Maksud :
Kata yg digunakan utk merujuk benda-benda hidup tetapi bukan jenis manusia seperti haiwan & tumbuh-tumbuhan yg umum sifatnya.
Ciri-ciri :
Huruf awalnya huruf kecil kecuali pada awal ayat.
Contoh :
kambing, ayam, betik, sawi
Monday, September 5, 2016
Tuesday, April 12, 2016
REFLEKSI PROJEK KECIL (PROGRAM SAYANG-MENYAYANG)
Pada 25 Julai 2014, saya telah
melaksanakan projek kecil secara individu. Mentor saya iaitu ? meminta saya membuat projek berasaskan motivasi bagi projek kecil. Saya
bersyukur kerana diberi tugasan yang saya rasa tidak begitu sukar dan tidak
perlu menggunakan kewangan. Sepanjang projek ini dijalankan, saya dapat kenal
pasti beberapa kekuatan, kelemahan dan cadangan penambah baikan.
Kekuatan
projek ini adalah dapat memberi peluang kepada pelajar untuk membina hubungan
yang baik tanpa mengira usia, bangsa dan agama. Hal ini dapat dilihat semasa
mereka bekerjasama untuk membuat kad raya untuk semua guru ?. Saya
dapat lihat juga bahawa walaupun mereka berlainan bangsa dan agama, mereka
tetap boleh bersatu untuk membuat kad raya. Kasih sayang antara murid-murid
tahun 1, 2 dan 3 juga dapat dieratkan kerana mereka saling bekerjasamauntuk
membuat kad raya. Selain itu, mereka begitu gembira dan seronok ketika membuat
kad raya tersebut. iringan lagu-lagu raya sememangnya dapat meningkatkan
semangat mereka untuk membuat kad raya.
Seterusnya,
kelemahan yang dikenal pasti sepanjang projek ini dijalankan adalah mengenai
cara saya mengatur dan mengendalikan murid-murid. Walaupun sudah berbincang
dengan rakan internship bersama iaitu ?, namun hal yang kami fikirkan
tidak sama dengan perkara yang telah berlaku. Mungkin pengalaman mengendalikan
murid-murid tahap 1 dalam sesuatu program. Semasa hari tersebut, suasana agak
kelam-kabut dan murid-murid sukar dikendalikan kerana terlalu bising. Dengan
situasi saya yang sedang berpuasa, amat sukar untuk melawan suara murid-murid
yang begitu ramai dan masih keanak-anakan. Mereka juga tidak boleh mengikut
arahan yang diberi. Mungkin arahan yang saya berikan juga kurang jelas.
Untuk
mengatasi kelemahan-kelemahan di atas, terdapat cadangan penambah baikan yang
sesuai untuk dilakukan. Hal ini untuk memastikan kesilapan yang sama tidak akan
berulang. Saya perlulah memikirkan strategi yang memudahkan pergerakan
murid-murid. Saya juga perlu lebih tegas dalam memberikan arahan. Di samping
itu, arahan yang perlu diberikan juga haruslah jelas, tepat dan padat.
Tuntasnya,
syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapatlah saya
melaksanakan projek kecil ini. Ketiga-tiga projek telah saya laksanakan. Saya
juga bersyukur kerana warga ? sudi memberikan kerjasama
sepanjang program ini dijalankan. Sekian.
Monday, April 11, 2016
ACKNOWLEDGEMENT / PENGHARGAAN ASSIGNMENT
ACKNOWLEDGEMENT
Firstly, we want to thank to God because
giving us a time and chance to finish this job. Next, thank you to our lecture
that is En. Roslan Bin Shaari for his help. He
helping us a lot and we really appreciate his kindness. Not only that, he
also giving us a good advice to help us to produce a good assignment for this subject.
We also want to thank him because he
could spend a time for us to look and check our assignment.
Thirdly, we also want to thank to our
parent that are our mother and our father. Thank you for everything that both
of you have done to help us. For your information, they also help us a lot. For
example, they give us a strength or moral support to do this job. We do not know if we can do this assignment without
their support. We really love both of
you. They also give us a good advice. Our
parent also help us by giving us a money to finish this job because we
have to photostat so many things.
We also will not forget about our friends because they are
also helping me in this job. Thank you for your help especially when all of you
share an idea to make our assignment and yours look nice and great. Last but
not least, we want to said thank you to the librarian because they give us a
time to look for a substances that required for this assignment.
Lastly, thank you to all people that
helping us when we was doing this mathematics coursework. We will
pray that God will help all of you when you have a problem and give you
something to reply your kindness to us.
Sunday, April 10, 2016
REFLEKSI PROJEK BESAR INTERNSHIP
REFLEKSI
PROJEK BESAR (PROGRAM?)
