Saturday, December 8, 2012

STAIL PENGAJARAN BERPUSAT (DEFINISI, CIRI-CIRI, KRITERIA PELAKSANAAN, KEBAIKAN, KEBURUKAN)


DEFINISI :
Mencari jawapan dengan menggunakan proses penemuan .
Kaedah pengajaran berdasarkan kepada sebab, logik, fikiran kritis dan cuba jaya
Pelajar akan membuat keputusan mengenai pengurusan kognitif untuk mengatasi masalah yang dihadapi.


CIRI-CIRI :


  1. Peranan guru hanya lebih dominan dalam fasa pengajaran dan pembelajaran pra impak dan pasca impak sahaja.
  2. Guru hanya bertindak memberikan sesuatu masalah kepada pelajar atau kumpulan pelajar iaitu dalam fasa pra impak.
  3. Pelajar melakukan aktiviti sendiri atau secara berkumpulan tanpa bergantung sepenuhnya kepada guru.
  4. Pelajar bebas menggunakan kaedah dan pendekatan yang difikirkan sesuai dalam proses menyelesaikan masalah.
  5. Peruntukan masa bagi setiap pelajar atau kumpulan untuk melakukan aktiviti adalah mencukupi bagi menyelesaikan masalah yang diberikan.
  6. Guru hanya bertindak sebagai pemudah cara dalam aktiviti yang dipilih oleh pelajar.
  7. Stail ini boleh dilakukan secara individu , berpasangan atau secara berkumpulan.



KRITERIA PELAKSANAAN :


  1. Hanya mempunyai satu tindakbalas yang betul.
  2. Tumpuan yang khusus serta idea iaitu ia bergantung kepada struktur daripada tingkah laku, pertuturan yang digunakan bagi memperkenalkan tugasan yang diberikan kepada pelajar.
  3. Merupakan suatu proses pembuktian secara praktikal dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan.
  4. Tindakbalas perlakuan mewakili analisis lakuan secara mekanikal.
  5. Membawa kepada rangkaian lakuan yang lebih spesifik.
  6. Memerlukan pelajar membuat penemuan sendiri dengan mengehadkan tindakan yang dilakukan.



Friday, December 7, 2012

STAIL HASILAN TERCAPAH (KEKUATAN DAN KELEMAHAN STAIL)


Antara kekuatan stail ini adalah seperti berikut:

•Pelajar lebih kreatif dan kritis
•menggalakkan perkembangan kognitif pelajar
•pelajar tidak terkongkong dengan arahan guru
•aktiviti pembelajaran lebih menarik dan mencabar
•Pelajar dapat melakukan aktiviti secara bebas dengan mengikut kebolehan masing-masing
•Dapat memupuk semangat bersaing di kalangan individu ke arah pemantapan kemahiran
•Pelajar dapat membuat penilaian diri.

Antara kelemahan adalah seperti berikut:

•Penglibatan pelajar tidak menyeluruh
•Pelajar yang lemah sentiasa bergantung harap pada pelajar yang cerdas
•Guru perlu kreatif dalam menentukan tugasan kepada pelajar
•Sukar untuk menentukan kejujuran pelajar
•Masa pembelajaran yang panjang mungkin akan membosankan pelajar.
•Sesuai bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang jumlah pelajarnya kecil
•Kurang sesuai untuk pelajar yang lemah



Thursday, December 6, 2012

STAIL HASILAN TERCAPAH (PERANAN GURU DAN PELAJAR)


Peranan guru :
Sebagai pengurus dan penilai
Untuk membuat keputusan mengenai permasalahan yang hendak disoal oleh pelajar.
Untuk menerima sebarang tindak balas daripada pelajar
Untuk berkhidmat sebagai sumber pengesahan dalam kebanyakan perkara
 
Peranan pelajar :
Untuk menghasilkan tindak balas mencapah (pelbagai tindak balas untuk soalan yang sama)
Untuk memastikan kesahan tindak balas
Untuk mengenalpasti respon dalam subjek tertentu berkaitan dengan soalan yang disoal atau tidak
Untuk mewujudkan pelbagai kesan keputusan berbanding dengan stail-stail lain.

Wednesday, December 5, 2012

STAIL HASILAN TERCAPAH - (DEFINISI, KONSEP, OBJEKTIF)


      DEFINISI :
        Stail hasilan tercapah melibatkan kemampuan dan kesanggupan pelajar yang mempunyai pelbagai penemuan yang tidak terhad dan membolehkan pelajar membuat penyelesaian masalah dengan cara tersendiri bergantung kepada pengetahuan dan  kemahiran yang sedia ada.

