- Perbetulkan niat hendak menjadi guru & ikhlaskan hati. (sebelum masuk)
- Tidak memakai pakaian yg terlalu terang atau banyak warna. Pastikan pakaian sedap mata memandang dan tidak terlalu over.
- Bagi yg perempuan, pastikan bedak tidak bercapuk. Penampilan cantik dan kemas. Tudung tidak senget-senget. :-)
- Pakai blazer dan tag nama yang mengikut ukuran yg betul iaitu 2.5x7.5.
- Bagi yg Islam, banyak-banyak baca bismillah dan Rabbiyassir walatuassir rabbi tammim bilkhair. (sebelum masuk)
- Apabila diarahkan masuk oleh penemuduga, sebelum masuk, ketuk pintu, beri salam dan senyum.
- JANGAN DUDUK JIKA BELUM DISURUH OLEH PENEMUDUGA. Apabila diminta duduk, barulah duduk dan ucap terima kasih.
- Sentiasa senyum di dalam bilik temuduga :-) (Tunjukkan muka yg manis walau apa jua berlaku)
- Duduk dgn sopan & postur yg tegak. (duduk tegak seperti atas pelamin) :-)
- Segala perbuatan seperti duduk, cakap, jalan atau apa jua mestilah YAKIN.
- Jangan cakap terlalu kuat dan berjela-jela. Jawapan mestilah terus kpd soalan yg ditanya oleh panel penemuduga.
- Lakukan gerak tangan sedikit semasa bercakap, tetapi janganlan terlalu berlebih-lebihan.
- Tidak menjawab perkara yg bukan soalan atau perkara yg bukan diaju kepada kita.
- Jangan menyampuk percakapan panel penemuduga atau rakan.
- Tidak melawan penemuduga. Lagi lawan lagi hangat. Silap-silap GAGAL. Sentiasalah tenang, sabar dan tabah walau apa jua berlaku semasa di dalam bilik temuduga.
- Jawapan kpd soalan dinasihatkan agar ikhlas dari hati, jujur & mestilah positif. Jangan berlakon. Penemuduga boleh tahu. :-)
- Berhati-hati dgn jawapan yg diberi. Berdasarkan sesuatu jawapan itu, biasanya panel akan tanya soalan yg seterusnya.
- Sebelum keluar, ucap terima kasih dan senyum. :-)
Tuesday, November 4, 2014
Tips semasa temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
Tips persediaan sebelum temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
- Siap sedia ayat utk pengenalan diri dan promosi diri.
- Beli baju baru yg sedap mata memandang (jika mampu).
- Faham & hafal Rukun Negara. Tahu bagaimana hendak mengaitkan Rukun Negara dgn subjek major & minor.
- Faham & hafal Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Tahu bagaimana hendak mengaitkan FPK dgn subjek major & minor.
- Faham & hafal dasar-dasar yg telah dibuat oleh kerajaan.
- Faham & hafal kandungan dalam PPPM, aspirasi kepada sistem pendidikan, aspirasi murid, anjakan. Tahu bagaimana hendak mengaitkan kandungan PPPM dgn subjek major & minor.
- Hafal nama-nama menteri. Hafal juga nama-nama organisasi di Kementerian Pendidikan Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), IPGM, Pejabat Pendidikan Daerah dan IPG masing-masing.
- Tahu dan hafal serba-serbi tentang SPP.
- Faham dan hafal mengenai segala-galanya yg berkaitan dgn KSSR. Contoh : tunjang, elemen, perbezaan KBSR & KSSR, cara penilaian. Baca serba-serbi yg ada dalam dokumen standard.
- Tahu secara mendalam mengenai subjek major & minor. Contoh : teknik, strategi, pendekatan, penilaian sumatif, penilaian formatif.
- Tahu, faham dan hafal item-item dalam penulisan rancangan pengajaran harian (RPH) subjek major & minor, menggunakan KSSR & KBSR.
- Tahu serba-serbi mengenai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan HOTS.
- Tahu, faham & ingat teori-teori pembelajaran. Contoh, behaviorisme, tingkah laku dsb.