Pada 14 Julai 2014 hingga 18 Julai 2014,
telah berlansungnya program?. Kumpulan sasaran bagi program ini ialah
murid-murid tahap satu SK ?. Sepanjang program ini berlansung, banyak kekutan,
kelemahan dan cadangan penambah baikan yang telah dikenal pasti.
Saya
dapat lihat bahawa kekuatan projek ini adalah dapat meningkatkan perbendaharaan
kata murid secara umumnya. Hal ini kerana, murid-murid tahap satu biasanya masih
kurang lagi bilangan perbendaharaan kata Bahasa Melayu mereka. Lebih-lebih lagi
murid-murid berbangsa selain Melayu. dengan adanya kuiz seni budaya, mereka
dapat mengetahui perkataan-perkataan baharu seperti Kantonis, belacan, santan
dan sebagainya. Hal ini dapat dilihat semasa mereka menjawab soalan-soalan
tersebut. Ada diantara mereka yang bertanya kepada saya tentang maksud sesuatu
perkataan itu.
Seterusnya,
bagi aktiviti lain seperti pantun juga dapat meningkatkan keyakinan diri
murid-murid di hadapan khalayak. Mula-mula murid-murid tahun dua da tiga
disaring di dalam kelas masing-masing. Kemudian, ke peringkat separuh akhir
iaitu untuk memilih mereka yang benar-benar layak masuk ke peringkat akhir. Di
sini mereka perlu berani tampil di hadapan khalayak. Pada peringkat akhir pula,
mereka diasahkan kemahiran mengingat rangkap-rangkap pantun. Markah akan
ditolak sekiranya mereka tidak mengingatinya dengan tepat. Oleh yang demikian,
saya lihat bahawa projek ini benar-benar memberi impak yang positif kepada para
murid ?, khususnya murid-murid tahap satu.
Kelemahan
yang dikenal pasti sepanjang program ini berlangsung adalah mengenai atur cara
program yang tidak difahami oleh guru-guru. Sebelum ini, saya dan Kamariah
telah membuat satu perjumpaan mesyuarat pada minggu sebelum program. Namun,
semasa mesyuarat tersebut, atur cara program kami dibidas kerana tidak sesuai
dengan syarat yang dinamakan pertandingan. Sehubungan dengan itu, saya terpaksa
membuat suatu atur cara yang baharu dan mungkin atur cara yang baharu itu tidak
disebarluaskan kepada guru-guru. Saya telah menyebarluaskan info-info bagi
program tersebut di setiap kelas dan telah menampal info-info tersebut di papan
kenyataan setiap kelas dan di bilik guru. Mungkin kami tidak menyebarluas
kepada semua guru. Ada guru yang masih tidak faham tentang atur cara yang
dijalankan. Hal ini mungkin disebabkan terlalu banyak aktiviti pertandingan dan
terlalu banyak tugasan yang perlu mereka siapkan.
Untuk
mengatasi kekurangan di atas, saya sepatutnya perlulah membuat suatu lagi
mesyuarat untuk menyatakan tugasan yang baharu diubah kepada semua guru. Cara
kami menerangkan kepada seorang demi seorang guru tidak berkesan. Hal ini
kerana, mereka masih tidak nampak perkara yang perlu mereka lakukan. Namun,
saya tidak berasa terkilan kerana program ini masih berjalan dengan lancar
kerana semua pihak masih ingin membantu dan memberikan kerjasama walaupun
terpinga-pinga serta tidak berapa faham tentang tugasan yang perlu dibuat.
Akhir
sekali, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapatlah saya
melaksanakan projek besar ini. Hanya tinggal satu sahaja projek iaitu projek
kecil yang perlu dijalankan. Saya juga bersyukur kerana warga ? sudi memberikan
kerjasama sepanjang program ini dijalankan. Sekian.
Saturday, April 9, 2016
REFLEKSI MINGGUAN (MINGGU 10) (PRAKTIKUM KETIGA TIGA BULAN)
Sepanjang
minggu ini, proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dijalankan dengan
baik. Semua perancangan yang dirancang dalam rancangan pengajaran harian (RPH)
dapat dijalankan dengan baik. Kehadiran saya untuk minggu ini juga adalah
penuh. Semua program dan aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu ini juga
dapat saya hadir untuk memberikan kerjasama terhadap pihak sekolah. Murid-murid
juga dapat memberikan kerjasama dan perhatian yang sepenuhnya terhadap PdP yang
berlansung.
Antara kekuatan yang saya perhati sepanjang
minggu ini adalah mengenai inovasi PdP yang saya lakukan, iaitu menyelitkan
aktiviti menyanyi secara boria dalam sesi PdP. Saya dapat lihat bahawa murid
teruja dengan aktiviti tersebut. Hal ini kerana, sebelum ini guru tidak pernah
melaksanakan aktiviti nyanyian secara boria. Saya lihat murid seronok bergerak
ke kanan dan kiri.
