Friday, December 6, 2013

KEPENTINGAN MENGUASAI BAHASA LAIN SELAIN BAHASA MELAYU

  • PENGUASAAN lebih satu bahasa memberi banyak kelebihan dalam kehidupan dan dunia kerjaya. Kemampuan menguasai lebih satu bahasa selain bahasa ibunda juga mampu meningkatkan keterampilan pada peringkat antarabangsa. Dalam konteks masyarakat majmuk seperti Malaysia, penguasaan bahasa kaum lain seperti Mandarin dan Tamil adalah bertepatan dengan tuntutan semasa.
  • Melalui bahasa yang difahami bersama akan dapat mengeratkan lagi perpaduan serta lebih memahami budaya kaum lain selaras konsep 1Malaysia. Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran bahawa kerajaan sedia mengkaji cadangan mewajibkan subjek Bahasa Mandarin dan Tamil di Sekolah Kebangsaan (SK) bagi membolehkan murid pelbagai kaum di negara ini menguasai lebih daripada dua bahasa, termasuk bahasa Melayu dan bahasa Inggeris wajar disambut baik. Jika murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) mempelajari bahasa Melayu dan Inggeris, tidak ada sebab murid di SK tidak boleh mempelajari bahasa Mandarin dan Tamil serta menguasainya dengan baik. Kita sedia maklum, bahasa Mandarin adalah bahasa paling ramai ditutur di dunia, berdasarkan jumlah penduduk negara China berjumlah 1.3 bilion, manakala India adalah penduduk kedua teramai di dunia, kira-kira 1 bilion yang turut menggunakan bahasa Tamil. Jika ia dilaksanakan murid yang mahu menguasai bahasa Mandarin atau Tamil, tidak saja boleh ke SJKC atau SJKT, mereka juga boleh memperolehnya di SK. Pada masa sama, murid di semua sekolah terbabit dapat berinteraksi dengan lebih berkesan, walaupun mempunyai aliran berbeza, tanpa polarisasi kaum. 
  • Pada masa depan, barangkali kita tidak lagi berasa wujud diskriminasi ketika membaca iklan pekerjaan keperluan menguasai bahasa tertentu oleh majikan sebagai antara syarat utama permohonan. Apapun langkah ini tidak wajar hanya tinggal cadangan atau hanya pada peringkat kajian. Semua aspek berhubung pelaksanaan perlu diberi perhatian serius seperti menyediakan tenaga pengajar mencukupi, memperhalusi kurikulum yang akan diguna pakai, mahupun menentukan mata pelajaran ini dijadikan subjek teras atau wajib lulus. Bagaimanapun, ketika melaksanakan matlamat ini, semua pihak terutama Kementerian Pelajaran sendiri tidak wajar mengabaikan penggunaan bahasa Melayu kerana bahasa itu adalah bahasa kebangsaan yang patut dipelajari semua warga negara ini. Perlembagaan Malaysia, Perkara 152, Akta Bahasa Kebangsaan, dengan jelas menyatakan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan bagi negara ini dan ia patut dikuasai semua kaum tanpa mengira asal usul mereka. Semua pihak perlu melihat langkah ini sebagai satu kewajaran dalam perspektif lebih terbuka tanpa prejudis, bukan sebagai retorik politik atau perkauman. Menguasai bahasa bermakna menguasai cabang ilmu dalam bahasa sumber dan ia tidak akan merugikan sesiapa, hatta bahasa Arab, Perancis, Greece dan Parsi yang suatu ketika dulu pernah membina tamadun dunia.
  • hakikatnya, bahasa Inggeris adalah satu kemestian untuk kemajuan tamadun Malaysia. Sering sekali kita cuba mengambil contoh negara-negara maju seperti Jerman dan Jepun yang boleh menggunakan bahasa ibunda pada pendidikan peringkat tinggi. Tetapi kita lupa bahawa negara-negara tersebut telah awal lagi mendahului perkembangan sains dan teknologi sehingga seiring dengan negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris.
  • pelbagai kaum perlu mewujudkan kesedaran dalam menguasai satu atau lebih bahasa seperti bahasa Melayu, Inggeris dan tidak juga lupa sekurang-kurangnya satu lagi bahasa mana-mana satu kaum di Malaysia iaitu Mandarin, Tamil, ataupun bahasa-bahasa lain.
  • Melalui penguasaan bahasa yang pelbagai, anggota bangsa Malaysia boleh berbangga dengan diri sendiri di atas kebolehan multilingual, ataupun setidak-tidaknya bilingual.
  • Walaupun bahasa Inggeris turut ditekankan dalam penguasaan bahasa, ia tidak seharusnya menjejaskan kedudukan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.
  • Penerimaan bahasa Inggeris perlu dlm kalangan rakyat Malaysia sebagai bahasa global tanpa menjejaskan menjejaskan status bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu yang menjadi saluran pembinaan bangsa. Sebagai warganegara, setiap orang wajib berbahasa Melayu. Bahasa Melayu bukan sekadar alat komunikasi antara rakyat tetapi juga alat perpaduan. 

Thursday, December 5, 2013

ISU SEMASA BERKAITAN KDWIBAHASAAN

Cabaran yang dihadapi ialah apabila terdapatnya pihak yang tidak mahu menerima guru-guru bukan Cina untuk mengajar BM di sekolah jenis kebangsaan; atas alasan bahawa guru-guru BM hendaklah menguasai bahasa Cina.

Ini bermakna pihak berkenaan secara halus menolak perlaksanaan bahasa kebangsaan dan mengutamakan dwi-bahasa; malah pengajaran BM di sekolah berkenaan tidak dalam BM tetapi di dalam bahasa Cina.


Tindakan sedemikian akan melambatkan dan mengurangkan daya kefasihan para pelajar di dalam BM. Dengan daya kefasihan yang amat sederhana akan mengurangkan proses interaksi antara kaum untuk mencapai perpaduan nasional.

Wednesday, December 4, 2013

PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

pada tanggal 22 Jun 1956 Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu. Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertujuan untuk mengembangkan Bahasa Melayu yang bakal dijadikan bahasa kebangsaan pada ketika itu. Pada tahun 1959, DBP telah dinaikkan taraf sebagai sebuah badan berkanun menerusi Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959.

