Sunday, April 21, 2013

CONTOH RPH TAHUN 5 TEMA KESUSASTERAAN


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5
Mata Pelajaran                                :  Bahasa Melayu
Tahun                                                :  5 Cemerlang
Tarikh                                                :  1 April 2012
Masa                                                  :  1 jam (10.20 pagi hingga 11.20 pagi)
Bilangan Murid                               :  37 orang
Tema                                                             :  Kesusasteraan
Tajuk                                                 :  Buat Baik Dibalas Baik
Hasil Pembelajaran/Kemahiran :
Fokus Utama         :           2.1          Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.
Aras 1                     :           (i)            Memilih diksi yang sesuai untuk menyampaikan sesuatu cerita.
Fokus Sampingan :           2.1        Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.
Aras 1                     :          (ii)            Menyampaikan cerita dengan menggunakan diksi yang telah dipilih.

Objektif :  Pada akhir pelajaran ini, murid dapat :
(i)            bercerita tentang gambar dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.
(ii)          menyampaikan cerita dengan menggunakan diksi yang telah dipilih.
(iii)         memahami makna diksi yang dipilih.
Sistem Bahasa                               
Tatabahasa            - Ayat majmuk
Kosa Kata        - gerai, membantu, berbual, membungkuskan, upah, mengisi, masa lapang

Pengisian Kurikulum                   
Ilmu                            - Kesusasteraan, kemasyarakatan
Nilai Murni                - tolong-menolong, jujur, gigih

Kemahiran bernilai tambah
Kemahiran berfikir                     : Menjana idea, menghubungkait, menilai, mengenal pasti,
Bahan Bantu Mengajar                  : video upin ipin, gambar ransangan, kamus dewan, audio lagu burung kakak tua, sampul aktiviti
Pengalaman sedia ada                     : Murid sudah belajar membina ayat majmuk.







Set Induksi
(5 minit)





Video Upin Ipin membantu Kak Ros.

  1. Murid menonton video upin ipin yang sedang membantu Kak Ros.
  2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang video.

Teknik : Soal jawab
KB : kemahiran mendengar dan bertutur.

BBM : Video Upin Ipin
Nilai murni :
tolong, menolong, gigih

Langkah 1
(15 minit)

Gambar ransangan : Gambar seorang budak menolong pakcik dan makciknya di gerai buah.
(Lihat gambar 1)
Contoh soalan:
·         Ini gambar di mana?
·         Siapa yang menjual buah?
Contoh pengalaman sedia ada :
·         Pernah menjual buah.
·         Pernah membeli buah.

  1. Murid diberikan gambar ransangan.
  2. Murid diminta meniliti gambar.
  3. Soal jawab mengenai gambar.
  4. Guru meminta murid menceritakan pengalaman sedia ada mereka berkaitan aktiviti yang terdapat di dalam gambar.


Teknik : Soal jawab, sumbang saran
KB : kemahiran mendengar dan bertutur.

BBM : gambar ransangan.

Nilai murni : bertanggungjawab, tolong-menolong, amanah

Langkah 2
(35 minit)

Gambar ransangan : Gambar seorang budak menolong pakcik dan makciknya di gerai buah.
(Lihat gambar 1)
Contoh perkataan yang disenaraikan :
·         menjual
·         membeli
·         membungkus
·         berbual
·         menunjuk
Contoh ayat majmuk :
·         Budak lelaki itu sedang membungkus buah ke dalam plastik
·         Terdapat sekumpulan budak lelaki berbual di bawah pokok.

  1. Murid menyenaraikan perkataan-perkataan yang bersesuaian dengan gambar yang dilihat di dalam lembaran kerja yang disediakan.
  2. Murid-murid mencari makna perkataan-perkataan tersebut di dalam kamus dewan.
  3. Murid diminta membina ayat majmuk menggunakan perkataan-perkataan tersebut.

Teknik : sumbang saran, soal jawab
KB : kemahiran mendengar, bertutur dan menulis.

Kemahiran berfikir : menjana idea, menghubungkait.

BBM : gambar ransangan, kamus dewan

Nilai murni : bertanggungjawab, tolong-menolong, amanah

Langkah 3
(20 minit)

Aktiviti simulasi
Arahan dalam sampul aktiviti:
-Menolong ibu memasak di dapur.
-Menolong guru menyusun buku di pusat sumber.
-Menolong ibu menanam pokok bunga di halaman rumah.
-Menolong ayah membasuh kereta di halaman rumah.
-Menolong guru mengambil buku di meja guru.
-Menolong ibu mengemas rumah.
(lihat lampiran 1)

  1. Guru meminta wakil murid ke hadapan untuk mengambil sampul aktiviti.
  2. Murid melaksanakan aktviti secara berkumpulan.

Teknik  : simulasi
KB : kemahiran mendengar dan bertutur.

Kemahiran berfikir : menghubungkait, mengenal pasti

Nilai murni : tolong-menolong, hormat-menghormati, bertanggungjawab

BBM : Sampul aktiviti.

Langkah 4
(5  minit)

Nyanyian lagu.
“Mari Tolong-menolong”
(lihat lampiran 2)


  1. Murid diberikan lirik lagu.
  2. Murid diperdengarkan terlebih dahulu rentak lagu “burung kakak tua”.
  3. Guru membuat demonstrasi terlebih dahulu cara nyanyian lagu menggunakan rentak lagu burung kakak tua.
  4. Murid diminta menyanyi beramai-ramai seperti nyanyian yang telah ditunjuk oleh guru.


Teknik : tunjuk cara
KB : kemahiran mendengar dan bertutur.

BBM : audio lagu burung kakak tua, lirik lagu
Nilai murni : tolong-menolong

Penutup
(5 minit)

Nilai murni.
Contoh nilai murni :
·         Tolong-menolong
·         Amanah
·         Gigih
·         Hormat-menghormati


  1. Guru menyimpulkan pelajaran.
  2. Soal jawab antara guru dan murid berkaitan isi pelajaran dan nilai murni.

KB : kemahiran mendengar dan bertutur.


No comments:

Post a Comment