RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA
MELAYU TAHUN 5
Mata
Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 5 Cemerlang
Tarikh
: 11 April 2012
Masa
: 1 jam (11.20 pagi hingga 12.20 tengah hari)
Bilangan
Murid : 37 orang
Tema
: Kesusasteraan (Pantun Teka-teki)
Tajuk : Buah-buahan Tempatan
Hasil Pembelajaran/Kemahiran :
Fokus
Utama : 5.2 Membaca
kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar
serta memahami perkara yang dibaca.
Aras
3 : (i) Membaca
teks pelbagai laras dengan sebutan, dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.
Fokus
Sampingan : 6.1 Membaca dan merujuk pelbagai sumber untuk
mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada
internet.
Aras
1 : (i) Merujuk
kepada kamus untuk mencari makna, sebutan yang betul, ejaan, dan penggunaan
perkataan yang tepat.
Objektif
: Pada akhir pelajaran ini, murid dapat :
(i)
membaca teks pantun
teka-teki (buah-buahan tempatan) dengan sebutan, dan intonasi yang betul serta
gaya yang sesuai.
(ii)
menyatakan makna
perkataan yang digaris dalam teks pantun teka-teki (buah-buahan tempatan).
(iii)
membulatkan kata adjektif
yang terdapat dalam teks pantun teka-teki (buah-buahan tempatan).
Sistem
Bahasa
Tatabahasa - Kata adjektif
Kosa
Kata - Kolek, menoreh,
belanga, meranduk
Pengisian
Kurikulum
Ilmu
- Kesusasteraan, kemasyarakatan
Nilai
Murni - Kesyukuran, patriotisme, rasional
Kemahiran bernilai tambah
Kemahiran
berfikir -
Menjana idea, menghubungkait, menilai, mengenal pasti.
Teori Kecerdasan Pelbagai - Muzik
Belajar Cara Belajar - Membaca
mekanis
Bahan
Bantu Mengajar - Kayu
pancing, buah-buahan di bakul, teks pantun teka-teki (buah-buahan tempatan),
slaid, audio lagu, dan lembaran kerja.
|
|
|
Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran
|
|
|
|
|
Set Induksi
(5
minit)
|
Contoh
soalan:
·
Apakah benda ini?
·
Nama buah ini apa?
·
Ini buah tempatan
atau buah import?
Tajuk
:
Buah-buahan tempatan.
|
- Guru meminta murid
memejamkan mata.
- Guru memancing murid menggunakan kayu
pancing yang disediakan.
- Murid yang dipancing akan membaca arahan
yang terdapat pada kayu pancing.
- Murid yang dipancing akan mencari
tempat kotak buah-buahan disembunyikan.
- Murid tersebut akan mengeluarkan
buah-buahan itu satu persatu.
- Soal jawab antara guru dan murid
tentang buah-buahan yang terdapat dalam bakul.
- Guru mengaitkan jawapan murid dengan
tajuk pembelajaran.
|
Teknik :
· Soal jawab
Nilai :
· Kerjasama
BBM :
· Kayu pancing, buah-buahan dalam bakul
|
|
Langkah 1
(10
minit)
|
Teks
pantun
Pantun teka-teki bertajuk “Buah-buahan Tempatan”.
(Lihat lampiran 1)
Contoh
perkataan yang sukar disebut :
·
Belanga
·
Rezeki
·
Bonda
·
Menoreh
·
Molek
·
Kolek
Slaid
Pantun teka-teki bertajuk “Buah-buahan Tempatan”.
|
1. Wakil murid dikehendaki mengambil teks pantun daripada
guru.
- Murid
diminta membaca secara senyap.
- Guru bertanya kepada
murid tentang perkataan yang sukar disebut.
- Guru memaparkan slaid
pantun teka-teki (buah-buahan tempatan).
- Guru membuat
demonstrasi cara membaca pantun dan murid dikehendaki meneliti intonasi,
sebutan dan gaya guru semasa berpantun.
- Murid yang disebut
namanya diminta membaca pantun dengan menggunakan sebutan, intonasi dan
gaya yang betul.
|
Teknik :
Tunjuk
cara, perbincangan
Nilai :
· Kerjasama
· Tekun
BBM :
· Slaid dan teks pantun teka-teki.
|
|
Langkah 2
(25
minit)
|
Teks
pantun teka-teki bertajuk “Buah-buahan Tempatan”.
