Nama Ujian:
Ujian Tekan Tubi
Tujuan:
Menilai keupayaan
daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu
Tahap:
Murid Tahun 4
hingga Tingkatan 5
Jantina:
Lelaki
Alatan dan kemudahan:
- Kawasan lapang dan rata.
- Span ( 5 cm tinggi x 15 cm
panjang x 10 cm lebar).
- Jam Randik.
Pengurusan dan organisasi:
- Ujian dilaksanakan secara
berpasangan.
- Murid A melakukan ujian dan
murid B sebagai pencatat.
Prosedur:
- Mula dengan kedudukan sokong
hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari
kaki. Badan diluruskan.
- Turunkan badan dengan
membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span.
- Luruskan tangan seperti
kedudukan sedia.
- Tekan tubi diteruskan sehingga satu
minit atau murid tidak berupaya meneruskannya.
- Ujian akan ditamatkan jika murid
tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut arahan 1 hingga 3.
- Murid B mengira dan merekod
bilangan lakuan Murid A.
No comments:
Post a Comment