Falsafah
boleh dibahagikan kepada empat cabang,iaitu metafizik,axiologi,epistemologi,dan
logik.
Metafizik
(Ontologi)
Metafizik
adalah satu cabang falsafah yang mengkaji tentang perkara-perkara seperti sifat
realiti, apa yang wujud di dunia ini dan susunaturnya. Menurut takrifan dalam
kamus,metafizik merujuk kepada “... yang jauh melangkau alam fizikal atau
kebendaan”. Metafizik bersifat spekulatif dan memberi fokus kepada perkaitan
sebab-akibat.
Metafizik
mengutarakan soalan-soalan seperti di bawah:
- Apa itu
kebenaran?
- Adakah
Tuhan wujud?
- Siapa itu
manusia?
- Apakah itu
kebebasan manusia?
- Adakah
dunia ini semata-mata terdiri daripada jisim sahaja?
- Adakah
manusia mempunyai akal? Apakah hubungan antara akal dan tubuh?
Memang tidak dapat dinafikan bahawa sukar untuk kita mencari
jawapan kepada soalan-soalan tadi dengan hanya merujuk kepada dapatan-dapatan
eksperimen atau kajian saintifik.
Axiologi.
Axiologi
berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud ‘nilai’. Ia adalah cabang
falsafah yang mempersoalkan tentang baib atau buruk,benar atau salah, cantik
atau hodoh. Ia merangkumi dua aspek,iaitu etika dan estetika.
1) Etika. Lebih
mengutamakan “apa yang sepatutnya kita lakukan” dan “apa yang paling sesuai
untuk kita lakukan”. Pendek kata,etika memberi perhatian kepada kualiti moral
dan tingkahlaku manusia kerana mengkaji kebaikan seseorang, sesuatu masyarakat
dan kehidupan. Ia dikategorikan kepada tiga bidang asas seperti yang berikut:
· Meta ethics- kajian tentang
konsep etika.
· Normative ethics- kajian
tentang bagaimana menentukan nilai etika;
· Applied ethics- kajian
tentang penggunaan nilai etika.
Sehubungan itu, etika cuba menjawab soalan-soalan seperti
yang berikut:
· Apa itu kebaikan? Apakah ciri-ciri
tingkahlaku yang menentukan kebaikan?
· Apa yang menentukan sesuatu
tindakan itu betul?
· Adakah moraliti itu bersifat
objektif atau subjektif?
2) Estetika. Merujuk kepada kriteria
bagi kecantikan dalam kesenian,alam sekeliling dan kehidupan. Dengan kata lain,ia
lebih tertumpu kepada cita rasa dan sentimen. Anatara soalan-soalan yang cuba
dijawab termasuklah:
· Apa itu kecantikan?
· Bagaimanakah kita dapat menikmati
keindahan alam semulajadi?
Epistemologi.
Cabang
falsafah ini lebih dikenali sebagai teori ilmu yang mengkaji tentang ilmu dan
kepercayaan. Ia berasal daripada perkataan Yunani episteme yang bermaksud
‘ilmu’ atau ‘sains’ dan logos yang bermaksud ‘keterangan’. Justeru,epistemologi
berfokuskan kepada penganalisisan dan penghasilan ilmu dan tuntutan ilmu.
Dengan
kata lain,epistemologi ini cuba menjawab soalan-soalan seperti berikut:
- Apa itu
ilmu?
- Apakah
sumber-sumber pengetahuan?
- Apa yang
diketahui oleh manusia?
- Bagaimanakah
kita tahu bahawa kita ketahui sesuatu?
- Adakah
ilmu statik atau senantiasa berubah?
Selain
itu,epistemologi juga tertumpu kepada cara untuk memperoleh ilmu dan kesahan
cara mencari ilmu. Antara sumber ilmu ialah seperti di bawah:
- Wahyu. Pengetahuan yang
diperturunkan oleh Tuhan melalui orang perantaraan tertentu yang
dipilihNya untuk disampaikan kepada masyarakat umum;
- Berasaskan
pengalaman pancaindera. Apa yang kita lihat,dengar,rasa,sentuh dan bau
merupakan satu cara untuk kita memperoleh maklumat mengenai alam
sekeliling kita. Namun, cara mengetahui sedemikian berkemungkinan kurang
tepat,misalnya,ayam goreng yang kita rasa sebenarnya adalah arnab
goreng,air yang kita lihat atas jalan raya sebenarnya adalah sesuatu mirage.
- Intuisi.
Pengetahuan yang diperoleh oleh seseorang melalui cetusan idea secara
tiba-tiba dan tidak disedari. Misalnya,seseorang ibu yang dapat mengesan
sama ada anaknya menghadiri kelas mengaji al-Quran sebaik sahaja anaknya
masuk ke dalam rumah.
- Pandangan
pakar bidang berkenaan
berdasarkan ilmu dan kemahiran yang dipunyai. Misalnya,tokoh-tokoh
falsafah yang terkenal seperti Socrates, Plato, Dewey dan sebagainya.
- Logik.
Kita mempunyai akal yang membolehkan kita membuat taakulan dan seterusnya
mengetahui sesuatu;
- Kaedah
saintifik. Melibatkan carian jawapan kepada persoalan-persoalan tertentu
melalui pengumpulan dan penganalisisan data secara sistematik,misalnya
menjalankan temu bual, membuat pemerhatian, mentadbirkan soal selidik, dan
sebagainya.
Logik.
Logik
menerangkan hubungan antara idea-idea di samping memberi alasan bagu jawapan
yang diberi. Selain itu, logik juga cuba membezakan antara apa yang dikatakan
sebagai sah dan yang mengelirukan.
Secara
umumnya, terdapat dua jenis logik:
- Logik
induktif- bermula dengan butiran khusus,kemudian membuat penaakulan
terhadap butiran terhadap dan seterusnya membuat kesimpulan umum yang
menjelaskannya.
- Logik
deduktif- bermula dengan kesimpulan umum, kemudian mencari contoh-contoh
yang relevan bagi menerangkan kesimpulan ini dan seterusnya butiran yang
terhasil secara logik.
Antara soalan-soalan yang cuba dijawab termasuk:
- Apa yang
dimaksudkan dengan taakulan “baik” atau “kurang baik”?
- Bagaimanakah
kita tentukan sama ada taakulan itu bersifat baik atau kurang baik?
No comments:
Post a Comment