1.
5 genre karya kreatif yang masih
popular di persada dunia sastera tanah
air.
1.
Novel
·
Novel ditakrifkan sebagai cereka yang berbentuk prosa.
·
Istilah ‘novel’ diambil daripada bahasa Inggeris.
·
Perkataan itu asalnya daripada bahasa Itali ‘novella’ yang bererti
satu benda kecil yang baru.
·
Cereka yang disampaikan itu luas jangkauannya. Maksudnya ialah
cerita yang disampaikan itu terdiri atas plot yang kompleks,
·
Watak yang menggerakkan cerita banyak jumlahnya,
·
Persoalan-persoalan yang dikemukakan bersifat pelbagai dan suasana
serta latar ceritanya beraneka. Hal-hal itu menyebabkan sesebuah novel itu
relatif panjang, yakni lebih panjang daripada cerpen.
·
Contohnya Novel Julia yang merupakan karya Abu Hassan
Morad yang memaparkan tema kegigihan kaum
wanita apabila menghadapi cabaran dalam pengurusan perniagaan.
·
Sehubungan dengan itu, novel Julia yang mengandungi
17 bab. Di sini menunjukkan, jalan ceritanya panjang dan semestinya terdapat
banyak penggunaan gaya bahasa yang menarik dapat diserlahkan oleh pengarang.
·
Penggunaan gaya bahasa ini boleh dilihat menerusi keindahan gaya
bahasa yang pelbagai oleh pengarang menerusi rentetan cerita yang panjang.
Misalnya, hiperbola yang digunakan seperti perniagaan
adalah peperangan. Di sini menunjukkan pengarang menggunakan kiasan yang berlebih-lebihan
dengan maksud sebenar.
·
Selain itu, latar yang digunakan juga lebih banyak berikutan lebih
banyak situasi yang terdapat dalam penceritaan di dalam novel. Misalnya, latar tempat
di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Syah, Subang,
iaitu ketika Julia dan mama hendak berangkat ke Australia. Tambahan
lagi, ada juga situasi di Pesawat Boeing 777 iaitu tempat dimana Julia
terlanggar Jun secara tidak sengaja.
·
Jadi, jelas di sini menunjukkan, berdasarkan genre sastera seperti
novel yang panjang ceritanya, kita boleh lihat lebih banyak kepelbagaian bahasa
dan latar misalnya, yang digunakan oleh pengarang.
2.
Cerpen
·
Cerpen ialah
singkatan kata daripada perkataan cerita pendek. Oleh sebab itu, sudah tentu ceritanya tidak panjang.
·
Walau bagaimanapun, batasan atau tanggapan panjang pendeknya tidak
boleh diukur berdasarkan jumlah perkataan yang dilihat lantaran sifatnya yang
relatif.
·
Pada kebiasaannya, sesebuah cerpen mengisahkan hanya satu kejadian
dalam kehidupan yang diwarnai oleh pelbagai kejadian.
·
Sesuatu kejadian yang digambarkan melalui cerpen dianggap sebagai
pokok yang menentukan segalanya. Kemungkinan-kemungkinan lain ditinggalkan
begitu sahaja.
·
Oleh sebab itu, pengisahan yang diutarakan menjadi relatif pendek.
·
Sesebuah cerpen biasanya memusatkan pengisahannya kepada satu watak
sahaja, terutama watak penting yang menghadapi permasalahan hidup, misalnya.
·
Persoalan yang ditimbulkan itu benar-benar bermakna, penting dan
dapat ditonjolkan pemikiran mengenai watak-watak yang difokuskan.
·
Hal itu dapat dilihat pada watak Wak Da di dalam cerpen Kelapa Nan
Sebatang karya Shahnon Ahmad. Wak Da hidup di dalam serba kesusahan. Sewaktu
menyeberangi sungai melalui titi batang kelapa, Wak Da berhasrat mengakhiri
derita dan kekecewaannya dengan membunuh diri. Namun demikian, setelah mendapat
semangat baru dan keyakinan diri, Wak Da berjaya menyeberangi sungai itu. Di
sini menunjukkan, pengarang hanya terhad fokus terhadap satu watak sahaja.
·
Tambahan lagi, cerpen biasanya disiarkan di dalam akhbar mingguan
dan majalah. Sungguhpun begitu, atas inisiatif pihak-pihak tertentu,
cerpen-cerpen pilihan biasanya dikumpul dan dibukukan.
