Dialek sosial
Dialek sosial kenali juga sebagai
sosiolek. Dialek ini digunakan oleh sesuatu daerah atau kumpulan-kumpulan penutur mengikut
kelas sosial dan kelainan bahasa yang dituturkan
oleh ahli sesuatu kumpulan atau lapisan masyarakat. Contohnya, dalam masyarakat
melayu wujudnya susun lapis sosial akan memberi maklumat tentang kedudukan
seseorang. Sosial adalah segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal
masyarakat atau kemasyarakatan.
Dialek sosial boleh didefinisikan juga sebagai bahasa
yang terhasil berdasarkan aspek penggunaan. Contohnya, bahasa baku, bahasa
formal, bahasa tidak formal, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa istana, bahasa
pasar dan bahasa slanga. Bahasa Pasar ialah bentuk bahasa campuran yang berkait
dengan bahasa pijin,
iaitu bahasa yang dipermudah untuk proses komunikasi. Bahasa slanga pula adalah
bahasa yang dipertuturkan golongan tertentu, khususnya remaja. Bahasa ini tidak
rasmi, tidak baku, tidak kekal, istilah pupus setelah beberapa waktu, variasi
rendah taraf daripada bahasa standard, kosa kata ada makna sendiri yang
difahami golongan tertentu.
Dialek daerah
Dialek daerah adalah dialek yang dituturkan dalam
satu-satu tempat atau kawasan geografi. Misalnya dialek Kelantan, dialek Perak
dialek Negeri Sembilan dan sebagainya. Perbezaan bahasa pengguna adalah berdasarkan
daerah atau faktor geografi. Berikut adalah penggunaan dialek berdasarkan
tempat-tempat tertentu :
•
Dialek Utara –
Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara.
•
Dialek Perak – Perak
Tengah.
• Dialek Kelantan –
Kelantan dan kawasan sempadan Pahang dan Terengganu.
•
Dialek Terengganu –
di negeri Terengganu.
•
Dialek Pahang – di
negeri Pahang.
•
Dialek Selatan –
Perak Selatan, Selangor, Melaka dan Johor.
•
Dialek Negeri
Sembilan – di negeri Sembilan.
•
Dialek Sabah –
tertumpu di Pulau Labuan dan sekitar Beaufort.
• Dialek Sarawak –
Bahagian Pertama, khususnya di Kuching dan di Pantai Utara serta kawasan Miri,
Bintulu dan Sibu.
Dialek Seketika
Dilihat dari sudut zaman, penggunaan dialek mengikut
perkembangan zaman seperti bahasa Melayu kuno, bahasa Melayu klasik, bahasa
Melayu zaman Melaka, bahasa Melayu zaman Johor Lama, bahasa Melayu zaman
pramoden, dan bahasa Melayu zaman moden. Dialek ini dipakai di peringkat yang
tertentu dalam sejarah perkembangan bahasa contoh bahasa melayu klasik, pra
moden dan moden. Di sini boleh
disimpulkan bahawa, dialek timbul disebabkan terpisah dari segi tempat
dan zaman, pengalaman yang berlainan serta pengaruh luar yang berlainan.
Rajah menunjukkan
perkaitan dalam variasi bahasa.
Ilmu yang menarik..letakkan sumber sebagai rujukan ya nanti..hehee
ReplyDelete