Showing posts with label aktiviti menarik. Show all posts
Showing posts with label aktiviti menarik. Show all posts

Friday, October 28, 2016

cadangan aktiviti tajuk mengenal pasti angka 1 hingga 9

1. Sebelum sesi PdP, minta murid bawa majalah, surat khabar lama atau risalah pasar raya yg mengandungi angka.

2. Tunjukkan kad nombor.

3. Bentuk kumpulan. Edarkan gunting, gam, dan kertas mahjong kpd setiap kumpulan.

4. Minta murid gunting angka 1-9 yg dapat dicari dan tampal di dalam kertas mahjong yg disediakan.

5. Lakukan aktiviti gallery tour untuk menyemak hasil kerja kumpulan.

Tuesday, October 25, 2016

PANTUN TEKA-TEKI BENTUK 2D

Sayang emak duduk di sini,
Sayang ayah tinggal di sini,
Bentuk ini sama sisi,
Siapa tahu bentuk ini?
Jawapan : segi empat sama

Pergi sekolah muka berseri,
Seronok sekali belajar di sini,
Berkelip di langit cantik berseri,
Cuba teka bentuk ini?
Jawapan : bintang

Buat kaya bersama bonda,
Boleh dihidang di hari raya,
Badan saya macam roda,
Cuba teka siapa saya?
Jawapan : bulat

Dalam semak nampak besi,
Dari jauh nampak.bercahaya,
Saya ada tiga sisi,
Cuba teka siapa saya?
Jawapan : segitiga

Pergi Melaka membeli ragi,
Cantik berseri berbaju kebaya,
Badan saya empat segi,
Cuba teka sampai berjaya?
Jawapan : segi empat tepat