Thursday, September 13, 2012

Interaksi Antara Tamadun Melayu Dengan Tamadun Islam



Interaksi ini bermula apabila agama Islam berkembang di Alam Melayu. Menurut (Profesor Dr Hamka,1994), perkembangan Islam di Alam Melayu ini mulanya dibawa oleh orang Arab yang datang ke Tanah Melayu abad ke-7 Masihi. Ini dibuktikan dengan melalui catatan dari pusaka Tiongkok. Ada pendapat yang mengatakan kedatangan Islam dari India dan China. Perkembangan agama di Alam Melayu berlaku secara aman berdasarkan faktor pedagang, geografi, ekonomi, perkahwinan serta faktor politik dan penaklukan. Sebahagian besar pedagang Islam masa tersebut datangnya dari Yaman, iaitu sebuah kerajaan Arab yang bergiat dalam perdagangan.
          Kesan utama ialah perubahan pemikiran kerana orang Melayu pada dahulunya dipengaruhi kepercayaan agama Hindu dan Buddha. Kedatangan Tamadun Islam mengubah corak pemikiran mereka mengikut akidah dan kepercayaan terhadap Islam. Mereka percaya Tuhan Yang Maha Esa, perlunya hormat-menghormati antara manusia dan menitik beratkan soal persamaan taraf. Kedatangan dan penerimaan Islam menghasilkan ciri utama dalam tamadun Melayu, misalnya mengenai sistem politik dan pentadbiran, sistem pemerintahan empayar Uthmaniyah telah diperkenalkan dan meletakkan sultan sebagai ketua negara dan ketua agama Islam.
Kedatangan Islam memberi perubahan besar dari segi kebudayaan orang Melayu kerana kebudayaan orang Melayu dahulu dipengaruhi oleh agama Hindu dan Buddha. Dengan kedatangan Islam, hampir kesemua budaya dan adat itu tidak boleh diamalkan kerana bertentangan dengan syariah Islam.
Dari segi bahasa, kedatangan pengaruh Islam menjadikan kosa-kata bahasa Melayu lebih meluas sehingga mampu digunakan untuk membahas perkara ilmiah seperti falsafah. Hal ini, kesan daripada Kehadiran ilmu Tasawuf, hukum dan undang-undang, penterjemahan al - Quran (misalnya, Abdul Rauf al - Fansuri menterjemahkan al - Quran buat pertama dalam bahasa Melayu pada abad ke - 17 M), perbahasan ilmu Hadis,  ilmu fekah dan berbagai-bagai ilmu lagi.
Dari segi seni bina, Tamadun Islam mempengaruhi seni bina masjid di Tanah Melayu. Seni bina Masjid ini kebanyakan dipengaruhi seni bina Yaman dan Parsi. Selain itu, terdapat juga pengaruh seni bina India dan China kerana agama Islam di Alam Melayu juga datangnya dari India dan China.              
Kesimpulannya, interaksi Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu memberi kesan besar dalam pembangunan tamadun Melayu, terutama dari aspek pembangunan insan dan kesannya dapat dilihat sehinggalah hari ini. 

No comments:

Post a Comment