Showing posts with label BAHASA MELAYU TAHUN 4. Show all posts
Showing posts with label BAHASA MELAYU TAHUN 4. Show all posts

Saturday, May 4, 2013

SOALAN KEFAHAMAN TEKS PENDETA ZA'BA


LEMBARAN KERJA 1
 
Soalan Kefahaman
1.      Pada usia berapakah Za’ba mendapat gelaran pendeta?
a.     41 tahun
b.     51 tahun
c.     61 tahun
d.     71 tahun

2.      Za’ba dianugerahi gelaran pendeta kerana ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

3.      Apakah yang berlaku kepada Pendeta Za’ba pada tahun 1949?
_______________________________________________________________________________________________________________________________________

4.      Pada pendapat anda mengapakah sehingga kini tiada tokoh lain yang dianugerahi gelaran pendeta?
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Thursday, May 2, 2013

Lagu Pendeta Za’ba. (rentak lagu Ikan Kekek)


Lagu Pendeta Za’ba. (rentak lagu Ikan Kekek)

Pendeta Za’ba nama penanya..
Nama penuhnya Zainal Abidin bin Ahmad..

Beliau lahir pada 16 September 1895..
Pada tahun 1949, beliau mengajar sambil belajar..

Banyak buku bahasa beliau hasilkan..
Beliau ceramah tentang bahasa..

Beliau menulis tentang bahasa..
Termuat di akhbar dan majalah..

Banyak sumbangan beliau berikan,.
Sumbangan dalam bidang bahasa..

Wednesday, May 1, 2013

TEKS TENTANG PENDETA ZA'BA


Tajuk : Pendeta Za’ba
Beliau ialah satu-satunya penerima gelaran pendeta di negara ini. Gelaran tersebut dikurniakan kepada beliau sempena Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga pada 21 September 1956 sebagai menghargai dan mengiktiraf sumbangannya dalam bidang bahasa dan sastera. Sehingga kini, sumbangannya terhadap perancangan dan perkembangan ilmu tentang nahu bahasa Melayu dikenang dan menjadi rujukan oleh pakar-pakar linguistik Bahasa Melayu.
Pendeta Za’ba ialah nama penanya dan nama penuhnya ialah Zainal Abidin bin Ahmad. Beliau dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 16 September 1895. Beliau bersekolah di Sekolah Melayu Kuala Jempol dan kemudiannya di St. Pauls Instituation, Seremban.
Beliau berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi semasa bertugas di Universiti London. Di samping mengajar, beliau mengambil peperiksaan dan lulus diploma Bahasa Arab pada tahun 1949.
Ketika bertugas di Universiti Malaya pula, beliau mengikuti program “External Examination” dan lulus dengan cemerlang pada tahun 1953. Beliau merupakan anak Melayu pertama menjadi Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Malaya (ketika di Singapura), pada tahun 1954. Pada tahun 1975, beliau dianugerahi ijazah Doktor Persuratan Kehormat sempena konvekesyen pertama Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pendeta Za’ba banyak menghasilkan buku bahasa sejak 1930-an lagi. Antaranya termasuklah Pelita Bahasa (I, II dan III), Ilmu Mengarang Bahasa Melayu, Ilmu Bahasa Melayu (Penggal I dan II), dan Ejaan Rumi Bahasa Melayu.
Di samping mengajar dan menulis, Pendeta Za’ba sering juga diundang berceramah dalam bidang bahasa. Malah, tulisan-tulisan beliau tentang bahasa turut temuat dalam beberapa akhbar dan majalah ketika itu seperti Qalam, Majalah Malaya, Majalah Guru, Al-Ikhwan, dan Dewan Bahasa.

Tuesday, April 30, 2013

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 4 (PENDETA ZA'BA)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5

Mata Pelajaran                                :  Bahasa Melayu
Tahun                                                :  4 Cemerlang
Tarikh                                                :  8 April 2012
Masa                                                  :  1 jam (10.20 – 11.20 pagi)
Bilangan Murid                               :  37 orang
Tema                                                             :  Kesusasteraan
Tajuk                                                 :  Pendeta Za’ba``
Fokus Utama         :           2.1        Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.
 Aras 2                                 (i)           Bercerita berdasarkan bahan yang telah dibaca dengan menggunakan pelbagai pola ayat.
Fokus Sampingan  :        2.1         Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.
Aras 3                                     (ii)        Menerangkan watak yang terdapat dalam cerita.

