Sunday, September 30, 2012
Saturday, September 29, 2012
Friday, September 28, 2012
Thursday, September 27, 2012
Wednesday, September 26, 2012
Tuesday, September 25, 2012
Konsep 5P - Penggayaan
- Pengayaan merupakan strategi untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman, di samping mengukuhkan kemahiran yang dipelajari.
- Menurut Marzukhi Nyak Abdullah (1994), proses ini memberi peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya kreativiti, dan semangat kepimpinan.
- Namun, penekanan yang diberikan berbeza-beza mengikut tahap kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat pelajar.
- Contoh bagi aktiviti pengayaan adalah seperti bacaan tambahan, kerja-kerja projek, serta permainan dan rekreasi.
- Aktiviti bacaan tambahan yang boleh dijalankan seperti membaca buku cerita, majalah, risalah, atau kad bacaan yang mengandungi tema yang sesuai.
- Kerja-kerja projek pula seperti mengadakan lawatan, perlaksanaan minggu bahasa, membuat laporan, menulis cerita, dan sebagainya.
- Guru juga boleh melakukan aktiviti permainan dan rekreasi seperti mencari benda tersembunyi, teka silang kata, meneka bunyi, permainan sahiba, dan lain-lain.
- Guru hendaklah mencipta aktiviti yang boleh melahirkan pemikiran kreatif dan kritis pelajar.
- Peluang sama rata kepada pelajar juga perlu diberikan, bagi mengembangkan sifat kepimpinan sosial yang sedia ada.
- Hal ini seterusnya, akan meningkatkan keyakinan dan jati diri dalam diri pelajar.
Monday, September 24, 2012
Konsep 5P - Pemulihan
- Pemulihan ialah strategi untuk membantu murid yang bermasalah dalam penguasaan sesuatu kemahiran atau aktiviti pelajaran.
- Guru hendaklah menyedari perbezaan kebolehan murid yang cepat, sederhana atau lambat menguasai sesuatu kemahiran atau menerima sesuatu isi kandungan pelajaran yang diajar (Marzukhi Nyak Abdullah, 1994).
- Proses ini untuk membantu murid yang bermasalah pembelajaran atau bermasalah dalam penguasaan kemahiran asas 3M (Ab. Rahman Ab. Rash, Yap Kim Fatt, dan Ad. Rahim Selamat, 1997).
- Sekiranya murid itu mempunyai masalah berat dalam penguasaan kemahiran tersebut, dia perlu dimasukkan ke kelas khas yang diajar oleh guru khas pemulihan.
- Selain itu, murid-murid perlu didedahkan dengan bahan-bahan, kaedah dan gerak kerja yang bersesuaian berdasarkan masalah dihadapi. Contohnya, guru memberikan latihan pengukuhan untuk dijadikan kerja rumah.
- Guru juga boleh menggunakan tenaga murid pintar untuk mengendalikan gerak kerja pengukuhan melalui pembelajaran rakan sebaya.
Sunday, September 23, 2012
Konsep 5P - Penilaian
Konsep Penilaian
- Penilaian bertujuan mendapat maklumat tentang kesan dan pencapaian objektif pengajaran atau pembelajaran, berdasarkan perlaksanaan pengajaran. Dalam sistem penilaian KBSR, tahap satu mementingkan penilaian kemahiran asas 3M, sementara tahap dua pula mengutamakan penilaian mengenai perkembangan murid secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani, selaras dengan FPK (Ab. Rahman Ab. Rash, Yap Kim Fatt, dan Ad. Rahim Selamat, 1997).
- Strategi penilaian terbahagi kepada dua jenis. Pertama, penilaian formatif iaitu penilaian serta-merta untuk mengesan penguasaan kemahiran yang baru disampaikan. Ujian digunakan untuk mengetahui tentang seseorang (Tuckman, 1975). Contoh ujian yang boleh dibuat, seperti dalam bentuk lisan (termasuk bacaan atau kuiz), pemerhatian, amali atau menjawab soalan bertulis. Menurut Marzukhi Nyak Abdullah (1994), guru hendaklah mengesan kemajuan murid dalam unit pembelajaran yang diajar, di samping dapat mengesan perkembangan pembelajaran murid-murid. Oleh itu, guru mengetahui penguasaan murid dalam kemahiran yang diajar dan juga nilai yang ditanamkan dalam pengajaran. Murid juga mengetahui kelemahan mereka dan berusaha untuk segera mengatasinya.
