Showing posts with label Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Show all posts
Showing posts with label Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Show all posts

Thursday, April 7, 2016

Perbezaan konsep pendekatan, strategi, kaedah dan teknik

Konsep Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik

(i)   Pendekatan
            Pendekatan dalam pendidikan berkait dengan cara sesuatu pelajaran disampaikan melalui proses P&P untuk mencapai hasil pembelajaran dalam masa jangka panjang.  Dalam pendekatan, kita akan memilih satu atau lebih model, prinsip dan teori pembelajaran supaya proses pembelajaran berlangsung dan ini memungkinkan kefahaman, penghayatan dan perubahan tingkah laku berlaku.  Ini bermakna, untuk mencapai hasil pembelajaran jangka panjang, pelbagai strategi yang mengandungi kaedah, teknik dan aktiviti akan digunakan.

(ii)   Strategi
            Strategi merujuk kepada perancangan tindakan yang menjurus kepada pencapaian objektif yang telah ditetapkan.  Rancangan tindakan ini mengandungi kaedah dan teknik mengajar.  Dengan adanya perancangan strategi, kaedah dan teknik dapat diatur secara sistematik, pengagihan masa disusun dengan baik, penyediaan bahan dibuat mengikut kesesuaian dan kawalan kelas diuruskan dengan rapi.   Strategi P&P mestilah berasaskan tiga unsur utama iaitu guru, murid dan bahan P&P.  Oleh sebab itulah strategi dalam pendidikan dirujuk sebagai P&P berpusatkan murid, P&P berpusatkan guru dan P&P berpusatkan bahan.

(iii)   Kaedah
            Kaedah pula lebih menekankan penyusunan langkah-langkah untuk menyampaikan P&P secara sistematik berlandaskan prinsip dan teori pembelajaran.  Langkah-langkah P&P disusun rapi dan kesinambungannya diikuti dengan teliti supaya ada urutan terarah atau berfokus untuk menghasilkan proses P&P yang berkesan.

Mangantar Simanjuntak 1982: 72
•          Kaedah berbentuk prosedur  yang terdiri daripada langkah-langkah atau peringkat-peringkat yang teratur yang harus dituruti  dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu
Brown 1980:240
•          “Methods, however are difficult to define. They manifest themselves in such varieties at time that the terms  approach may be more accurately descriptive of these general moods. An approach is a general and theoretical  view of how language ought to be taught, while a method includes a developed procedure for teaching.”
Currie 1973
•          “Usually, method is classified by the way we try to achieve the aim, thus we hear of expository methods, heuristic methods, activity methods and the like. Method is thus the philosophy of our teaching task is  a given subject in that it orientates us to the teaching. What we have described as teaching techniques are way in which, this philosophy is realised in actual class lessons.”

(iv)   Teknik

            Teknik merupakan aktiviti-aktiviti yang diatur dalam kaedah dan strategi P&P atau cara sesuatu pengajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar.  Aktiviti-aktiviti yang sesuai dan menarik dirancang dalam bentuk perlakuan dan kemahiran yang ingin diperolehi dan dicapai oleh murid.  Kemahiran guru dalam mengelola aktiviti semasa P&P berlangsung akan menggalakkan penglibatan murid secara aktif dalam kelas dan pembelajaran memberangsangkan, bermakna dan menceriakan.

Friday, July 19, 2013

Kaedah pengajaran untuk murid yang terdiri daripada pelbagai budaya


·         Kaedah direktif - Belajar mll penerangan & diikuti o ujian kefahaman & latihan.  Guru memberikan penerangan scr langsung kpd murid ttg kepelbagaian budaya dlm Kelompok mereka. Fokus diberikan kpd kemahiran asas, latih tubidan latihan kecekapan.
·         Kaedah mediatif. Guru boleh menggunakan bahan media dlm pembelajaran. Contohnnya, penggunaan computer dan buku elektronik. Guru mengajar murid untuk mengaplikasikan pengetahuan utk menyelesaikan mslh, membuat keputusan, mengenalpasti andaian dan menilai kebenaran andaian, keputusan dan hipotesis khususnya yg berkaitan dgn budaya yg masih relevan utk diamalkan o murid.
·         Kaedah generatif - Guru menggalakkan murid menjana idea2 kritis dan kreatif yg sesuai dgn budaya yg diketengahkan. Membuat pertimbangan utk meneruskan budaya yg relevan dgn kehidupan masa kini.
·         Kaedah konteksual - Mengaitkan pembelajaran kpd reality kehidupan. Dapat memotivasikan murid2 utk membuat kaitan antara ilmu pengetahuan dgn pengaplikasiannya kpd budaya kehidupan mereka sbg ahli keluarga, masyarakat dan rakyat.
·         Kaedah koperatif. Murid belajar scr berkumpulan dpt dan berbincang scr harmonis. Murid2 dpt kerjasama dan berinteraksi dgn murid yg datangnya dari pelbagai latar budaya. Murid dilatih dgn akauntabiliti diri dan bertanggungjawab sesama ahli

·         Kaedah metakognitif - Memberikan peluang kpd murid2 memikirkan ttg proses pembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri.  Guru boleh memberikan tugasan yg berkaitan dgn budaya masyarakat yg masih relevan utk dibahaskan o mereka.