       KONSEP :

•Pelajar dianggap sebagai manusia yang menggunakan pemikirannya untuk mencari alternatif alternatif yang sesuai daripada pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan masalah yang telah dikemukakan.
•Stail ini merupakan penemuan mencapah yang menekankan kepada pelbagai idea dan kemahiran murid.

OBJEKTIF :
•Stail hasilan tercapah ini telah berjaya dilaksanakan apabila tindakbalas diberikan dengan menyumbangkan pelbagai idea dalam menyelesaikan masalah tertentu.
•Terdapat beberapa objektif  dalam melaksanakan stail hasilan tercapah ini. Antara objektif tersebut ialah;
•Objektif mata pelajaran (Subject Matter Objectives):
•Untuk mencari dan menghasilkan pelbagai jawapan atau pelbagai penyelesaian kepada soalan atau masalah.
•Untuk menghasilkan pengalaman bercapah dalam operasi kognitif tertentu.
•Untuk mencari pelbagai kemungkinan alternatif yang boleh ada dalam setiap kandungan.
•Untuk melihat sesuatu dalam kandungan sebagai pembangunan dan perkembangan.
•Untuk membina kebolehan dalam menentukan penyelesaian untuk tujuan tertentu.
•Objektif kelakuan (Behavior Objectives)
•Hasil daripada pelbagai jawapan atau respon yang diberikan, ianya dapat menjadi perangsang dalam rasa puas hati.
•Untuk menjadikan pelajar berfikiran bercapah dalam operasi kognitif melalui rangsangan yang diberikan.
•Untuk menjadikan emosi, kognitif, dan sosial menghasilkan pelbagai idea alternatif 
•Untuk menerima pendekatan yang digunakan oleh seseorang dalam menyelesaikan masalah atau sesuatu isu dengan cara penyelesaian yang berbeza.
•Untuk bertolak-ansur dan menerima buah fikiran atau pendapat orang lain.
•Untuk merasakan kekuatan emosi dan kognitif  di mana penghasilan idea boleh dibina.


DIALEK NEGERI PERAK


  •  Negeri Perak merupakan sebuah negeri kedua terbesar di semenanjung Malaysia dan bersempadanan dengan Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Pahang dan Kelantan. Dialek Perak dalam rangka pembinaan bahasa Melayu adalah sebagai satu bahasa yang tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu ini. Walaupun dialek Perak dituturkan oleh sekelompok kecil manusia di daerah yang kecil di wilayah Nusantara yang luas ini, tegasnya di sepanjang Sungai Perak Darul Ridzwan, namun keunggulannya boleh memunculkan ia sebagai suatu jenis bahasa Melayu yang indah didengar dan sedap dituturkan.
  • Menurut Raja Mukhtaruddin Bin Raja Mohd. Dain (1986), dialek Perak dituturkan di suatu kawasan yang amat luas berbanding dengan kebanyakan dialek-dialek Melayu lain di Semenanjung. Jumlah penduduk Perak juga adalah paling ramai dan amatlah wajar sekiranya terdapat pelbagai variasi dalam dialek Perak ini. Dialek Perak seperti yang dituturkan mempunyai gaya yang khusus dan tertentu yang berlainan dari dialek-dialek Bahasa Melayu yang lain. Namun demikian, kelainan yang ada pada gaya ini tidak menjejaskan tatabahasa Melayu yang betul yang digunakan dalam Bahasa Melayu standard. Malah, dialek Perak boleh dikatakan satu variati bahasa Melayu standard yang berlainan hanya dari segi gaya bahasanya.
  • Negeri ini begitu unik dari segi bahasa dialeknya kerana negeri bertuah ini mempunyai lima jenis dialek yang utama iaitu dialek Utara, dialek Patani, dialek Lembah Sungai Perak, dialek Kepulauan Indonesia dan dialek Selatan Semenanjung. Sebagai sebuah negeri yang bersempadan dengan negeri lain, Perak juga tidak 'lari' daripada menerima pengaruh dialek lain. Misalnya, penduduk Perak di bahagian utara (Kerian dan Larut Matang) seperti Bagan Serai, Taiping dan Parit Buntar sehingga Pantai Remis lebih terpengaruh dengan loghat utara atau dialek Kedah. Antara perkataan dalam loghat utara yang dikenal pasti ialah hang (kamu), pi (pergi), hangpa (kamu semua), sat ni (sekejap lagi), la ni (sekarang) dan sebagainya.  Lagipun menurut sejarah, sebahagian besar penduduk di kawasan itu berasal dari Kedah yang berhijrah akibat ancaman Siam pada tahun 1821.
  • Di bahagian Hulu Perak pula iaitu di Kroh, Grik dan Lenggong, masyarakat di kawasan ini banyak menggunakan dialek Petani. Hal ini menyebabkan dialeknya seakan-akan serupa dengan dialek Kelantan sebagai bahasa pertuturan harian. Seperti mana di utara, penduduk Hulu Perak juga kebanyakannya terdiri daripada penduduk dari Patani dan Reman. Seterusnya di daerah Kinta, dialeknya turut berbeza mengikut masyarakatnya. Majoriti penduduk di sini datang dari kepulauan Indonesia seperti Rawa, Mandheling, Banjar dan banyak lagi. Manakala, di selatan iaitu daerah Batang Padang sehingga Bagan Datoh, dialeknya pula lebih dipengaruhi dengan dialek selatan Semenanjung seperti Selangor dan Johor. Hal ini kerana, masyarakatnya juga terdiri daripada golongan pendatang dari Selangor (Jawa dan Bugis) semasa Perang Saudara di Selangor sekitar 1860-an hingga 1970-an.
  • Kemudian, di bahagian Perak Tengah seperti di Kuala Kangsar, Sayong, Karai, Bota, Parit, Kg. Gajah dan Tanjung Blanja, dialeknya agak berbeza iaitu Dialek Lembah Sungai Perak dengan hujung perkataan diubah kepada bunyi 'e pepet'. Contohnya perkataan "tiga" disebut "tige". Kata ganti nama pertama pula adalah seperti perkataan saya atau aku disebut “teman” atau “keme”, manakala awak atau kamu disebut “mike” atau “kome”. Oleh itu, daerah yang betul-betul mewakili kawasan dialek Perak adalah daerah Parit dan Kuala Kangsar (Asmah Haji Omar, 1985).