- Kedua iaitu penilaian sumatif yang bertujuan untuk mengetahui keseluruhan tahap pencapaian murid di akhir pembelajaran. Matlamat utamanya untuk memberi markah atau gred kepada seseorang murid dan biasanya dijalankan di akhir penggal. Markah akan diserahkan kepada penjaga. Daripada maklumat pencapaian, guru dapat mengenal pasti dan menilai keberkesanan bahan, teknik dan kaedah pengajaran. Penilaian ini juga digunakan oleh guru untuk menentukan siapa yang memerlukan aktiviti pemulihan atau penggayaan (Ab. Rahman Ab. Rash, Yap Kim Fatt, dan Ad. Rahim Selamat, 1997).
Konsep 5P - Penyerapan
Konsep
- Penyerapan merupakan proses menyerapkan dan menyatukan ilmu pengetahuan daripada beberapa mata pelajaran ke dalam satu mata pelajaran bahasa.
- Proses ini merangkumi beberapa jenis penyerapan. Pertama iaitu penyerapan pengetahuan atau isi pelajaran. Dalam tahap satu, penyerapan mata pelajaran Alam dan Manusia seperti isi pengetahuan yang berkaitan alam sekitar, tumbuhan, haiwan, kemanusiaan, kemasyarakatan, dan kesihatan, diserapkan dalam pelajaran bahasa. Murid akan memperoleh pengetahuan dalam isi kandungan mata pelajaran Alam dan Manusia, di samping dapat menguasai kemahiran bahasa. Beberapa mata pelajaran lain seperti Agama, Moral, Muzik, Seni, Pendidikan Jasmani, juga boleh diserapkan ke dalam mata pelajaran bahasa (Marzukhi Nyak Abdullah, 1994). Pengajaran akan lebih kukuh sekiranya penyerapan pengetahuan diserapkan.
- Jenis penyerapan yang kedua iaitu penyerapan nilai murni dan kewarganegaraan. Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat yang berlandaskan kepada Rukun Negara, hendaklah diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Hal ini selaras dengan objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Penyerapan nilai tersebut boleh diserapkan pada bila-bila masa ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.
- Ketiga iaitu penyerapan kemahiran berfikir dan kemahiran nilai tambah. Kemahiran berfikir perlu diserapkan dalam aktiviti pengajaran. Contoh-contoh kemahiran berfikir yang boleh diserapkan dengan pelajaran bahasa ialah menentukan urutan, meramalkan, menyelesaikan masalah dan lain-lain. Namun demikian, kemahiran nilai tambah seperti kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran kontruktivisme, dan pembelajaran konteksual juga perlu diserapkan dengan mengambil kira kesesuaiannya dengan hasil pembelajaran, kebolehan murid serta sumber yang ada. Pemilihan bahan perlulah sesuai dan hal ini dapat mengelakkan kebosanan di kalangan murid (Marzukhi Nyak Abdullah, 1994). Murid memperolehi pengetahuan dan pengalaman secara tidak lansung, di samping mempelajari kemahiran bahasa.
- Menurut Ab. Rahman Ab. Rash dan rakan-rakannya (1997), rasional penyerapan dilihat menerusi dua aspek pendidikan iaitu aspek pembelajaran dan aspek komunikasi.
- Melalui aspek pembelajaran, proses ini membantu murid menambahkan kefahaman dan kemahiran, dengan mematuhi arahan dan peraturan. Guru juga dapat membentuk sikap ingin menambah ilmu pengetahuan serta meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang diminati. Corak pemikiran yang terbuka dan rasa ingin tahu juga dapat dipupuk dalam diri pelajar. Seterusnya, guru dapat membentuk pemikiran yang rasional, logik, objektif dan positif kepada murid.