Saturday, June 15, 2013

Pelaksanaan aktiviti kerusi panas.

i.             
·       Kerusi panas adalah kerusi yg diletakkan di hadapan kelas.
·       Guru mengarahkan seorang pelajar duduk di kerusi itu dan bersedia menjawab setiap soalan yg dikemukakan.
·       Aktiviti ini menjadikan pelajar menghayati setiap watak dan perwatakan dan memahami plot cerita yg dipelajari.
·       Teknik ini menerapkan kemahiran lisan para pelajar melalui pendapat dan perasaan yg dikemukakan.
·       Guru dapat menerapkan beberapa perkara seperti kemahiran interpersonal, mencari maklumat, latihan bertanya dan menjawab soalan secara spontan atau berstruktur.
·       Pelajar yg duduk di kerusi panas perlu menjawab setiap soalan dan tidak boleh mengatakan ‘tidak tahu’.
·       Teknik ini sesuai bagi mengajar prosa tradisional, prosa, cerpen dan drama.

·       Teknik ini mudah & menarik minat pelajar mengikuti aktiviti P&P.

Friday, June 14, 2013

Pelaksanaan aktiviti melakonan cerita


·       Melalui aktiviti ini, guru mengadaptasi cerita daripada cerpen kepada lakonan.
·       Murid yg dipilih melakonkan semula watak berdasarkan jalan cerita dengan menggunakan perkataan sendiri serta menghayati watak-watak yg ada dalam cerpen.
·       Lakonan ini boleh dilakukan dengan membentuk beberapa kumpulan pelajar bagi mempersembahkan lakonannya.
·       Guru boleh mengetahui tahap kecerdasan interpersonal para pelajar drpd mula hingga tamat.
·       Guru berperanan sebagai pemerhati semasa aktiviti dijalankan.
·       Aktiviti ini juga boleh mengetahui tahap kreativiti pelajar mengikut kumpulan-kumpulan kecil yg dibahagikan.
·       Dalam situasi ini, guru bertindak sebagai pembimbing kpd pelajar.


Thursday, June 13, 2013

Pelaksanaan aktiviti menyanyikan cerita

Aktiviti menyanyikan cerita :
·       Guru memilih cerita yang sesuai untuk diajar, berdasarkan tahap dan kebolehan murid.
·       Isi dan fakta yang akan diajar digubah seperti rangkap pada sesuatu nyanyian yang popular.
·       Aktiviti ini sangat menarik dijalankan untuk mengelakkan murid bosan dan mengantuk mendengar sesebuah cerita.
·       Teknik ini akan jadi lebih menarik jika diiringi muzik ‘minus one’ lagu kegemaran.


Tuesday, June 11, 2013

Cara penyampaian cerita terus dari buku (guna buku besar)

-      Memerlukan pencerita beraksi dalam keadaan duduk dan memegang buku bergambar sambil bercerita dan bukannya membaca.
-      Bercerita dengan suara, gaya dan intonasi yang sesuai. Sekiranya suara yang “monotonous” dengan gaya yang hambar dan intonasi yang mendatar, pelajar akan jemu dan gagallah guru tersebut.
-      Keadaan akan menjadi lebih serius jika guru berterusan ‘tiada gaya’ bercerita, lama-kelamaan pelajar menjadi bosan dan tidak berminat mengikuti sesi bercerita yang dikendalikan oleh guru tersebut.
-      Sesi bercerita juga boleh bertukar menjadi sesi yang bising dan tidak terkawal.
-      Semasa guru bercerita, pastikan murid mengambil perhatian yang sepenuhnya.

-      Guru juga boleh menggunakan soalan untuk membimbing murid mengikuti perkembbangan cerita. 

Thursday, October 25, 2012

PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN MASTERI (Mastery Learning)


  • Maklumbalas pembelajaran, pengubahsuaian, meningkat keberkesanan
  • Faktor pencapaian murid:
    • Kebolehan asas
    • Kuantiti & kualiti pengajaran/pembelajaran
    • Kebolehan memahami pengajaran
    • Daya usaha pembelajaran berterusan
    • Masa pembelajaran
  • Strategi pengajaran – adakan objektif yang jelas dan boleh diukur.
  • Pilih kaedah & teknik yng berkesan
  • Nilai hasil pembelajaran dengan ujian formatif (diagnostic) dan ujian sumatif berdasarkan objektif pelajaran bagi melihat tahap penguasaan pelajaran.
  • Aktiviti pemulihan kepada yang belum menguasai sesuatu pelajaran
  • Yang lemah diberi pemulihan dan yang mencapaia objektif diberi aktiviti pengayaan.