Peranan-peranan DBP :

membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi. Sepertimana yang diketahui umum bahawa dalam bidang sains dan teknologi, hanya perkataan-perkataan daripada Bahasa Inggeris yang digunakan untuk membina atau menghasilkan sesuatu penemuan atau penciptaan yang baru khususnya dalam bidang perubatan. Oleh hal yang demikian, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah berusaha dan memainkan peranan yang sangat penting bagi memperkaya bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu supaya lebih banyak perkataan daripada Bahasa Melayu dihasilkan di dalam bidang-bidang yang pesat berkembang sperti bidang sains dan teknologi

Memajukan bakat kesusasteraan, terutama dalam bahasa kebangsaan. Menurut Berita Harian, DBP mengiatkan program dari semasa ke semasa iaitu Minggu Penulis Remaja dengan motif melahirkan dan memupuk penulis muda. Program ini juga bertujuan melahirkan pewaris ilmu kesusasteraan pada masa depan. Dalam usaha memperkasakan ilmu kesusasteraan ini, DBP sekali lagi menggunakan kaedah penganugerahan bagi menggalakkan sasterawan-sasterawan menceburi bidang ini. Kepentingan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah begitu penting sehingga ia diiktiraf oleh jabatan kerajaan sebagai Badan Berkanun melalui Akta Parlimen pada tahun 1959 dalam memantapkan lagi pengembangan bahasa sastera. Begitu juga dengan pengaturan rancangan memupuk bahasa sastera dengan baik.

Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku, risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan. Pihak DBP merupakan sebuah organisasi yang begitu penting dalam industri percetakan dan penerbitan buku-buku, risalah-risalah, kamus-kamus, serta pelbagai bentuk bahan ilmiah kerana ia merupakan salah sebuah organisasi penerbitan yang terbesar di Malaysia. Pihak DBP telah banyak mencetak dan menerbitkan buku-buku untuk sekolah-sekolah seperti buku teks dan buku rujukan yang merupakan bahan ilmiah yang sangat penting bagi pelajar-pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah. DBP juga bergiat aktif dalam menerbitkan buku-buku kesusasteraan Bahasa Melayu mahupun dalam Bahasa Inggeris. Ini bermakna peranan yang dimainkan oleh DBP adalah sangat penting dan ia juga memberi impak yang baik dalam bidang kesusasteraan, pendidikan, dan juga industri percetakan Negara. Menurut Bekas Menteri Kehakiman Malaysia, Dato’ Dr. Sulaiman Hj. Daud (1990: 1) bahawa Dewan Bahasa dan Pustakan (DBP) sejak 20 tahun lalu berjaya menerbitkan tidak kurang daripada 50 judul buku undang-undang Bahasa Melayu. Ini menunjukkan DBP juga bertindak sebagai medium penterjemahaan karya-karya asing. Maka ilmu dari luar dapat diadaptasikan dalam Bahasa Melayu bagi memperkayakan perbendaharaannya. Dalam masa yang sama DBP juga memerlukan penglibatan para sarjana, pengkritik dan pemantau bahasa, agar buku-buku terbitan DBP dapat dianalisa dan diberi ulasan-ulasan fragmentasi atau resensi buku, agar orang ramai akan dapat menikmati dan memahami intipati buku-buku yang diterbitkan oleh DBP.

membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan; Pelaksanaan dasar bahasa yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, menengah dan hinggalah ke peringkat institusi pengajian tinggi menggerakkan kegiatan peristilahan yang didukung oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Banyak Jawatankuasa Istilah (JKI) telah ditubuhkan oleh DBP dengan kerjasama institusi pengajian tinggi awam untuk mengumpul, membentuk dan menyebar luas istilah bahasa Melayu dalam bidang sains asas dan sains gunaan. Perubahan ini menyaksikan perancangan korpus bahasa Melayu berkembang dengan cepat sekali.
 
untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul. Sepertimana yang sedia maklum, tidak ramai atau hanya segelintir sahaja daripada rakyat Malaysia yang menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Majoriti daripada mereka menggunakan Bahasa Melayu yang tidak betul. Sebagai contoh yang paling ketara ialah rakyat Malaysia menggunakan bahasa pasar sebagai bahasa percakapan harian mereka. Bukan sahaja sebagai bahasa percakapan harian, malah notis-notis ataupun risalah-risalah awam yang diedarkan kebanyakannya tidak menggunakan Bahasa Melayu yang betul seperti risalah-risalah ataupun poster-poster untuk konsert dan promosi kompleks-kompleks beli-belah. Oleh hal yang demikian, pihak DBP perlu memainkan peranan yang sangat penting untuk mengatasi masalah yang telah berleluasa hingga ke hari ini seperti mewujudkan buku-buku dan risalah-risalah dan akhbar-akhbar yang menggunakan dan memperbetulkan penggunaan Bahasa Melayu yang tidak betul di kalangan rakyat Malaysia. Walaupun DBP menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan namun setelah masa beredar melangkaui peredaran zaman kini banyak pecampuran bahasa seperti bahasa rojak yang sedang menular dalam masyarakat masa kini. Oleh itu, dengan adanya DBP masalah penyalahgunaan bahasa ini dapat dibendung. Disamping itu, keaslian bahasa kebangsaan ini tidak dicemar. Begitu juga dengan penggunaan bahasa singkatan. Contohnya, singkatan bagi sungai, bukit, jalan, dan sebagainya. Penggunaan singkatan ini memudahkan penulis surat bagi alamat dan kawasan. 

untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa. Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan,pemupukan, penataran, pekhidmatan dan penyebaran.  Pelbagai kegiatan dilaksanakan melalui fungsi-fungsi ini bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu terus menjadi mantap sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan negara Malaysia.  Di sinilah peranan yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sangat penting ke arah memasyarakatkan secara meluas penggunaan bahasa Melayu dengan pendekatan dan kaedah yang menarik dan selaras dengan perkembangan teknologi info-telekomunikasi. Daripada kaedah biasabiasa dan stereotype yang sering digunakan, DBP perlu meneroka pendekatan baru melalui industri kreatif, media sosial dan elektronik mengadakan program pembelajaran bahasa Melayu dan menghasilkan promo, iklan, drama dan sitkom televisyen dan radio yang bersangkutan dengan bahasa Melayu.


Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang cekap dan berkesan dalam semua bidang terutama dalam bidang pentadbiran negara, dalam bidang pengajian tinggi, dan dalam kegiatan yang maju dan kompleks seperti kegiatan intelektual, kegiatan kebudayaan, ekonomi dan perdagangan. Masalah dan kekangan yg timbul ialah terdapat golongan yang berpandangan bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa yang maju dan bersifat saintifik. Tetapi kita jangan lupa bahawa bahasa Melayu pernah menjadi bahasa lingua franca suatu ketika dahulu yang dituturkan dan digunakan sebagai bahasa komunikasi oleh golongan pedagang, golongan agama, golongan pemodal di nusantara ini. Bahasa Melayu kini telah dituturkan oleh masyarakat di negara ini sebagai bahasa komunikasi, bahasa perpaduan dsb.

Tuesday, December 3, 2013

Sumbangan Abdullah Munsyi dalam perkembangan bahasa Melayu

- Faktor kuasa barat mulai bertapak di Tanah Melayu.
Huraian/Contoh: Penjajahan barat oleh Inggeris ke atas Tanah Melayu telah menyebabkan kuasa golongan feudal mulai merosot, pada ketika proses transisi inilah Abdullah Munsyi tampil sebagai penulis yang membawa perubahan. Ini dapat dibuktikan melalui karya-karya yang dihasilkan beliau seperti Kisah Pelayaran Abdullah (1838) yang menceritakan pengalaman yang dilalui oleh beliau semasa mengikuti rombongan penjajah Inggeris ke negeri-negeri pantai Timur.