- Menerusi aspek komunikasi, guru dapat membantu murid dalam menguasai pengetahuan mengenai penggunaan perbendaharaan kata, pemilihan laras bahasa, tatabahasa, penggunaan intonasi yang sesuai dan perlakuan bukan bahasa yang lain mengikut konteks. Hal ini selaras dengan objektif dan matlamat sukatan pelajaran yang digubalkan. Murid akan memahami serta mengamalkan aspek nilai dan tingkah laku yang sesuai demi memperkembangkan diri serta memastikan mereka diterima rakan sebaya dan masyarakat.
Saturday, September 22, 2012
Konsep 5P - Penggabungjalinan
Konsep
- Penggabungjalinan bermaksud pengintegrasian pelbagai kemahiran untuk menghasilkan pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh.
- Strategi ini bertujuan mengukukuhkan kemahiran antara satu sama lain dan menjadikan aspek pembelajaran saling melengkapi dalam sesuatu pelajaran, agar pembelajaran tersebut lebih menarik dan bermakna (Kamarudin Haji Husin, 1990).
- Penggabungjalinan berlaku antara kemahiran berbahasa daripada bidang berlainan (inter bidang) atau bidang yang sama (intra bidang).
- Pertama, aspek kemahiran bahasa seperti kemahiran lisan, membaca, dan menulis. Guru tidak menggabungjalinkan semua kemahiran dan isi pelajaran dalam satu pengajaran, Raminah Sarban dan Rahim Syam (1987:67). Kemahiran-kemahiran akan digabungkan sekurang-kurangnya dua atau lebih dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran.
- Kedua iaitu aspek tatabahasa. Aspek ini digabungkan secara teratur dan tersusun semasa guru menekankan kemahiran bahasa. Aspek ini akan melahirkan murid yang berdisiplin, kerana mereka akan mengikut peraturan tatabahasa.
- Ketiga iaitu aspek kosa kata dan peribahasa juga perlu digabungkan dengan aktiviti kemahiran bahasa. Contohnya, melalui aktiviti lakonan atau perbahasan, membaca teks yang mengandungi peribahasa dan kosa kata (sama ada umum atau istilah), atau melalui latihan penggunaan kosa kata dan peribahasa yang betul dalam pelbagai genre penulisan.
- Terdapat prinsip-prinsip dalam strategi penggabungjalinan. Antaranya ialah guru harus menentukan terlebih dahulu kemahiran utama yang mahu ditekankan dalam sesuatu pengajaran.
- Guru hendaklah memikirkan kemahiran sampingan yang bersesuaian untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang menarik.
- Kemahiran utama akan menjadi fokus utama pembelajaran, manakala kemahiran sampingan akan menjadi fokus sampingan pembelajaran.
- Aras pengajaran dan aktiviti pelajaran berdasarkan kebolehan dan pencapaian murid.
- Guru boleh menggabungjalinkan apa jua sekalipun yang bersesuaian, berdasarkan sukatan pelajaran, asalkan mencapai objektif.
- Strategi penggabungjalinan dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu penggabungjalinan kemahiran, bahan dan aktiviti (Kamarudin Haji Husin, 1990).
- Di dalam bentuk penggabungjalinan kemahiran, terdapat dua jenis gabungjalin, iaitu penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran ke dalam satu pelajaran dan penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran ke dalam satu pelajaran.
- Bagi penggabungjalinan kemahiran dalam satu mata pelajaran, guru boleh menggabungkan semua atau beberapa kemahiran bahasa ke dalam satu pengajaran. Guru harus memastikan aktiviti pengajaran saling berkait rapat dan berjalan dengan lancar (Suradi Salim, 1980).
