Showing posts with label awalan. Show all posts
Showing posts with label awalan. Show all posts

Friday, September 16, 2016

KATA TERBITAN AWALAN TER- DAN DI-

Maksud imbuhan :
Proses penambahan dalam pembentukan kata.

Ciri kata terbitan :
Perkataan yg ditambah imbuhan.

Maksud imbuhan awalan :
Imbuhan yg ditambah di hadapan kata dasar.

Jenis awalan teR- :

1. AWALAN TER-

Bercantum dengan kata dasar utk membentuk kata kerja dan kata adjektif. Imbuhan ini mempunyai beberapa maksud iaitu tidak sengaja, sudah atau sedia, paling dan berulang-ulang.

Contoh : terjatuh, terpijak, tertidur, terbaik, tercantik

2. AWALAN DI-

Bercantum dengan kata dasar utk membentuk kata kerja pasif. Awalan ini mempunyai beberapa maksud seperti memberatkan perbuatan, menyatakan makna perbuatan dan penanda kata kerja.

Contoh : disepak, disiram, disapu, dipeluk, dirawat, dipakai

Thursday, September 15, 2016

KATA TERBITAN AWALAN BER-, MEN-, DAN PEN-

Maksud imbuhan :
Proses penambahan dalam pembentukan kata.

Ciri kata terbitan :
Perkataan yang ditambah dengan imbuhan.

Maksud imbuhan awalan :
Imbuhan yg ditambah di hadapan kata dasar.

Jenis imbuhan awalan :

1. AWALAN BER-
Bercantum dengan kata dasar dan terdiri daripada tiga bentuk iaitu be-, bel-, dan ber-.
Contoh : berenang, belajar , bersenam

2. AWALAN MEN-
Bercantum dengan kata dasar dan terdiri daripada lima bentuk iaitu me-, mem-, men-, meng-, dan menge-.
Contoh : membasuh, mencuci, menggubah, mengelap, memanggang

3. AWALAN PEN-
Bercantum dengan kata dasar dan terdiri daripada lima bentuk iaitu pe-, pem-, pen-, peng-, dan penge-.
Contoh : pelukis, pemburu, pensyarah, penggubah, penyelam