3.
Drama
·
Drama merupakan salah satu bentuk karya sastra.
·
Sejenis cereka yang berbentuk lakonan dan selalunya dipentaskan.
·
Perkataan ‘drama’ berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud ‘gerak’.
·
Dalam drama, penulis ingin menyampaikan pesan melalui acting
(perbuatan) dan dialog.
·
Biasanya drama menampilkan
sesuatu hal yang biasa terjadi dalam kehidupan kita sehari-hari.
·
Sehingga para penonton diajak untuk seolah-olah ikut menyaksikan dan
merasakan kehidupan dan kejadian dalam masyarakat.
·
Ciri-ciri sebuah drama ialah aksi, konflik dan persembahannya sekali
jalan sahaja.
·
Manakala jenis-jenisnya ialah tragedi, komedi, tragi-komedi, opera,
pantomin dan bangsawan.
·
Jenis yang boleh diketengahkan adalah seperti drama berbentuk
tragedi yang mengandungi kisah sedih yang menimpa watak utama. Sekalipun watak
itu cuba mengubah nasib malang tersebut dengan baik, tetapi dia tetap gagal.
Contohnya Keris Laksamana Bentan oleh Shaharom Hussain.
·
Selain itu, drama berbentuk komedi mengisahkan telatah lucu
watak-watak di dalamnya. Tujuannya untuk menghibur di samping menyindir penonton-penonton
secara halus. Contohnya Cam Ni Cam Tu oleh Hafsham.
·
Drama berbentuk seperti pantomin pula dipersembahkan tanpa dialog.
Pelakon-pelakonnya hanya mempamerkan gerak laku dan memek muka bagi menunjukkan
aksi dan perasaan yang maksudnya difahami penonton. Drama jenis ini dinamakan
pantomin dan ia sering dipersembahkan dalam majlis-majlis sambutan yang
besar-besar seperti Maal Hijrah dan Hari Kebangsaan.
4.
Sajak
·
Menurut Hashim Awang sajak adalah puisi baru yang bebas daripada
peraturan-peraturan dalam pembentukan rangkap, baris, kata-kata dan rima.
·
Sajak mengungkapkan perasaan & pemikiran penyair secara imaginatif
dan disusun dengan menumpukan semua kekuatan bahasa, serta bentuk luaran dan
dalaman.
·
Sajak bersifat demikian untuk dapat mengucapkan fikiran penyair dalam
cara yang lebih indah, segar dan bebas.
·
Sajak juga tidak mempunyai imbangan bunyi yg tetap dan mempunyai keharmonian atau
penyesuaian yang baik antara isi dengan bahasa.
·
Isi-isi dalam sajak pula biasanya berkisahkan unsur pujaan, keagamaan,
kesedihan, pengajaran, sindiran, percintaan atau pengisahan.
·
Di Malaysia, pertumbuhan dan perkembangannya terserlah selepas
penyair terdedah dengan bacaan daripada luar sama ada daripada Indonesia atau
Barat.
·
Punggok atau nama sebenarnya Muhammad Yassin Maamor menjadi pelopor
puisi moden di Malaysia. Beliau dengan berani melemparkan sajaknya ke tengah
masyarakat. Sajaknya yang berjudul Di Tengah Segara yang termuat di dalam
Majalah Guru keluaran Disember 1933. Lihat petikannya:
Di dalam gelombang hambur-menghambur
Kudengar seru sayup bahasa
Hatiku lebur bagaikan hancur
Hendak kurenang beta tak bisa.
5.
Pantun
·
Pantun adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud
sejak zaman berzaman.
·
Mengikut sejarah, pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidak
tahu menulis dan membaca lagi.
·
Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan
fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di
samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk
bersuka-suka.
·
Pantun merupakan bentuk puisi tradisonal yang terdiri daripada empat
baris serangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai rima a-b-a-b dengan
beberapa variasi dan pengecualian.
·
Tiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua iaitu rangkap pembayang dan
maksud.
·
Setiap rangkap tidak dapat berdiri sendiri dan biasanya
rangkap-rangkap tersebut memerlukan beberapa rangkap lain untuk melengkapkan
keseluruhan idea.
·
Contoh pantun adat ialah :
Bukan lebah sembarang lebah
Lebah bersarang dibuku buluh
Bukan sembah sembarang sembah
Sembah bersarang jari sepuluh
No comments:
Post a Comment