Namun begitu, disebalik keseronokan, terdapat
juga kebosanan. Hal ini kerana, lagu boria tersebut terlalu panjang. Bila di
akhir PdP, murid kelihatan penat untuk menyanyi sambil membuat pergerakan.
Selain itu, tidak ada iringan muzik yang mengiringi aktiviti nyanyian secara
boria tersebut. hal ini menambah kebosanan murid. Mula-mula sahaja murid
teruja. Bila sudah penat, mereka menyanyi dengan perlahan.
Untuk mengatasi kelemahan di atas, saya
perlulah menyediakan lagu iringan muzik bagi setiap kali aktiviti nyanyian
dijalankan di dalam kelas. Sehubungan dengan itu, murid akan bertambah seronok
dan tidak rasa penat kerana hatinya terhibur. Sebenarnya, saya sudah memikirkan
hal ini sebelum aktiviti nyanyian secara boria dijalankan. Namun, saya tidak
ada kemahiran untuk membuang suara Boria Upin-Ipin dan mengambil latar iringan
muzik sahaja. Sebagai seorang guru, saya perlu ada kemahiran tersebut. Hal ini
seterusnya dapat membuatkan sesi PdP saya bertambah menarik.
Syukur ke hadrat ilahi kerana saya sudah
berjaya melaksanakan praktikum untuk minggu ke-10 ini. Berbaki dua minggu
sahaja lagi. Saya perlu mengharunginya dan menimba sebanyak ilmu pengetahuan
yang boleh. InsyaAllah. Sekian.
Friday, April 8, 2016
CONTOH REFLEKSI PRAKTIKUM MINGGU 8 (PRAKTIKUM 3 BULAN)
REFLEKSI
MINGGUAN (MINGGU 8)
TARIKH
: 17 MAC 2014- 21 MAC 2014
Sepanjang
minggu ini, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat dijalankan
dengan baik. Semua perancangan yang dirancang dalam rancangan pengajaran harian
(RPH) dapat dijalankan dengan baik. Kehadiran saya untuk minggu ini juga adalah
penuh. Semua program dan aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu ini juga
dapat saya hadir untuk memberikan kerjasama terhadap pihak sekolah. Murid-murid
juga dapat memberikan kerjasama dan perhatian yang sepenuhnya terhadap P&P
yang berlansung.
Antara kekuatan yang saya perhati sepanjang
minggu ini adalah mengenai minggu Bahasa Melayu. Saya diarahkan oleh guru
pembimbing untuk menjadi pengacara majlis untuk pertandingan bercerita. Saya
diberi tugasan betul-betul sebelum majlis berlansung. Tidak ada persiapan yang
dilakukan malah tidak ada skrip yang disediakan. Walau bagaimanapun, saya dapat
menjalankan tugas dengan penuh keyakinan dan dapat memeriahkan majlis
pertandingan bercerita. Saya berbangga dengan diri saya sendiri kerana dapat
menjalankan tugasan dengan baik. Walaupun tidak ada skrip, tetapi saya masih
dapat memimpin majlis dengan teratur. Di samping diberi arahan menjadi
pengacara majlis, saya juga diberi arahan untuk membuat buku program sempena majlis
tilawah al-quran peringkat daerah yang diadakan di SK?. Berkat kesungguhan dan
bantuan daripada guru-guru SK?, saya dapat menyiapkan buku program dalam masa
yang ditetapkan. Saya juga dapat menambah pengalaman sedia ada saya.
Sepanjang
pengajaran saya dalam minggu ini, saya mendapati kelemahan saya adalah tentang
pengurusan masa. Setelah diteliti dan dikenal pasti, saya dapat merasakan
bahawa perkara ini datang dari masalah saya sendiri yang memberikan arahan yang
kurang jelas. Dalam sesuatu pengajaran, banyak aktiviti yang dilaksanakan.
Jadi, saya terkejar-kejar masa untuk memastikan masa yang dirancang dapat
dipatuhi dan berakhir tepat pada waktu yang dijangkakan. Arahan yang terlalu
ringkas, membuatkan murid tidak faham perkara yang perlu dilakukan. Semasa
pengajaran tersebut, saya rasa bahawa mereka sudah faham arahan yang saya
berikan. Rupa-rupanya mereka tidak faham. Hal ini saya lihat semasa murid
melaksanakan aktiviti. Oleh yang demikian, saya terpaksa mengulang lagi arahan
yang lebih jelas dan murid terpaksa mengulang lagi aktiviti yang sedang
dijalankan. Sehubungan dengan itu, sudah tentu masa pengajaran saya panjang.
Jadi, saya perlu mengatasi masalah ini supaya masa pengajaran berakhir tepat
seperti yang dijangkakan.
