Showing posts with label Pemulihan Dan Pengayaan Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Show all posts
Showing posts with label Pemulihan Dan Pengayaan Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Show all posts

Thursday, June 19, 2014

Lembaran Pemulihan : Pilih penggunaan kata tanya yang betul.

Plih penggunaan kata tanya yang betul dalam ayat tanya di bawah. Tulis semula.

  1. Harga tiket ini bila / berapa / bagaimana?
___________________________________________________
  1. Awak datang lambat bagaimana / mengapa / apa?
___________________________________________________
  1. Bilakah/apakah/ siapakah kejadian itu?
_________________________________________________
  1. Bagaimankah/di mana/berapa tuan tinggal?
___________________________________________________
  1. Mengapakah/di manakah/siapakah benda itu?
_________________________________________________


Friday, October 12, 2012

Pendidikan Imbuhan


  • Istilah imbuhan sering dikelirukan dengan istilah linguistik yang membawa erti imbuhan awalan, akhiran dan sisipan. 
  • Kata dasar bagi perkataan ‘imbuhan’ ialah ‘imbuh’ yang membawa erti ‘tambahan pada barang ditimbang, tambahan supaya sama berat dan mengimbuh bermaksud ’menokok dan menambah’ (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). 
  • Berdasarkan definisi tersebut, jelas menunjukkan bahawa perkataan ‘imbuhan’ sesuai digunakan untuk memberi gambaran terhadap konsep pendidikan imbuhan dengan tepat. 
  • Hal ini kerana, perkataan ‘imbuhan’ itu memberi maksud menambah berat dan tindakan supaya sama berat. 
  • Tindakan supaya sama berat itu bermaksud taraf pendidikan golongan bawahan, golongan sederhana dan golongan atasan mestilah sama berat atau sama taraf antara satu sama lain.
  • Pendidikan imbuhan pada amnya bolehlah dianggap sebagai satu usaha atau tindakan yang diambil untuk menggantikan sesuatu kekurangan yang dihadapi oleh golongan bawahan. 
  • Hal ini merupakan langkah-langkah yang rapi dan teliti yang diprogramkan untuk mencegah berlakunya sebarang kelemahan dalam kalangan murid golongan bawahan. 
  • Pencegahan seperti ini dilakukan pada peringkat awal pembelajaran. 
  • Biasanya pendidikan imbuhan melibatkan kanak-kanak yang kurang bernasib baik yang sekiranya dibiarkan akan menyebabkan berlakunya keciciran. 
  • Guru hendaklah mempunyai hubungan yang baik dengan agensi-agensi dan badan-badan lain yang boleh membantu meningkatkan prestasi murid. 
  • Dalam membentuk strategi pendidikan imbuhan, satu program menyeluruh yang melibatkan ibu bapa dan komuniti hendaklah dititikberatkan. 
  • Program ini juga harus meliputi program untuk menjaga kesihatan yang sempurna, makanan dan pemakanan. 
  • Konsep pendidikan ‘imbuhan’ sering disamakan dengan pemulihan. Sebenarnya konsep kedua-dua istilah ini mempunyai perbezaan tertentu. 
  • Perkataan ‘imbuhan’ adalah lebih luas maksudnya daripada perkataan ‘pemulihan’ yang hanya merupakan sebahagian daripadanya. 
  • Pendidikan pemulihan jika diteliti lebih mendalam lagi sifatnya lebih terbatas dan lebih khusus kerana pendidikan pemulihan bertujuan untuk membaiki kelemahan pembelajaran, sedangkan pendidikan imbuhan melebihi tindakan pemulihan dan meliputi juga tindakan mencegah kelemahan supaya tidak berterusan.
  • Oleh itu, masalah pembelajaran yang berpunca daripada faktor sosioekonomi dan sosiobudaya tidak akan berlaku dengan adanya program pendidikan imbuhan.

Thursday, October 11, 2012

Pemulihan Biasa


  • Bagi pemulihan biasa, guru akan membantu murid-murid yang mempunyai masalah-masalah ringan sahaja di dalam kelas. 
  • Mereka akan dikendalikan oleh guru mata pelajaran masing-masing. 
  • Murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dikenal pasti semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Aktiviti pemulihan dijalankan secara semerta.
  • Guru mata pelajaran akan membahagikan pecahan kumpulan cerdas, sederhana dan lemah di dalam kelas. 
  • Mereka yang menjalani pemulihan kelas biasa ini tergolong dalam kumpulan yang lemah dalam penguasaan sesuatu kemahiran. 
  • Jadi, mereka akan diberi fokus dan perhatian yang lebih oleh guru mata pelajaran tersebut semasa aktiviti pemulihan. 
  • Semasa mereka menjalani aktviti pemulihan, murid-murid di dalam kumpulan sederhana dan cerdas akan menjalani aktiviti pengayaan.
  • Namun begitu, sekiranya murid masih gagal menguasai kemahiran yang dijalankan semasa aktiviti pemulihan kelas biasa, mereka digelar murid-murid yang mengalami masalah-masalah pembelajaran yang kritikal dan seterusnya akan dihantar di kelas pemulihan khas.