Wednesday, October 24, 2012

PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN TEMATIK


  • Pokok perbicaraan/topic utama contoh tema alam semula jadi, tema perpaduan kaum
  • Tema dipecahkan kepada sub-topik untuk perbincangan
    • kumpulan pelbagai kebolehan
    • sama kebolehan
  • Tema yang sama dibincangkan oleh
    • kumpulan pelbagai kebolehan
    • sama kebolehan
  • Tema yang berbeza tetapi saling melengkapi
    • kumpulan pelbagai kebolehan
    • sama kebolehan
  • Selepas perbincangan, dapatan-dapatan dibentangkan oleh wakil kumpulan
  • Membuat rumusan

PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN ELEKTIF/EKLEKTIK


o   Elektif bererti pemilihan, eklektik bermakna bercampur
o   Gabungan pendekatan digunakan
o   Menggabungkan pendekatan indukti dan deduktif
o   Banyak digunakan dalam pengajaran sains dan matematik
o   Boleh gunakan strategi Pusatan guru, Pusatan murid, Pusatan bahan
o   Digunakan dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan

Tuesday, October 23, 2012

PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN DEDUKTIF


  • Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus.
  • Bermula daripada berberapa rumus, prinsip, hukum, teorem/peraturan
  • Digunakan kesimpulan baru, generalisasi baru daripda rumus, hukum, peraturan
  • Proses pengajaran:
    • Prinsip/rumus
    • Kaedah deduktif
    • Aplikasi rumus/prinsip
    • Mendapat rumus baru, prinsip baru dsb.
    • Guru memberi tahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal,
    • Murid dibimbing mengingat kembali hukum, prinsip, teori, peraturan bagi mendapat kesimpulan yang baru/ menyelesaikan masalah.

PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF


  • Mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat kemudian membuat generalisasi/kesimpulan
  • Bermula dengan memberi beberapa contoh yang khusus
  • Contoh-contoh mempunyai prinsip yang sama
  • Murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenalpasti & mentafsir maklumat untuk membuat generalisasi/kesimpulan
  • Matematik, bahasa dan sains banyak menggunakan pengajaran induktif
  • Kaedah inkuiri-penemuan diamalkan apabila mengajar sains
    • Contoh kusus ikan emas, udang, sotong, berudu
    • Memerhati & mengkaji – bernafas melalui insang
    • Mentafsir dan membuat generalisasi – Haiwan hidup dalam air mempunyai insang untuk bernafas.
  • Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Induktif
    • Sediakan contoh-contoh yang sesuai
    • Soalan-soalan disediakan untuk membimbing membuat kesimpulan
    • Guru tidak menghuraikan isi pelajaran, murid dibimbing untuk mencari kesimpulan
    • Jenis contoh khusus dipelbagaikan tetapi mengandungi ciri yang sama
    • Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai & mencukupi.
    • Murid-murid digalakkan memberi contoh yang sama
    • Guru tidak harus memberi contoh sekaligus
    • Sediakan alat bantu mangajar
    • Penggunaan deria-deria murid dalam aktiviti – lihat, dengar, hidu & sentuh.
    • Pengajaran mengikut urutan yang tepat – contoh-contoh spesifik membawa kepada kesimpulan umum.

Monday, October 22, 2012

CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN


APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN?
·       Bahan pelajaran memainkan peranan penting.Pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran.
·       Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau murid/bahan pembelajaran
·       Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan
·       Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari.
·       Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan.
·       Peluang interaksi antara muid banyak. Sifat social yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil – ujikaji, projek, perbincangan dsb.
·       Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pelajaran
·       Kaedah & Teknik – komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus, perakam pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor,  dsb.

Sunday, October 21, 2012

Ciri-ciri Strategi Pemusatan Murid


APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN MURID?
·   Murid memainkan peranan penting
·   Komunikasi dua hala. Guru menyoal/membimbing.
·   Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan/galakan murid memberi pendapat,
·   objektif pencapaian murid diutamakan
·   perkembangan murid secara menyeluruh/seimbang ( j.e.r.i.)
·   Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid.
·   Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami & membuat kesimpulan,
·   Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong)
·  Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk,
·  Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif.
·  Kaedah & Teknik – projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan kecil dsb.

Saturday, October 20, 2012

Ciri-ciri Strategi Pemusatan Guru


APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU?
· Guru memainkan peranan penting
· Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap.
· Kepimpinan guru secara autokratik
· Pencapaian objektif guru diutamakan
· Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada  penyuburan nilai murni/perkembangan emosi.
·Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk mengingat/menghafal.
·Interaksi di antara murid adalah pasif.
·Kaedah keseluruhan kelas.
·Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif.
·Kaedah & Teknik – penerangan, demonstrasi, syarahan, kumpulan/pasukan, bercerita, keseluruhan kelas.