- Faktor arus modenisasi yang dibawa oleh penjajah barat.
Huraian/Contoh: Kehadiran alat cetak yang dibawa bersama arus modenisasi barat telah memungkinkan karya-karya yang ditulis oleh Abdullah Munsyi dicetak dan diterbitkan. Beliau merupakan pengarang Melayu pertama yang karyanya dicetak. Antara karyanya yang terawal dicetak ialah Kisah Pelayaran Abdullah (1838).

-Faktor bakat dan kebolehan semulajadi dalam bidang tulis menulis.
Huraian/Contoh: beliau memang berbakat dalam tulis-menulis, idea yang diberikan kreatif. Olahan cerita yang disampaikannya juga menarik serta terperinci. Idea dan pemikiran dalam karya-karyanya yang berbentuk autobiografi seperti Syair Singapura terbakar (1830) Kisah Pelayaran Abdullah (1838) membuktikan beliau memang berbakat dalam bidang penulisan yang melayakkannya berada dalam zamannya sendiri.

-Faktor zaman Abdullah Munsyi adalah zaman pergolakkan
Huraian/Contoh: Abdullah Munsyi berada dalam dua situasi iaitu menjelang keruntuhan kuasa politik kaum bangsawan Melayu dan bermulanya kegemilangan pengaruh asing. Senario itu telah memungkinkan Abdullah membawa pembaharuan dalam karya-karyanya yang tidak terikat lagi pada tradisi istana. Ini jelas dalam kebanyakkan karyanya tidak lagi memberi penekanan pada golongan feudal seperti dalam Hikayat Abdullah.

- Faktor penyebaran agama kristian.

Huraian/Contoh: Penyebaran agama kristian yang dibawa oleh mubaligh-mubaligh dari barat turut membawa masuk ilmu-ilmu barat yang mula berkembang dan mula melemahkan kuasa golongan feudal orang Melayu. Abdullah Munsyi yang turut belajar dengan beberapa orang paderi seperti Thomson dan juga Milne telah menerima tempias keilmuan barat sehingga memungkinkannya mencipta pembaharuan dalam karya-karya beliau ini terbukti melalui penggunaan istilah-istilah Inggeris dalam karya beliau seperti Hikayat Abdullah Munsyi. Antaranya police dan college.

Monday, December 2, 2013

kepentingan sulalatussalatin dalam membicarakan perkembangan bahasa Melayu zaman kesultanan Melayu Melaka

-digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta
-menjadi “lingua franca” para pedagang.
-Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu.
- Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi.
-Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam.
-Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam “Sejarah Melayu” oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya.
-campuran kod,bahasa lain ; arab(ghaib,alkisah),cina(tanglong),,,Sanskrit(anugerah,ciri),,,jawa(manira,penjurit),,parsi(gorah bumi),,

- kesilapan mentranskripsikan ejaan jawi yang menyebabkan pengertian dan maknanya berubah. Hal ini mungkin juga disebabkan para pengedit yang terdiri dari sarjana-sarjana Barat ini kurang mendalam pengetahuan mereka dalam bahasa Melayu di samping kemungkinan didorong oleh sebab-sebab politik penjajah sebagaimana kita sekarang sebagai satu bangsa yang merdeka dan berdaulat ingin membuat tafsiran sejarah dari kepentingan dan kaca mata kita Sendiri.

Sunday, December 1, 2013

Contoh kependekan yang ada dalam Kamus Dewan

1. Ant – antropologi

2. Ar – Arab

3. Bio – biologi

4. Sos – Sosiologi


5. Kd – Kedah

Saturday, November 30, 2013

Antara perkara yang perlu dicatatkan oleh para penyusun kamus

-kata dasar
-bentuk kata
-contoh penggunaan kata
-maklumat sumber bahan
-tarikh diterbitkan

-singkatan nama pengumpul bahan

Friday, November 29, 2013

Antara perkara yang termaktub dalam perlembagaan 152 di Malaysia

(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa—
(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan
(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.

(2) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen, di dalam Dewan Undangan tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain.

(3) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, teks sahih—
(a) segala Rang Undang-Undang yang hendak dibawa atau pindaan kepadanya yang hendak dicadangkan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen; dan
(b) segala Akta Parlimen dan segala perundangan subsidiari yang dikeluarkanoleh Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.

(4) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dalam bahasa Inggeris:
Dengan syarat bahawa, jika Mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan ke dalam atau direkodkan dalam bahasa Inggeris.


(5) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam mahkamah rendah, selain pengambilan keterangan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.

Thursday, November 28, 2013

Ciri bahasa Melayu klasik yang terdapat dalam teks petikan Hikayat Bakhtiar

i. Ayat panjang berjela-jela gabungan beberapa ayat tunggal yang dicantumkan dengan menggunakan kata-kata hubung yang tertentu, terutamanya "dan" dan "atau" ataupun dengan menggunakan tanda koma dan tanda koma bertitik sahaja.

ii. Kata pangkal ayat. Contoh: "syahadan", "maka", "alkisah", "hatta", "arakian", "kata sahibul hikayat", "maka, tatkala" dan "adapun

iii. Hiperbola. Terlalu baik parasnya…

iv. Berkisah tentang raja

v. Banyak partikel  ‘pun’ dan ‘lah’

vi. Menggunakan perkataan Arab. Contoh: allah taala

vii. Menggunakan bahasa istana – beta,titah

viii. Ayat songsang. Contoh:

-ayat pasif

Wednesday, November 27, 2013

Jenis-jenis Kamus

i. Kamus ekabahasa
ii. Kamus dwibahasa
iii. Kamus aneka bahasa
iv. Kamus ensiklopedia
v. Kamus etimologi
vi. Kamus diakronik
vii. Kamus sinkronik
viii. Kamus umum
ix. Kamus istilah
x. Kamus sinonim
xi. Kamus thesaurus

xii. Kamus peribahasa

Tuesday, November 26, 2013

PRINSIP PENYUSUNAN KAMUS

i. Perancangan: pentadbiran yang berkaitan dengan perbelanjaan, penentuan individu dan penentuan prasarana

ii. Aspek linguistik: aspek linguistik digarap menurut cabang ilmu linguistik yang berkaitan dengan leksikologi termasuklah tatabahasa, lafaz, pengetahuan, dialek, maklumat, ensiklopedia dan sebagainya.


iii. Pemasaran: aspek yang berkaitan dengan penyebaran kamus secara meluas sebagai satu produk.

