Thursday, September 13, 2012

Interaksi Tamadun China Dengan Tamadun Jepun



Interaksi ini bermula pada abad ke-2M lagi. Interaksi ini berlaku apabila tentera Jepun memenuhi permintaan Raja Korea iaitu Raja Packhe untuk membantu mengatasi pihak utara di Korea. Interaksi ini dikatakan berlaku melalui Korea kerana penglibatan tentera Jepun yang ramai di Korea menyebabkan unsur Tamadun China yang terdapat dalam budaya Korea meresapi budaya Jepun.  Interaksi ini terus berkembang pada 405 M apabila Raja Packhe menghantar penasihat ke istana Yamato untuk membantu kerajaan Jepun menyediakan rekod istana.
          Tamadun Jepun menerima banyak perubahan hasil daripada interaksi dengan Tamadun China. Kesan paling ketara ialah pengenalan agama Buddha ke Tamadun Jepun. Pada mulanya, masyarakat Jepun berpegang kepada ajaran agama Shinto. Setelah berlakunya interaksi dengan Tamadun China, agama Buddha telah diperkenalkan dan Maharaja Jepun menerima agama tersebut sebagai agama baru. Shotoku Taishi adalah tokoh penting yang memperkukuhkan ajaran agama Buddha di Jepun. Di samping agama Buddha, ajaran Konfucisianisme juga disebarkan di Jepun. Penyebaran ajaran ini berlaku pada abad ke-3 M. Kesan penyebaran agama Buddha dan ajaran Konfusianisme ini merubah cara pemikiran dan budaya masyarakat Jepun. Namun, selepas abad ke-9 M, Tamadun Jepun telah membentuk kebudayaan tersendiri.
          Sistem Tulisan China juga diperkenalkan di Jepun hasil daripada interaksi ini. Rekod pentadbiran dan mitos agama Shito di tulis sepenuhnya menggunakan sistem tulisan China. Hasil daripada proses pengasimilasian tulisan China ini membawa kepada kemunculan tulisan asli Jepun iaitu Hiragana dan katakana. Hasil daripada pengenalan tulisan dan Bahasa China juga ini telah mempengaruhi sastera dan muzik Jepun.
          Walaupun Tamadun Jepun banyak menyerap masuk unsur-unsur daripada Tamadun China. Namun, tamadun mereka mempunyai keunikannya tersendiri. Unsur-unsur tamadun China yang diserap tidak diambil bulat-bulat, tetapi mengalami proses asimilasi bersesuaian dengan unsur-unsur tamadun peribumi Jepun. Proses mengasimilasi ini berlaku pada abad ke-8 M iaitu pada zaman Heian. Hasil daripada pengasimilasian ini membuatkan tamadun Jepun berkembang dengan pesat sehinggahari ini. Mereka bukan sahaja menyerap ilmu pengatahuan daripada tamadun lain, tetapi menggunakan ilmu itu untuk mencipta sesuatu yang baru yang lebih hebat.  

No comments:

Post a Comment