Wednesday, April 24, 2013

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 TEMA KESUSASTERAAN (CERPEN)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5
Mata Pelajaran                                :  Bahasa Melayu
Tahun                                                :  5 Cemerlang
Tarikh                                                :  4 April 2012
Masa                                                  :  1 jam (10.20 – 11.20 pagi)
Bilangan Murid                               :  37 orang
Tema                                                             :  Kesusasteraan (cerpen)
Tajuk                                                 :  Buat Baik Dibalas Baik
                                   
Fokus Utama         :           2.1        Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.
 Aras 2                                 (i)           Bercerita berdasarkan bahan yang telah dibaca dengan menggunakan pelbagai pola ayat.
Fokus Sampingan  :          11.3      Mengulas karya sastera yang mudah secara umum dari aspek tema dan persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran, dan gaya bahasa.
Aras 2                                  (ii)          Menjelaskan plot yang terdapat dalam sesebuah karya.

Objektif :  Pada akhir pengajaran, murid dapat :
                                      i.        bercerita tentang cerita “Tiga Sahabat Karib”, dengan menggunakan pelbagai pola ayat.
                                    ii.        menjelaskan plot cerita “Tiga Sahabat Karib”.
                                   iii.        mengenal pasti kata kerja yang mempunyai imbuhan awalan.

Sistem Bahasa                               
Tatabahasa                           : Kata terbitan (awalan kata kerja)
Kosa kata                              : karib, perangkap, bertenggek, pemburu

Pengisian Kurikulum / Elemen Merentasi Kurikulum                      
Ilmu                            : Kajian tempatan
Nilai Murni                : Tolong-menolong, hormat-menghormati

Kemahiran berfikir                  : Mengenal pasti, menganalisis, menghubung kait
Bahan bantu mengajar          : Video Tiga Sahabat Karib, Lagu Tiga Sahabat Karib, kotak beracun, silang kata.

Masa
 
 


Isi pelajaran
 

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
 
Catatan
 

Set Induksi
(5 minit)






Lakonan menolong rakan terjatuh.

Contoh soalan :
1.    Apakah yang sudah berlaku sebentar tadi?

2.    Apakah yang dilakukan oleh rakan cikgu ketika membantu cikgu terjatuh?

  1. Guru mempersembahkan lakonan secara lansung dan dibantu oleh rakan.
  2. Soal jawab tentang lakonan.
  3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pembelajaran.


Teknik : Lakonan

Nilai : tolong-menolong, bertanggungjawab

Kemahiran berfikir :
Mengenal pasti,



Langkah 1
(10 minit)

Cerita Tiga Sahabat Karib. (Lihat lampiran 1)

Lirik lagu Tiga Sahabat Karib. (Lihat lampiran 2)

Soal jawab tentang cerita:

Contoh soalan:

·         Apa yang kamu faham tentang video ini?

·         Apakah watak-watak yang terlibat?

·         Apa nilai murni yang boleh didapati dalam cerita ini?

  1. Guru mengedarkan teks cerita.
  2. Murid diminta menonton tayangan video.
  3. Murid membaca teks cerita secara berkumpulan.
  4. Murid dan guru bersoal jawab tentang teks cerita yang dibaca.
5.    Murid menyanyi lagu Tiga Sahabat Karib.



Teknik :
Soal jawab

BBM :

Video cerita Tiga Sahabat Karib, lagu tiga sahabat karib

Kemahiran Berfikir :
Menganalisis

Langkah 2
(15 minit)

Jalan cerita Tiga Sahabat Karib :

1.    Rusa terkena perangkap dan hendak keluar dari dalam perangkap.

2.    Jeritan rusa didengar oleh kura-kura dan kenari. Mereka datang menolong rusa.

3.    Kenari ternampak pemburu sedang menuju ke tempat rusa dan kura-kura. Kenari terbang rendah di hadapan pemburu untuk menarik perhatiannya.

4.    Kura-kura berjaya mengoyakkan jaring dan rusa berjaya keluar. Pemburu terperanjat melihat jaring yang koyak itu.

5.    Pemburu ternampak kenari yang sedang bertenggek di atas dahan pokok. Dia mahu menembak kenari.

6.    Kura-kura ternampak pemburu hendak menembak kenari. Kura-kura pun menggigit kaki pemburu.

7.    Pemburu menjerit kesakitan. Kenari terdengar jeritan pemburu itu lalu terbang pergi dari situ.

8.    Pemburu sungguh marah kepada kura-kura, lalu menangkap dan memasukkan kura-kura ke dalam beg. Pemburu terlalu letih lalu tertidur.

9.    Apabila pemburu tidur, rusa berjalan menghampirinya dan mengambil beg menggunakan tanduknya.

10. Kenari membuka beg dengan paruhnya untuk membebaskan kura-kura. Akhirnya, mereka bertiga terselamat daripada pemburu itu.

  1. Guru berbincang dengan murid tentang jalan cerita Tiga Sahabat Karib.
  2. Murid diminta menyusun jalan cerita yang terdapat dalam teks cerita, pada lembaran kerja. (Rujuk lembaran kerja 1)
  3. Wakil murid diminta menyusun cerita mengikut urutan di papan putih.

.


Kemahiran berfikir :
Menghubung kait.



BBM :
Teks cerita Tiga Sahabat Karib

.


Langkah 3
(15 minit)

Permainan cari perkataan tersembunyi.
Konsep awalan kata kerja:
Kata kerja yang mempunyai imbuhan di hadapan.

Awalan kata kerja :
meN-, beR-, teR-, di-, mempeR- dan dipeR- .


  1. Murid diminta mencari perkataan tersembunyi pada lembaran kerja yang disediakan.
  2. Guru menerangkan konsep awalan kata kerja.
  3. Murid diminta membulatkan kata kerja terbitan dalam teks cerita “Tiga Sahabat Karib”.
  4. Perbincangan antara guru dan murid tentang kata kerja terbitan yang terdapat dalam teks cerita.

Teknik :
Permainan Bahasa

BBM :
Lembaran kerja, slaid,

Nilai :
Bekerjasama, tekun, gigih

Langkah 4
(10 minit)

Kotak beracun tentang  senarai kata yang berimbuhan dan binaan ayat menggunakan kata terbitan.
Contoh soalan :
·         Berikan 3 contoh perkataan yang mengandungi imbuhan awalan meN-.

·         Berikan 3 contoh perkataan yang mengandungi imbuhan awalan beR-.

·         Berikan 3 contoh perkataan yang mengandungi imbuhan awalan teR-.

·         Bina ayat menggunakan perkataan menghampiri.

·         Bina ayat menggunakan perkataan menangkap.

·         Bina ayat menggunakan perkataan menyandar.

  1. Murid diberi kotak beracun.
  2. Guru memasang lagu dan meminta murid memberikan kotak beracun kepada rakan sebelah.
  3. Murid menjawab soalan yang dicabut dari kotak beracun tersebut.

Kemahiran bahasa :
Mendengar, bertutur, membaca

Kemahiran berfikir :
Mengenal pasti

BBM : lagu, kotak beracun


Penutup
(5 minit)

Kesimpulan kognitif.

Contoh nilai murni :

·         Tolong-menolong
·         Bekerjasama
·         Kasih sayang

  1. Guru menyimpulkan pelajaran.
  2. Guru memberi aktiviti pengukuhan.


Penyerapan nilai murni dalam kesimpulan kognitif.

No comments:

Post a Comment