Tuesday, December 4, 2012

Bahasa Melayu Baku


  • Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), baku bermaksud sesuatu yang (sudah) diterima umum sebagai betul dan sah (bentuknya, sifatnya dan lain-lain) dan dapat dijadikan asas perbandingan bagi bentuk yang lain (bahasa, sebutan, ejaan dan sebagainya) dan standard. Jadi, istilah bahasa baku, bahasa piawai atau bahasa standard adalah merujuk kepada konsep yang sama.
  • Terdapat beberapa pendapat telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh bahasa berkaitan dengan bahasa Melayu baku. Menurut Abdullah Hassan (1983) bahasa baku adalah bahasa standard satu norma yang agak seragam atau satu dialek bahasa yang digunakan oleh sekumpulan penutur untuk berhubung. Sulaiman Masri M.A (1988) berpendapat, bahasa baku adalah bahasa yang betul dari segi ejaan, istilah, sebutan, tatabahasa (nahu), perkataan, ayat, tanda baca dan laras penggunaan. Nik Safiah Karim (1978) pula menyatakan bahasa baku merupakan satu bentuk bahasa yang telah dikodifikasikan, diterima dan dijadikan sebagai model oleh sekumpulan besar komuniti bahasa.
  • Oleh yang demikian, jelaslah bahawa bahasa Melayu baku merupakan bahasa yang telah diterima oleh masyarakat penutur bahasa Melayu itu sendiri sebagai satu alat komunikasi yang seragam dan diguna pakai dalam pelbagai konteks terutamanya dalam situasi formal. Bahasa baku juga digunakan dalam situasi atau upacara rasmi dalam majlis-majlis umum atau di persidangan di sekolah-sekolah atau institut pengajian tinggi sebagai bahasa pengantar. 
  • Pembakuan merujuk kepada proses pengekodan bahasa. Biasanya pengekodan bahasa ini membabitkan aspek tatabahasa, sebutan ejaan, pengkamusan dan peristilahan. Pembakuan bahasa Melayu di Malaysia menjadikan bahasa Melayu sempurna dari segi penggunaan aspek-aspek bahasanya iaitu tatabahasa, ejaan, istilah, penggunaan kata, sebutan dan bahasanya. Penuturnya menggunakan kesemua aspek bahasa tersebut dengan betul dan hal ini menjadikan bahasa Melayu menjadi mantap dan sempurna.
  • Sistem bahasa baku lebih menyeluruh kepada masyarakat kerana ia boleh difahami oleh semua penutur bahasa tersebut. Sebenarnya bahasa baku ini digunakan hanya dalam majlis atau situasi-situasi rasmi sahaja. Ramai yang berpendapat bahawa Bahasa Melayu Johor-Riau sebagai bahasa baku kerana penggunaannya yang meluas dalam bidang pentadbiran dan juga di sekolah. Sebagai bahasa yang mempunyai penutur yang ramai, khususnya di negeri Johor, Melaka, Selangor dan sebahagian besar Perak dan juga berdasarkan faktor sejarah, sudah tentu bahasa ini menjadi asas kepada pembentukan Bahasa Melayu Baku.
  • Nik Safiah Karim (1975) ada menyatakan bahasa Melayu standard adalah variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang dengan tujuan untuk difahami, tiap-tiap pihak berusaha menggugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan menggunakan sedikit sebanyak variasi yang berasaskan Bahasa Melayu dialek Johor-Riau, tetapi kini pertuturan Bahasa Melayu umum telah mempunyai sifat-sifat tersendiri. Berdasarkan kenyataan ini, ternyata bahawa Bahasa Melayu Baku bukan lagi dipunyai oleh penutur dialek tertentu sahaja tetapi bahasa ini merupakan bahasa milik semua. Jadi, sesiapa pun tidak boleh mengatakan bahawa Bahasa Melayu Baku ini adalah dialek Johor-Riau atau dialek Kedah.
  •  Aspek sebutan bahasa baku ini dilancarkan pada tahun 1988. Sebutan baku dalam Bahasa Melayu ini adalah berdasarkan kepada ejaan. Maksudnya setiap huruf akan dibunyikan iaitu satu huruf satu bunyi. Sebutan baku diucapkan menurut ejaan baku Bahasa Kebangsaan atau menurut nilai bunyi huruf dalam bahasa kita, bukan menurut sebutan loghat atau menurut nilai bunyi huruf asing seperti Bahasa Inggeris.

