Tuesday, April 23, 2013

LEMBARAN JAWAPAN PANTUN BUAH-BUAHAN


Lembaran kerja1:
Pantun kenali buah-buahan tempatan:

Rangkap 1
Naik basikal pergi ke pekan,
Singgah membeli periuk belanga,
Sungguh manis bila dimakan,
Kulitnya merah berambut pula.

Jawapan :……………………….

Rangkap 2
Tiap pagi pergi ke sawah,
Mencari rezeki untuk keluarga,
Terkenal sebagai raja buah,
Durinya tajam tidak terkira.

Jawapan:…………………………

Rangkap 3
Selepas subuh pergi ke kota,
Meranduk lumpur dan juga paya,
Buah ini mempunyai mahkota,
Badannya pula dipenuhi mata.

Jawapan:…………………………..

Rangkap 4

Adik kecil mukanya bersih,
Selepas dimandi oleh bonda,
Kulitnya hitam isinya putih,
Rasanya manis seperti gula.

Jawapan:………………………..

Rangkap 5
Masuk ke kebun menoreh getah,
Lepas menoreh pergi ke pekan,
Walau berkolam tiada lintah,
Walau berair tiada ikan.

Jawapan :………………………….

Rangkap 6
Cantik parasnya si Puteri Molek,
Pergi ke kolam duduk berendam,
Rupa buahnya laksana kolek,
Bijinya umpama lada hitam.

Jawapan:…………………………….

No comments:

Post a Comment