DEFINISI :
Stail hasilan tercapah melibatkan kemampuan dan kesanggupan pelajar yang mempunyai pelbagai penemuan yang tidak terhad
dan membolehkan pelajar membuat penyelesaian masalah dengan cara tersendiri bergantung kepada pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada.
KONSEP :
•Pelajar dianggap sebagai manusia yang menggunakan pemikirannya untuk mencari alternatif alternatif yang sesuai daripada pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan masalah yang telah dikemukakan.
•Stail ini merupakan penemuan mencapah yang menekankan kepada pelbagai idea dan kemahiran murid.
OBJEKTIF :
•Stail
hasilan tercapah ini
telah berjaya dilaksanakan apabila tindakbalas diberikan dengan menyumbangkan
pelbagai idea dalam menyelesaikan masalah tertentu.
•Terdapat
beberapa objektif dalam melaksanakan stail hasilan tercapah ini. Antara objektif
tersebut ialah;
•Objektif
mata pelajaran (Subject Matter
Objectives):
•Untuk mencari dan
menghasilkan pelbagai jawapan atau pelbagai penyelesaian kepada soalan atau
masalah.
•Untuk menghasilkan
pengalaman bercapah dalam operasi kognitif tertentu.
•Untuk mencari pelbagai
kemungkinan alternatif yang boleh ada dalam setiap kandungan.
•Untuk melihat sesuatu
dalam kandungan sebagai pembangunan dan
perkembangan.
•Untuk membina kebolehan
dalam menentukan penyelesaian untuk tujuan tertentu.
•Objektif kelakuan (Behavior Objectives)
•Hasil daripada pelbagai
jawapan atau respon yang diberikan, ianya dapat menjadi perangsang dalam rasa
puas hati.
•Untuk menjadikan pelajar
berfikiran bercapah dalam operasi kognitif melalui rangsangan yang diberikan.
•Untuk menjadikan emosi,
kognitif, dan sosial menghasilkan pelbagai idea alternatif
•Untuk menerima pendekatan
yang digunakan oleh seseorang dalam menyelesaikan masalah atau sesuatu isu
dengan cara penyelesaian yang berbeza.
•Untuk bertolak-ansur dan
menerima buah fikiran atau pendapat orang lain.
•Untuk merasakan kekuatan
emosi dan kognitif di mana penghasilan
idea boleh dibina.
No comments:
Post a Comment