- Tahu tentang kokurikulum permainan, unit beruniform, kelab dan persatuan. (Ingat semula apa yg dilaksanakan sewaktu praktikum & di IPG)
- Banyakkan pembacaan mengenai isu-isu semasa. Mesti faham & ingat perkara-perkara yg penting serta tahu mengaitkan kesan isu tersebut dgn subjek major & minor.
- Tahu masalah displin yg berlaku dalam kalangan guru di sekolah. Tahu bagaimana hendak atasi.
- Perbanyakkan berdoa (mengikut adat & kepercayaan masing-masing). Bagi yg Islam, jgn tinggal solat. Perbanyakkan solat-solat sunat, membaca al-quran, bersedekah, dsb. *Mesti dilakukan sentiasa iaitu sebelum, semasa dan selepas temuduga.
Pesanan : Segala jawapan yg diberi mestilah positif. Bersedia utk menjawab soalan di luar kotak pemikiran. :-)
Wednesday, October 29, 2014
Teknik-teknik kaunseling
Berdasarkan teori dan pendekatan masing-masing, ahli-ahli
dalam bidang bimbingan dan kaunseling telah menggunakan berbagai teknik bagi
membantu para klien yang datang mendapatkan perkhidmatan mereka.
Antara contoh teknik-teknik yang digunakan adalah
Perkaitan
bebas
Teknik ini selalu digunakan dalam
pendekatan psikoanalisis. Teknik perkaitan bebas memerlukan klien meluahkan apa
sahaja yang terlintas dalam pemikirannya tanpa menapis susunan logik
perbualannya dengan kaunselor. Teknik ini digunakan bagi tujuan mengingat
semula pengalaman serta emosi lampau yang pernah dialami oleh klien. Kaunselor
biasanya memberi satu sikap interaksi yang menggalakkan supaya klien boleh
bertindak secara bebas tentang perkara yang hendak diluahkan. Asas kepada
teknik ini adalah kefahaman bahawa dalam diri individu memang tersemat pendaman
sebagai satu faktor mekanisma bela diri. Tujuan perkaitan bebas adalah bagi
melepaskan ke tahap sedar pendaman yang lama sehingga dapat diluahkan. Pendaman
yang banyak tersimpan menjadi tekanan desakan diri. Sehingga pendaman tersebut
dikeluarkan ke tahap sedar, ia tidak boleh disesuaikan dengan alam nyata.
Tranferens
Teknik ini juga selalu digunakan dalam pendekatan
psikoanalisis. Trenferens digunakan oleh kaunselor bagi memberi galakan kepada
klien bahawa kaunselor sememangnya bersedia untuk memberikan bantuan. Konsep
tranferens meletakkan klien dalam satu keadaan minda bahawa kaunselor
sebenarnya adalah ibubapa atau orang yang penting dalam kehidupan masa lampau
mereka. Dalam proses tranferens seseorang klien itu akan menghidupkan semula
tanpa disedari segala tingkahlaku lampaunya kepada kaunselor. Keadaan ini
sangat perlu difahami oleh kaunselor bagi menangani proses analisis dan
pentafsiran mekanisma bela diri klien.
2.3.3 Pentafsiran
Dalam proses kaunseling
psikoanalisis, pentafsiran penting bagi menimbulkan wawasan psikologikal kepada
diri klien. Trenferens sahaja tidak mencukupi bagi menggerakkan klien kearah
kelegaan dan tingkahlaku yang baru. Analisis dan pentafsiran tentang mekanisma
bela diri klien akan memudahkan klien memahami kerumitan yang sedang
dialaminya. Tugas kaunselor adalah untuk menjelmakan satu katarsis atau
kelegaan dalaman yang boleh dinikmati klien. Pentafsiran dapat menggerakkan
segala kefahaman superego yang lama kepada satu tahap kesedaran baru.
Pengalaman dan kefahaman baru ini selanjutnya akan diganti dengan kesedaran ego
baru dan bergerak ke arah penerimaan superego yang lebih sesuai dengan keadaan
semasa sealiran dengan klien.