Wednesday, October 10, 2012

Pemulihan Khas


  • Kurikulum pemulihan bagi kelas khas untuk murid lambat tidak harus berbeza secara radikal dengan kelas biasa. 
  • Program pemulihan khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) semenjak tahun 1960-an lagi. 
  • Program ini bertujuan untuk membantu murid-murid sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran iaitu masalah menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Mereka dikenal pasti melalui ujian saringan.
  • Pada tahun 1983 pula Sistem Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). 
  • Hal ini merupakan usaha untuk membantu murid yang mengalami masalah penguasaan kemahiran asas 3M menerusi Program Pemulihan Khas. 
  • Pemulihan jenis ini dijalankan di bilik darjah khas oleh guru khas yang terlatih dalam bidang ini. 
  • Masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks ini mestilah disebabkan oleh faktor-faktor persekitaran dan bukan kognitif.
  • Jika faktor masalah itu disebabkan faktor kognitif iaitu lembam, mereka akan dihantar ke kelas pendidikan khas. 
  • Bagi murid-murid yang sudah menguasai kemahiran asas 3M di kelas pemulihan khas, mereka akan dihantar semula ke kelas biasa untuk menjalani aktiviti pembelajaran seperti murid-murid lain.

Tuesday, October 9, 2012

Definisi Pendidikan Pemulihan


  • Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), “pulih” bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). 
  • “Pemulihan” bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. 
  • Dalam konteks ini konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. 
  • Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu.
  • Menurut Syarifah Alawiah Alsagoff (1983) pula, pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa. 
  • Berdasarkan pandangan Ishak Harun dan Koh Boh Boon (1983) pula, pemulihan merupakan perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi pembelajaran di sekolah biasa.
  • O. C. Simpson (1975) pula berpendapat, aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.
  •  Aktiviti pemulihan tertumpu kepada penguasaan kemahiran. Jadi, menerusi aktiviti pemulihan, guru akan dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid.
  • Kesemua pendapat-pendapat tokoh mengenai konsep pemulihan ini selaras dengan kajian Brennan (1974) yang menyatakan bahawa berasaskan dapatan-dapatan kajian di United Kingdom, secara purata lebih kurang 13 peratus daripada murid-murid sekolah menghadapi masalah pembelajaran dan memerlukan pengajaran pemulihan. 
  • Mereka harus diberikan bantuan khas untuk menolong mereka mengatasi masalah pembelajaran masing-masing dan mengembangkan potensi mereka supaya menjadi warganegara yang berguna pada masa akan datang.
  • Pendidikan pemulihan merupakan suatu pendidikan untuk mencapai objektif pembelajaran kepada murid yang menghadapi masalah pelajaran di dalam bilik darjah iaitu yang belum berjaya menguasai kemahiran selepas proses pengajaran guru dalam kelas. 
  • Dalam pendidikan pemulihan, terdapat dua jenis pemulihan iaitu pemulihan kelas biasa dan pemulihan kelas khas.

Thursday, September 13, 2012

PERBEZAAN DI ANTARA PENDIDIKAN PEMULIHAN DAN PENDIDIKAN IMBUHAN



Pendidikan pemulihan
Pendidikan imbuhan
1.     Rancangan pembelajaran disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran, tanpa mengira golongan kaya atau miskin.

1.     Rancangan pembelajaran disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah kekurangan kemudahan sosioekonomi.
2.     Rancangan pembelajaran ditumpukan khas kepada penguasaan kemahiran-kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.

2.     Rancangan  pembelajaran untuk
semua pelajaran mengikut perkembangan kognitif murid-murid.
3.     Skop kajiannya banyak terbatas kepada pedagogi di dalam bilik darjah.

3.     Skop kajiannya meliputi
pedagogi dalam bilik darjah serta sosioekonomi dan politik  di luar bilik darjah.
4.     Program ini hanya meliputi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

4.     Selain aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah, program ini juga meliputi program makanan, bantuan dari segi kemudahan dan kewangan.

5.     Bantuan diberikan kepada individu atau sekumpulan kecil murid sahaja di sekolah rendah dan sekolah menengah.

5. Bantuan diberikan kepada semua murid daripada golongan bawahan di peringkat prasekoalah, sekolah rendah serta ibu bapa mereka.

6.     Objektif ialah membetulkan kelemahan penguasaan kemahiran-kemahiran asas.
6. Objektif utama ialah merapatkan jurang dalam peluang pendidikan di antara golongan kaya dengan golongan miskin.