RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA
MELAYU TAHUN 5
Mata
Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 5 Cemerlang
Tarikh
: 4 April 2012
Masa
: 1 jam (10.20 – 11.20 pagi)
Bilangan
Murid : 37 orang
Tema : Kesusasteraan (cerpen)
Tajuk : Buat Baik Dibalas Baik
Fokus
Utama : 2.1 Bercerita
dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan
jelas.
Aras 2 (i) Bercerita berdasarkan bahan yang
telah dibaca dengan menggunakan pelbagai pola ayat.
Fokus Sampingan :
11.3 Mengulas karya sastera
yang mudah secara umum dari aspek tema dan persoalan, watak dan perwatakan,
nilai dan pengajaran, dan gaya bahasa.
Aras 2 (ii) Menjelaskan plot yang terdapat dalam
sesebuah karya.
Objektif
: Pada akhir pengajaran, murid dapat :
i.
bercerita tentang
cerita “Tiga Sahabat Karib”, dengan menggunakan pelbagai pola ayat.
ii.
menjelaskan plot
cerita “Tiga Sahabat Karib”.
iii.
mengenal pasti kata
kerja yang mempunyai imbuhan awalan.
Sistem
Bahasa
Tatabahasa : Kata terbitan (awalan
kata kerja)
Kosa kata : karib,
perangkap, bertenggek, pemburu
Pengisian
Kurikulum / Elemen Merentasi Kurikulum
Ilmu : Kajian tempatan
Nilai Murni : Tolong-menolong,
hormat-menghormati
Kemahiran berfikir
: Mengenal pasti, menganalisis, menghubung kait
Bahan bantu mengajar
: Video Tiga Sahabat Karib, Lagu Tiga Sahabat Karib, kotak beracun, silang kata.
|
|
|
Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran
|
|
|
|
|
Set
Induksi
(5
minit)
|
Lakonan menolong rakan terjatuh.
Contoh soalan :
1.
Apakah yang sudah berlaku sebentar tadi?
2.
Apakah yang dilakukan oleh rakan cikgu ketika membantu cikgu terjatuh?
|
- Guru mempersembahkan lakonan secara
lansung dan dibantu oleh rakan.
- Soal jawab tentang lakonan.
- Guru mengaitkan jawapan murid dengan
tajuk pembelajaran.
|
Nilai
: tolong-menolong, bertanggungjawab
Kemahiran
berfikir :
Mengenal
pasti,
|
|
Langkah
1
(10
minit)
|
Cerita Tiga Sahabat Karib. (Lihat lampiran 1)
Lirik lagu Tiga Sahabat Karib. (Lihat lampiran 2)
Soal jawab tentang cerita:
Contoh soalan:
·
Apa yang kamu faham tentang video ini?
·
Apakah watak-watak yang terlibat?
·
Apa nilai murni yang boleh didapati dalam cerita ini?
|
- Guru mengedarkan teks cerita.
- Murid diminta menonton tayangan video.
- Murid membaca teks cerita secara
berkumpulan.
- Murid dan guru bersoal jawab tentang
teks cerita yang dibaca.
5. Murid menyanyi lagu Tiga Sahabat Karib.
|
Teknik
:
Soal
jawab
BBM
:
Video
cerita Tiga Sahabat Karib, lagu tiga sahabat karib
Kemahiran
Berfikir :
Menganalisis
|
|
Langkah
2
(15
minit)
|
Jalan cerita Tiga Sahabat
Karib :
1.
Rusa terkena perangkap dan hendak keluar dari dalam perangkap.
2.
Jeritan rusa didengar oleh kura-kura dan kenari. Mereka datang menolong
rusa.
3.
Kenari ternampak pemburu sedang menuju ke tempat rusa dan kura-kura.
Kenari terbang rendah di hadapan pemburu untuk menarik perhatiannya.
4.
Kura-kura berjaya mengoyakkan jaring dan rusa berjaya keluar. Pemburu
terperanjat melihat jaring yang koyak itu.
5.
Pemburu ternampak kenari yang sedang bertenggek di atas dahan pokok. Dia mahu menembak kenari.
6.
Kura-kura ternampak pemburu hendak menembak kenari. Kura-kura pun
menggigit kaki pemburu.
7.
Pemburu menjerit kesakitan. Kenari terdengar jeritan pemburu itu lalu
terbang pergi dari situ.
8.
Pemburu sungguh marah kepada kura-kura, lalu menangkap dan memasukkan
kura-kura ke dalam beg.
Pemburu terlalu letih lalu tertidur.
9.
Apabila pemburu tidur, rusa berjalan menghampirinya dan mengambil beg menggunakan
tanduknya.
10. Kenari membuka beg dengan
paruhnya untuk membebaskan kura-kura. Akhirnya, mereka bertiga terselamat
daripada pemburu itu.
|
- Guru berbincang dengan murid tentang jalan
cerita Tiga Sahabat Karib.
- Murid diminta menyusun jalan cerita yang
terdapat dalam teks cerita, pada lembaran kerja. (Rujuk lembaran kerja
1)
- Wakil murid diminta menyusun cerita
mengikut urutan di papan putih.
.
|
Kemahiran
berfikir :
Menghubung
kait.
BBM
:
Teks
cerita Tiga Sahabat Karib
.
|
|
Langkah
3
(15
minit)
|
Permainan cari perkataan tersembunyi.
Konsep awalan kata kerja:
Kata kerja yang mempunyai imbuhan di hadapan.
Awalan kata kerja :
meN-, beR-, teR-, di-, mempeR- dan dipeR- .
|
- Murid diminta mencari
perkataan tersembunyi pada lembaran kerja yang disediakan.
- Guru menerangkan
konsep awalan kata kerja.
- Murid diminta
membulatkan kata kerja terbitan dalam teks cerita “Tiga Sahabat Karib”.
- Perbincangan antara
guru dan murid tentang kata kerja terbitan yang terdapat dalam teks
cerita.
|
Teknik
:
Permainan
Bahasa
BBM
:
Lembaran
kerja, slaid,
Nilai
:
Bekerjasama,
tekun, gigih
|
|
Langkah
4
(10
minit)
|
Kotak beracun tentang senarai kata yang berimbuhan dan binaan ayat
menggunakan kata terbitan.
Contoh soalan :
·
Berikan 3 contoh perkataan yang mengandungi imbuhan awalan meN-.
·
Berikan 3 contoh perkataan yang mengandungi imbuhan awalan beR-.
·
Berikan 3 contoh perkataan yang mengandungi imbuhan awalan teR-.
·
Bina ayat menggunakan perkataan menghampiri.
·
Bina ayat menggunakan perkataan menangkap.
·
Bina ayat menggunakan perkataan menyandar.
|
- Murid diberi kotak beracun.
- Guru memasang lagu dan meminta murid
memberikan kotak beracun kepada rakan sebelah.
- Murid menjawab soalan yang dicabut
dari kotak beracun tersebut.
|
Kemahiran
bahasa :
Mendengar,
bertutur, membaca
Kemahiran
berfikir :
Mengenal
pasti
BBM
: lagu, kotak beracun
|
|
Penutup
(5
minit)
|
Kesimpulan kognitif.
Contoh nilai murni :
·
Tolong-menolong
·
Bekerjasama
·
Kasih sayang
|
- Guru menyimpulkan pelajaran.
- Guru memberi aktiviti pengukuhan.
|
Penyerapan
nilai murni dalam kesimpulan kognitif.
|