Penambah baikan
yang perlu saya lakukan adalah dengan memberi arahan yang jelas jepada murid. Arahan
yang jelas mesti diberikan kepada murid sebelum mereka memulakan aktiviti. Guru
perlu memastikan murid memahami arahan dengan jelas, barulah memulakan sesuatu
aktiviti. Guru juga perlu memberi arahan yang tepat dan padat. Arahan yang
jelas juga penting untuk mengawal disiplin murid semasa melakukan perkara yang
diminta. Oleh yang demikian, saya perlu memastikan arahan yang diberi kepada
murid tepat dan jelas. Jadi, masa yang ditetapkan dalam rancangan pengajaran
harian, dapat dipatuhi. Saya akan mengingati isu yang penting ini apabila
setiap kali saya mengajar. Jika saya sudah terbiasa dengan tindakan memberi
arahan yang jelas, sudah pasti perkara ini menjadi kebiasaan dan isu masa
pengajaran tidak akan menjadi masalah. Hal ini selaras dengan Teori
Behaviorisme yang mementingkan impak positif bagi sesuatu tindakan dan tindakan
itu akan diulangi pada masa akan datang.
Syukur ke hadrat ilahi kerana saya sudah
berjaya melaksanakan praktikum untuk minggu ke-8 ini. Berbaki empat minggu
lagi, saya perlu mengharunginya dan menimba sebanyak ilmu pengetahuan yang
boleh. InsyaAllah. Sekian.
Thursday, April 7, 2016
Perbezaan konsep pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
Konsep Pendekatan, Strategi, Kaedah dan
Teknik
(i) Pendekatan
Pendekatan dalam pendidikan
berkait dengan cara sesuatu pelajaran disampaikan melalui proses P&P untuk
mencapai hasil pembelajaran dalam masa jangka panjang. Dalam pendekatan, kita akan memilih satu atau
lebih model, prinsip dan teori pembelajaran supaya proses pembelajaran
berlangsung dan ini memungkinkan kefahaman, penghayatan dan perubahan tingkah
laku berlaku. Ini bermakna, untuk
mencapai hasil pembelajaran jangka panjang, pelbagai strategi yang mengandungi
kaedah, teknik dan aktiviti akan digunakan.
(ii) Strategi
Strategi merujuk kepada perancangan tindakan yang menjurus kepada
pencapaian objektif yang telah ditetapkan.
Rancangan tindakan ini mengandungi kaedah dan teknik mengajar. Dengan adanya perancangan strategi, kaedah
dan teknik dapat diatur secara sistematik, pengagihan masa disusun dengan baik,
penyediaan bahan dibuat mengikut kesesuaian dan kawalan kelas diuruskan dengan
rapi. Strategi P&P mestilah
berasaskan tiga unsur utama iaitu guru, murid dan bahan P&P. Oleh sebab itulah strategi dalam pendidikan
dirujuk sebagai P&P berpusatkan murid, P&P berpusatkan guru dan P&P
berpusatkan bahan.
(iii) Kaedah
Kaedah pula lebih menekankan penyusunan langkah-langkah untuk
menyampaikan P&P secara sistematik berlandaskan prinsip dan teori
pembelajaran. Langkah-langkah P&P
disusun rapi dan kesinambungannya diikuti dengan teliti supaya ada
urutan terarah atau berfokus untuk menghasilkan proses P&P yang berkesan.
Mangantar Simanjuntak 1982: 72
•
Kaedah berbentuk prosedur yang
terdiri daripada langkah-langkah atau peringkat-peringkat yang teratur yang
harus dituruti dengan saksama untuk
mencapai tujuan tertentu
Brown 1980:240
•
“Methods, however are difficult to define. They manifest themselves in
such varieties at time that the terms
approach may be more accurately descriptive of these general moods. An
approach is a general and theoretical
view of how language ought to be taught, while a method includes a
developed procedure for teaching.”
Currie 1973
•
“Usually, method is classified by the way we try to achieve the aim, thus
we hear of expository methods, heuristic methods, activity methods and the
like. Method is thus the philosophy of our teaching task is a given subject in that it orientates us to
the teaching. What we have described as teaching techniques are way in which,
this philosophy is realised in actual class lessons.”
(iv) Teknik
Teknik merupakan aktiviti-aktiviti yang diatur dalam kaedah dan strategi
P&P atau cara sesuatu pengajaran yang ingin disampaikan kepada
pelajar. Aktiviti-aktiviti yang sesuai
dan menarik dirancang dalam bentuk perlakuan dan kemahiran yang ingin
diperolehi dan dicapai oleh murid.
Kemahiran guru dalam mengelola aktiviti semasa P&P berlangsung akan
menggalakkan penglibatan murid secara aktif dalam kelas dan pembelajaran
memberangsangkan, bermakna dan menceriakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)