Monday, December 3, 2012

PECAHAN DIALEK


Dialek sosial

Dialek sosial kenali juga sebagai sosiolek. Dialek ini digunakan oleh sesuatu daerah atau kumpulan-kumpulan penutur mengikut kelas sosial dan kelainan bahasa yang dituturkan oleh ahli sesuatu kumpulan atau lapisan masyarakat. Contohnya, dalam masyarakat melayu wujudnya susun lapis sosial akan memberi maklumat tentang kedudukan seseorang. Sosial adalah segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat atau kemasyarakatan.

Dialek sosial boleh didefinisikan juga sebagai bahasa yang terhasil berdasarkan aspek penggunaan. Contohnya, bahasa baku, bahasa formal, bahasa tidak formal, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa istana, bahasa pasar dan bahasa slanga. Bahasa Pasar ialah bentuk bahasa campuran yang berkait dengan bahasa pijin, iaitu bahasa yang dipermudah untuk proses komunikasi. Bahasa slanga pula adalah bahasa yang dipertuturkan golongan tertentu, khususnya remaja. Bahasa ini tidak rasmi, tidak baku, tidak kekal, istilah pupus setelah beberapa waktu, variasi rendah taraf daripada bahasa standard, kosa kata ada makna sendiri yang difahami golongan tertentu.

Dialek daerah

Dialek daerah adalah dialek yang dituturkan dalam satu-satu tempat atau kawasan geografi. Misalnya dialek Kelantan, dialek Perak dialek Negeri Sembilan dan sebagainya. Perbezaan bahasa pengguna adalah berdasarkan daerah atau faktor geografi. Berikut adalah penggunaan dialek berdasarkan tempat-tempat tertentu :

        Dialek Utara – Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara.
        Dialek Perak – Perak Tengah.
       Dialek Kelantan – Kelantan dan kawasan sempadan Pahang dan Terengganu.
        Dialek Terengganu – di negeri Terengganu.
        Dialek Pahang – di negeri Pahang.
        Dialek Selatan – Perak Selatan, Selangor, Melaka dan Johor.
        Dialek Negeri Sembilan – di negeri Sembilan.
        Dialek Sabah – tertumpu di Pulau Labuan dan sekitar Beaufort.
    Dialek Sarawak – Bahagian Pertama, khususnya di Kuching dan di Pantai Utara serta kawasan Miri, Bintulu dan Sibu.

Dialek Seketika

Dilihat dari sudut zaman, penggunaan dialek mengikut perkembangan zaman seperti bahasa Melayu kuno, bahasa Melayu klasik, bahasa Melayu zaman Melaka, bahasa Melayu zaman Johor Lama, bahasa Melayu zaman pramoden, dan bahasa Melayu zaman moden. Dialek ini dipakai di peringkat yang tertentu dalam sejarah perkembangan bahasa contoh bahasa melayu klasik, pra moden dan moden. Di sini boleh disimpulkan bahawa, dialek timbul disebabkan terpisah dari segi tempat dan zaman, pengalaman yang berlainan serta pengaruh luar yang berlainan.



Rajah menunjukkan perkaitan dalam variasi bahasa.