Dalam proses kaunseling secara
psikoanalisis ini berbagai rintangan mungkin akan timbul di antara interaksi
kaunselor dengan klien. Pentafsiran yang dikemukakan oleh kaunselor tidak
semestinya diterima oleh klien. Hasil pentafsiran mungkin menimbulkan satu
reaksi kepincangan dan kaunselor wajar bersedia menerima hakikat bahawa tidak semua analisisnya mudah diperlakukan
oleh klien. Apabila keadaan ini berlaku maka kaunselor wajar sedar bahawa klien
mungkin berada dalam keadaan transferens dan menganggapnya sebagai orang yang
signifikan yang pernah dialami dalam hidupnya yang lampau. Ada kalanya juga
rintangan tidak semestinya berlaku hasil daripada proses transferens. Ada
kemungkinan juga rintangan berlaku hasil daripada satu penolakan sebenar
pentafsiran yang diberi oleh kaunselor. Tanda seperti ini memberi isyarat
bahawa klien belum bersedia untuk menyesuaikan dirinya dengan keadaan yang
sebenar.
Penilaian
Teknik ini selalu digunakan dalam pendekatan kaunseling
tingkah laku. Proses penilaian memerlukan kaunselor mendapatkan segala maklumat
tentang masalah yang dialami klien. Kaunselor perlu mengumpul maklumat mengenai
masa, cara masalah berlaku, cara yang diusahakan oleh klien bagi mengatasi
masalah, tempat, keadaan trauma yang pernah dialami, pengalaman klien dan
berbagai lagi ciri maklumat tentang masalah yang dihadapi oleh klien.
Cara kaunselor menyoal semasa sesi kaunseling bagi
mendapatkan maklumat adalah penting. Soalan yang bermula dengan perkataan
“mengapa’ wajar dielakkan manakala soalan yang bermula dengan perkataan
‘bagaimana’, ‘apakah’, ‘bilakah’ dan ‘dimana’ wajar digalakkan. Walaupun
kaunselor akan mendapat maklumat dari soalan yang dikemukakan tetapi kaunselor
tidak semestinya menerima sepenuhnya jawapan yang diberi oleh klian. Cara klien
menjawab juga penting diberikan perhatian. Kaunselor hendaklah sentiasa peka
pada gerak geri dan cara klien menjawab bagi mengesan ciri-ciri tidak
konsisten, cuba mengelak sesuatu atau membuat sesuatu yang terpesong dari yang
benar.
Satu cara lain bagi mendapatkan penilaian dari klien
adalah dengan menggunakan laporan kendiri yang dibuat oleh klien. Laporan ini
adalah baik bagi pengumpulan maklumat tentang khayalan klien, pemikirannya dan
juga perasaan mereka.
Main Peranan
Satu teknik yang juga digunakan dalam pendekatan
kaunseling tingkah laku. Cara ini sesuai dalam menangani masalah interaksi.
Biasanya kaunselor bersetuju untuk mengambil atau memainkan peranan orang yang
klien menghadapi masalah untuk berinteraksi. Dengan cara ini kaunselor dapat
mengenalpasti masalah induk yang klien hadapi dalam interaksinya dengan orang
tersebut. Selanjutnya kaunselor akan mampu untuk cuba mengubah tingkah laku
celaru yang dialami oleh klien dengan menggunakan teknik sampingan seperti
latihan asertif dan sebagainya.
Dalam pendekatan REBT, klien akan melakunkan semula
tingkah laku kebimbangan, kemarahan dan kemurungan yang dialaminya. Kaunselor
akan menerangkan bagaimana ianya terjadi. Kemudian peranan tadi akan ditukar di
mana kaunselor pula akan memainkan peranan klien tadi sehinggalah klien boleh
menerangkan semula bagaimana pemikiran salah itu boleh berlaku.
Gambaran Imej
Teknik gambaran imej boleh memberi ingatan yang lebih
jelas kepada klien tentang pengalaman yang dilalui sama ada yang lampau,
sekarang atau yang akan datang. Cara ini dapat menyenangkan klien secara
menggunakan simbol dalam imejnya tentang perkara yang menjadi kerumitannya.
