(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah
dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: Dengan
syarat bahawa—
(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau
dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada
mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan
(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh
menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk
memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain
di dalam Persekutuan.
(2) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh
sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan
selainnya oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan di dalam kedua-dua
Majlis Parlimen, di dalam Dewan Undangan tiap-tiap Negeri, dan bagi segala
maksud rasmi yang lain.
(3) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh
sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya
oleh Parlimen, teks sahih—
(a) segala Rang Undang-Undang yang hendak
dibawa atau pindaan kepadanya yang hendak dicadangkan di dalam mana-mana satu
Majlis Parlimen; dan
(b) segala Akta Parlimen dan segala
perundangan subsidiari yang dikeluarkanoleh Kerajaan Persekutuan, hendaklah
dalam bahasa Inggeris.
(4) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh
sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan
selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah
Rayuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dalam bahasa Inggeris:
Dengan syarat bahawa, jika Mahkamah dan
peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa
yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan ke dalam atau direkodkan
dalam bahasa Inggeris.
(5) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), sehingga
diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam mahkamah
rendah, selain pengambilan keterangan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.
No comments:
Post a Comment