Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Sunday, January 18, 2015

Monday, October 27, 2014

FUNGSI –nya DALAM AYAT



Dalam Tatabahasa Dewan (1993), -nya merupakan kata ganti nama diri orang ketiga yang diletakkan pada akhir kata sahaja. Ganti nama diri ketiga, -nya digunakan apabila kita tidak mahu menyebut nama orang yang kita bercakap tentangnya sekali atau berulang-ulang kali. Sebagai contoh:

1. Saya amat simpati akan dirinya. (Saya sangat simpati akan Aina.)

2. Saya memarahi Ahmad kerana dia telah memecahkan pasunya yang mahal itu. (Saya memarahi Ahmad kerana dia telah memecahkan pasu dia yang mahal itu.)
Fungsi –nya juga dapat digantikan dengan dia atau beliau. Sebagai contoh:

3. Hantar beg itu kepadanya. (Hantar beg itu kepada dia/beliau.)

4. Doktor Aliff telah menghantar surat peletakan jawatan kepada majikannya. (Doktor Aliff telah menghantar surat peletakan jawatan kepada majikan beliau.)


Penggunaan –nya yang merujuk kepada Tuhan, ditulis dengan huruf besar dan didahului oleh tanda sempang (-). Penggunaannya terdapat dalam doa, seperti;

5. “Hanya kepada-Nya tempat aku mengadu dan bermohon.”

\Fungsi –nya sebagai kata tugas dalam Tatabahasa Dewan terdiri daripada kata penekan dan kata pembenda. –nya sebagai kata penekan memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. –nya jenis ini juga digolongkan sebagai –nya penegas. Misalnya:

6. Sesungguhnya, budak itu telah difitnah sebelum ini.

7. Pokok kelapa itu nampaknya akan tumbang.

8. Bahawasanya, tuntutan saman itu perlu diteruskan bagi membersihkan nama baik kita.

Kata pembenda menurut Tatabahasa Dewan ialah bentuk kata yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama. Sebagai contoh –nya sebagai kata pembenda yang hadir pada akhir kata sifat itu mengubahkan kata sifat itu menjadi kata nama.
Contohnya:

9. Bukan kepalang rindunya kepadaku.

10. Dia menolak batang kelapa itu dengan kuatnya.

Fungsi –nya pada akhir kata nama membawa makna milik. Contohnya:

11. Kunci keretanya telah hilang.

12. Rumah di atas puncak bukit itu rumahnya.

Penggunaan –nya dalam ayat berfungsi sebagai objek kata kerja transitif.

13. Lebai Musa telah menutupnya  dengan papan.

14. Moin telah mengecatnya setelah didesak oleh ibunya.

15. Halim menumbuknya beberapa kali.
Perkataan –nya juga digunakan untuk merujuk kepada perkataan atau perkara yang dinyatakan sebelumnya. Pada mulanya, Ahmad hanya mengharapkan dia lulus sahaja dalam peperiksaan itu. Namun, harapannya bertukar apabila melihat abangnya telah memperoleh ijazah kelas pertama.
Fungsi –nya dapat pula merujuk kepada penyertaan. –nya membawa makna ‘berserta’ atau ‘bersama-sama’.

16. Siapakah yang belajar dengannya semalam.
 
17. Ridzuan sedang bergurau dengannya di depan rumah.
-nya juga menunjukkan manfaat. Ada pihak lain yang mendapat manfaat daripada sesuatu perbuatan.\

18. Sudin menghadiahkan jam tangan yang mahal kepadanya.

19. Ibu memasakkan bubur untuk tetamunya.
Penanda wacana juga menggunakan –nya.

20. Kita mestilah berfikir semasak-masaknya apabila membuat pilihan. Seandainya, kita salah membuat pilihan, maka musnahlah impian kita.

21. Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama untuk menjayakan wawasan negara.

Kesilapan dalam penggunaan –nya.

