Sunday, October 26, 2014

Model peringkat-peringkat proses kaunseling (Model Brammer)



Brammer (1973) pula mengatakan bahawa proses kaunseling mempunyai lapan peringkat iaitu

1.                  Penyediaan dan kemasukan

2.                  Penjelasan tentang mengapa klien memerlukan kaunseling

3.                  Menstruktur atau merangka proses kaunseling selanjutnya seperti bagaimana kaunselor dan klien dapat bekerjasama, had-had masa, peranan masing-masing, membuat perjanjian, iaitu kedua-dua akan berusaha mencapai matlamat.

4.                  Perhubungan mesra/membina perhubungan

5.                  Penerokaan masalah klien

6.                  Pengukuhan apabila klien mengamalkan kemahiran-kemahiran baru

7.                  Perancangan yang rasional

8.                  Penamatan iaitu merumuskan pencapaian.

Saturday, October 25, 2014

Model peringkat-peringkat proses kaunseling (Model Gibson dan Mitchell)



Gibson dan Mitchell (1990) pula meringkaskan proses kaunseling kepada hanya empat peringkat sahaja iaitu

1.                  Membina hubungan

Kaunselor dan klien membina hubungan yang menolong. Di peringkat ini kaunselor perlu mengambil inisiatif untuk wujudkan suasana yang kondusif, hormat menghormati, percaya mempercayai dan terbuka.

2.                  Penerokaan dan mengenalpasti masalah

Hasil dari perhubungan menolong yang telah terbina, klien akan meluahkan masalahnya dengan mendalam. Kaunselor bertanggung jawab untuk membantu dan merangsang klien untuk terus berkongsi pengalaman supaya penilaian yang lebih tepat dapat dibuat.

3.                  Rancangan untuk menyelesaikan masalah

Apabila kaunselor telah pasti semua maklumat mengenai masalah klien telah diperolehi dan difahami serta klien pula telah menerima kenyataan bahawa sesuatu perlu dilakukan bagi mengatasi masalahnya maka rancangan untuk menyelesaikan masalah klien boleh dimulakan.

Kaunselor perlu membantu klien untuk mencari sebanyak mana penyelesaian yang mungkin.

4.                  Aplikasi penyelesaian dan penamatan

Pada peringkat ini, klien bertanggung jawab untuk melaksanakan rancangan penyelesaian yang telah dipersetujui. Kaunselor pula sentiasa memberikan galakan dan dorongan kepada klien. Kaunselor juga perlu membuat tindakan susulan supaya perkembangan klien dapat dimantau. Setelah klien dapat berdiri atas kaki sendiri, hubungan kaunseling boleh ditamatkan.

Friday, October 24, 2014

Model peringkat-peringkat proses kaunseling (Model Mizan dan Halimatun)



Mizan dan Halimatun (2002) juga telah membahagikan proses kaunseling kepada enam langkah iaitu

1.         Menyediakan Prasesi

            Bagi klien yang datang dan membuat temu janji, kaunselor perlu bersedia untuk mengetahui serba sedikit tentang profil klien demi memudahkan kaunselor membentuk hubungan dan memberikan pertolongan.

2.         Membina Hubungan; Melayan, Mendengar dan Memahami

            Kejayaan membina hubungan yang baik dengan individu yang meminta pertolongan adalah penting dalam memulakan sesi kaunseling. Kaunselor boleh mengujudkan hubungan yang baik ini dengan menunjukkan tingkah laku tanpa lisan yang mesra, menunjukkan keinginan menolong, mendengar perkara yang diperkatakan, mendengar luahan perasaan, tidak cepat membuat penilaian dan cuba memahami klien.

3.         Meneroka dan Menganalisis Masalah

Permasalahan yang dikemukakan oleh klien perlu diteroka. Tujuannya ialah supaya kaunselor dan klien dapat memahami permasalahan berkenaan dengan betul dan objektif khususnya dari aspek pemikiran, perasaan dan perlakuan klien.

