Showing posts with label sekolah rendah. Show all posts
Showing posts with label sekolah rendah. Show all posts

Friday, September 16, 2016

KATA TERBITAN AWALAN TER- DAN DI-

Maksud imbuhan :
Proses penambahan dalam pembentukan kata.

Ciri kata terbitan :
Perkataan yg ditambah imbuhan.

Maksud imbuhan awalan :
Imbuhan yg ditambah di hadapan kata dasar.

Jenis awalan teR- :

1. AWALAN TER-

Bercantum dengan kata dasar utk membentuk kata kerja dan kata adjektif. Imbuhan ini mempunyai beberapa maksud iaitu tidak sengaja, sudah atau sedia, paling dan berulang-ulang.

Contoh : terjatuh, terpijak, tertidur, terbaik, tercantik

2. AWALAN DI-

Bercantum dengan kata dasar utk membentuk kata kerja pasif. Awalan ini mempunyai beberapa maksud seperti memberatkan perbuatan, menyatakan makna perbuatan dan penanda kata kerja.

Contoh : disepak, disiram, disapu, dipeluk, dirawat, dipakai

Thursday, September 15, 2016

KATA TERBITAN AWALAN BER-, MEN-, DAN PEN-

Maksud imbuhan :
Proses penambahan dalam pembentukan kata.

Ciri kata terbitan :
Perkataan yang ditambah dengan imbuhan.

Maksud imbuhan awalan :
Imbuhan yg ditambah di hadapan kata dasar.

Jenis imbuhan awalan :

1. AWALAN BER-
Bercantum dengan kata dasar dan terdiri daripada tiga bentuk iaitu be-, bel-, dan ber-.
Contoh : berenang, belajar , bersenam

2. AWALAN MEN-
Bercantum dengan kata dasar dan terdiri daripada lima bentuk iaitu me-, mem-, men-, meng-, dan menge-.
Contoh : membasuh, mencuci, menggubah, mengelap, memanggang

3. AWALAN PEN-
Bercantum dengan kata dasar dan terdiri daripada lima bentuk iaitu pe-, pem-, pen-, peng-, dan penge-.
Contoh : pelukis, pemburu, pensyarah, penggubah, penyelam



Friday, September 9, 2016

KATA KERJA AKTIF TRANSITIF

Maksud kata kerja :
Perkataan yg menunjukkan perbuatan yg dilakukan oleh manusia atau haiwan.

Maksud kata kerja aktif :
Kata kerja yg hadir dalam ayat aktif, iaitu ayat yg mengutamakan subjek asal sebagai benda yg diterangkan.

Maksud kata kerja aktif transitif :
Kata kerja yg memerlukan objek sebagai penyambut yg terdiri drpd frasa nama.

Contoh dalam ayat :
Azmi menonton (kata kerja) televisyen (penyambut).
Johan melayari (kata kerja) internet (penyambut).
Rahman memancing (kata kerja) ikan (penyambut).

Thursday, September 8, 2016

KATA GANTI NAMA DIRI

Maksud :

Kata yg digunakan utk menggantikan nama seseorang.

Jenis :

1. KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA (orang yg bercakap) : saya, aku, kami, hamba, kita, beta, patik

2. KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA (orang yg diajak bercakap) : awak, anda, kamu, engkau, kalian, tuanku

3. KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA : dia, ia, Nya, mereka, beliau, baginda

Wednesday, September 7, 2016

KATA NAMA KHAS HIDUP BUKAN MANUSIA

Maksud :
Kata yg digunakan utk merujuk benda hidup tetapi bukan jenis manusia seperti haiwan yg khusus sifatnya.

Ciri-ciri :
Dimulakan dgn huruf besar.

Contoh :
Sang Belang, Sang Semut, Sang Rangkak, Sang Kancil, Si Putih, Si Jalak, dll

Tuesday, September 6, 2016

PENJODOH BILANGAN

Digunakan utk membilang orang, haiwan, tempat & benda.

Digunakan sebelum kata nama.

Kadangkala digunakan bersama dgn kata bilangan seperti dua batang pen, sepuluh orang murid, dll.

Contoh penjodoh bilangan :

sebilah, sekawan, sesikat, sebidang, segugus, seketul, sebatang, sebaris, sebiji, sebungkus, sesudu, seurat, sepucuk, segulung, sehelai, seekor, sebentuk, seutas, sebuku, selonggok

Thursday, October 16, 2014

Info menarik tentang manusia




1.  Otak manusia beroperasi pada jumlah yang sama seperti kuasamentol lampu 10 watt, walaupun ketika kita sedang tidur. Malah, otak lebih aktif pada waktu malam berbanding pada siang hari.
2.  Mata anda berkelip sehingga lebih 27 397 kali dalam satu hari.
3.  Biji mata manusia mempunyai berat kira-kira 28 gram.
4.  Kuku tangan tumbuh empat kali lebih cepat dari kuku kaki.

Wednesday, October 15, 2014

Contoh surat panggilan mesyuarat program




Semua guru SK ?,


Tuan,

MESYUARAT  KALI PERTAMA PROGRAM ?


Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian puan.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti
maklumat yang berikut:

                      Tarikh               :           ?
                      Masa                :           12.30 tengah hari
                      Tempat :           :           Bilik Mesyuarat ?
                      Pengerusi       :           ?

