Plot Novel Melunas Rindu
Plot
ialah sesuatu yang
menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita. Setiap peristiwa dari
awal hingga akhir berdasarkan hukum sebab dan akibat. Plot mengemukakan perkara
yang terjadi dan sebab perkara itu terjadi. Setiap perkara berhubungan berdasarkan
faktor-faktor sebab dan akibat. Susunan cerita
bergantung pada fantasi dan kreativiti
pengarang. Plot dirangka dengan teliti dan tidak semestinya berurutan
peristiwanya dari awal hingga akhir atau kronologi. Plot ialah penyusunan
kronologi yang diubah suai mengikut kemahuan pengarang. Teknik
penyusunan plot yang menarik ialah
penyusunan peristiwa secara tidak kronologi.
Pengarang haruslah cekap, kreatif, dan bijaksana menyusunnya sehingga mencapai
peleraian.
Terdapat
lima binaan plot dalam sesebuah cerpen atau pun novel, yang pertama ialah
permulaan plot ialah :
1. peringkat pengenalan (eksposisi),
· Pengarang mengemukakan beberapa
perkara penting kepada pembaca.
· Perkara-perkara tersebut ialah
watak-watak, permasalahan, latar, sudut pandangan dan nada cerita.
· Sebagai contohnya dalam novel melunas
rindu olah Hartini Hamzah.
· Pada peringkat ini pembaca
diperkenalkan dengan watak utama novel ini iaitu Fuad.
· Selain itu pengarang juga
memperkenalkan watak-watak sampingan lain seperti Farhana, Pak Ismail, Mak
Salmah, dan Cikgu Abas.
· Perkara ini dibuktikan dalam
bahagian-bahagian awal novel ini. Sebagai contohnya, dalam bahagian awal novel
ini, pengarang menceritakan Fuad yang lewat pulang pada suatu senja kerana
mencari kayu api telah menyebabkan Pak Ismail dan Mak Salmah berasa bimbang.
· Kita juga mengetahui bahawa Fuad
ialah seorang mualaf yang taat akan agama iaitu tidak pernah meninggalkan solat
lima waktu dan dia selalu menunaikan solat berjemaah di surau.
· Dia juga rajin membaca al-Quran
dengan bimbingan Pak Ismail.
· Kita juga mengetahui bahawa Fuad
sebenarnya anak angkat kepada Pak Ismail dengan Mak Salmah.
2. Binaan yang ke dua ialah perkembangan
plot yang mengakibatkan konflik terjadi.
· Contohnya dalam novel melunas rindu
dalam bahagian ini, pengarang memaparkan perkembangan cerita iaitu Fuad telah
memulakan tugasnya sebagai guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia
dan dia cuba menyesuaikan diri dan bekerjasama dengan Farhana yang menjadi
Ketua Panitia Bahasa Inggeris di sekolah itu.
· Seterusnya pengarang mengembangkan
cerita seterusnya dengan menjelaskan hasrat Fuad untuk mencari kubur ibunya.
· Sebagai contohnya, Fuad menyatakan
hasratnya itu kepada Pak Ismail dan Mak Salmah dan mereka berdua tidak
menghalangnya.
· Seterusnya, dia berusaha untuk
mencari kubur emaknya itu melalui maklumat daripada Peter Lim dan Swee Lan,
bapa dan ibu saudaranya.
· Akhirnya, Fuad dibantu oleh Pak Said
yang menawarkan diri untuk mencari kubur ibunya itu.
· Hubungan Fuad dengan Farhana pula
menjadi semakin rapat pada peringkat ini.
3. Binaan
plot yang ketiga ialah melibatkan peristiwa berkembang kepada peringkat
pertengahan cerita, iaitu konflik / perumitan.
· Contohnya Dalam bahagian ini, Fuad
mendapat maklumat daripada Pak Ngah Lias iaitu jiran datuknya iaitu Seman
bahawa ibunya tidak meninggal dunia seperti yang disangkanya.
· Hal ini dibuktikan oleh Pak Ngah Lias
bahawa mereka tidak mengetahui maklumat tentang kubur ibunya itu dan mereka
juga tiada maklumat tentang kematian ibunya.
· Pak Samsudin, jiran Mariah dahulu mengatakan
bahawa emak Fuad memang bersalin di Kuala Lipis tetapi tidak meninggal dunia.
· Perkara ini menyebabkan Fuad berasa
lebih bersemangat untuk mencari ibu kandungnya.
· Sementara itu, hubungan Farhana
dengan Cikgu Zamani pula menjadi semakin tegang.
· Hal ini terbukti melalui peristiwa
pertengkaran antara mereka berdua akibat kesalahan Cikgu Zamani yang tidak
masuk ke kelas semasa kelas lanjutan.
· Pada bahagian ini juga, ibu Farhana
jatuh sakit dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Ampuan Afzan di Kuantan akibat
penyakit lelah.
· Fuad pergi ke Kuantan dan menemani
Farhana yang menjaga ibunya yang sakit di hospital
4. Seterusnya
binaan plot yang keempat ialah perumitan menuju kepada puncak / klimaks apabila
tercapainya konsentrasi yang maksimum.
· Pada bahagian ini pengarang
menggambarkan kepada kita tentang peristiwa Fuad terpandang nama ibu Farhana
semasa dia menemani Farhana menjaga ibunya itu di hospital.
· Nama ibu Farhana iaitu Mariana binti
Osman itu sama dengan nama emak kandungnya.
· Hal ini menyebabkan dia berasa
terkejut dan mengharapkan agar jika ibunya masih hidup, tetapi bukannya emak
Farhana.
· Setelah berbincang dan mendapatkan
maklumat yang lebih lanjut daripada Farhana, Fuad akhirnya menerima hakikat
bahawa emak Farhana itu juga ialah emak kandungnya.
· Walau bagaimanapun Farhana agak sukar
untuk menerima hakikat bahawa dia dengan Fuad sebenarnya ialah adik-beradik
yang berlainan bapa.
5. Seterusnya binaan plot yang terakhir ialah peleraian.
· Pengakhiran merupakan penyelesaian
sesebuah kisah.
· Penyelesaian mungkin berakhir dengan
kegembiraan atau kesedihan.
· Contohnya Fuad dan Farhana dapat
menyesuaikan diri bahawa mereka berdua ialah adik-beradik.
· Robert Lim, iaitu ayah kandung Fuad
juga mengesahkan bahawa Mariana iaitu emak Farhana itu juga ialah emak Fuad,
iaitu isteri yang pernah dikahwininya suatu masa dahulu.
· Farhana juga sudah pulih daripada
kejutan kerana mengetahui bahawa dia dengan Fuad ialah adik-beradik kandung.
· Perasaan sayang sebagai kekasih
sebelum itu sudah berubah menjadi perasaan sayang kepada seorang abang kandung.
· Selain itu, Fuad telah diterima untuk
mengikuti kursus KPLI untuk melayakkannya menjadi seorang guru yang terlatih.
· Seterusnya, Fuad membawa ibunya, Pak
Ismail dan Mak Salmah menunaikan umrah dan ayahnya, Robert Lim mengatakan
bahawa dia juga akan menyusul kemudian.
No comments:
Post a Comment