABUNGAN

Fungsi :
Utk menyambung perkataan, frasa, atau ayat.

Maksud :
Perkataan yg digunakan utk menggabungkan ayat majmuk gabungan, iaitu dua klausa yg bersifat setara.

Contoh :
Dan, atau, lalu, tetapi, serta, sambil, kemudian, malahan

Monday, September 12, 2016

KATA SENDI NAMA

Maksud :
Perkataan yg digunakan di hadapan frasa nama.

Contoh :

DI
Menunjukkan tempat.
Contoh ayat : Sara belajar di Sekolah Kebangsaan Sri Jong

KE
Menunjukkan arah, tempat atau masa.
Contoh ayat : Zarif berbasikal ke sekolah.

DARI
Menunjukkan arah, tempat atau masa.
Contoh ayat : Ani berasal dari Johor.

DARIPADA
Menyatakan punca bagi manusia.
Contoh ayat : Amni menerima sepucuk surat daripada rakannya.

KEPADA
Menunjukkan sasaran orang dan haiwan.
Contoh ayat : Encik Ali memberi hadiah kepada anaknya.

PADA
Menunjukkan masa, tempat, dan manusia.
Contoh ayat : Faiz dan rakan-rakannya bermain bola pada waktu petang.

UNTUK
Menunjukkan kegunaan sesuatu.
Contoh ayat : Ayah mencangkul tanah untuk menanam pokok bunga.



Sunday, September 11, 2016

KATA ADJEKTIF

Maksud

Kata yg menerangkan sifat atau keadaan sesuatu nama sama ada orang, haiwan, benda, tempat dan sebagainya. Boleh disertai kata penguat iaitu sangat, amat, paling, sungguh, dsb.

Jenis-jenis

Kata adjektif cara
Laju, perlahan

Kata adjektif warna
Putih, kuning

Kata adjektif jarak
Luas, sempit

Kata adjektif ukuran
Rendah, tinggi

Kata adjektif waktu
Siang, malam

Kata adjektif keadaan
Bersih, kotor

Kata adjektif bentuk
Bulat, bujur

Kata adjektif pancaindera
Wangi, sedap

Kata adjektif perasaan
Gembira, sedih, benci, marah

Saturday, September 10, 2016

KATA KERJA AKTIF TAK TRANSITIF

Maksud : 
Kata kerja yg boleh berdiri sendiri iaitu tidak memerlukan objek atau penyambut selepasnya.

Jenis :
Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap
Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap

Contoh :
Bayi itu menangis.
Siti suka berenang.
Laili dan aina asyik berbual.



Friday, September 9, 2016

KATA KERJA AKTIF TRANSITIF

Maksud kata kerja :
Perkataan yg menunjukkan perbuatan yg dilakukan oleh manusia atau haiwan.

Maksud kata kerja aktif :
Kata kerja yg hadir dalam ayat aktif, iaitu ayat yg mengutamakan subjek asal sebagai benda yg diterangkan.

Maksud kata kerja aktif transitif :
Kata kerja yg memerlukan objek sebagai penyambut yg terdiri drpd frasa nama.

Contoh dalam ayat :
Azmi menonton (kata kerja) televisyen (penyambut).
Johan melayari (kata kerja) internet (penyambut).
Rahman memancing (kata kerja) ikan (penyambut).

Thursday, September 8, 2016

KATA GANTI NAMA DIRI

Maksud :

Kata yg digunakan utk menggantikan nama seseorang.

Jenis :

1. KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA (orang yg bercakap) : saya, aku, kami, hamba, kita, beta, patik

2. KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA (orang yg diajak bercakap) : awak, anda, kamu, engkau, kalian, tuanku

3. KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA : dia, ia, Nya, mereka, beliau, baginda

Wednesday, September 7, 2016

KATA NAMA KHAS HIDUP BUKAN MANUSIA

Maksud :
Kata yg digunakan utk merujuk benda hidup tetapi bukan jenis manusia seperti haiwan yg khusus sifatnya.

Ciri-ciri :
Dimulakan dgn huruf besar.

Contoh :
Sang Belang, Sang Semut, Sang Rangkak, Sang Kancil, Si Putih, Si Jalak, dll

Tuesday, September 6, 2016

PENJODOH BILANGAN

Digunakan utk membilang orang, haiwan, tempat & benda.

Digunakan sebelum kata nama.

Kadangkala digunakan bersama dgn kata bilangan seperti dua batang pen, sepuluh orang murid, dll.

Contoh penjodoh bilangan :

sebilah, sekawan, sesikat, sebidang, segugus, seketul, sebatang, sebaris, sebiji, sebungkus, sesudu, seurat, sepucuk, segulung, sehelai, seekor, sebentuk, seutas, sebuku, selonggok

Monday, September 5, 2016

KATA NAMA AM HIDUP BUKAN MANUSIA

Maksud :
Kata yg digunakan utk merujuk benda-benda hidup tetapi bukan jenis manusia seperti haiwan & tumbuh-tumbuhan yg umum sifatnya.

Ciri-ciri :
Huruf awalnya huruf kecil kecuali pada awal ayat.

Contoh :
kambing, ayam, betik, sawi