Objektif :  Pada akhir pengajaran, murid dapat :
                              i.        bercerita berdasarkan teks Pendeta Za’ba yang telah dibaca.
                            ii.        membulatkan kata sendi nama yang terdapat di dalam teks Pendeta Za’ba.
                           iii.        menerangkan watak yang terdapat dalam teks Pendeta Za’ba.

Sistem Bahasa                               
Tatabahasa                           : Kata sendi nama
Kosa kata                           : gelaran, pendeta, kongres, persuratan, sastera, linguistik, konvokesyen

Pengisian Kurikulum / Elemen Merentasi Kurikulum                      
Ilmu                            : Kajian tempatan
Nilai Murni                : berdikari, hormat-menghormati, kasih sayang, kerajinan,  
Bahan bantu mengajar       : Gambar, teks “Pendeta Za’ba”, lagu “Pendeta Za’ba”, kertas mahjung tentang kata sendi nama dan lembaran kerja
Masa
 


Isi pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran


Catatan

Set Induksi
(5 minit)






Gambar Siti Nurhaliza, Aaron Aziz dan Pendeta Za’ba. (lihat lampiran 1)

  1. Guru menunjukkan gambar.
  2. Guru bertanya kepada murid tentang gambar.
  3. Guru mengaitkan gambar dengan tajuk pembelajaran.

Teknik :
sumbang saran, soal jawab

BBM : gambar

Nilai murni : hormat-menghormati


Langkah 1
(25 minit)

Teks “Pendeta Za’ba”
(lihat lampiran 2)

Contoh soalan-soalan :

·         Siapakah yang mendapat gelaran pendeta?
·         Mengapakah Za’ba menerima gelaran pendeta?
·         Apa yang berlaku kepada Pendeta Za’ba pada tahun 1949?
·         Apakah buku bahasa yang dihasilkan oleh Za’ba?

Lagu Pendeta Za’ba.

  1. Guru mengedarkan teks “Pendeta Za’ba”.
  2. Guru meminta murid membaca teks secara senyap.
  3. Guru bertanya kepada murid perkataan yang sukar difahami.
  4. Guru meminta wakil kumpulan membaca teks.
  5. Soal jawab antara guru dan murid tentang isi kandungan teks.
  6. Guru meminta wakil murid bercerita tentang apa yang difahami menerusi teks.
  7. Guru dan murid bersama-sama menyanyikan lagu Pendeta Za’ba.

Teknik :
Soal jawab, bercerita, nyanyian

BBM :
Teks “Pendeta Za’ba”,  lagu “Pendeta Za’ba”.

Nilai Murni :
Berdisiplin, hormat-menghormati

Langkah 2
(15 minit)

Kata sendi nama.

Konsep kata sendi nama:
Perkataan yang hadir sebelum frasa nama.

Contoh kata sendi nama dalam teks :
  • Di
  • Kepada
  • Pada
  • Dalam
  • Sehingga
  • Ke
  • Sejak
  • Dalam

  1. Guru menerangkan secara ringkas konsep kata sendi nama
  2. Murid diminta membulatkan kata sendi nama yang terdapat dalam teks.
  3. Guru dan murid berbincang tentang kata sendi nama yang terdapat dalam teks.




Teknik : projek, bercerita


BBM :
Kertas mahjung

Contoh nilai murni :
Berdikari, kerajinan


Langkah 3
(10 minit)

Peta minda tentang Pendeta Za’ba.

Perkara-perkara yang boleh ditulis dalam peta minda :
  • Gelaran
  • Biodata
  • Pendidikan
  • Pengalaman bekerja
  • Antara hasil karya

  1. Guru memberikan bahan-bahan kepada wakil setiap kumpulan.
  2. Guru meminta murid membina satu peta minda tentang Pendeta Za;ba, secara berkumpulan.
  3. Murid menerangkan peta minda yang dibina.

Teknik : Penyelesaian masalah

BBM :
Teks “Pendeta Za’ba”, kertas mahjung tentang kata sendi nama.

Nilai murni :
Berdikari, kerajinan


Penutup
(5 minit)

Nilai murni.
Contoh :
·         Hormat-menghomati
·         Berdikari
·         Kerajinan

  1. Guru menyimpulkan pelajaran.
  2. Guru memberikan kerja rumah. (Rujuk lembaran kerja 1)

Penyerapan nilai murni dalam kesimpulan kognitif.