- Bagi penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran ke dalam satu pelajaran pula, contohnya seperti dalam satu pelajaran bahasa, kemahiran bahasa digabungjalinkan dengan kemahiran pendidikan seni dan muzik. Kemahiran bahasa menjadi kemahiran fokus, manakala kemahiran pendidikan seni dan muzik, menjadi kemahiran sampingan.
- Penggabungjalinan bahan pula melibatkan jenis bahan atau tema yang digunakan, Kamarudin Hj Husin (1990). Bahan-bahan itu terdiri daripada bahan utama (petikan), bahan ransangan (bahan sokongan) dan bahan lisan (aksi rakaman). Contoh bahan utama adalah seperti rencana, ucapan, laporan, dan sebagainya. Contoh bagi bahan ransangan pula ialah gambar, carta, graf, rajah, dan data. Manakala, bahan lisan pula terdiri daripada rakaman ucapan, wawancara, lakonan, ceramah, dan lain-lain. Berdasarkan contoh, guru boleh menggabungkan sekurang-kurangnya dua jenis bahan atau ketiga-tiga jenis bahan dalam satu pengajaran. Namun begitu, guru mestilah memastikan bahan mempunyai pertalian dan urutan yang baik serta boleh digabungjalinkan dengan berkesan. Contoh aktiviti ialah guru memberikan teks berita kepada murid, kemudian murid membuat ulasan mengenai berita tersebut.
- Seterusnya ialah penggabungjalinan aktiviti. Menurut Kamarudin Hj Husin (1990), dalam perlaksanaan penggabungjalinan aktiviti, guru mestilah meneliti jenis aktiviti yang saling berkait dan boleh digabungjalinkan. Terdapat tiga jenis aktiviti yang boleh dilakukan. Pertama, aktiviti lisan seperti perbualan, temuramah, bercerita, lakonan, dan sebagainya. Contoh aktiviti kedua pula iaitu aktiviti bacaan dan kefahaman. Misalnya, mengesan isi penting, memberi makna perkataan atau rangkai kata, membina ayat, dan lain-lain. Ketiga, aktiviti tulisan seperti mencatat isi, membuat karangan, laporan, atau berita. Guru boleh menggabungjalinkan sekurang-kurangnya dua atau ketiga-tiga jenis aktiviti. Semasa melaksanakannya, guru mesti memastikan aktiviti-aktiviti itu saling berkait.
- Jadi, menerusi strategi penggabungjalinan ke dalam satu mata pelajaran bahasa, pelbagai kemahiran dapat disampaikan secara harmoni dan bersepadu. Strategi ini dapat mengelakkan kebosanan pelajar terhadap pelajaran, jika hanya satu kemahiran sahaja diajarkan. Interaksi antara guru dan murid juga akan lebih mesra (Ee Ah Meng,1990).
Friday, September 21, 2012
Cerita Kanak-kanak - 3 Sahabat Karib
Tajuk : Tiga
Sahabat Karib
Di
pinggir sebuah hutan itu, tinggal
tiga sahabat baik iaitu rusa, kura-kura dan burung kenari.
Ketiga-tiga sahabat
itu sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain. Pada suatu hari, rusa
terkena perangkap dan hendak keluar dari dalam perangkap itu, tetapi tidak
berjaya.“Tolong, tolong aku!” jerit rusa.
Jeritan rusa itu didengar oleh kura-kura dan
kenari. Mereka datang menolong rusa.“Tunggu dulu, biar aku gigit jaring ini.” kata kura-kura. Sementara
itu, kenari terbang ke sana ke mari untuk mengawal kawasan itu.
Kenari takut kalau-kalau pemburu itu datang. Tiba-tiba kenari ternampak pemburu itu sedang
menuju ke tempat mereka. Kenari segera mencari akal supaya pemburu itu tidak
datang ke arah perangkap. Kenari terbang rendah di hadapan pemburu itu untuk
menarik perhatiannya. Pemburu itu hendak menangkap kenari pula.
Kura-kura
berjaya mengoyakkan jaring dan perangkap terbuka. Akhirnya, rusa berjaya keluar
dari dalam perangkap itu. Pemburu itu gagal menangkap kenari lalu dia berjalan
menuju ke perangkap. Dia terperanjat melihat jaring yang koyak itu. “Siapa pula
yang mengoyakkan jaring ini!” kata pemburu kemarahan.