Disamping itu kaunselor juga akan dapat persepsi serta penilaian yang lebih
jelas tentang masalah klien setelah klien menghuraikan pengalaman yang telah
dialaminya dalam gambaran imej secara lisan.
Desensitisasi Bersistem
Teknik ini menerapkan penggunaan gambaran imej dengan
latihan relaksasi bagi menghasilkan suasana selesa yang boleh diterima klien.
Desensitisasi bersistem biasanya digunakan sebagai satu teknik bagi menghindar
keadaan keresahan, kegelisahan atau kebimbangan yang dialami klien. Proses
permulaannya adalah dengan mengasingkan terlebih dahulu situasi yang menjadi
pemangkin keresahan, kegelisahan atau kebimbangan yang sedang dialami klien.
Keadaan ini diukur dalam satu bentuk kontinum antara situasi yang kurang
meresahkan hingga satu penghujung yang sangat mengancam ketenteraman klien.
Latihan relaksasi secara beransur-ansur biasanya diterap
sebagai elemen penghindar yang bertentangan dengan perasaan dan pemikiran
keresahan atau kegelisahan. Kaunselor akan mengasuh klien membayangkan atau
menggambarkan dalam bentuk satu hiraki imej yang bermula dengan acara yang
kurang meresahkan dan beransur-ansur bergerak ke arah hiraki yang lebih tinggi
dengan keadaan yang paling mengancam klien. Proses relaksasi disematkan ke
dalam imej klien semasa klien mengambarkan imej-imej yang dirasakan kurang
selesa sehingga imej tersebut bertukar menjadi selesa pada pandangan dan
pemikiran klien. Proses ini diulang dan kaunselor akan hanya memimpin klien
bergerak ke tahap hiraki yang lebih tinggi apabila klien sudah mampu menangani
keadaan keresahan yang baru dilalui dalam latihannya.
Menghilangkan Rasa Malu
Teknik ini digunakan dalam pendekatan REBT. Teknik ini
memerlukan klien untuk keluar ke khalayak ramai dan dengan berhati-hati
melakukan sesuatu tingkah laku yang dianggap ‘bodoh’ dan ‘memalukan’. Pada masa
yang sama juga klien akan digalakkan untuk merasai secara kognitif dan emotif
hanya terhadap perkara-perkara yang boleh dimaafkan dan bukannya ‘malu’ apabila
tingkah laku tersebut tidak diterima oleh orang lain.
Imageri Rasional-Emotif
Teknik ini memerlukan klien membuat imaginasi terhadap
satu perkara yang amat buruk yang boleh berlaku ke atas dirinya seperti
membayangkan perasaan kemurungan, negeri, ketakutan dan kemarahan. Kemudian
klien akan berusaha untuk merasai kekecewaan, kesedihan dan kehampaan secara
yang lebih tepat.
Membina Kenyataan Bersungguh
Dalam teknik ini klien ditunjukkan bagaimana untuk membina
kenyataan diri yang realistik dan rasional. Klien juga diajar bagaimana untuk
menanamkannya dalam fikiran dan jiwa sehingga mereka yakin dan percaya dengan
bersungguh-sungguh.
Dialog-Diri Bertenaga
Dalam teknik ini klien akan merakamkan kepercayaan tidak
rasional ke dalam pita dan berhujah mengenainya dengan kuat dalam pita tersebut.
Kemudian klien akan mendengar semula pita rakaman tadi dan beri orang lain
mendengar sama. Seterusnyanya klien akan menyemak sama ada ianya cukup kuat dan
bertenaga.
Pengajaran Langsung
Kaunselor berusaha untuk menerangkan kepada klien yang
kebimbangannya adalah tidak rasional dan tidak logik.
Latihan Aversi
Dalam teknik ini klien akan mengaitkan sesuatu yang pahit
atau tidak selesa dengan tinngkah laku yang hendak disingkirkan. Contohnya
seorang klien yang gemok yang suka makan gula-gula, aiskrim, coklat dan
sebagainya pada sepanjang masa. Klien in diletakkan dalam keadaan bertenang.