3.         Agenda Mesyuarat:

           3.1        Ucapan Pengerusi.
           3.2        Lantikan Ahli Jawatan Kuasa Program ?
           3.3        Aktiviti program
           3.4       Kewangan
           3.5        Hal-hal lain.

4.         Sehubungan dengan itu, tuan dan puan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut.

Kerjasama serta sokongan tuan untuk menjayakan mesyuarat ini amat dihargai.


Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,
          


(?)
Setiausaha Program ?

Tuesday, October 14, 2014

Contoh minit mesyuarat program



SK ?
MINIT MESYUARAT PROGRAM ?
Kali Pertama 

Tarikh : ?
Masa   : 12.30 Tengah Hari
Tempat : Bilik Gerakan
Pengerusi : ?
 
Kehadiran :
Nama guru

AGENDA :
1.    Ucapan pengerusi
2.    Agihan tugasan Ahli Jawatan kuasa (AJK)
3.    Belanjawan program
4.    Perkara berbangkit
5.    Hal-hal lain
6.    Ucapan penangguhan

1.0  ucapan pengerusi
1.1   

(Makluman )
2.0  Agihan tugas AJK
2.1   
(Makluman)

3.0  Belanjawan program
3.1   
(Makluman)
4.0  Perkara berbangkit
4.1   
(Semua guru)
5.0  Hal-hal lain
5.1   
(Semua guru)
6.0  Ucapan Penangguhan
6.1  Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru. Mudah-mudahan segala apa yang dirancang akan dapat dijalankan dengan jayanya.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 Tengah hari


Ditatat dan disediakan oleh:                                        Disemak oleh :

.........................................                                           .............................................
(?)                                                                                (?)
Setiausaha ?                                                               Guru ?
SK?                                                                             SK ?

Saturday, October 11, 2014

Contoh kertas kerja pengurusan perhimpunan




1.0         PENGENALAN
Perhimpunan mingguan merupakan satu perhimpunan dalam kalangan para guru dan murid-murid. Perhimpunan mingguan biasanya diadakan bagi menyampaikan maklumat-maklumat penting secara terus kepada murid-murid atau para guru berkenaan disiplin, aktiviti, laporan dan sebagainya.

2.0         RASIONAL
Rasionalnya aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk menguruskan perhimpunan mengikut protokol yang telah ditetapkan dengan beberapa aktiviti.

3.0       OBJEKTIF                                                                                                                                           

3.1       Memberi ruang dan peluang kepada pelatih guru untuk menguruskan sesuatu aktiviti.
3.2         Mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim antara pelatih guru dengan warga sekolah.
3.3         Menguji komitmen pelatih guru dalam melaksanakan projek dengan sempurna.

4.0       MATLAMAT 
Perhimpunan mingguan  berfokus ke arah menyemai, menanam dan memupuk perasaan cinta akan sekolah, negeri dan negara dalam kalangan murid-murid.

5.0 TARIKH / TEMPOH
Tempoh aktiviti pengurusan perhimpunan ini akan dijalankan dari ? hingga ?.


6.0 TEMPAT
Tapak perhimpunan Sek. Keb. ?

7.0       KUMPULAN SASARAN
Warga Sek. Keb. ?

8.0       ATUR CARA PERHIMPUNAN MINGGUAN
           Rujuk lampiran 1.
.
9.0       AHLI JAWATANKUASA
Rujuk lampiran 2.

10.0 PENUTUP

Diharapkan permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan. Persetujuan, kerjasama, keprihatinan dan sokongan daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Disediakan oleh,

 ……………………………………...............
(?)
Setiausaha Perhimpunan Mingguan
            Sekolah Kebangsaan ?



Disemak oleh,                                           

            …………………………………………….........      
(?)
Mentor
Sekolah Kebangsaan ?
           



Diluluskan oleh,


            ……………………………………......       
            (?)     
            Guru Besar  
            Sekolah Kebangsaan ?



 
LAMPIRAN 1




TENTATIF ATUR CARA PERHIMPUNAN MINGGUAN
’tarikh? hingga tarikh ?’

1.00 tengah hari
                  -   Murid-murid dan guru-guru berhimpun
                  -   Bacaan Doa
                  -   Nyanyian lagu (Lagu Negaraku, lagu negeri Perak, lagu Perak Sentiasa di
                                                Puncak Kecemerlangan, lagu Sek. keb. ?)
-        Bacaan ikrar Rukun Negara
-        Laporan guru bertugas
-       Info menarik
        Minggu pertama : Info menarik tentang binatang
        Minggu kedua : Info menarik tentang tokoh dan pencipta
        Minggu ketiga : Info menarik tentang flora
        Minggu keempat : Info menarik tentang makanan
-       Ucapan Penolong Kanan Petang

2.00 petang
                 -   Perhimpunan bersurai







LAMPIRAN 2

SENARAI AHLI JAWATANKUASA AKTIVITI PENGURUSAN
PERHIMPUNAN MINGGUAN
SEKOLAH KEBANGSAAN ?

Pengerusi      

Naib Pengerusi

Setiausaha  

Bendahari                    

Ajk Sistem PA

AJK Dokumentasi

AJK Disiplin
Semua guru bertugas