Pada ketika itu, pemburu ternampak kenari yang
sedang bertenggek di atas dahan pokok
itu. Dia mengangkat senapang lalu
mahu menembak kenari. Seketika itu, kura-kura ternampak pemburu yang hendak
menembak kenari. Kura-kura pun menggigit kaki pemburu itu sekuat hati. Pemburu
menjerit kesakitan. Kenari terdengar jeritan pemburu itu lalu terbang pergi
dari situ.
Pemburu mendapati kura-kura itulah yang
menggigit kakinya. Dia sungguh marah kepada kura-kura, lalu menangkap dan
memasukkan kura-kura itu ke dalam beg.
Kemudian, pemburu berasa terlalu letih lalu menyandar pada pangkal pokok dan
tertidur.
Apabila pemburu sedang tidur, rusa berjalan
menghampirinya dan mengambil beg yang tergantung itu menggunakan tanduknya.
Kemudian, kenari membuka beg itu dengan paruhnya untuk membebaskan kura-kura. Akhirnya,
mereka bertiga terselamat daripada pemburu itu.
Nilai moral : Kita hendaklah tolong-menolong antara satu
sama lain.
Thursday, September 13, 2012
Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif
Ujian Formatif
|
Perbezaan
|
Ujian Sumatif
|
1. Maklum balas kepada pelajar dan
guru: kemajuan dan
kelemahan.
|
Fungsi
|
1. Pensijilan atau
penggredan
|
2. Sepanjang pengajaran
|
Masa
|
2. Pada akhir
unit/kursus
|
3. Kognitif, psikomotor dan afektif
|
Penekanan
|
3.Kognitif
|
4. Terhad kepada tugasan
|
Sifat
|
4. Beraneka jenis
|
5. Berubah-ubah
|
Kesukaran
|
5. Senang – sukar
|
6. Dibentuk khas
|
Alat
|
6. Peperiksaan akhir
tahun
|
7. Rujukan kriteria
|
Jenis ujian
|
7.Rujukan norma
|
JENIS-JENIS UJIAN - Objektif dan subjektif
Jenis-jenis Ujian
Berikut
ialah beberapa jenis ujian iaitu ujian objektif dan
ujian subjektif.
Ujian
Objektif
Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis
atau memilih satu jawapan yang betul atau yang paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item
jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz.
Item Respons Bebas
i. Jenis soalan:
contoh:
a) Apakah
lawan bagi perkataan rajin? ( malas)
b) Apakah
makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak memakai
kasut)
ii. Item
Melengkapkan Penyataan
contoh:
a)
Kita mesti _______bermain sekarang kerana hujan sudah
turun.
b) Saya
terpaksa ________ adik saya kerana emak saya bekerja.
Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)
Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul
atau paling tepat. Jawapan mungkin
dipilih daripada dua atau lebih pilihan.
Item-item itu ialah format salah-betul, padanan, dan aneka pilihan.
Item
Salah - Betul
Item ini dikenali sebagai Item Dua
Pilihan iaitu item yang mengandungi
penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B)
atau salah (S). Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak
setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada
soalan.
Item
Padanan
Item
Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan objek/
perkara yang berkaitan. Pelajar
dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan
di sebelah kiri dengan objek/ perkara di sebelah kanan.
Kata
Bilangan
|
Contoh
|
1. Kata Adjektif Sifatan
|
A. Gadis cantik itu anak
Pak Zaini.
|
2. Kata Adjektif
Pancaindera
|
B. Budak baik selalu dipuji.
|
3. Kata Adjektif Bentuk
|
C. Jalan bengkok
ke kampung itu telah ditutup.
|
4. Kata
Adjektif Perasaan
|
D. Dia amat rindu akan
emaknya.
|
Item
Aneka Pilihan
Item
aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap kerana diberikan
tindak balas terbatas. Jenis item aneka
pilihan adalah seperti yang berikut.
a. Item
aneka pilihan berbentuk soalan
b. Jenis jawapan terbaik
c. Analogi
Item Jenis Cantuman
Teknik
Kloz
Teknik menggunakan ujian
kloz, sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh digunakan untuk
pelajar-pelajar sekolah rendah .
Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan
ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutnya
boleh diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu.
Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah
sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan
membaca keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian, berasaskan kefahaman
mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang
dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks.
Soalan Subjektif
Soalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut:-
Ü Item Jenis Struktur
Ü Item Jenis Esei
Ü Pembinaan Ujian
Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian
Antara prinsip dasar yang
harus dijadikan garis panduan dalam pembinaan sesuatu instrumen penilaian dan
pengujian ialah:
i. Penilaian dan Pengujian Mestilah
Bersifat “Kesahan” (validity)
a. Kesahan
Isi
b. Kesahan
Ramalan
c. Kesahan
Serentak
d. Kesahan
Gagasan
ii. Kebolehpercayaan Ujian
Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatan dan
ketekalan skor bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang diuji.
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
Definisi / Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU)
· Kandungan
Ujian tentang topik-topik pelajaran.
· Aras
Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.
· Pemberatan
(%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan
sesuatu kemahiran itu diajar.
· Bentuk ujian sama ada
berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain.
· Bilangan
item yang mengikut bentuk, kandungan dan
aras kemahiran.
· Kepayahan
atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%.
Kepentingan JSU
· Mengelakkan
daripada membina ujian secara sembarangan.
· Menjamin
kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
· Menimbulkan
rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
·
Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan
aras-aras kemahiran yang diuji.
·
Memberikan panduan untuk membentuk format ujian.
Bil
|
Bentuk
Soalan
|
Objektif
|
|||||||
Kemahiran
|
Aras Kognitif
|
||||||||
Bidang/Topik/Topik Kecil
|
Jam
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
Jumlah
Item
|
|
1.1
|
Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu
|
5
|
4
|
||||||
·
Asal
usul BM, BM sebelum dan selepas merdeka
|
2
|
2
|
|||||||
1.2
|
Linguistik
BM
|
15
|
12
|
||||||
·
Pengenalan
linguistik
|
|||||||||
Definisi, Sejarah, Linguistik
Diskriptif
|
1
|
5
|
4
|
1
|
1
|
||||
1.3
|
Fonologi
|
20
|
16
|
||||||
·
Definisi,
alat artikulasi, cara penghasilan
|
3
|
2
|
1
|
1
|
|||||
·
Fonem
segmental
|
2
|
2
|
1
|
1
|
1
|
||||
·
Fonem
suprasegmental
|
1
|
1
|
|||||||
Jumlah
|
40
|
32
|
Jadual 1: Contoh JSU
· Contoh di atas boleh disesuaikan dengan keperluan dan spesifikasi di sekolah.
Langkah-langkah Membina JSU
Langkah
1: Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
Langkah
II: Tentukan soalan yang akan dibina itu
a. soalan objektif (30 soalan)
b. 1 markah bagi 1 item
c. jumlah soalan bagi setiap topik dikira:
Jumlah
Masa keseluruhan
Langkah III: Tentukan model aras kesukaran item
Biasanya JPU
menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom
Tiga domain: kognitif, afektif, dan psikomotor
Domain Kognitif
6.
Penilaian Sukar
5.
Sintesis
4. Analisis
3. Penggunaan
2. Kefahaman
1. Pengetahuan Mudah
Langkah IV: Apakah jenis ujian yang akan diuji?
·
Ujian objektif
·
Ujian struktur
·
Ujian esei, dan lain-lain.
Langkah
V:
·
Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif,
struktur, esei dll)
·
Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah – soalan sukar)
·
Pemarkahan
Langkah
VI
·
Nyatakan mata pelajaran
·
Nyatakan tingkatan
·
Susunan nombor soalan mengikut tajuk
Subscribe to:
Posts (Atom)