1. Kata ganti diri ketiga ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi ‘ianya’.
Contoh:
a. Penagihan dadah dalam kalangan pelajar perlu dibanteras segera kerana bimbang ianya akan menular. (X)
b. Penagihan dadah dalam kalangan pelajar perlu dibanteras segera kerana bimbang perbuatan itu akan menular. (√)

2. Ayat yang hendak dipasifkan, bentuk –nya harus digantikan dengan kata atau frasa nama yang utuh. Binaan ayat tidak dapat diterima, jika –nya tidak digantikan. Rujuki ayat 22 dan 24 di bawah ini.
                22. Nya telah ditutup oleh Lebai Musa dengan papan (X)
                23. Lubang telah ditutup oleh Lebai Musa dengan papan. (√)
                24. Nya telah dicat oleh Moin setelah didesak oleh ibunya. (X)
                25. Bilik telah dicat oleh Moin setelah didesak oleh ibunya. (√)
                26. Nya ditumbuk oleh Halim beberapa kali. (X)
                27. Ahmad ditumbuk oleh Halim beberapa kali. (√)

SUMBER :cenderabahasa bil.2 JPNPP

 

Thursday, October 16, 2014

Info menarik tentang manusia




1.  Otak manusia beroperasi pada jumlah yang sama seperti kuasamentol lampu 10 watt, walaupun ketika kita sedang tidur. Malah, otak lebih aktif pada waktu malam berbanding pada siang hari.
2.  Mata anda berkelip sehingga lebih 27 397 kali dalam satu hari.
3.  Biji mata manusia mempunyai berat kira-kira 28 gram.
4.  Kuku tangan tumbuh empat kali lebih cepat dari kuku kaki.

Wednesday, October 15, 2014

Contoh surat panggilan mesyuarat program




Semua guru SK ?,


Tuan,

MESYUARAT  KALI PERTAMA PROGRAM ?


Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian puan.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti
maklumat yang berikut:

                      Tarikh               :           ?
                      Masa                :           12.30 tengah hari
                      Tempat :           :           Bilik Mesyuarat ?
                      Pengerusi       :           ?

3.         Agenda Mesyuarat:

           3.1        Ucapan Pengerusi.
           3.2        Lantikan Ahli Jawatan Kuasa Program ?
           3.3        Aktiviti program
           3.4       Kewangan
           3.5        Hal-hal lain.

4.         Sehubungan dengan itu, tuan dan puan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut.

Kerjasama serta sokongan tuan untuk menjayakan mesyuarat ini amat dihargai.


Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,
          


(?)
Setiausaha Program ?

Tuesday, October 14, 2014

Contoh minit mesyuarat program



SK ?
MINIT MESYUARAT PROGRAM ?
Kali Pertama 

Tarikh : ?
Masa   : 12.30 Tengah Hari
Tempat : Bilik Gerakan
Pengerusi : ?
 
Kehadiran :
Nama guru

AGENDA :
1.    Ucapan pengerusi
2.    Agihan tugasan Ahli Jawatan kuasa (AJK)
3.    Belanjawan program
4.    Perkara berbangkit
5.    Hal-hal lain
6.    Ucapan penangguhan

1.0  ucapan pengerusi
1.1   

(Makluman )
2.0  Agihan tugas AJK
2.1   
(Makluman)

3.0  Belanjawan program
3.1   
(Makluman)
4.0  Perkara berbangkit
4.1   
(Semua guru)
5.0  Hal-hal lain
5.1   
(Semua guru)
6.0  Ucapan Penangguhan
6.1  Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru. Mudah-mudahan segala apa yang dirancang akan dapat dijalankan dengan jayanya.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 Tengah hari


Ditatat dan disediakan oleh:                                        Disemak oleh :

.........................................                                           .............................................
(?)                                                                                (?)
Setiausaha ?                                                               Guru ?
SK?                                                                             SK ?