Contoh
perkataan yang tidak difahami:
·
Belanga
(periuk tanah)
·
Meranduk
(mengharungi)
·
Paras
(rupa muka)
·
Kolek
(sampan kecil)
·
Molek
(cantik, bagus, elok)
Perkataan
untuk dicari makna :
1. Belanga
2. Meranduk
3. Paras
4. Kolek
5. Molek
Jawapan
pantun
teka teki :
Rangkap
1 : rambutan
Rangkap
2 : durian
Rangkap
3 : nenas
Rangkap
4 : manggis
Rangkap
5 : kelapa
Rangkap
6 : betik
|
- Soal
jawab antara guru dan murid berkaitan perkataan yang tidak difahami.
- Murid diminta
menggaris perkataan yang disebut oleh guru, pada teks pantun.
- Murid mencari makna perkataan yang digaris
dengan menggunakan kamus dewan. (Rujuk lembaran kerja 1)
- Perbincangan antara guru dan murid tentang
makna perkataan yang digaris.
- Wakil kumpulan dikehendaki ke hadapan
kelas untuk meneka jawapan kepada teka-teki dan menekan jawapan pada
komputer riba.
|
Teknik :
· soal jawab
· perbincangan
· sumbangsaran
Nilai :
· Kerjasama
· Tekun
BBM :
· Lembaran kerja, teks pantun, slaid
|
|
Langkah 3
(10
minit)
|
Pengajaran
:
Kata adjektif.
Contoh-contoh
kata adjektif dalam pantun :
·
manis
·
merah
·
tajam
·
bersih
·
hitam
·
putih
·
cantik
·
molek
|
- Guru menerangkan secara ringkas tentang
kata adjektif.
- Murid diminta mencari dan membulatkan
kata adjektif yang terdapat dalam rangkap pantun teka-teki.
- Wakil murid diminta menulis perkataan
yang dibulat itu, di papan putih.
- Perbincangan antara
guru dan murid tentang kata adjektif yang terdapat di dalam teks pantun.
|
Teknik :
· Tunjuk cara
· Soal jawab
Nilai :
· Kerjasama
· Tekun
BBM :
· Teks pantun teka-teki, lembaran kerja dan slaid.
|
|
Langkah 4
(5
minit)
|
Kotak beracun tentang bacaan pantun, makna perkataan dan kata
adjektif.
Contoh soalan kotak
beracun :
1.
Baca
rangkap pantun di bawah:
Cantik
parasnya si Puteri Molek,
Pergi
ke kolam duduk berendam,
Rupa
buahnya laksana kolek,
Bijinya umpama lada hitam.
2. Berikan maksud perkataan bergaris:
Cantik
parasnya si puteri molek,
Pergi
ke kolam duduk berendam,
Rupa
buahnya laksana kolek,
Bijinya
umpama lada hitam.
3. Sebutkan kata adjektif yang terdapat pada rangkap
pantun di bawah :
Cantik
parasnya si puteri molek,
Pergi
ke kolam duduk berendam,
Rupa
buahnya laksana kolek,
Bijinya
umpama lada hitam.
|
- Murid diberi kotak beracun.
- Guru memasang lagu dan meminta murid
memberikan kotak beracun kepada rakan sebelah.
- Murid menjawab soalan yang dicabut
dari kotak beracun tersebut.
|
Teknik :
· Soal jawab
Nilai :
· Kerjasama
· Tekun
BBM :
· Teks pantun teka-teki, kotak beracun
|
|
Penutup
(5
minit)
|
Nyanyian
lagu:
Nyanyian
menggunakan rentak lagu “Ikan Kekek” dan rangkap pantun sebagai lirik lagu.
Isi pelajaran :
1. Cara membaca pantun dengan betul.
2. Makna perkataan yang digaris.
4. Kata adjektif.
Nilai
murni :
·
Kesyukuran
·
Patriotisme
·
Rasional
|
- Murid bersama-sama
guru menyanyi menggunakan rentak lagu “Ikan Kekek” dan rangkap pantun
sebagai lirik lagu.
- Guru menyimpulkan isi pelajaran dan nilai-nilai
murni yang perlu diamalkan.
- Guru memberikan aktiviti latihan
pengukuhan. (Lihat lembaran kerja 2)
|
Teknik :
· Nyanyian
· Soal jawab
Nilai :
· Kesyukuran
· Patriotisme
· Rasional
BBM :
Audio
lagu, lembaran kerja
|