Monday, November 25, 2013

TUJUAN PENERBITAN DEWAN BAHASA MENGIKUT TAN SRI SYED NASIR

i. Memartabatkan BM
ii. Sebagai pusat rujukan
iii. Menerbitkan karya-karya

iv. Menyebarkan ideology melalui penulisan

Sunday, November 24, 2013

Bandingbeza teknik terjemahan secara terus dengan terjemahan secara struktural

i)terjemahan secara terus
-dikenali terjemahan hurufiah atau literal
-setiap perkataan dalam bahasa sumber diberikan padanannya dalam bahasa penerima
-penterjemah mencari kosa kata yang serupa antara bahasa sumber dengan bahasa penerima
-padanan perkataan-perkataan yang dihasilkan selalu tidak mengandungi makna teks asal
 ii)terjemahan secara struktural
-dikenali sebagai persamaan formal
-utamakan bahasa sumber dengan mengekalkan bentuk bahasa dalam bahasa penerima dan isi kandungannya
-Antara unsur formal yang dikekalkan:
     - unit tatabahasa
 -padanan perkataan
    -makna asal seperti dalam teks asal
 -rima
 -rentak
 -permainan perkataan
- Struktur tatabahasa yang menyimpang

-Mengekalkan penggunaan perbendaharaan kata dan istilah yang serupa antara bahasa sumber dengan bahasa penerima

Saturday, November 23, 2013

Perkara tentang Kamus Dewan

-      Kamus paling utama dan berwibawa
-      Kamus pegangan bahasa Melayu
-      Landasan penyusunan kamus lain rujukan penting bagi kosa kata
-      Mempunyai kosa kata tempatan dan serantau

-      Mempunyai lebih 28 ribu kosa kata entri

Friday, November 22, 2013

Maksud bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi

           (i) Bahasa Kebangsaan :
                -identiti nasional/negara
     -lambang bagi sesuatu bangsa atau negara
     -bahasa yang digunakan untuk tujuan politik dan komunikasi rasmi
     -ada kaitan rapat dengan sejarah bangsa dan negara itu sendiri
             (ii) Bahasa Rasmi :
                -bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi
     -urusan pemerintahan dan pentadbiran
     -sistem pendidikan
     -urusan perdagangan dan perusahaan
     -kehakiman
     -upacara rasmi

     -antarabangsa

Thursday, November 21, 2013

Organisasi-organisasi yang memperjuangkan bahasa Melayu sebelum merdeka

1.Angkatan Sasterawan 50(ASAS 50)
2.Lembaga Bahasa Melayu(LBM)
3.Balai Pustaka/Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP)
4.Persatuan Guru-guru Malaysia Singapura
5. Pejabat Karang Mengarang
6.Persatuan Guru-guru Melayu SITC

7.Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)

Wednesday, November 20, 2013

Sifat bahasa Melayu kuno

-fonem semi vokal w dalam bahasa melayu kuno menjadi v dalam bahasa melayu moden
-tidak wujud vokal e pepet dalam bahasa melayu kuno
-perubahan fonem tidak konsisten
-bentuk imbuhan hampir sama
-bunyi n dalam bahasa melayu kuno berubah menjadi ny dalam  bahasa melayu moden
-bunyi h dalam  bahasa melayu kuno lenyap dalam bahasa Melayu moden
-terdapat konsona yang dieja seperti bahasa sanskrit
-terdapat perkataan yang tidak lagi digunakan

-terdapat perkataan yang dikekalkan

Kedwibahasaan

·       Kedwibahasaan berlaku dalam kalangan masyarakat yang menggunakan banyak bahasa. Kedwibahasaan atau bilingualisme ialah penguasaan dua bahasa seperti penutur bahasa asli.
·       Penggunanya menggunakannya sebagai bahasa komunikasi, yakni menggunakan satu bahasa rasmi untuk berkomunikasi, dan bahasa ibunda untuk hubungan lain misalnya orang Cina dan India yang menggunakan bahasa Melayu untuk komunikasi rasmi tetapi bahasa ibunda di rumah.
·       Kedwibahasaan yang sempurna ialah penguasaan sepenuhnya dua bahasa oleh penutur.
·       Kedwibahasaan majmuk ialah individu yang memperoleh dua bahasa semasa kecil.
·       Kedwibahasaan kordinat pula berlaku apabila individu tersebut memperoleh salah satu bahasa tersebut sebagai bahasa pertama dan bahasa kedua pula diperoleh kemudian.
·       Kedwibahasaan lahir dalam masyarakat majmuk yang pelbagai budaya, etnik,agama, bangsa, kaum dan lain-lain. Individu dwibahasa tidak akan mempunyai pengetahuan kedua-dua bahasa yang sama baik. Kadang-kadang individu tersebut hanya memahami sahaja tetapi tidak boleh menulis atau bertutur dengan baik.
·       Malaysia menggunakan dialek Melayu-Johor sebagai bahasa rasmi tetapi menggunakan dialek masing-masing di rumah misalnya dialek Kelantan, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, Kedah dan sebagainya.
·       Dasar pendidikan sesebuah negara mencerminkan masyarakat yang lahir misalnya Malaysia yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam sistem pendidikan negara akan melahirkan penutur dwibahasa.

·       Satu lagi unsur yang mewujudkan kedwibahasaan ialah perkahwinan campur dalam masyarakat majmuk yang melahirkan kanak-kanak yang berdwibahasa sejak dari lahir lagi. Pemerolehan dua bahasa serentak berlaku apabila kedua ibu dan bapa menggunakan kedua-dua bahasa ibunda mereka dalam kehidupan seharian.

Sunday, November 10, 2013

Bahasa Melayu Klasik


1. Abad ke –13 merupakan waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini. Ini telah mempengaruhi bangsa dan bahasa di sini, terutamanya bangsa dan bahasa Melayu. Pengaruh India sedikit demi sedikit mula digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab. Kegemilangannya bahasa Melayu klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu zaman kerajaan Melaka, zaman kerajaan Acheh dan zaman kerajaan Johor-Riau

2. Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu di rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi “lingua franca” para pedagang. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam “Sejarah Melayu” oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya.

3. Kedatangan orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melaka ke tangan Portugis pada tahun1511 masehi tidak menamatkan pengaruh Bahasa Melayu. Ramai di antara mereka yang menjalankan penyelidikan dan menyimpan catatan mengenai bahasa dan kesusasteraan Melayu. Beberapa contoh usaha mereka ialah :

a. Pigafetta, seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersama Magellan, telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada tahun 1521. Kamus ini merupakan daftar kata daripada bahasa yang dituturkan oleh orang-orang di pelabuhan itu dengan lebih 400 patah perkataan dan merupakan daftar kata Melayu-Eropah yang tertua. Kedudukan Pulau Tidore yang terletak jauh daripada tempat asal Bahasa Melayu menggambarkan betapa luasnya Bahasa Melayu tersebar. 
b. Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis. Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.

c. Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah bangsa Belanda yang banyak menulis menganai wilayah Kepulauan Melayu, telah menggambarkan kepentingan Bahasa Melayu seperti berikut :
Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang.”

4. Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas penggunaanya di wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-rja di Kepulauan Melayu. Antaranya ialah :
a. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601)
b. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602)
c. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612)
(Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein, London)

5. Dalam abad ke-17, terdapat banyak usaha oleh sarjana-sarjana Eropah untuk menyusun kamus dan daftar kata, yang kemudiannya diteruskan kepada bidang morfologi, sintaksis dan fonologi.

6. Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan. Kebanyakan usaha mereka berkisar tentang agama dan sastera. Palembang dan Acheh telah menggantikan Melaka sebagai pust keintelektualan Melayu. Tokoh-tokoh di Acheh antaranya ialah :
a. Sheikh Nuruddin Al-Raniri (“Bustanul Salatin”)
b. Shamsuddin Al-Sumaterani (“Mirat Al-Mukmin”)
c. Abdul Rauf Singkel (“Mirat Al-Tullab”)
d. Hamzah Fansuri (“Syair Perahu”)

7. Di Palembang pula terdapat Abdul Samad Al-Falambani dengan kitab “Hikayat Al-Salakin”.

8. Selain daripada Acheh dan Palembang, beberapa tokoh juga timbul di tempat-tempat lain. Di Brunei, Pengiran Syahbandar Muhammad Salleh (Pengiran Indera Muda) telah menghasilkan “Syair Rakis”, manakala di Banjarmasin pula terkenal dengan Arshad Al-Banjari dengan kitab “Sabil Al-Muhtadin”. Sheikh Mohd Ismail Daud Al-Fatani di Pattani pula menghasilkan “Matla’al Badrain” dan “Furu’ Al-Masail”.

Ciri-ciri bahasa Melayu klasik:

1. Ayatnya panjang, berulang, berbelit-belit dan banyak menggunakan struktur ayat pasif.
2. Menggunakan bahasa istana: contoh tuanku, baginda, bersiram, mangkat dsb.
3. Kosa kata arkaik dan jarang digunakan ; ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih) 
4. Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.
5. Banyak menggunakan ayat songsang: pendepanan predikat
6. Banyak menggunakan partikel ``pun' dan `lah'

Saturday, November 9, 2013

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik



1. Pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13 turut memberi kesan kepada perkembangan bahasa Melayu. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah banyak mengubah sistem bahasa Melayu terutama dari aspek kosa kata, struktur ayat dan sistem tulisan.

2. Terdapat tiga batu bersurat yang penting:
a. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)- ditulis dalam huruf India dan
mengandungi prosa Melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)- masih memakai abjad India dan buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat 
c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)- ditulis dalam tulisan Jawi dan membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

3. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kuno kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Friday, November 8, 2013

Bahasa Melayu Kuno


1. Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga bahasa Nusantara di bawah golongan bahasa Sumatera. 
Bahasa Melayu kuno digunakan pada abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya. pada waktu itu, BM kuno telah menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran kerana sifat bahasa Melayu yang bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Bahasa Melayu juga tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

2. Oleh sebab agama Hindu menjadi pegangan orang Melayu ketika itu, bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit yang menyumbang kepada pengayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. Bahasa Sanskrit dianggap sebagai bahasa sarjana dan digunakan oleh bangsawan. Bahasa Melayu juga mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

3. Bukti penggunaan Bahasa Melayu kuno boleh dilihat pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Palawa iaitu:

a. Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
b. Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
c. Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
d. Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

4. Berpandukan isinya, penulisan di batu bersurat tersebut dibuat atas arahan raja Srivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar meliputi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran kerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan penyebaran Bahasa Melayu ke tanah jajahan takluknya . Walaupun bahasa pada batu bersurat itu masih berbahasa Sanskrit, akan tetapi masih terdapat pengaruh Bahasa Melayu Kuno di dalamnya.

5. Istilah “Melayu” timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada tahun 644 dan 645 Masehi. Tulisan ini menyebut mengenai orang “Mo-Lo-Yue” yang mengirimkan utusan ke Negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi keada Raja China. Letaknya kerajaan “Mo-Lo-Yue” ini tidak dapat dipastikan tetapi ada yang mencatatkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Jambi, Sumatera.

6. Selain bukti penggunaan bahasa Melayu kuno di atas,batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.

7. Bahasa Melayu kuno mempunyai beberapa ciri iaitu;

a. Terdapat unsur-unsur pinjaman daripada bahasa Sanskrit.
b. Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)
c. Tidak wujud bunyi e pepet (Contoh dengan - dngan atau dangan)
d. Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
e. Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)
f. Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
g. Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

Sunday, November 3, 2013

konsep Anafora dan Katafora

Anafora dan katafora ialah sejenis hubungan atau pertautan dalam wacana.

Anafora ialah hubungan antara kata ganti nama yang mengaju kepada kata sebenar. Contoh:
 (a) Apakah yang dipandang oleh emak?
 (b) Dia memandang bulan di langit.

Dalam ayat di atas, dia mengaju kepada kata emak.

Katafora ialah hubungan antara kata ganti nama dengan nama sebenar yang mengikutinya. Contoh:
 (a) Dengan keretanya itu, Halimah menjelajah Malaysia.
 (b) Halim membeli motosikal baharu, dan dengan motosikalnya itu, Busro diajak mengelilingi bandar Kajang.

Dalam ayat (a), kata ganti nya mengacu kepada kata berikutnya, iaitu Halimah. Dalam ayat (b), kata ganti nya tidak mengacu kepada Busro, tetapi Halim. Ini dinamakan hubungan anafora.

Saturday, November 2, 2013

Perbezaan Kohesi dan Koheren

 Perbedaan antara kohesi dengan koheren itu menunjukkan bahawa terdapat wacana yang sekali gus hadir kohesi dan koherensi. Dan terdapat juga wacana yang hadir koherensi, tetapi tidak kohesi. Sesuatu wacana tidak mungkin kohesi tanpa koherensi. Untaian ayat yang kohesi tetapi tidak koherensi tidak mungkin membentuk suatu wacana. Contoh:

 (a) Siapakah yang dipukul oleh Ali?
 (b) Ali memukul budak kecil itu

Ayat (a) dan ayat (b) menunjukkan bahawa terdapat perkaitan antara gramatis dengan semantik. Tetapi
tidak koherensi kerana fokus pertanyaan ayat (a) ialah siapa. Oleh itu, jawapan yang diharapkan ialah
orang yang dipukul Ali. Dalam keadaan biasa, ayat (b) seharusnya berbunyi budak kecil itu (yang
dipukul oleh Ali), dan bukannya Ali memukul budak kecil itu.

Friday, November 1, 2013

konsep koheren

Koheren juga merupakan perkaitan antara proposisi, tetapi perkaitan itu tidak secara eksplisit (nyata) dapat dilihat daripada ayat yang mengungkapkannya. Contoh:

 (a) Angkat telefon itu, Jef!
 (b) Aku sedang mandi, Mat!
 (c) OK!