4.         Mengenalpasti Punca Masalah

            Klien perlu dibantu supaya dia dapat melihat di mana punca masalah bagi memudahkan proses intervensi dilakukan. Ini kerana masalah selalunya kompleks dan berkait-kait sehingga tidak dapat dipastikan yang mana punca utama dan yang mana masalah sampingan.

            Di peringkat ini juga kaunselor dan klien berbincang mengenai pilihan atau alternatif yang boleh digunakan bagi mencapai matlamat kaunseling.

5.         Mengambil Tindakan

Pilihan atau alternatif yang telah dipilih perlu disusuli dengan tindakan iaitu klien akan melaksanakan pilihan yang telah dipersetujui bagi mengatasi masalahnya.

6.         Menamatkan Sesi

Penamatan dilakukan pada setiap sesi atau setelah permasalahan klien dapat diuruskan.

Thursday, October 23, 2014

Model peringkat-peringkat proses kaunseling (Model Lewis)



Lewis (1972) membahagikan proses kaunseling kepada lima tahap iaitu

1.         Menentukan tujuan/matlamat klien iaitu sebab mengapa dia memerlukan perkhidmatan kaunseling.

2.         Memberi definisi/penerangan tentang proses kaunseling

3.         Penerangan dan pemahaman tentang keperluan klien

4.         Kemajuan ke arah mencapai matlamat

5.         Membuat kesimpulan dan rancangan untuk masa depan klien berdasarkan pengalamannya semasa proses kaunseling sebelum menamatkan sesi kaunseling.

Wednesday, October 22, 2014

contoh teks pengerusi seminar penyelidikan tindakan




BISMILLAHIR RAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA


YANG DIHORMATI,
NAMA PENSYARAH
………………………………………………………………………
PENSYARAH JABATAN ?

SERTA RAKAN-RAKAN YANG DISAYANGI SEKALIAN.

SELAMAT DATANG KE :
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP ?

SARUNG KETUPAT BERISI INTI
DIBAWA BUDAK SAMBIL BERLARI
KEHADIRAN SEMUA SANGAT DIHARGAI
MOGA MAJLIS BERTAMBAH SERI

BUNGA MAWAR CANTIK TERSEMAT
DIPETIK GADIS DI TEPI TITI
DOA DIBACA MEMOHON RAHMAT
MOGA MAJLIS TUHAN BERKATI


BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS KITA PADA HARI YANG PENUH BERMAKNA INI, MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAH TANGAN MENGAMINKAN BACAAN DOA YANG AKAN DIBACAKAN OLEH SAUDARA ………………….

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

AMIN AMIN YA RABBAL `ALAMIN

MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA SAUDARA ……………….. DI ATAS BACAAN DOA ITU TADI.


SEBELUM SAYA MEMULAKAN SESI PEMBENTANGN PADA HARI INI, MOLEK KIRANYA, SAYA MEMBACAKAN PERATURAN-PERATURAN YANG PERLU DIPATUHI OLEH PEMBENTANG-PEMBENTANG


1.    PEMBENTANG DIBERIKAN MASA SEBANYAK 10 MINIT UNTUK MEMBENTANGKAN PEMBENTANGAN PENYELIDIKAN MEREKA DAN 5 MINIT UNTUK SESI SOAL JAWAB.
2.    APABILA LOCENG PERTAMA DIBUNYIKAN SEKALI, 5 MINIT MASA SUDAH BERLALU.
3.    APABILA LOCENG DIBUNYIKAN SEBANYAK 2 KALI, MAKA SESI PMBENTANGAN SUDAH TAMAT.
4.    APABILA LOCENG DIBUNYIKAN SEKALI SELEPAS PEMBENTANGAN TAMAT, SESI SOAL JAWAB AKAN DIMULAKAN.
5.    LOCENG AKAN DIBUNYIKAN 2 KALI MENANDAKAN SESI SOAL JAWAB TELAH BERAKHIR.
6.    DIHARAP PARA PEMBENTANG DAPAT MENGGUNAKAN BAHASA YANG SOPAN DAN BERTATSUSILA SEPANJANG SESI PEMBENTANGAN DIJALANKAN.


