Tuesday, November 20, 2012

Pelaksanaan SEGAK - Tekan tubi suaian (perempuan)


Nama Ujian:
Ujian Tekan Tubi Suaian

Tujuan:
Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu

Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Jantina:
Perempuan

Alatan dan kemudahan:
  1. Kawasan lapang dan rata.
  2. Span ( 5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm lebar ).
  3. Jam randik.

Pengurusan dan organisasi:
  1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
  2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.

Prosedur:
  1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan lutut yang bengkok.  Kaki bersilang. Badan diluruskan.
  2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span.
  3. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
  4. Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya.
  5. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut arahan 1 hingga 3.
  6. Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A.

No comments:

Post a Comment