Tuesday, September 25, 2012

Konsep 5P - Penggayaan


  • Pengayaan merupakan strategi untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman, di samping mengukuhkan kemahiran yang dipelajari. 
  • Menurut Marzukhi Nyak Abdullah (1994), proses ini memberi peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya kreativiti, dan semangat kepimpinan. 
  • Namun, penekanan yang diberikan berbeza-beza mengikut tahap kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat pelajar.
Contoh Aktiviti
  • Contoh bagi aktiviti pengayaan adalah seperti bacaan tambahan, kerja-kerja projek, serta permainan dan rekreasi. 
  • Aktiviti bacaan tambahan yang boleh dijalankan seperti membaca buku cerita, majalah, risalah, atau kad bacaan yang mengandungi tema yang sesuai. 
  • Kerja-kerja projek pula seperti mengadakan lawatan, perlaksanaan minggu bahasa, membuat laporan, menulis cerita, dan sebagainya. 
  • Guru juga boleh melakukan aktiviti permainan dan rekreasi seperti mencari benda tersembunyi, teka silang kata, meneka bunyi, permainan sahiba, dan lain-lain. 
  • Guru hendaklah mencipta aktiviti yang boleh melahirkan pemikiran kreatif dan kritis pelajar. 
  • Peluang sama rata kepada pelajar juga perlu diberikan, bagi mengembangkan sifat kepimpinan sosial yang sedia ada. 
  • Hal ini seterusnya, akan meningkatkan keyakinan dan jati diri dalam diri pelajar.

No comments:

Post a Comment