TANPA MENGLENGAHKAN MASA, SAYA MENJEMPUT PEMBENTANG YANG PERTAMA BAGI SESI PERTAMA IAITU SAUDARA/SAUDARI
………………………………………………………………..
DENGAN TAJUK PEMBENTANGANNYA

…………………………………………………………….



DENGAN SEGALA HORMATNYA, MAJLIS MEMPERSILAKAN

TERIMA KASIH KEPADA SAUDARA/SAUDARI ……………….ATAS PEMBENTANGAN SEBENTAR TADI. SEKARANG SAYA MEMBUKA MAJLIS UNTUK 5 MINIT YANG SETERUSNYA UNTUK SESI SOAL JAWAB.. DIPERSILAKAN


TERIMA KASIH DIUCAPKAN DI ATAS PERKONGSIAN SEBENTAR TADI

TANPA MENGLENGAHKAN MASA, SAYA MENJEMPUT PEMBENTANG YANG kEDUA BAGI SESI………… IAITU SAUDARA/SAUDARI
………………………………………………………………..
DENGAN TAJUK PEMBENTANGANNYA

…………………………………………………………….

TERIMA KASIH KEPADA SAUDARA/SAUDARI ……………….ATAS PEMBENTANGAN SEBENTAR TADI. SEKARANG SAYA MEMBUKA MAJLIS UNTUK 5 MINIT YANG SETERUSNYA UNTUK SESI SOAL JAWAB.. DIPERSILAKAN


TERIMA KASIH DIUCAPKAN DI ATAS PERKONGSIAN SEBENTAR TADI

SESI  PEMBENTANGAN KITA SEMAKIN HANGAT NAMPAKNYA,TANPA MELENGAHKAN MASA, SAYA MENJEMPUT PEMBENTANG YANG KETIGA BAGI SESI………… IAITU SAUDARA/SAUDARI
………………………………………………………………..
DENGAN TAJUK PEMBENTANGANNYA

…………………………………………………………….

TERIMA KASIH KEPADA SAUDARA/SAUDARI ……………….ATAS PEMBENTANGAN SEBENTAR TADI. SEKARANG SAYA MEMBUKA MAJLIS UNTUK 5 MINIT YANG SETERUSNYA UNTUK SESI SOAL JAWAB.. DIPERSILAKAN


TERIMA KASIH DIUCAPKAN DI ATAS PERKONGSIAN SEBENTAR TADI

AKHIRNYA SAMPAI SUDAH KITA KE PEMBENTANGAN YANG TERAKHIR BAGI SESI INI, SAYA DENGAN SUKACITANYA  MENJEMPUT PEMBENTANG YANG TERAKHIR BAGI SESI………… IAITU SAUDARA/SAUDARI
………………………………………………………………..
DENGAN TAJUK PEMBENTANGANNYA

…………………………………………………………….

TERIMA KASIH KEPADA SAUDARA/SAUDARI ……………….ATAS PEMBENTANGAN SEBENTAR TADI. SEKARANG SAYA MEMBUKA MAJLIS UNTUK 5 MINIT YANG SETERUSNYA UNTUK SESI SOAL JAWAB.. DIPERSILAKAN


TERIMA KASIH DIUCAPKAN DI ATAS PERKONGSIAN SEBENTAR TADI

YANG KURIK ITU KUNDI
YANG MERAH ITU SAGA
YANG BAIK ITU BUDI 
YANG INDAH ITU BAHASA

KALAU ADA SUMUR DI LADANG
BOLEH KITA MENUMPANG MANDI
KALAU ADA SESI AKAN DATANG
INSYAALLAH KITA BERJUMPA LAGI.

DENGAN INI BERAKHIRLAH SESI PEMBENTANGAN KITA PADA PAGI INI.
SAYA ……………… MEWAKILI SEMUA PIHAK PENGANJUR MENYUSUN SEPULUH JARI MEMOHON MAAF SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG KELEMAHAN SEPANJANG SEMINAR INI BERJALAN.