Showing posts with label ayat. Show all posts
Showing posts with label ayat. Show all posts

Monday, September 26, 2016

AYAT PERINTAH

Maksud ayat perintah :

Ayat yg digunakan utk menyuruh seseorang melakukan sesuatu.

Jenis ayat perintah :

1. Ayat perintah jenis ayat suruhan

Contoh : Makan ubat ini sekarang.

2. Ayat perintah jenis ayat permintaan

Contoh : Tolong susun kerusi ini.

3. Ayat perintah jenis ayat silaan

Contoh : Sila beratur di luar kelas.

4. Ayat perintah jenis ayat larangan

Contoh : Jangan bising.

Thursday, September 22, 2016

AYAT TANYA

Maksud ayat tanya :
Ayat yg digunakan utk menanyakan sesuatu hal.

Ciri ayat tanya :
Diucapkan dgn nada tinggi dan pada akhir ayat diletakkan tanda soal (?).

Jenis ayat tanya :

1. Ayat tanya tanpa kata tanya

Maksud ayat tanya tanpa kata tanya :
Ayat yg tidak menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, mengapa, bila, bagaimana, di mana, siapakah, apakah, adakah

Contoh ayat tanya tanpa kata tanya :
Kamu sudah makan?
Ibu kamu seorang guru?

2. Ayat tanya dengan kata tanya

Maksud ayat tanya dengan kata tanya :
Ayat yg menggunakan kata tanya seperti apakah, siapakah, mengapakah, bagaimanakah, di manakah

Contoh ayat tanya dengan kata tanya :
Berapakah harga buku ini?
Apakah yang ada di dalam bekas itu?

Wednesday, September 21, 2016

AYA PENYATA

Maksud ayat penyata :
Ayat yg diucapkan dgn tujuan utk memberi keterangan tentang sesuatu hal.

Ciri ayat penyata :
Satu subjek satu predikat.

Contoh ayat penyata :
Dia murid tahun dua.
Siti lahir di Johor.
Ani membeli pemadam di kedai buku.

Monday, September 19, 2016

AYAT MAJMUK

Maksud ayat majmuk :

Ayat yg mengandungi dua ayat tunggal atau lebih.

Ciri ayat majmuk :

Digabungkan dgn menggunakan kata hubung seperti dan atau, serta, lalu, dll.

Contoh ayat majmuk :

Ahmad dan Siti (dua subjek) bermain catur (satu predikat).
Rama (satu subjek) menyanyi sambil menyiram pokok bunga (dua predikat).
Pekerja-pekerja syarikat itu (satu subjek) rajin dan amanah (dua predikat).

Sunday, September 18, 2016

AYAT TUNGGAL

Maksud :

Ayat yg mengandungi satu subjek dan satu predikat.
Ayat ini boleh dibina dalam pelbagai jenis ayat sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat seru dan ayat perintah.
Subjek dan predikat dalam ayat tunggal terdiri drpd frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.

Contoh :

Suhana (subjek) sedang menonton televisyen (predikat).
Kakak (subjek) membawa bakul ke pasar (predikat).
Kucing itu (subjek) tidur di bawah kerusi (predikat).