Friday, June 7, 2013

Aktiviti-aktiviti bagi kaedah simulasi


·       Pemusatan kepada penerbitan :
*   Pelajar berbincang tentang sesuatu rancangan untuk menghasilkan sesuatu projek / rancangan yang ditentukan.
*   Perbincangan dan keputusan yang dibuat akan menghasilkan suatu projek atau penerbitan.
*   Contoh situasinya ialah:
-      Menerbitkan majalah dan program radio atau televisyen
-      Menerbitkan rancangan video televisyen.

·       Pemusatan kepada masalah :
*   Pelajar berbincang tentang masalah/isu dan membuat keputusan serta menyelesaikan masalah.
*   Contoh situasi:
-      Menentukan lokasi yang sesuai untuk pembinaan lapangan terbang antarabangsa.
-      Orang awam enggan membantu orang buta menyeberangi jalan raya


Thursday, June 6, 2013

Maksud aliran (realis, absurd, surelis) dan kelebihannya

    i.        Realis : nyata – tak perlukan kreativiti tinggi, perlukan daya pemerhatian yang tinggi
 ii.        Absurd : tak nyata – menggunakan bajet yang rendah, peralatan tak perlu banyak

iii.        Surelis : separa nyata –paling sesuai bagi seorang pengarah yang berpengalaman.

Wednesday, June 5, 2013

Pengertian lain bagi teater

·       Satu gabungan kerja-kerja kreatif yang merangkumi semua unsur seni dan pengurusan berdasarkan daripada naskhah lakon dipersembahkan secara langsung kepada penonton yang dipisahkan oleh ruang dan waktu.
·       Satu bentuk persembahan lakonan yang menghiburkan, dipersembahkan kepada penonton secara langsung disebuah tempat dikenali sebagai pentas dan ahli persembahnnya dikenali sebagai pelakon atau aktor.

·       Suatu bentuk kerja secara bersama (berpasukan) antara artis dengan naskhah lakon di mana pelakon membawa watak di dalam produksi persembahan secara langsung dihadapan khalayak.

Tuesday, June 4, 2013

Kesan keganasan dalam sukan

·       Menyakitkan atau mengakibatkan kecederaan fizikal, serta mental
·       Kerosakan kepada objek tertentu
·       Pergaduhan antara pasukan penyokong.
·       Suasana persekitaran yang tidak selamat & tidak kondusif.
·       Kecederaan berlaku – ada sesetengah pemain bola yang sanggup mengasari pemain lawan
·       Mutu sukan yang rendah.
·       Atlet cenderung dengan kelakuan yang tidak baik. Mereka tidak dapat mengawal tekanan dan keagresifan mereka sewaktu bermain dalam sesebuah pertandingan dan  selepas tamatnya sesebuah pertandingan terutama sekali jika mereka terpaksa berhadapan dengan kekalahan.
·       Wujudnya penyalahgunaan peranan media sebagai penyampai informasi maklumat. Laporan dan publisiti yang diberikan terhadap perlawanan akan mengandungi unsur sentiment yang negatif. kewujudan sentimen yang negatif di antara kedua-dua pasukan bukan sahaja akan membakar api dendam di antara pemain,malahan di antara para penyokong. Ini akan menyebabkan suasana perlawanan menjadi tegang dan merbahaya seperti yang berlaku dalam pertandingan separuh akhir Piala Eropah di antara Kelab Leeds United dan Kelab Galatasary dari Turki.

·       Pandangan masyarakat yang negatif.

Monday, June 3, 2013

Jenis dadah dan kesannya

Dadah jenis Cocaine
·       Ahli sukan yang menggunakan dadah jenis Cocaine akan mengalami sakit dada, sesak nafas, dan pendarahan paru-paru. 
·       Cocaine juga dapat mengurangkan keupayaan deria rasa sakit.
Dadah jenis amphetamines
·       Menyebabkan seseorang mengalami sakit kepala, sakit dada, muntah, kekjangan otot perut, dan sawan. 
·       Malahan dadah jenis ini juga menjejaskan fungsi sistem saraf dalam badan manusia.
Dadah Betablockers
·       Akan mengakibatkan gangguan pada percakapandan koordinasi anggota. 

·       akan mengalami komplikasi dan penyakit jantung serta toksik dalam badan akan meningkat.

Sunday, June 2, 2013

Dadah jenis steroid dan kesan steroid


·       Dadah rangsangan jenis nandrolone iaitu sejenis steroids anabolik.
·       Seseorang yg mengambil dadah jenis steroids anabolic akan mengalami penyakit jantung, peningkatan tekanan darah, penyakit hati dan kanser.
·       Pengambilan steroid memberi kesan sampingan kepada mood seseorang. Perubahan mood yang kadangkala sukar dikawal boleh mencetuskan sikap agresif.
·       Ahli sukan yang sering mengambil dadah jenis ini akan menjadi agresif dan mendorong tindakan di luar kawalan.
·       Dadah jenis ini digunakan oleh atlet lumba basikal Negara, Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi.

Saturday, June 1, 2013

Contoh gangguan-gangguan dalam sukan


i.                  Gangguan seksual
·       Gangguan seksual ialah:-
§  Provokasi secara seksual
§  Permintaan melakukan perbuatan seksual
§  Perbuatan yang meransang seksual (lucah samada secara lisan atau bertulis)

ii.               Kelakuan ganas/ kasar
·       Kelakuan kasar ialah:-
§  Kekasaran secara fizikal (menyerang)
§  Serangan emosi (ugutan, desakan atau ketidakpuasan hati)
§  Pengabaian (kegagalan memberi layanan asas fizikal dan emosi seorang manusia)
§  Penyalahgunaan kuasa (antara jurulatih-pemain atau pengurus-pemain)

iii.            Gangguan sivil
·       Rusuhan adalah satu bentuk gangguan sivil yang terdiri daripada kumpulan yang tidak teratur dan mengamuk secara tiba-tiba serta bertindak melakukan keganasan, laku musnah atau jenayah lain.
·       Sementara seseorang individu mungkin cuba memimpin atau mengawal rusuhan, rusuhan selalunya kucar-kacir dan tidak teratur.
·       Rusuhan biasanya berlaku sebagai reaksi kepada kesedihan tertentu atau rasa tidak puas hati.
·       Sepanjang sejarah, jika dikatikan dgn bidang sukan, rusuhan berlaku kerana kekalahan sesebuah pasukan di sesuatu acara sukan terutamanya bola sepak.

iv.             Diskriminasi
·       Merupakan perlakuan utk membeza-bezakan sesuatu seperti warna kulit, kebudayaan dan sebagainya (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005).
·       Jika dikaitkan dengan isu sukan, suatu masa dahulu, pasukan bola sepak wanita Iran tidak layak menyertai Sukan Olimpik London 2012 kerana tampil dengan pakaian sukan hijab. FIFA mengharamkan pemakaian tudung kerana mendakwa pakaian tersebut boleh menyebakan kecedaraan seperti tercekik dan sebagainya. Hal ini menunjukkan diskriminasi pasukan FIFA dengan pasukan bola sepak wanita Iran.

v.                Gangguan emosi
·       Tekanan perasaan /Gangguan psikologi /Pengurusan EQ

vi.             Gangguan faktor semula jadi
·       Faktor cuaca /Fizikal pihak lawan /Bunyi, cahaya,warna /Keadaan padang dan tapak permainan

vii.          Gangguan sesama manusia.

·       Pihak lawan, pengadil,/Gangguan seksual /Sorakan peminat