Showing posts with label bimbingan. Show all posts
Showing posts with label bimbingan. Show all posts

Thursday, May 22, 2014

Peranan guru bimbingan membantu murid dalam pemilihan kerjaya



a)            Mengenalpasti trait-trait dan ciri-ciri individu termasuklah personaliti, minat, nilai, dan pencapaian individu iaitu mengenal potensi diri.
b)           Membantu murid mengenalpasti dan menganalisis keperluan-keperluan pekerjaan iaitu mengenali dunia pekerjaan.
c)            Membantu murid dalam memadankan diri murid dengan pekerjaan iaitu memadankan potensi diri dengan kerjaya yang sesuai.

Perbezaan bimbingan, kaunseling dan psikoterapi





Bimbingan
Kaunseling
Psikoterapi
Matlamat
Matlamat jangka pendek
Jangka pendek dan jangka panjang
Fokus
Pemberian maklumat atau nasihat
Bersifat perkembangan kendiri
Bersifat pemulihan
Pendekatan rawatan
Pendekatan pencegahan dan penyelesaian masalah
Lebih kompleks
Masalah klien
Merangkumi masalah berkaitan kehidupan seharian atau akademik
Masalah kompleks seperti kecelaruan mental
Setting
Sekolah, IPT, masjid dan sebagainya
Hospital atau pusat rawatan mental
Tempoh rawatan
Agak singkat (1-5 sesi)
Lebih panjang
Pelaksana
Guru biasa
Guru bimbingan dan kaunseling
Pakar psikologi kaunseling atau pakar psikiatri
Sasaran
Individu, kelompok besar dan kecil
Individu, kelompok kecil
Individu yg mempunyai masalah psikologi

Definisi bimbingan, kaunseling dan psikoterapi


a)      Bimbingan
Aktiviti yang dijalankan untuk membekalkan individu atau ahli kelompok dengan ilmu atau kemahiran tertentu.
b)      Kaunseling
suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling.
c)       Psikoterapi
Pemulihan minda atau pemulihan kendiri iaitu rawatan sakit jiwa atau gangguan mental dengan menggunakan kaedah psikologi.