Tuesday, November 4, 2014

Tips persediaan sebelum temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

  1. Siap sedia ayat utk pengenalan diri dan promosi diri.
  2. Beli baju baru yg sedap mata memandang (jika mampu).
  3. Faham & hafal Rukun Negara. Tahu bagaimana hendak mengaitkan Rukun Negara dgn subjek major & minor.
  4. Faham & hafal Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Tahu bagaimana hendak mengaitkan FPK dgn subjek major & minor. 
  5. Faham & hafal dasar-dasar yg telah dibuat oleh kerajaan. 
  6. Faham & hafal kandungan dalam PPPM, aspirasi kepada sistem pendidikan, aspirasi murid, anjakan. Tahu bagaimana hendak mengaitkan kandungan PPPM dgn subjek major & minor.
  7. Hafal nama-nama menteri. Hafal juga nama-nama organisasi di Kementerian Pendidikan Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), IPGM, Pejabat Pendidikan Daerah dan IPG masing-masing.
  8. Tahu dan hafal serba-serbi tentang SPP.
  9. Faham dan hafal mengenai segala-galanya yg berkaitan dgn KSSR. Contoh : tunjang, elemen, perbezaan KBSR & KSSR, cara penilaian. Baca serba-serbi yg ada dalam dokumen standard.
  10. Tahu secara mendalam mengenai subjek major & minor. Contoh : teknik, strategi, pendekatan, penilaian sumatif, penilaian formatif.
  11. Tahu, faham dan hafal item-item dalam penulisan rancangan pengajaran harian (RPH) subjek major & minor, menggunakan KSSR & KBSR.
  12. Tahu serba-serbi mengenai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan HOTS.
  13. Tahu, faham & ingat teori-teori pembelajaran. Contoh, behaviorisme, tingkah laku dsb.
  14. Tahu tentang kokurikulum permainan, unit beruniform, kelab dan persatuan. (Ingat semula apa yg dilaksanakan sewaktu praktikum & di IPG)
  15. Banyakkan pembacaan mengenai isu-isu semasa. Mesti faham & ingat perkara-perkara yg penting serta tahu mengaitkan kesan isu tersebut dgn subjek major & minor.
  16. Tahu masalah displin yg berlaku dalam kalangan guru di sekolah. Tahu bagaimana hendak atasi.
  17. Perbanyakkan berdoa (mengikut adat & kepercayaan masing-masing). Bagi yg Islam, jgn tinggal solat. Perbanyakkan solat-solat sunat, membaca al-quran, bersedekah, dsb. *Mesti dilakukan sentiasa iaitu sebelum, semasa dan selepas temuduga.

Pesanan : Segala jawapan yg diberi mestilah positif. Bersedia utk menjawab soalan di luar kotak pemikiran. :-)


No comments:

Post a Comment