Wednesday, November 21, 2012

Pelaksanaan SEGAK - Ringkuk Tubi Separa



Nama Ujian:
Ringkuk Tubi Separa ( partial curl-up) 1 minit

Tujuan :
Menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen

Tahap  :
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Jantina :
Lelaki dan perempuan

Alatan dan kemudahan :

1.     Pita lekat  bersaiz 2.5 cm
2.     Pita ukur 
3.     Jam randik

Pengurusan dan organisasi:

1. Lekatkan pita pelekat  secara selari pada lantai di kiri dan kanan.  Jarak antara pita adalah 10  cm.

Prosedur :

1. Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai.
2. Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah  dan tumit kaki sentiasa menyentuh  lantai.
3. Buka kaki seluas bahu.
4. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat pertama.
5. Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan  menyentuh bahagian luar pelekat kedua.
6. Bahagian bawah/belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal (ulang prosedur 4) sebelum melakukan ulangan yang seterusnya.
7. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 50 detik seminit selama 1 minit.
8. Murid B mengira ulangan perlakuan.
9. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A :-
9.1     Berasa tidak selesa.
9.2     Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua.
9.3     Tumit diangkat.

Panduan guru

Lakuan ringkuk yang tidak sempurna:
1.     Bahagian bawah/belakang badan tidak menyentuh lantai.
2.     Tumit diangkat.
3.     Badan/ bahu senget.
4.     Punggung terangkat.
5.     Lutut tidak bersudut 90 darjah (tegak).

Arahan /Teguran untuk perlakuan ringkuk yang tidak betul.

1.     Rapatkan belakang ke lantai.
2.     Bahu sentuh lantai.
3.     Rapatkan tumit ke lantai.
4.     Seimbangkan bahu/badan.
5.     Buka kaki.
6.     Bengkokkan lutut.


No comments:

Post a Comment