Dalam wawancara di atas (a), (b) dan (c), perkaitan antara proposisi tetap wujud, tetapi tidak secara nyata memperlihatkan perkaitan gramatikal atau semantik. Ayat (b) dapat ditafsirkan sebagai bentuk pendek daripada ayat Aku sedang mandi, Mat!. Oleh itu, aku tidak dapat menjawab telefon itu. Sementara ayat (c) dapat ditafsirkan sebagai OK! Kalau begitu, biar aku sahaja yang menjawabnya.

Thursday, October 31, 2013

konsep kohesi

Kohesi merupakan hubungan perkaitan antara proposisi yang dinyatakan secara eksplisit oleh unsur
gramatikal dan semantik dalam ayat yang membentuk wacana. Contoh:
 (a) Apakah yang dilakukan oleh Ahmad?
 (b) Dia memukul anaknya.
 (c) Apakah yang dilakukan oleh Ahmad?
 (d) Jahanam itu memukul anaknya.
Proposisi dalam ayat (a) berkait dengan proposisi dalam ayat (b), dan perkaitan itu diwujudkan dalam bentuk penggunaan kata ganti nama dia yang merujuk Ahmad. Pada ayat (d), perkaitan itu dinyatakan dengan frasa jahanam itu yang dalam konteks normal mempunyai rujukan yang sama, iaitu Ahmad. Perkaitan itu juga dapat dilihat pada kata kerja dilakukan dan memukul yang mempunyai kesinambungan makna. Kohesi biasanya diwujudkan melalui penggunaan kata yang maknanya berbeda dengan makna kata yang ditujukkannya. Yang penting, kata yang digantikan dan kata pengganti menuju pada rujukan yang sama.

Contoh:
 (a) Anak penyair terkenal itu semakin besar. Gadis itu kini belajar di sekolah asrama penuh.
 (b) Pak Abu telah turun ke laut pada waktu subuh lagi. Nelayan yang rajin dan gigih itu bekerja dengan tidak mengenal jemu.

Anak penyair terkenal itu dan gadis itu mempunyai rujukan yang sama. Hubungan ini dikatakan kohesi, dan kerananya juga mewujudkan koherensi. Demikian juga Pak Abu dan nelayan memiliki acuan yang sama. Sehingga dapat dirumaskan bahawa Pak Abu dan nelayan ialah orang yang sama. Ini dibantu pula oleh kehadiran kata lain seperti laut yang membawa implikasi bahawa orang yang turun ke laut pada waktu subuh untuk menangkap ikan ialah nelayan.

Wednesday, October 30, 2013

definisi semantik

Perkataan semantik berasal daripada bahasa Yunani „sema‟ yang bererti tanda atau lambang. Dalam bidang linguistik, semantik ialah bidang kajian yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa. Selain istilah semantik, sejarah ilmu linguistik terdapat beberapa istilah lain yang digunakan seperti semiotik, semiologi dan semasiologi. Namun Istilah semantik lebih digunakan kerana istilah ini hanyalah makna atau erti yang berkenaan dengan bahasa sebagai alat komunikasi verbal. Mengikut Ferdinand de Saussure, setiap tanda linguistik terdiri daripada dua unsur iaitu yang diertikan (Inggeris „ signified‟) dan yang mengertikan (signifier), yang diertikan sebenarnya ialah konsep atau makna sesuatu tanda atau lambang, sementara yang mengertikan ialah bunyi-bunyi bahasa yang terbentuk daripada fonem-fonem bahasa berkenaan. Bahasa sebagai lambang perlembagaan yang canggih, kompleks dan anjal. 

Tuesday, October 29, 2013

Bentuk atau ciri Simpulan Bahasa

1. Terbentuk daripada penggunaan kata nama am. 

Contohnya: 
anak buah, buah tangan, dan lipas kudung. 
Anak, buah, dan lipas masing-masingnya sebagai kata nama am. 

2. Terbentuk daripada penggunaan kata kerja. 

Contohnya: 
ajak-ajak ayam, buat bodoh, dan pasang telinga. 
Ajak, buat, dan pasang masing-masingnya sebagai kata kerja. 

3. Terbentuk daripada penggunaan kata adjektif. 

Contohnya: 
besar kepala, bodoh sepat, dan kecil hati. 
Besar, bodoh, dan kecil masing-masingnya sebagai kata adjektif. 

4. Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas. 

Contohnya: 
Abu Jahal, Mat Jenin, dan Pak Kaduk. 
Semua ini sebagai kata nama khas. 

5. Terbentuk daripada nilai kepercayaan. 

Contohnya: 
air pinang, batu buyung, dan makan bulan. 
Semua ini ada kaitan dengan kepercayaan orang Melayu. 

Simpulan Bahasa

A). Simpulan Bahasa 

Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya terdapat daripada apa yang tersirat atau tersembunyi bukan daripada yang tersurat atau nyata. Ringkasnya, erti simpulan bahasa berlainan daripada perkataan yang digunakan.

Contoh:

1. Simpulan bahasa yang mempunyai dua makna. Contohnya:

(a) ada angin:
 mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan sesuatu.
 sikap atau perasaan seseorang yang suka meninggi diri.

(b) anak buah:
 orang yang berada di bawah pengawasan seseorang ketua seperti ketua pejabat atau
penghulu.
 anak saudara.

(c) langgar bahasa:
 bercakap dengan menggunakan bahasa yang kasar.
 tingkah laku atau kelakuan yang tidak sopan atau melanggar adat

2. Simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai makna yang sama. 

Contohnya:

Seseorang yang tidak mempunyai perasaan malu. : muka talam, muka tebal, dan muka tembok. 

Seseorang yang sudah lanjut usianya tetapi perangai tidak senonoh atau jahat. : tua keladi, tua kutuk, dan tua lengkuas. 


Thursday, October 24, 2013

Bibliografi

Abdullah Hassan. (1997). Bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu dan esei-esei
lain. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Abdullah Hassan. (2007). Morfologi. Bentong: PTS Profesional.

Asmah Haji Omar. (2009). Nahu Melayu mutakhir Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Asmah Haji Omar.(1989). Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada
perancangan bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Asmah Haji Omar. (1988). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Darwis Harap (1992). Sejarah pertumbuhan bahasa Melayu. Pulau Pinang:
Penerbit USM.

Ismail Hussien. (1966). Sejarah pertumbuhan bahasa Kebangsaan kita. Kuala
 Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan edisi ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Nik Safiah Haji Karim (1986). Bahasa Melayu tinggi teori dan penerapan.
Kuala Lumpur:Nurin Enterprise.

Nik Safiah Haji Karim et al. (2004). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sulaiman Masri, Abdullah Yusof dan Mohd Ra’in Shaari (2007). Bahasa Melayu
dimensi pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.

Teo Kok Seong. (2006). Bahasa Kebangsaan dan bahasa Rasmi: Dua konsep
yang berbeza. Dewan Bahasa, 13-16.