Kemudian apabila dia mletakkan gula-gula ke dalam mulut, dia diminta
membayangkan gula-gula itu sebagai ulat dan menyebabkan dia muntah. Bayangan ini
diulang setiap kali apabila dia hendak memakan gula-gula. Kemudian dia diminta
memberi pujian kepada dirinya sendiri ketika dia tidak makan gula-gula.
SUMBER-NOTA UPM
Tuesday, October 28, 2014
CONTOH RPH KITAR SEMULA
Tarikh : 13
Mac 2013
Masa : 9.50 – 10.50 pagi
Tahun :
5 Cekal
Bilangan murid : 30
Mata pelajaran
: Bahasa Melayu
Tema : Alam
Sekitar
Tajuk : Kitar Semula Amalan Mulia
Pengetahuan
sedia ada : Murid pernah mengitar semula bahan buangan.
Hasil pembelajaran : Fokus
Utama
5.1
Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
memahami perkara yang dibaca
Aras 3 (i) Membaca ayat dalam teks
dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Fokus
Sampingan
1.1
Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan
kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai
Aras 2 (i) Bertukar-tukar pandangan
berdasarkan sesuatu isi.
Objektif : Pada akhir pelajaran ini, murid dapat
1.
Membaca teks dialog dengan sebutan, intonasi dan nada
yang sesuai.
2.
Berbual-bual atau bercerita tentang bahan video yang
berkaitan.
Kemahiran bahasa
: Kemahiran membaca, kemahiran mendengar dan bertutur
Sistem bahasa : i. Sebutan dan intonasi – Intonasi
ayat bahasa Melayu
ii. Tatabahasa – Kata Arah
Ilmu :
Sains, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan.
Nilai :
Kasih sayang , prihatin, bekerjasama
Kemahiran Bernilai Tambah : i. Kemahiran berfikir
-
Menjana idea
-
Mengenal pasti
ii.
Kecerdasan Pelbagai
-
Verbal-Linguistik
-
Interpersonal
Bahan
Bantu Mengajar : Teks petikan, Slaid powerpoint, LCD,
komputer riba,
pembesar
suara, video klip, gambar.
|
Langkah/Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran
dan Pembelajaran
|
Catatan
|
|
Set
Induksi
9.50
- 9.55 pagi
(5
Minit)
|
i. Bahan video
‘Animasi kitar semula’
ii. Apakah yang dapat kamu lihat sebentar tadi?
Video tentang kitar
semula bahan buangan.
iii. Pernahkah kamu mengitar semula bahan buangan?
Ya/Tidak.
iv. Tajuk Pelajaran : ‘Kitar
Semula Amalan Mulia’
|
i. Murid mendengar bahan video yang ditayangkan
dihadapan kelas.
ii. Murid bersoal jawab bersama guru mengenai bahan
video tersebut.
iii. Murid mendengar penerangan guru berkaitan bahan
video dan tajuk pelajaran.
|
i. KB
- Menjana idea
ii. KP
- Verbal-Linguistik
iii. BBM
- Bahan video ‘Animasi Kitar Semula’
- Komputer riba
- Pembesar suara
- LCD
|
|
Langkah
1
9.55
- 10.05 pagi
(10
minit)
|
i. Petikan teks dialog ‘Kitar Semula’
ii. Bacaan secara :
- Mentalis (senyap)
- Mendengar bacaan guru.
|
i.Murid mendengar penerangan guru mengenai aktiviti
membaca teks ‘Kitar Semula’ dengan sebutan dan intonasi yang betul.
ii. Murid membaca teks ‘Kitar Semula’ secara senyap
(mentalis).
iii. Murid mendengar bacaan teks guru di hadapan kelas.
|
i.KB
-Menjana idea
ii. KP
- Verbal-Linguistik
iii.BBM
- Petikan teks
‘Kitar Semula’
-Slaid powerpoint
|
|
Langkah
2
10.05
- 10.20 pagi
(15
minit)
|
i. Petikan teks dialog
- ‘Kitar Semula’
ii. Bacaan berdasarkan watak dalam :
- kumpulan
|
i. Murid mendengar penerangan guru mengenai aktiviti
membaca teks ‘Kitar Semula’ dengan
sebutan dan intonasi yang betul.
