Wednesday, January 9, 2013

BMM3109: MORFOLOGI AKRONIM


        DEFINISI AKRONIM
ØAkronim merupakan kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan yang utuh.
ØAkronim tergolong dalam jenis kata tunggal.
ØBentuk singkatan ini dapat terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu.

         PEMBENTUKAN AKRONIM
ØProses pembentukan akronim tidak mempunyai prinsip yang jelas.
ØCara pembentukannya lebih kepada proses penggabungan dan pembentukan kata nama bagi melahirkan bentuk baharu yang lebih ringkas.
ØLazimnya, pembentukan akronim digunakan untuk kata nama khas dan proses pembentukannya agak longgar.

JENIS AKRONIM
1- Kata Akronim Cantuman Huruf Awal Perkataan
  •       Dalam bahasa Melayu, terdapat sekurang-kurangnya empat jenis akronim. Yang pertama ialah akronim yang terbentuk daripada cantuman huruf awal perkataan-perkataan.
  •       Kata akronim cantuman huruf awal perkataan biasanya menggunakan huruf yang pertama sebagai akronim.
  •          Permulaan huruf diambil mestilan menggunakan huruf besar.
  •      Kesemua akronim ini merupakan singkatan bagi nama khas beberapa pertubuhan atau organisasi.
  •          Contohnya :-
•ABIM terbentuk daripada huruf awal Angkatan Belia Islam Malaysia.
•LUTH daripada huruf awal Lembaga Urusan Tabung Haji.
•MARDI (Malaysian Agricultural Research Development Institute).
•EON (Edaran Otomobil Malaysia).
• ADUN (Anggota Dewan Undangan Negeri).

2. Kata Akronim Cantuman Huruf Dan Suku Kata Perkataan Sesedap Sebutan.
  •          Kata akronim jenis ini terhasil daripada cantuman huruf dan suku kata sejumlah perkataan berdasarkan sebutan yang sedap tanpa urutan tertentu.
  •          Lazim ditulis dengan huruf besar diawal perkataan.
  •          Contoh :
  Perhilitan : Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.
  Proton : Perusahaan Otomobil Nasional.

3. Kata Akronim Cantuman Suku Kata Awal Perkataan.
  •          Kata akronim jenis ini dibentuk melalui percantuman suku kata awal dan sejumlah perkataan.
  •           Lazim ditulis dengan menggunakan huruf kecil kerana perkataan yang terbentuk bukan kata nama khas.
  •           Contoh :
  tadika : taman didikan kanak-kanak.
  pawagam : panggung wayang gambar.
  kugiran : kumpulan gitar rancak.






No comments:

Post a Comment