Showing posts with label pembelajaran abad 21. Show all posts
Showing posts with label pembelajaran abad 21. Show all posts

Wednesday, October 26, 2016

cadangan aktiviti tajuk wang

Fokus : mewakilkan nilai wang dalam RM dan SEN.

1. Guru sediakan / minta murid bawa barang mainan lama, buku-buku dsb.

2. Tandakan harga barang kurang dari RM1.

3. Adakan 'jualan hebat'.

4. Bentukkan kumpulan.

5. Tetapkan kumpulan pembeli penjual.

6. Susun barang atas meja.

7. Edarkan sampel duit syiling kpd pembeli.

8. Pembeli guna wang sampel utk membeli.

9. Penjual periksa jumlah wang cukup.


Tuesday, October 25, 2016

PANTUN TEKA-TEKI BENTUK 2D

Sayang emak duduk di sini,
Sayang ayah tinggal di sini,
Bentuk ini sama sisi,
Siapa tahu bentuk ini?
Jawapan : segi empat sama

Pergi sekolah muka berseri,
Seronok sekali belajar di sini,
Berkelip di langit cantik berseri,
Cuba teka bentuk ini?
Jawapan : bintang

Buat kaya bersama bonda,
Boleh dihidang di hari raya,
Badan saya macam roda,
Cuba teka siapa saya?
Jawapan : bulat

Dalam semak nampak besi,
Dari jauh nampak.bercahaya,
Saya ada tiga sisi,
Cuba teka siapa saya?
Jawapan : segitiga

Pergi Melaka membeli ragi,
Cantik berseri berbaju kebaya,
Badan saya empat segi,
Cuba teka sampai berjaya?
Jawapan : segi empat tepat