Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji
tentang sistem bunyi yang diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam
bahasa yang lebih mudah difahami bahasa yang difahami oleh kedua-dua belah
pihak. Fonetik pula bermaksud bidang
yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi
manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Perbezaan antara
kedua-dua bidang kajian ini dapat dijelaskan menerusi jadual berikut:
Fonetik
|
Fonologi
|
Fenomena
bunyi atau pertuturan manusia seluruhnya.
|
Mengkaji
sistem bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan bagi sesuatu bahasa.
|
Asas kepada kajian fonologi.
|
Input
kepada kajian linguistik tinggi, iaitu morfologi dan sintaksis.
|
Tidak
dapat memerikan seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia, tidak dapat
menghalusi segala variasi bunyi tersebut dan tidak dapat menghuraikan sistem
bunyi semua bahasa yang dituturkan oleh manusia dengan sempurna.
|
Dapat
merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu
bahasa secara teliti dan terperinci dengan tujuan untuk menentukan peraturan
dan bentuk bunyi secara spesifik.
|
(Siti Hajar Abd. Aziz, 2008: 90)
No comments:
Post a Comment