Monday, December 12, 2016

ISU-ISU ANTARA MALAYSIA DENGAN NEGARA ASEAN

1. Singapura

Tambak laut
Jambatan menggantikan tambak Johor
Bekalan air mentah
Simpanan wang pekerja

2. Indonesia

Pendatang tanpa izin
Pertindihan sempadan
Pencerobohan nelayan
Lanun

3. Thailand

Pencerobohan nelayan
Keganasan di selatan Thailand
Dwi kerakyatan

4. Filipina

Tuntutan ke atas Sabah
Pendatang tanpa izin
Lanun

5. Vietnam

Tuntutan ke atas kepulauan Spratly

Wednesday, November 16, 2016

CONTOH SOALAN OBJEKTIF TAJUK KATA HUBUNG TAHUN 3

Kakak suka mandi ______ menyanyi.
A. sambil
B. dan
C. atau
D. lalu

Mania menyatakan ______ dia akan menyertai rombongan ke Pulau Langkawi.
A. kerana
B. kecuali
C. apabila
D. bahawa

Siti rajin memasak ______ kakaknya malas.
A. tetapi
B. atau
C. jika
D. sambil

Kamu hendak makan nasi goreng ______ nasi ayam?
A. lalu
B. atau
C. serta
D. kecuali

Emak saya seorang yang tegas ______ baik hati.
A. tetapi
B. untuk
C. sementara
D. lalu

Bersukanlah selalu ______ badan kita menjadi sihat.
A. sejak
B. supaya
C. sambil
D. tetapi

Friday, November 11, 2016

CONTOH SOALAN MATEMATIK TAHUN 3 KERTAS 2

Tunjukkan jalan kerja.

1. Cari
a) 1000 + 392
b) 7000 - 488





2. Hitung
a) 3 ribu x 2
b) 9 ribu x 10





3. Cari baki apabila 8599 dibahagi dengan 8.





4. Cari jumlah 86, 64 puluh dan 7921. Bundarkan jawapan kamu kepada ratus yang terdekat.





5. Lengkapkan
a) 2 tahun 4 bulan = _____ bulan
b) 2 jam 40 minit + 1 jam 26 minit = ______ jam ______ minit







Wednesday, November 2, 2016

KESAN POSITIF GLOBALISASI TERHADAP PEMBANGUNAN SEBUAH NEGARA MEMBANGUN

Pendahuluan :

Globalisasi bererti dunia tanpa sempadan akibat kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi.

Berlaku aliran barangan, perkhidmatan, idea, dan maklumat secara bebas antara negara tanpa sekatan.


1. Globalisasi memajukan ekonomi negara

Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi mempergiat perdagangan antarabangs

Peniaga dapat meluaskan pasaran ke seluruh dunia.

Persidangan video, internet, dan emel telah memudahkan perhubungan.

E-dagang dan e-perbankan juga dapat dijalankan.

Peniaga dan pengguna menjual dan membeli barangan melalui internet.

Ekonomi negara berkembang pesat.


2. Globalisasi mewujudkan persefahaman sejagat

Sistem komunikasi yang menghubungkan seluruh dunia memudahkan interaksi.

Pertukaran pengetahuan, pengalaman, budaya, dan sebagainya bergerak bebas.

Menjalin hubungan erat dan mengurangkan salah faham.

Peristiwa yang berlaku di seluruh dunia dapat diketahui dengan serta merta.

Membolehkan bantuan diberikan segera.


3. Pemindahan teknologi bertambah pesat.

Pelabur asing membawa teknologi baharu ke sesebuah negara

Pelabur asing menubuhkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D)

Rakyat tempatan berpeluang untuk mempelajari dan memiliki teknologi canggih.

Rakyat tempatan mampu menjalankan penyelidikan dan pembagunan (R&D).


Kesimpulan :

Globalisasi telah membawa kesan yang besar.

Penduduk dunia perlu bersedia untuk menghadapi globalisasi.

Dengan cara ini, barulah globalisasi benar-benar mendatangkan faedah kepada kita.

Tuesday, November 1, 2016

SEBAB MALAYSIA MENGANGGOTAI KOMANWEL

1. Eratkan perhubungan dan perpaduan dalam kalangan negara anggota.

2. Menjaga dan memajukan negara dengan kerjasama negara anggota.

3. Membentuk persepaduan di bawah satu pertubuhan dan bekerjasama dalam pelbagai bidang dalam kalangan negara anggota.

4. Mendapat kemudahan dan layanan baik daripada kerajaan Britain terutamanya untuk pasaran barangan di negara anggota Komanwel.

5. Meningkatkan lagi kepakaran dalam pelbagai bidang melalui kemudahan pendidikan kepada di bawah Rancangan Pelajaran Komanwel  (Colomba Plan).

Monday, October 31, 2016

CONTOH SOALAN PILIH AYAT BETUL

1.
A. Rumah itu paling terbesar.
B. Pokok itu yabg paling tertinggi sekali di jalan ini.
C. Siti berlari sangat pantas sekali.
D. Jambatan itu paling panjang

2.
A. Kakak membuat sebuah kek untuk sambutan hari lahir adik.
B. Ibu membeli seutas cincin di kedai emas itu.
C. Ahmad membeli cucuk sate ayam di pasar malam.
D. Ayah menanam seketul pokok serai di belakang rumah.

3.
A. Basirah menonton televisyen lalu menanti emaknya pulang dari kerja.
B. Budak itu menangis kerana menghentak-hentakkan kakinya ke lantai.
C. Mak Siti tidak ada di rumah kalau kebakaran itu berlaku.
D. Kamu mesti makan ubat supaya cepat sembuh.

4.
A. Kamariah, bungkusan gula-gula itu jangan dibuang ke dalam longkang.
B. Jangan matikan telefon bimbit semasa berada di dalam masjid.
C. Tolong bemain di tepi kawasan bekas lombong itu.
D. Harap melanggar undang-undang jalan raya.

Sunday, October 30, 2016

cadangan aktiviti pengajaran tajuk nombor bulat hingga 10

1. Susun kumpulan murid dan sembilan gelung rotan. Berbaris depan gelung.

2. Guru tiup wisel, murid lompat dari gelung rotan pertama hingga ke sembilan, sambil sebut nombor 1 hingga 9.

3. Selepas itu, lari patah balik dan cuit kawan seterusnya.

4. Main sehingga selesai semua murid dalam kumpulan itu. Kumpulan paling awal tamat, dikira menang.