Wednesday, November 16, 2016

CONTOH SOALAN OBJEKTIF TAJUK KATA HUBUNG TAHUN 3

Kakak suka mandi ______ menyanyi.
A. sambil
B. dan
C. atau
D. lalu

Mania menyatakan ______ dia akan menyertai rombongan ke Pulau Langkawi.
A. kerana
B. kecuali
C. apabila
D. bahawa

Siti rajin memasak ______ kakaknya malas.
A. tetapi
B. atau
C. jika
D. sambil

Kamu hendak makan nasi goreng ______ nasi ayam?
A. lalu
B. atau
C. serta
D. kecuali

Emak saya seorang yang tegas ______ baik hati.
A. tetapi
B. untuk
C. sementara
D. lalu

Bersukanlah selalu ______ badan kita menjadi sihat.
A. sejak
B. supaya
C. sambil
D. tetapi

Friday, November 11, 2016

CONTOH SOALAN MATEMATIK TAHUN 3 KERTAS 2

Tunjukkan jalan kerja.

1. Cari
a) 1000 + 392
b) 7000 - 488





2. Hitung
a) 3 ribu x 2
b) 9 ribu x 10





3. Cari baki apabila 8599 dibahagi dengan 8.





4. Cari jumlah 86, 64 puluh dan 7921. Bundarkan jawapan kamu kepada ratus yang terdekat.





5. Lengkapkan
a) 2 tahun 4 bulan = _____ bulan
b) 2 jam 40 minit + 1 jam 26 minit = ______ jam ______ minit







Wednesday, November 2, 2016

KESAN POSITIF GLOBALISASI TERHADAP PEMBANGUNAN SEBUAH NEGARA MEMBANGUN

Pendahuluan :

Globalisasi bererti dunia tanpa sempadan akibat kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi.

Berlaku aliran barangan, perkhidmatan, idea, dan maklumat secara bebas antara negara tanpa sekatan.


1. Globalisasi memajukan ekonomi negara

Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi mempergiat perdagangan antarabangs

Peniaga dapat meluaskan pasaran ke seluruh dunia.

Persidangan video, internet, dan emel telah memudahkan perhubungan.

E-dagang dan e-perbankan juga dapat dijalankan.

Peniaga dan pengguna menjual dan membeli barangan melalui internet.

Ekonomi negara berkembang pesat.


2. Globalisasi mewujudkan persefahaman sejagat

Sistem komunikasi yang menghubungkan seluruh dunia memudahkan interaksi.

Pertukaran pengetahuan, pengalaman, budaya, dan sebagainya bergerak bebas.

Menjalin hubungan erat dan mengurangkan salah faham.

Peristiwa yang berlaku di seluruh dunia dapat diketahui dengan serta merta.

Membolehkan bantuan diberikan segera.


3. Pemindahan teknologi bertambah pesat.

Pelabur asing membawa teknologi baharu ke sesebuah negara

Pelabur asing menubuhkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D)

Rakyat tempatan berpeluang untuk mempelajari dan memiliki teknologi canggih.

Rakyat tempatan mampu menjalankan penyelidikan dan pembagunan (R&D).


Kesimpulan :

Globalisasi telah membawa kesan yang besar.

Penduduk dunia perlu bersedia untuk menghadapi globalisasi.

Dengan cara ini, barulah globalisasi benar-benar mendatangkan faedah kepada kita.

Tuesday, November 1, 2016

SEBAB MALAYSIA MENGANGGOTAI KOMANWEL

1. Eratkan perhubungan dan perpaduan dalam kalangan negara anggota.

2. Menjaga dan memajukan negara dengan kerjasama negara anggota.

3. Membentuk persepaduan di bawah satu pertubuhan dan bekerjasama dalam pelbagai bidang dalam kalangan negara anggota.

4. Mendapat kemudahan dan layanan baik daripada kerajaan Britain terutamanya untuk pasaran barangan di negara anggota Komanwel.

5. Meningkatkan lagi kepakaran dalam pelbagai bidang melalui kemudahan pendidikan kepada di bawah Rancangan Pelajaran Komanwel  (Colomba Plan).