Tuesday, October 22, 2013

Fungsi Bahasa Melayu

1. Bahasa Kebangsaan 
“Bahasa Jiwa Bangsa” dengan jelas menunjukkan kepentingan bahasa dalam memupuk 
perpaduan antara kaum. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah menjadikan bahasa Melayu 
sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Mulai tahun 1970, bahasa Melayu secara 
berperingkat-peringkat telah menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di 
sekolah-sekolah. Sebuah badan berkanun iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah 
bertanggungjawab untuk memaju dan memperkaya bahasa Melayu. Kepentingan bahasa 
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini berpaksikan Perkara 
152 Perlembagaan Persekutuan, selain daripada Akta Bahasa Kebangsaan dan Akta 
Pendidikan yang sedia ada. 

2. Dasar Bahasa Kebangsaan 
Pemilihan satu bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia timbul sebab perlunya diadakan 
satu lambang penyatuan, iaitu dengan harapan bahawa bahasa itu dapat menjadi dasar 
bagi satu identifikasi kebangsaan. Peranan bahasa sebagai faktor penyatuan disalurkan 
melalui sistem pelajaran kebangsaan, sebagaimana tercatat dalam mukadimah akta 
Pendidikan seperti berikut: 
“........dan untuk merancangkan satu sistem pelajaran iaitu bahasa kebangsaan adalah 
bahasa pengantar yang utama.” 
Di samping memenuhi keperluan menjadi lambang penyatuan, penubuhan satu bahasa 
kebangsaan juga timbul daripada semangat kebangsaan yang mahukan bahasa penjajah 
diambil alih oleh bahasa bumiputera. 
Dasar bahasa kebangsaan merupakan asas terpenting bagi perkembangan bahasa 
Melayu di Malaysia. Dasar ini memenuhi konsep perancangan taraf bahasa. Dengan 
adanya dasar bahasa yang menentukan pemilihan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, 
barulah dilakukan tahap-tahap seterusnya, iaitu propaganda, pembinaan dan perluasan 
penggunaannya. 
Dasar bahasa di Malaysia meletakkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa 
kebangsaan dan bahasa rasmi, seperti terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan 
Persekutuan. Dasar bahasa ini juga dianggap bermula dengan idealisme, iaitu untuk 
menyaksikan satu rupa bangsa yang bersatu menerusi pembentukan budaya kebangsaan 
selaras dengan keinginan dan hasrat membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai 
identiti keperibadian yang dapat dibanggakan dan penuh dengan kesetiaan kepada 
negara, memupuk ciri-ciri pengenalan rakyat yang relatif seragam, menegak persatuan antara kaum-kaum yang mendiami negara ini dan menobatkan bahasa Melayu sebagai 
sarana komunikasi yang berkesan dalam sektor-sektor penting negara. 

3. Bahasa Rasmi 
Menurut Kamus Dewan (1970:59), bahasa rasmi adalah bahasa pentadbiran, bahasa 
perhubungan awam, bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan 
institusi pengajian tinggi. Sesebuah negara, khususnya yang baru mencapai kemerdekaan 
selalunya memilih dan mendaulatkan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. 
Menurut Ainon Mohammad (1984), bahasa rasmi pula bererti peranan bahasa Melayu 
sebagai saranan pembinaan negara dalam semua urusan, terutama pentadbiran negara. 
Justeru, bahasa rasmi membawa maksud bahasa yang digunakan dalam sistem 
pendidikan negara, urusan perniagaan dan pentadbiran dan dalam upacara-upacara 
rasmi. Bahasa rasmi mungkin mempunyai lebih daripada satu fungsi bagi sesebuah 
negara. Secara rasminya bahasa Melayu dinobatkan pada 1 September 1967, yakni 10 
tahun selepas hari kemerdekaan. Ia menjadi bahasa rasmi tunggal bagi Persekutuan 
Malaysia. Perisytiharan ini berlaku akibat tindakan parlimen meluluskan undang-undang 
perasmiannya. Perisytiharan tersebut dibuat melalui titah Diraja yang disiarkan menerusi 
radio dan televisyen, dianggap sebagai satu detik era baharu bagi orang Melayu. Dengan 
kenaikan taraf ini, kesan positif wujud terhadap orang Melayu dan bahasa Melayu terjamin. 
Jika diteliti dengan mendalam, kita boleh mengatakan bahawa dengan meningkatnya taraf 
tersebut, bahasa Melayu kian meluas digunakan sebagai bahasa perpaduan antara kaum. 
Maksud fungsi perpaduan ialah menimbulkan sikap bersatu melalui bahasa. Pelbagai 
masyarakat akan menggunakan bahasa Melayu untuk mengeratkan hubungan antara satu 
sama lain. Mereka berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Melayu. Secara tidak 
langsung, masyarakat bukan Melayu menerima bahasa Melayu dan menganggapnya 
penting sebagai alat perpaduan bangsa. 

Walau bagaimanapun, usaha-usaha untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa 
rasmi telah menghadapi berbagai-bagai kesulitan serta tentangan, daripada orang Melayu 
sendiri dan juga orang bukan Melayu. Pemasalahan datang daripada pelbagai arah dan 
berbagai-bagai persoalan ditimbulkan; persoalan politik, persoalan sikap, ekstremisme kaum yang memungkinkan berlakunya ketidaksefahaman dan perpecahan antara 
kaum.Antara isu yang diketengahkan adalah seperti berikut: 
 Bahasa Melayu tidak sesuai dan tidak layak menggantikan bahasa Inggeris 
sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah. 
 Ramai intelek khususnya guru masih belum fasih menggunakan bahasa Melayu 
 Penguasaan terhadap bahasa Melayu tidak penting 
 Bahasa Melayu tidak mempunyai standard, hanya sesuai digunakan oleh 
golongan bawahan 
 Bahasa Melayu tidak sesuai digunakan dalam bidang kehakiman dan pendidikan 
Di samping itu, golongan yang menyetujui dan menerima bahasa Melayu menganggap 
bahasa tersebut : 
 Layak menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi dan bahasa 
pengantar di sekolah-sekolah 
 Bahasa Melayu mempunyai beberapa kelebihan tersendiri; mudah dipelajari, 
semua kaum boleh bertutur dalam bahasa tersebut. 
 Ia paling sesuai dijadikan bahasa rasmi berbanding dengan bahasa Cina atau 
Tamil 
 Bahasa Inggeris adalah bahasa penjajahan 

Oleh sebab ketegasan, pihak kerajaan telah mengeluarkan surat pekeliling Am No.12, 
tahun 1967 untuk memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu secara rasminya. 
Melalui pekeliling ini, bahasa Melayu perlu digunakan untuk tujuan-tujuan rasmi dalam 
pentadbiran harian, bahasa pengantar di sekolah, surat-menyurat rasmi kerajaan yang 
meliputi semua jabatan kerajaan persekutuan dan negeri. Hingga kini bahasa Melayu 
masih lagi teguh dan berdiri tegak sebagai bahasa rasmi walaupun sering kali menerima tohmahan dan kritikan daripada pelbagai pihak. Diharapkan bahasa Melayu akan kekal 
sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah. 

