Thursday, September 13, 2012

JENIS-JENIS UJIAN - Objektif dan subjektif


Jenis-jenis Ujian

Berikut ialah   beberapa jenis ujian iaitu ujian objektif dan ujian subjektif.

Ujian Objektif
Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau yang paling baik.  Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz. 
Item Respons Bebas
i. Jenis soalan:
          contoh:        
a)       Apakah lawan bagi perkataan rajin? ( malas)
b)       Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak memakai   
            kasut)

ii. Item Melengkapkan Penyataan
          contoh:
a)              Kita mesti _______bermain sekarang kerana hujan sudah turun.
b)       Saya terpaksa ________ adik saya kerana emak saya bekerja.

Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)

Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat.  Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan.  Item-item itu ialah format salah-betul, padanan, dan aneka pilihan.

Item Salah - Betul
          Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan  iaitu item yang mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S).  Ada ketika  guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.

Item Padanan
                    Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan objek/ perkara yang berkaitan.  Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/ perkara di sebelah kanan.

Kata Bilangan
Contoh
1.  Kata Adjektif Sifatan
A.  Gadis cantik itu anak Pak Zaini.
2. Kata Adjektif    
    Pancaindera
B.  Budak baik selalu dipuji.
3.  Kata Adjektif Bentuk
C.  Jalan bengkok ke kampung itu telah ditutup.
4. Kata Adjektif Perasaan
D.  Dia amat rindu akan emaknya.

Item Aneka Pilihan
Item aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap kerana diberikan tindak balas terbatas.  Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang berikut.
  a.     Item aneka pilihan berbentuk soalan
             b.    Jenis jawapan terbaik
            c.     Analogi

Item Jenis Cantuman      
Teknik Kloz
                    Teknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah .  Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutnya boleh diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu.  Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan.  Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks.

Soalan Subjektif

Soalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut:-
Ü Item Jenis Struktur
Ü Item Jenis Esei      
Ü Pembinaan Ujian

Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian

Antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalam pembinaan sesuatu instrumen penilaian dan pengujian ialah:

i.        Penilaian dan Pengujian Mestilah Bersifat “Kesahan”  (validity)
a.       Kesahan Isi
b.       Kesahan Ramalan
c.       Kesahan Serentak
d.       Kesahan Gagasan

ii.       Kebolehpercayaan Ujian
Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatan dan ketekalan skor bagi  menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang diuji. 

No comments:

Post a Comment