ii. Beberapa murid dalam satu kumpulan dipilih secara rawak
untuk membaca teks dialog.
iii. Murid diberi teguran jika terdapat kesalahan
semasa membaca teks dialog ‘Kitar
Semula’.
iv. Aktiviti diteruskan dengan bacaan oleh murid dari
kumpulan yang lain
|
i.KB
-Menjana idea
ii.KP
- Verbal-Linguistik
iii. BBM
- Petikan teks
‘Kitar Semula’ - Slaid powerpoint
|
|
Langkah
3
10.20
- 10.35 pagi
(15
minit)
|
i. Sesi berbual/ bercerita berdasarkan paparan:
- Video klip
- Gambar
a) Apakah isu yang diutarakan dalam video sebentar
tadi?
Isu kitar semula.
b) Apakah yang dimaksudkan dengan kitar semula?
Proses mengumpulkan
dan memproses semula barang-barang terpakai dan terbuang untuk dijadikan
bahan baharu yang berguna.
c) Berikan contoh bahan-bahan yang boleh dikitar
semula.
Kaca, plastik, kertas,
tin aluminium, botol.
d) Klasifikasikan bahan-bahan kitar semula dalam tong
kitar semula (perang, biru, jingga)
Perang = Kaca
Biru =
Kertas
Jingga = Tin
aluminium
dan plastik
|
i.Murid mendengar penerangan guru mengenai sesi
berbual/bercerita berdasarkan video klip.
ii.Murid melihat tayangan video dan gambar yang
dipaparkan dihadapan kelas.
iii. Murid dipilih secara rawak untuk berbual/bercerita
berdasarkan soalan yang dikemukakan oleh guru.
|
i.KB
-Menjana idea
-Mengenal pasti
ii.KP
- Verbal-Linguistik
iii. BBM
- Video klip
- Gambar
- Slaid powerpoint
- Komputer riba
- LCD
- Pembesar suara
|
|
Langkah
4
10.35
- 10.45 pagi
(10
minit)
|
i. Tatabahasa : Kata arah
Kata arah adalah kata untuk menunjukkan arah dalam
sesuatu ayat.
Contoh kata arah adalah seperti :
A) dalam
B) bawah
C) atas
D) sisi
E) tengah
F) belakang
G) pinggir
H) utara
ii. Bina ayat tunggal dengan menggunakan kata arah
secara lisan.
|
i. Murid mendengar penerangan guru berkaitan tatabahasa
(Kata arah)
ii. Murid mendengar penerangan guru mengenai aktiviti
membina ayat dengan menggunakan kata arah.
iii. Murid dipilih secara rawak untuk membina ayat
tunggal dengan menggunakan kata arah berdasarkan gambar secara lisan.
iv. Guru membetulkan kesilapan murid jika terdapat
kesalahan ketika menjawab.
v. Murid dan guru bersama-sama berbincang mengenai
jawapan yang betul.
|
i.KB
-Menjana idea
-Mengenal pasti
ii.KP
- Interpersonal
iii.BBM
- Slaid powerpoint
- LCD
- Komputer riba
- Gambar
|
|
Penutup
10.45 – 10.50 pagi
(5 minit)
|
i.Rumusan isi pelajaran
ii. Soal jawab :
Apakah yang telah kita pelajari hari ini?
ii.Nilai murni :
- Kasih sayang
-Prihatin
-Bekerjasama
|
i.Guru merumus isi pelajaran kepada murid-murid.
ii. Murid bersoal jawab bersama guru tentang apa yang
telah dipelajari pada hari ini.
iii. Murid mendengar penerangan guru secara sumbang
saran berkaitan nilai murni.
|
i.KB
-Membuat kesimpulan
ii.KP
- Verbal-linguistik
iii.BBM
- Komputer riba
- LCD
- Slaid powerpoint
-
Sla
|
Subscribe to:
Posts (Atom)