Monday, April 22, 2013

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 TEMA KESUSASTERAAN



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5

Mata Pelajaran                                :  Bahasa Melayu
Tahun                                                :  5 Cerdas  
Tarikh                                                :  3 April 2012
Masa                                                  :  1 jam (7.30 pagi hingga 8.30 pagi)
Bilangan Murid                               :  38 orang
Tema                                                 :  Kesusasteraan (Pantun)
Tajuk                                                 :  Buah-buahan Tempatan
Hasil Pembelajaran/Kemahiran :

Fokus Utama         :           1.2          Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.
Aras 3                     :           (i)            Bersoal jawab secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dengan menggunakan soalan pelbagai aras.

Fokus Sampingan :           5.2        Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
Aras 2                     :          (i)             Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.




Objektif :  Pada akhir pelajaran ini, murid dapat:
(i)            menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru secara bertatasusila.
(ii)          membaca kuat teks pantun teka-teki dan definisi kata adjektif dengan sebutan dan intonasi yang betul dan gaya yang sesuai.

Sistem Bahasa       
                       
Tatabahasa               - Kata adjektif, binaan ayat lengkap.
Kosa Kata                - Kolek, menoreh

Pengisian Kurikulum       
           
Ilmu                            - Kesusasteraan, kemasyarakatan
Nilai Murni                - Kesyukuran, patriotisme, rasional

Kemahiran bernilai tambah

Kemahiran berfikir                         - Menjana idea, menghubungkait, menilai,  mengenal pasti.

Teori Kecerdasan Pelbagai           - Muzik

Belajar Cara Belajar                                    - Membaca mekanis

Bahan Bantu Mengajar                 - Kad imbasan, teks pantun teka-teki, slaid, lembaran  kerja.
Masa
 
 


Isi pelajaran
 

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
 
Catatan
 

Set Induksi
(5 minit)





Video lagu :
Buah-buahan tempatan.
Soalan
-     Apakah yang ditunjukkan dalam video?

-     Buah apakah yang ditunjukkan?


-     Di negara manakah kita boleh perolehi buah-buahan ini?

  1. Guru menayangkan video lagu buah-buahan tempatan
  2. Murid memerhati tayangan video buah-buahan tempatan.
  3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang video.
  4. Murid meneka tajuk pelajaran.
  5. Guru memberitahu tajuk pelajaran hari ini.

Teknik :
-   Soal jawab


Nilai :
-   Kerjasama


BBM :

-   video


Langkah 1
(10 minit)

Slaid
Pantun teka-teki bertajuk “Kenali Buah-buahan Tempatan”.
Teks pantun
Pantun teka-teki bertajuk “Kenali Buah-buahan Tempatan”.

  1. Setiap kumpulan diberikan 1 teks pantun.
  2. Guru membuat demonstrasi pembacaan pantun di hadapan kelas.
  3. Murid diminta meneliti sebutan, intonasi dan gaya guru ketika guru berpantun.
  4. Wakil setiap kumpulan diminta membaca pantun dengan menggunakan sebutan intonasi dan gaya yang betul.

Teknik :
-   Tunjuk cara


Nilai :
-   Kerjasama
-   Tekun


BBM :

-   Slaid dan teks pantun teka-teki.


Langkah 2
(15 minit)

Teks pantun
Teka teki bertajuk “Kenali Buah-buahan Tempatan”.
Soalan:
-     Apakah perkataan yang kamu tidak faham dalam pantun rangkap (pertama, kedua, ketiga, keempat kelima dan keenam)
-     Perkataan:
Belanga
(periuk tanah)
Meranduk
(mengharungi)
Paras
(rupa muka)
Kolek
(sampan kecil)

Jawapan pantun:

1.  Rambutan
2.  Durian
3.  Nenas
4.  Manggis
5.  Kelapa
6.  betik









  1. Soal jawab antara guru dan murid berkaitan perkataan yang tidak difahami.
  2. Secara berkumpulan murid diminta menyenaraikan nama buah-buahan yang tersirat di sebalik teka-teki, di atas lembaran kerja yang disediakan.
  3. Murid diminta menyebut kembali nama buah-buahan tersebut secara lisan.
  4. Guru memberikan jawapan bagi pantun teka-teki yang diberikan.

Teknik :
-   Soal jawab
-   Perbincangan
-   sumbangsaran


Nilai :
-   Kerjasama
-   Tekun


BBM :
-     Lembaran kerja, teks pantun, slaid



Langkah 3
(15 minit)

Pengajaran :
Kata adjektif.
Contoh :
- cantik
- tajam
- manis
- merah
- hitam


  1. Guru menerangkan secara ringkas definisi kata adjektif.
  2. Murid dikehendaki membaca secara berkumpulan definisi kata adjektif secara kuat.
  3. Murid diminta mencari dan membulatkan kata adjektif yang terdapat dalam rangkap pantun teka-teki. Kemudian menulis kembali dalam kotak yang disediakan.
  4. Perbincangan antara guru dan murid mengenai kata adjektif yang terdapat di dalam teks pantun.
  5. Wakil murid setiap kumpulan diminta membuat ayat lain berdasarkan kata adjektif, secara spontan.

Teknik :
-   Tunjuk cara
-   Soal jawab


Nilai :
-   Kerjasama
-   Tekun
-   Mendengar arahan


BBM :
-   teks pantun teka-teki, lembaran kerja dan slaid.

Langkah 4
(5 minit)

Nyanyian lagu.
Pantun teka-teki menggunakan rentak lagu ikan kekek

  1. Murid diperdengarkan terlebih dahulu rentak lagu ‘Ikan Kekek”.
  2. Guru membuat demonstrasi terlebih dahulu cara nyanyian menggunakan rentak lagu “Ikan Kekek” dan rangkap pantun sebagai lirik lagu.
  3. Murid diminta menyanyi beramai-ramai seperti nyanyian yang telah ditunjuk oleh guru.

Teknik :
-   Tunjuk cara


Nilai :
-   Kerjasama
-   Tekun


BBM :
-   Teks pantun teka-teki.

Penutup
(10 minit)

Nilai murni:
- Kesyukuran
- Patriotisme
- Rasional

Isi pelajaran :

1.Cara membaca pantun dengan betul.

2.Konsep Kata adjektif



  1. Guru menyimpulkan pelajaran.
  2. Soal jawab antara guru dan murid berkaitan isi pelajaran dan nilai murni berdasarkan teks pantun teka-teki, secara lisan.
  3. Guru memberikan aktiviti latihan pengukuhan.


Teknik :
-   Soal jawab


Nilai :
-   Kerjasama
-   Tekun


BBM :
Lembaran kerja

No comments:

Post a Comment