Showing posts with label pengajian am. Show all posts
Showing posts with label pengajian am. Show all posts

Monday, December 12, 2016

ISU-ISU ANTARA MALAYSIA DENGAN NEGARA ASEAN

1. Singapura

Tambak laut
Jambatan menggantikan tambak Johor
Bekalan air mentah
Simpanan wang pekerja

2. Indonesia

Pendatang tanpa izin
Pertindihan sempadan
Pencerobohan nelayan
Lanun

3. Thailand

Pencerobohan nelayan
Keganasan di selatan Thailand
Dwi kerakyatan

4. Filipina

Tuntutan ke atas Sabah
Pendatang tanpa izin
Lanun

5. Vietnam

Tuntutan ke atas kepulauan Spratly

Wednesday, November 2, 2016

KESAN POSITIF GLOBALISASI TERHADAP PEMBANGUNAN SEBUAH NEGARA MEMBANGUN

Pendahuluan :

Globalisasi bererti dunia tanpa sempadan akibat kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi.

Berlaku aliran barangan, perkhidmatan, idea, dan maklumat secara bebas antara negara tanpa sekatan.


1. Globalisasi memajukan ekonomi negara

Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi mempergiat perdagangan antarabangs

Peniaga dapat meluaskan pasaran ke seluruh dunia.

Persidangan video, internet, dan emel telah memudahkan perhubungan.

E-dagang dan e-perbankan juga dapat dijalankan.

Peniaga dan pengguna menjual dan membeli barangan melalui internet.

Ekonomi negara berkembang pesat.


2. Globalisasi mewujudkan persefahaman sejagat

Sistem komunikasi yang menghubungkan seluruh dunia memudahkan interaksi.

Pertukaran pengetahuan, pengalaman, budaya, dan sebagainya bergerak bebas.

Menjalin hubungan erat dan mengurangkan salah faham.

Peristiwa yang berlaku di seluruh dunia dapat diketahui dengan serta merta.

Membolehkan bantuan diberikan segera.


3. Pemindahan teknologi bertambah pesat.

Pelabur asing membawa teknologi baharu ke sesebuah negara

Pelabur asing menubuhkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D)

Rakyat tempatan berpeluang untuk mempelajari dan memiliki teknologi canggih.

Rakyat tempatan mampu menjalankan penyelidikan dan pembagunan (R&D).


Kesimpulan :

Globalisasi telah membawa kesan yang besar.

Penduduk dunia perlu bersedia untuk menghadapi globalisasi.

Dengan cara ini, barulah globalisasi benar-benar mendatangkan faedah kepada kita.

Tuesday, November 1, 2016

SEBAB MALAYSIA MENGANGGOTAI KOMANWEL

1. Eratkan perhubungan dan perpaduan dalam kalangan negara anggota.

2. Menjaga dan memajukan negara dengan kerjasama negara anggota.

3. Membentuk persepaduan di bawah satu pertubuhan dan bekerjasama dalam pelbagai bidang dalam kalangan negara anggota.

4. Mendapat kemudahan dan layanan baik daripada kerajaan Britain terutamanya untuk pasaran barangan di negara anggota Komanwel.

5. Meningkatkan lagi kepakaran dalam pelbagai bidang melalui kemudahan pendidikan kepada di bawah Rancangan Pelajaran Komanwel  (Colomba Plan).