4. Bahasa Komunikasi 

Manusia menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi yang penting dalam kehidupan
seharian mereka. Hal ini demikian kerana bahasa dan pertuturanlah yang membezakan
manusia dengan haiwan. Selain itu, bahasa mempunyai suatu sistem yang sistematis,
dinamik dan selalu berubah-ubah sesuai dengan perkembangan zamannya. Halliday,
dalam bukunya bertajuk “Explorations in the Functions of Language” (1973), telah
mengemukakan tujuh fungsi bahasa. Antaranya ialah: 

Instrumental
Regulasi
Pemerian
Interaksi
Personal
Heuristik
Khayalan

5. Bahasa Perpaduan 

Perpaduan atau solidariti dapat didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan
rakyat dan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah
air. Di samping itu juga, menurut Kamus Dewan (1994), perpaduan ditakrifkan sebagai
penggabungan, pelaburan penyesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung
menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Dalam erti kata yang lain, perpaduan dapat
diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam
kalangan dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan
ikhlas. Perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk
satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan negara.

Oleh itu, pengertian bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dapat diertikan sebagai
bahasa yang menjadi lambang penyatuan suara yang digunakan sebagai alat
perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara individu dengan individu
yang lain) yang berfungsi sebagai alat menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum
dalam sebuah negara.

Bahasa adalah suatu keseluruhan, suatu prinsip klasifikasi dengan sesuatu yang dikuasai
dan bersifat konvensional yang seharusnya terkebawah daripada naluri semula jadi.
Whitney (1998) berpendapat bahasa adalah salah satu institusi sosial dan menganggap
bahawa kita menggunakan alat ujaran sebagai wadah bahasa, hanyalah secara kebetulan
sahaja, untuk kesenangan sahaja manusia boleh memilih bahasa isyarat dan lambang
tampak dan bukan lambang akuistik.

Cara bahasa menyatupadukan rakyat 

Selaras dengan dasar pendidikan kebangsaan, bahasa Melayu diajarkan sebagai mata
pelajaran wajib dan telah dijadikan bahasa pengantar utama bagi semua peringkat
prasekolah dan pengajian. Pendidikan bahasa Melayu Sekolah Menengah adalah
memenuhi hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis daripada aspek intelek, emosi, rohani, dan jasmani.

Penggunaan bahasa Melayu yang semakin meluas sesuai dengan tarafnya
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara menekankan penguasaan dan
penggunaan bahasa Melayu yang lebih bermutu. Pendidikan bahasa Melayu sekolah
menengah yang meliputi Tingkatan 1 sehingga 5 akan terus meningkatkan penguasaan
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan pelajar remaja
dan memupuk kepekaan terhadap variasi bahasa dalam pelbagai situasi, sistem bahasa
dan gaya bahasa yang indah. Pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah juga
menanamkan kesedaran terhadap unsur dan nilai kemanusiaan secara menyeluruh
melalui pembacaan bahan ilmu dan hasil kesusasteraan.

Aspek penting untuk menyatupadukan rakyat mengikut fungsi bahasa Melayu
sebagai bahasa perpaduan adalah melalui pendidikan. Sesungguhnya pendidikan hari ini
telah memainkan peranan penting dalam merealisasikan aspirasi negara ke arah
mewujudkan perpaduan kaum. Pendidikan hari ini telah membuktikan bahawa negara
berjaya mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan
kesejahteraan negara.

Sejarah telah membuktikan betapa golongan cerdik pandai menentukan jatuh
bangunnya sesebuang bangsa dan negara. Selain daripada itu, penyatupaduan rakyat
dapat mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan kerana sistem persekolahan yang
berbeza-beza mempunyai haluan masing-masing dan tidak dapat melahirkan satu identiti
bangsa. Oleh itu, satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang
sedia ada. Cadangan itu dikenali sebagai Penyata Razak.

Penyata Razak telah diperakui dan diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran pada
tahun 1957. Ordinan ini mewajibkan semua jenis sekolah menggunakan sukatan pelajaran
yang sama. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah, khususnya untuk membantu perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana yang berkesan
untuk berkomunikasi pelbagai kumpulan etnik dan masyarakat pelbagai dialek atau
bahasa. Bahasa Melayu turut membantu pembentukan jati diri bangsa Malaysia yang
menggunakan bahasa komunikasi yang mudah difahami.

6. Bahasa Ilmu 

Bahasa ilmu boleh ditakrifkan sebagai bahasa yang mempunyai ciri-ciri formal dan dapat
mengungkapkan sesuatu konsep dan pemprosesan ilmu. Bahasa Melayu telah lama
digunakan untuk mengungkapkan konsep-konsep dan proses-proses yang tinggi serta
kompleks, terutama sekali di dalam bidang agama, falsafah, sastera dan budaya.

Setelah tiga puluh tahun dirancang dengan begitu rapi, perkembangan yang positif
dalam penggunaan bahasa Melayu dapat dilihat dalam bidang ilmiah. Penggunaan
bahasa Melayu dalam bidang sains sosial telah lama wujud, malahan lebih awal daripada
zaman kegemilangan kerajaan Melayu Srivijaya, Acheh dan Melaka. Dalam sejarah yang
muktahir, pusat kebudayaan seperti Pulau Pinang telah banyak menghasilkan buku untuk
institusi pengajian tinggi dan akhbar diterbitkan. 

Bahasa Melayu telah digunakan dengan banyaknya dalam konteks agama, 
sastera dan budaya. Usaha menggunakan bahasa Melayu dalam bahasa tersebut telah 
lama digunakan untuk tujuan ini, walaupun tidak abstrak dan sukar berbanding sains dan 
teknologi. Bahasa Melayu ilmiah ini dapat dilihat melalui beberapa ciri umum iaitu 
peristilahan, tatabahasa, laras dan sebagainya. 
 
Istilah yang sudah dicipta oleh DBP setakat ini, untuk semua bidang telah 
mencapai 477, 300 (Berita Peristilahan, Mei 1986). Setiap satu bidang ilmu terdapat 
sejumlah peristilahannya tersendiri dan mempunyai maknanya yang tersendiri pula. 
 
Dalam hal pemilihan istilah ternyata bahawa istilah, walaupun banyak iaitu 
berjumlah 477, 300 dan meliputi 36 bidang, namun kerja-kerja menokok tambah jumlah 
istilah terus berjalan. Usaha membina istilah baharu telah bermula sejak tahun 1957 lagi. 

Bagi memantapkan lagi penggunaan bahasa ilmu dalam bidang ilmu atau ilmiah, 
DBP aktif dalam hal ini. Setakat ini DBP telah menyelesai dan memenuhi permintaan 
buku-buku teks bagi sekolah-sekolah rendah dan menengah serta pra universiti. Terdapat 
dua langkah yang dibuat dalam hal ini: bantuan tenaga pengajar daripada institusi 
pengajian tinggi dan penerbitan karya-karya asal bagi keperluan institusi pengajian tinggi.