Nama Ujian:
Jangkauan
Melunjur
Tujuan:
Mengukur
fleksibiliti
Tahap:
Murid Tahun 4
hingga Tingkatan 5
Jantina:
Lelaki dan perempuan
Alatan dan kemudahan:
1. Alat pengukur jangkauan
2. Borang skor.
Pengurusan dan organisasi:
1. Gunakan alat pengukur jangkauan yang disediakan.
Prosedur:
1. Murid
duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki di letak di belakang penanda 23
sentimeter.
2. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian.
Rakan memegang lutut.
3. Tapak
tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri dalam keadaan hujung
jari tengah hendaklah sama.
4. Dagu
rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita
pengukur.
5. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat
tanpa menyentap.
6. Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubahan
terbaik diambil kira sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang
terhampir. Tidak perlu merekod dalam
titik perpuluhan.
7. Murid yang membantu memegang lutut pelaku
tidak menganggu pelaku.
No comments:
Post a Comment